BH Online - Terkini |
- Penyerahan pemberontak tiada kaitan rundingan damai
- Taktik penipuan Sim Swap tidak wujud
- De Bruyne benam Chelsea
- Pengasuh tampar bayi 8 bulan kerap muntah
- PRIHATIN jaga anak mangsa banjir Kampung Bukit Lanchong
- Indonesia rekod lebih 1,000 kes harian COVID-19
- KBS cadang iktiraf e-sukan, tarian singa sebagai sukan
- 25 individu hadir upacara agama dijangkiti COVID-19
- Tengku Amir kekal Presiden FAS
- PM Singapura sokong Myanmar dikecualikan sertai mesyuarat ASEAN
- UMNO tiada kelompok Ahmad Zahid, Ismail Sabri
- Penduduk raih laba fenomena 'udang mabuk'
- Kilang fabrikasi logam dikompaun RM32,000 kerana mencemar
- Tradisi 'lak lay' jana pendapatan musim kemarau
- Pengganti Cheng Hoe hujung bulan
- Kerja pembesaran dermaga pelabuhan Kemaman akan disegerakan
- Lapangan Terbang Pangkor sedia beroperasi semula
- Omicron merebak ke bandar selatan China bersempadan Macau
- 800 bungkus nasi dagang habis dalam 2 jam
- Belum temui petunjuk baharu cari budak hilang
- 'Saya dihidangkan minuman yang aneh'
- Tangguh tindakan terhadap usahawan terjejas banjir, COVID-19
- Penduduk Tonga lari susulan tsunami akibat letusan gunung berapi
- 99 peratus jangkitan baharu kategori satu, dua
- PM penuhi impian pesakit kanser tulang
- Swafoto pelajar Indonesia terjual pada harga AS$1juta di NFT
- Syahmi perlu elak kena peram
- Jangkitan tempatan Omicron di Filipina catat rekod
- PH gesa Azam bercuti
| Penyerahan pemberontak tiada kaitan rundingan damai Posted: 15 Jan 2022 07:36 AM PST PHUKET: Thailand menafikan dakwaan tiga warganya yang disyaki sebagai pemberontak yang diserahkan kerajaan Malaysia, ada kaitan dengan dialog damai di Kuala Lumpur awal minggu ini. |
| Taktik penipuan Sim Swap tidak wujud Posted: 15 Jan 2022 07:19 AM PST KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dakwaan wujud taktik penipuan baharu menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook dikenali Sim Swap adalah palsu. |
| Posted: 15 Jan 2022 06:43 AM PST MANCHESTER: Jaringan menakjubkan Kevin de Bruyne pada babak kedua membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City meraih kemenangan penting 1-0 di Stadium Etihad, sebentar tadi. |
| Pengasuh tampar bayi 8 bulan kerap muntah Posted: 15 Jan 2022 07:06 AM PST KUALA LUMPUR: Polis membebaskan seorang pengasuh wanita dengan jaminan selepas disyaki menampar bayi lelaki berusia lapan bulan, Rabu lalu. |
| PRIHATIN jaga anak mangsa banjir Kampung Bukit Lanchong Posted: 15 Jan 2022 06:48 AM PST SHAH ALAM: Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) mengambil inisiatif membantu keluarga mangsa banjir di sekitar kawasan Bukit Lanchong, Seksyen 28 di sini dengan menyediakan khidmat jagaan anak-anak sejak 1 Januari lalu sehingga hari ini. |
| Indonesia rekod lebih 1,000 kes harian COVID-19 Posted: 15 Jan 2022 06:17 AM PST JAKARTA : Indonesia merekodkan 1,054 kes baharu COVID-19 hari ini, peningkatan harian tertinggi dalam tempoh tiga bulan, ketika kerajaan bersiap sedia menghadapi gelombang baharu jangkitan varian Omicron. |
| KBS cadang iktiraf e-sukan, tarian singa sebagai sukan Posted: 15 Jan 2022 06:06 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mengiktiraf e-sukan dan tarian singa sebagai sukan secara rasmi di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576). |
| 25 individu hadir upacara agama dijangkiti COVID-19 Posted: 15 Jan 2022 06:02 AM PST KOTA KINABALU: Seramai 25 orang individu menghadiri majlis keagamaan di sini mencetuskan kluster baharu COVID-19 di Sabah iaitu Kluster Kayul. |
| Tengku Amir kekal Presiden FAS Posted: 15 Jan 2022 01:51 AM PST KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu bagi sesi 2022-2026 hari ini. |
| PM Singapura sokong Myanmar dikecualikan sertai mesyuarat ASEAN Posted: 15 Jan 2022 05:46 AM PST SINGAPURA : Pemimpin Singapura menjelaskan ASEAN perlu terus mengecualikan junta Myanmar daripada sebarang mesyuaratnya sehingga mereka bekerjasama dalam rancangan damai yang dipersetujui. |
| UMNO tiada kelompok Ahmad Zahid, Ismail Sabri Posted: 15 Jan 2022 05:39 AM PST PADANG TERAP: UMNO menafikan barisan kepimpinannya terbahagi kepada dua kelompok ketika ini, sebaliknya pentadbiran parti berjalan baik di bawah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
| Penduduk raih laba fenomena 'udang mabuk' Posted: 15 Jan 2022 05:28 AM PST MUAR: Fenomena air masam lopak termenung memberi rezeki tambahan kepada penduduk di sekitar Kampung Bukit Kepong di sini apabila memperoleh tangkapan udang galah lebih banyak daripada biasa. |
| Kilang fabrikasi logam dikompaun RM32,000 kerana mencemar Posted: 15 Jan 2022 05:08 AM PST BUTTERWORTH: Sebuah kilang pembuatan fabrikasi logam di Kawasan Perindustrian Perai, di sini dikompaun RM32,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang. |
| Tradisi 'lak lay' jana pendapatan musim kemarau Posted: 15 Jan 2022 12:04 AM PST PADANG TERAP: Tradisi 'lak lay' atau mengejar ikan menjadi antara aktiviti unik yang dilakukan penduduk Kampung Tanjung Piring, Nami, di sini, setiap kali musim kemarau. |
| Pengganti Cheng Hoe hujung bulan Posted: 15 Jan 2022 05:00 AM PST KUALA LUMPUR: Debaran penyokong bola sepak tempatan yang sentiasa menanti-nantikan pengganti Tan Cheng Hoe dijangka berakhir hujung bulan ini. |
| Kerja pembesaran dermaga pelabuhan Kemaman akan disegerakan Posted: 15 Jan 2022 02:47 AM PST CHUKAI: Konsortium Pelabuhan Kemaman (KPK) akan melaksanakan kerja pembesaran dermaga di Pelabuhan Kemaman bagi menampung permintaan pengendalian kargo yang semakin meningkat. |
| Lapangan Terbang Pangkor sedia beroperasi semula Posted: 15 Jan 2022 03:24 AM PST PANGKOR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membuat persiapan bagi memastikan Lapangan Terbang Pangkor, di sini bersedia sepenuhnya menerima kehadiran pelancong yang bercuti ke pulau peranginan bebas cukai itu. |
| Omicron merebak ke bandar selatan China bersempadan Macau Posted: 15 Jan 2022 04:58 AM PST BEIJING: Bandar Zhuhai di selatan China menggantung sementara laluan bas awamnya hari ini selepas sekurang-kurangnya tujuh kes varian Omicron dikesan. |
| 800 bungkus nasi dagang habis dalam 2 jam Posted: 15 Jan 2022 02:56 AM PST KUALA SELANGOR: Sebanyak 800 bungkus nasi dagang Muhammad Khairul Nizam Mamat habis terjual dalam tempoh dua jam sejak video dokumentari mengenainya tular di Facebook sejak beberapa hari lalu. |
| Belum temui petunjuk baharu cari budak hilang Posted: 15 Jan 2022 04:54 AM PST GERIK: Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk terbaru dalam usaha mengesan kanak-kanak perempuan Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak kelmarin di hutan dekat Kampung Selaur, Padang Jeri. |
| 'Saya dihidangkan minuman yang aneh' Posted: 15 Jan 2022 04:36 AM PST TELUK INTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa dirinya tidak bersalah berhubung penahanannya dalam serbuan polis di sebuah restoran di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu. |
| Tangguh tindakan terhadap usahawan terjejas banjir, COVID-19 Posted: 15 Jan 2022 04:34 AM PST TANJONG KARANG: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memudahkan urusan usahawan terjejas banjir dan COVID-19 untuk memperoleh lesen perniagaan. |
| Penduduk Tonga lari susulan tsunami akibat letusan gunung berapi Posted: 15 Jan 2022 04:24 AM PST NUKU'ALOFA: Penduduk Tonga yang ketakutan melarikan diri ke tempat lebih tinggi selepas letusan gunung berapi kuat yang turut kedengaran di negara jirannya, mencetuskan tsunami kedua di kawasan itu. |
| 99 peratus jangkitan baharu kategori satu, dua Posted: 15 Jan 2022 04:22 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 3,074 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini sekali gus menjadikan kes jangkitan keseluruhan sebanyak 2,805,337 setakat ini. |
| PM penuhi impian pesakit kanser tulang Posted: 15 Jan 2022 04:17 AM PST PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan yang menderita kanser tulang tahap empat terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke kediamannya di Pangsapuri Megah Villa di sini hari ini. |
| Swafoto pelajar Indonesia terjual pada harga AS$1juta di NFT Posted: 14 Jan 2022 04:56 PM PST SEMARANG: Seorang pelajar kolej di Indonesia menjadi bualan di alam maya selepas menjual hak digital untuk swafotonya yang kini terjual lebih daripada AS$1 juta (RM4 juta) pada platform perdagangan NFT yang menggunakan mata wang kripto. |
| Posted: 15 Jan 2022 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Pelbagai reaksi diberikan peminat selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan tonggak pertahanan kebangsaan, Syahmi Safari sah menyertai skuad itu bermula musim ini. |
| Jangkitan tempatan Omicron di Filipina catat rekod Posted: 15 Jan 2022 03:25 AM PST MANILA: Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan penularan kes tempatan COVID-19 varian Omicron di sekitar Manila hari mencatat rekod tertinggi buat hari ketiga berturut-turut. |
| Posted: 15 Jan 2022 03:40 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diingatkan tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam kontroversi dakwaan pemilikan jutaan saham dan waran atas namanya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment