BH Online - Terkini |
- Sabah terima pelaburan RM4.3 bilion
- SC tak kesan kesalahan Azam Baki bawah Seksyen 25(4)
- China arahkan pembasmian kuman untuk mel dari luar negara
- Tipu sijil vaksin: Kesalahan moral diharamkan syarak
- Indonesia luluskan undang-undang pindahkan ibu negara ke Borneo
- JAIS keluarkan ketetapan baharu solat Jumaat
- Kes Rasman: BERSATU Johor serah pada pucuk pimpinan
- PLUS perlu segera selesai isu RFID - FOMCA
- Golongan antivaksin semakin terdesak
- 'Siasat doktor klinik diserbu ambil vaksin atau tidak'
- Majlis lancar produk dihadiri bekas menteri, usahawan terkenal disiasat
- 'Tunggu Akta Muzik dibentang di Parlimen'
- Peniaga mengeluh bekalan ayam terhad
- 3,245 kes baharu COVID-19 hari ini
- Keluarga Malaysia bantu ibu bersalin dalam kereta
- Penduduk Negeri Sembilan sokong program kitar semula
- Genting Hong Kong fail pembubaran sementara
- Gangguan seksual: Polis terima laporan ADUN
- Azam Baki berhak tak mahu jumpa PSC
- 14 maut serangan udara di Yaman
- Kanada tamatkan kontrak Supermax
- Jambatan sementara di Kampung Bemban siap Khamis ini
- Industri padi dan beras Sabah merosot
- Tekong darat cuba seludup PATI ditahan
- Himpunan desak tahan Azam Baki diteruskan - Penganjur
- Isu RFID: PLUS tutup ruangan komen Facebook
- Aboubakar peledak berbisa Cameroon
- 4 negeri buat laporan jual sijil vaksin palsu
- Aubameyang jelas perkara sebenar
- KPM perlu telus, selesai segera isu guru interim - Maszlee
| Sabah terima pelaburan RM4.3 bilion Posted: 17 Jan 2022 11:59 PM PST KOTA KINABALU: Sabah menerima pelaburan lebih RM4.3 bilion menerusi kerjasama projek pembangunan komersial berkaitan industri herba, tenaga solar dan pembinaan pusat komersial serta kediaman mewah yang dijangka dilaksanakan mulai tahun ini. |
| SC tak kesan kesalahan Azam Baki bawah Seksyen 25(4) Posted: 17 Jan 2022 11:50 PM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. |
| China arahkan pembasmian kuman untuk mel dari luar negara Posted: 17 Jan 2022 11:50 PM PST BEIJING: Perkhidmatan Pos China mengarahkan kerja pembasmi kuman bagi penghantaran antarabangsa dan menggesa orang ramai mengurangkan pesanan dari luar negara selepas pihak berkuasa mendakwa mel boleh menjadi punca wabak COVID-19, baru-baru ini. |
| Tipu sijil vaksin: Kesalahan moral diharamkan syarak Posted: 17 Jan 2022 11:47 PM PST KUALA LUMPUR: Tindakan menipu dengan memiliki sijil vaksinasi palsu dan mengaku mendapat vaksin COVID-19 adalah kesalahan moral diharamkan syarak. |
| Indonesia luluskan undang-undang pindahkan ibu negara ke Borneo Posted: 17 Jan 2022 11:35 PM PST JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang untuk memindahkan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan di Borneo, kata Speaker Dewan Rakyat, Puan Maharani, hari ini. |
| JAIS keluarkan ketetapan baharu solat Jumaat Posted: 17 Jan 2022 11:28 PM PST SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau, yang mendapat kebenaran solat Jumaat di negeri ini bagi menunaikan solat fardu Jumaat berikutan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. |
| Kes Rasman: BERSATU Johor serah pada pucuk pimpinan Posted: 17 Jan 2022 11:33 PM PST JOHOR BAHRU: BERSATU Johor menyerahkan kepada pimpinan tertinggi parti itu bagi menentukan tindakan berkaitan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain. |
| PLUS perlu segera selesai isu RFID - FOMCA Posted: 17 Jan 2022 11:13 PM PST KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) perlu bertanggungjawab menyelesaikan segera pelbagai isu berkaitan penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya bagi mengelakkan pengguna hilang keyakinan terhadap teknologi itu. |
| Golongan antivaksin semakin terdesak Posted: 17 Jan 2022 11:10 PM PST KUALA LUMPUR: Peningkatan kes penipuan membabitkan sijil vaksin termasuk yang dikeluarkan tanpa suntikan di premis perubatan swasta dipercayai berpunca daripada kumpulan antivaksin yang semakin terdesak. |
| 'Siasat doktor klinik diserbu ambil vaksin atau tidak' Posted: 17 Jan 2022 11:02 PM PST KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kes sebuah klinik swasta di Gombak disyaki mengeluarkan sijil vaksinasi COVID-19 palsu daripada pelbagai sudut termasuk sama ada doktor dan petugas berkaitan mengambil vaksin berkenaan. |
| Majlis lancar produk dihadiri bekas menteri, usahawan terkenal disiasat Posted: 17 Jan 2022 11:01 PM PST KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur dan tetamu majlis pelancaran produk di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| 'Tunggu Akta Muzik dibentang di Parlimen' Posted: 17 Jan 2022 11:00 PM PST KUALA LUMPUR: Perubahan pimpinan kerajaan termasuk pertukaran Menteri Komunikasi dan Multimedia tidak menjejaskan cadangan penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM) yang diluluskan Kabinet, Julai tahun lalu. |
| Peniaga mengeluh bekalan ayam terhad Posted: 17 Jan 2022 10:57 PM PST KUALA TERENGGANU: Peniaga ayam di negeri ini berdepan isu bekalan sekali gus mencetuskan kebimbangan akan berlaku kenaikan harga terutama menjelang musim perayaan. |
| 3,245 kes baharu COVID-19 hari ini Posted: 17 Jan 2022 10:46 PM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,245 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini. |
| Keluarga Malaysia bantu ibu bersalin dalam kereta Posted: 17 Jan 2022 10:41 PM PST GOMBAK: Semangat Keluarga Malaysia ditunjukkan pelbagai kaum ketika membantu seorang wanita sarat mengandung melahirkan bayi perempuannya dalam kereta di kawasan berhampiran sebuah kuil di Batu Caves, di sini, hari ini. |
| Penduduk Negeri Sembilan sokong program kitar semula Posted: 17 Jan 2022 10:35 PM PST SEREMBAN: Usaha mewujudkan kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti kitar semula perlu terus dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat selaras hasrat kerajaan menyemai budaya bersih dalam kehidupan. |
| Genting Hong Kong fail pembubaran sementara Posted: 17 Jan 2022 07:44 PM PST HONG KONG: Genting Hong Kong Ltd dijangka memfailkan pembubaran sementara apabila gagal mendapatkan dana untuk membolehkannya terus beroperasi selepas anak syarikat perkapalannya di Jerman bankrap. |
| Gangguan seksual: Polis terima laporan ADUN Posted: 17 Jan 2022 10:31 PM PST JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima laporan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita. |
| Azam Baki berhak tak mahu jumpa PSC Posted: 17 Jan 2022 10:22 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki boleh untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri berkenaan isu pemilikan sahamnya. |
| 14 maut serangan udara di Yaman Posted: 17 Jan 2022 10:20 PM PST KAHERAH: Seramai 14 orang maut dalam serangan udara di sebuah bangunan di Sanaa, Yaman, oleh tentera gabungan diketuai Arab Saudi yang menentang kumpulan Houthi. |
| Kanada tamatkan kontrak Supermax Posted: 17 Jan 2022 10:13 PM PST KUALA LUMPUR: Kanada menamatkan kontrak penyumberannya dengan pembuat sarung tangan Malaysia, Supermax Corp Bhd berikutan dakwaan buruh paksa, kata jabatan perkhidmatan awam dan perolehan negara itu. |
| Jambatan sementara di Kampung Bemban siap Khamis ini Posted: 17 Jan 2022 09:57 PM PST JELEBU: Jambatan sementara yang menghubungkan Kampung Bemban dengan Kampung Jerang di sini, dijangka siap pembinaan pada Khamis ini. |
| Industri padi dan beras Sabah merosot Posted: 17 Jan 2022 10:07 PM PST KOTA KINABALU: Industri padi dan beras di Sabah merosot ke paras terendah sejak 1980-an dengan tahap sara diri hanya mencapai 22.81 peratus pada 2020. |
| Tekong darat cuba seludup PATI ditahan Posted: 17 Jan 2022 10:05 PM PST TAWAU: Cubaan menyeludup tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menggunakan kereta Proton Iswara gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Jalan Habib Sheikh, Sabindo, dekat sini, malam tadi. |
| Himpunan desak tahan Azam Baki diteruskan - Penganjur Posted: 17 Jan 2022 09:56 PM PST KUALA LUMPUR: Perhimpunan bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan dirancang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu negara jam 11 pagi, Sabtu ini. |
| Isu RFID: PLUS tutup ruangan komen Facebook Posted: 17 Jan 2022 09:32 PM PST KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup semula ruangan komen di laman Facebook (FB) rasminya selepas ramai pengguna lebuh raya meluahkan tidak puas hati dengan penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). |
| Aboubakar peledak berbisa Cameroon Posted: 17 Jan 2022 09:40 PM PST YAOUNDE, Cameroon: Kapten Cameroon Vincent Aboubakar menjaringkan gol kelimanya di Piala Negara-Negara Afrika dan pasukannya yang sudah layak ke pusingan kedua disertai oleh Burkina Faso. |
| 4 negeri buat laporan jual sijil vaksin palsu Posted: 17 Jan 2022 08:50 PM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan kes klinik swasta menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu di Selangor, Terengganu, Johor dan Kelantan setakat ini. |
| Aubameyang jelas perkara sebenar Posted: 17 Jan 2022 09:19 PM PST LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang akhirnya bersuara susulan dihantar pulang awal daripada tugasan antarabangsa bersama Gabon di Piala Negara-Negara Afrika. |
| KPM perlu telus, selesai segera isu guru interim - Maszlee Posted: 17 Jan 2022 09:18 PM PST KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendesak kepemimpinan kementerian yang pernah diterajuinya itu agar serius merencana hala tuju pendidikan negara, bukan sahaja membabitkan masalah guru interim, tetapi hampir semua isu yang pernah dilontarkan beliau. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment