Wednesday, January 19, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


RFID: Kabinet putuskan beri pilihan kepada pengguna

Posted: 19 Jan 2022 06:39 AM PST

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau SmartTAG untuk bayaran caj tol.

Mohd Na'im saman Lokman Noor, tuntut ganti rugi RM30 juta

Posted: 19 Jan 2022 05:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita, termasuk seorang 'Datin.'

DAKN 2021-2030 dilancarkan bulan depan

Posted: 19 Jan 2022 08:08 AM PST

PUTRAJAYA: Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 yang mengandungi lima teras utama akan dilancarkan pada bulan depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Tiga dalang sindiket perdagang manusia ditahan di Genting Highlands

Posted: 19 Jan 2022 07:14 AM PST

BENTONG: Polis menumpaskan sindiket memperdagang dan penyeludupan manusia berikutan penahanan tiga lelaki dipercayai dalang kegiatan itu di Genting Highlands, dekat sini, Jumaat lalu.

Beberapa lokasi di Ipoh dilanda banjir kilat malam ini

Posted: 19 Jan 2022 07:33 AM PST

IPOH: Beberapa lokasi di bandar raya ini dilanda banjir kilat, malam ini, selepas hujan lebat berterusan, bermula lewat petang tadi.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka mulai hari ini

Posted: 19 Jan 2022 06:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD), dibuka mulai hari ini.

'Mengajar di surau dan masjid, tidak boleh sama macam di universiti'

Posted: 19 Jan 2022 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Pendakwah serta penceramah agama di masjid dan surau, perlu menyesuaikan pengajaran mereka dengan tahap khalayak bagi mengelakkan polemik dalam kalangan umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Isu Azam Baki: Terima keputusan SC - Ismail Sabri

Posted: 19 Jan 2022 06:21 AM PST

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mengatakan tidak ada kes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung akaun dagangan miliknya.

Lebih 37,000 kes COVID-19 di Sweden

Posted: 19 Jan 2022 06:16 AM PST

STOCKHOLM: Sweden mencatatkan rekod harian baharu kes COVID-19 37,886 kes semalam, menurut data agensi kesihatan negara itu.

Kakak ipar Perdana Menteri meninggal dunia

Posted: 19 Jan 2022 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Kakak ipar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Siti Fatimah Ismail meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini, sebentar tadi.

PM, menteri beri penerangan berkaitan banjir di Dewan Rakyat esok

Posted: 19 Jan 2022 06:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi penerangan mengenai situasi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini, pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, esok.

73 pelajar asrama SMK Sandakan dijangkiti COVID-19

Posted: 19 Jan 2022 06:01 AM PST

KOTA KINABALU: Seramai 73 pelajar asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan dijangkiti COVID-19 sehingga mencetuskan satu lagi kluster, Kluster Jalan Pertukangan.

Perancis mahu Eropah rangka strategi keselamatan sendiri

Posted: 19 Jan 2022 06:00 AM PST

STRASBOURG: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan orang Eropah perlu membina pakatan keselamatan dan persenjataan mereka sendiri, bagi menghadapi pergerakan tentera Russia yang kini berada di ambang benua itu.

DAKN bakal payungi pembangunan agrikomoditi negara

Posted: 19 Jan 2022 05:18 AM PST

PUTRAJAYA: Sektor agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM tahan pengurus syarikat kemuka butiran palsu kerja baiki jambatan

Posted: 19 Jan 2022 05:42 AM PST

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan butiran palsu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

'Unsur mistik mungkin punca anak Orang Asli hilang di Gerik'

Posted: 19 Jan 2022 02:03 AM PST

IPOH: Anggota penyelamat tidak menolak kemungkinan, kehilangan seorang budak perempuan anak Orang Asli dalam hutan Kampung Selaur berhampiran Padang Jeri dekat Gerik di sini, yang memasuki hari keenam hari ini berkemungkinan ada kaitan dengan unsur mistik.

Syarikat AS diharap raih peluang pelaburan dari RCEP

Posted: 19 Jan 2022 05:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS) akan memanfaatkan peluang pelaburan yang luas daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Kerajaan disaran tanggung kos beli pelekat RFID

Posted: 19 Jan 2022 05:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung sepenuhnya kos setiap pengguna Smart Tag untuk beralih menggunakan pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Bank Dunia lulus dana pendidikan Kemboja

Posted: 19 Jan 2022 05:18 AM PST

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil kepada pendidikan asas, menurut badan itu dalam kenyataan akhbarnya pada Rabu, lapor Xinhua.

Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia bermula

Posted: 19 Jan 2022 05:06 AM PST

PUTRAJAYA: Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 yang akan dilancarkan kerajaan bakal menjadi kesinambungan dalam usaha memacu pembangunan sektor itu secara lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan pasaran.

Ronaldo sedia tinggalkan United musim panas ini

Posted: 19 Jan 2022 04:46 AM PST

LONDON: Cristiano Ronaldo sedia meninggalkan Manchester United pada musim panas ini jika kelab itu tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Suarez dikaitkan berpindah ke Aston Villa

Posted: 19 Jan 2022 04:45 AM PST

LONDON: Luis Suarez dikaitkan dengan perpindahan mengejutkan ke Aston Villa, menurut laporan sensasi di Sepanyol.

Pejuang tersilap tembak wanita akan dihukum

Posted: 19 Jan 2022 04:40 AM PST

KABUL: Seorang pejuang Taliban ditangkap kerana menembak mati seorang wanita Hazara, di sekatan jalan raya di ibu negara Afghanistan selepas pulang dari majlis perkahwinan, kata jurucakap kumpulan itu, hari ini.

13 perkara dalam MoU kerjasama politik sudah dilaksana

Posted: 19 Jan 2022 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Setakat hari ini, 13 daripada 18 perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik sudah dilaksanakan.

Akaun dagangan Azam Baki tiada langgar Seksyen 25(4) SICDA - SC

Posted: 19 Jan 2022 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) memutuskan tiada pelanggaran bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

FAM wajar lupakan Jaami Quresh

Posted: 19 Jan 2022 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu melupakan khidmat Jaami Qureshi selepas pemain remaja yang berpangkalan di England itu memilih untuk mewakili Iraq.

Wisma FAM tidak akan dijual

Posted: 19 Jan 2022 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, dekat sini, tidak akan dijual walaupun badan induk itu bakal berpindah ke ibu pejabat baharu di Putrajaya dalam tempoh tiga tahun lagi.

Nestcon dapat kontrak pembinaan RM188.5 juta

Posted: 19 Jan 2022 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Netcon Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd diberikan kontrak bernilai RM188.5 juta daripada Konsortium Exsim Development Sdn Bhd (KED) untuk pembangunan bangunan kediaman.

Texchem tambah pegangan dalam Sushi King

Posted: 19 Jan 2022 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Texchem Resources Bhd (TRB), Sushi King Holdings Sdn Bhd (SKHSB), memeterai Perjanjian Pemindahan Saham dengan Asia Yoshinoya International Sdn Bhd untuk memperoleh 1.40 juta saham biasa yang mewakili 28 peratus kepentingan dalam Sushi King Sdn Bhd (Sushi King) pada pertimbangan tunai sebanyak RM102.20 juta.

Melaka Titans sasar ke final STL

Posted: 19 Jan 2022 04:12 AM PST

MELAKA: Persatuan Sepak Takraw Melaka kini tampil dengan sasaran untuk mara ke perlawanan akhir saingan Divisyen 1 Sepak Takraw League (STL) 2021 yang dijadualkan awal bulan depan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template