Sunday, January 23, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PAS tetap ajak BERSATU, UMNO kerjasama

Posted: 23 Jan 2022 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR : PAS tetap akan berusaha menjayakan kerjasama tiga penjuru di antara parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dua pemain JDT perkuat Melaka United

Posted: 23 Jan 2022 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamad Fadhli Shas dan Muhammad Syazwan Andik menjadi taruhan terbaharu Melaka United FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dua beranak edar dadah dipenjara, sebat

Posted: 23 Jan 2022 01:37 AM PST

KUALA TERENGGANU: Dua beranak terlepas daripada berdepan hukuman gantung selepas masing-masing dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas tuduhan pilihan hari ini kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 665.77 gram.

Kemelut BAM-Zii Jia boleh jejas fokus skuad badminton negara

Posted: 23 Jan 2022 01:36 AM PST

PUTRAJAYA: Kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia boleh menyebabkan fokus barisan pemain dalam kem badminton kebangsaan terjejas, kata Wong Choong Hann.

Speaker DUN Johor serah warta pembubaran DUN pada SPR

Posted: 23 Jan 2022 01:33 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat secara rasmi mengumumkan warta kerajaan berhubung pembubaran DUN Johor, berkuat kuasa semalam.

Tentera Laut AS pintas kapal bawa 'prekursor letupan' dari Iran

Posted: 23 Jan 2022 01:32 AM PST

MANAMA: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, pihaknya memintas sebuah kapal membawa 40 tan baja yang boleh digunakan untuk membuat bahan letupan ketika dalam perjalanan dari Iran di sepanjang laluan yang sebelum ini digunakan untuk menyeludup senjata kepada pemberontak Houthi Yaman.

'Jangan ada guru, petugas KEMAS bekerja untuk politik'

Posted: 23 Jan 2022 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Guru, kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan penjawat awam lain diharap tidak diarahkan untuk bekerja bagi tujuan politik.

Kerajaan beri jaminan tiada lagi PKP, sekatan balik beraya

Posted: 23 Jan 2022 12:39 AM PST

BERA: Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri tahun ini seperti didakwa pihak tertentu.

Doa depan Kaabah jadi realiti

Posted: 23 Jan 2022 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Siapa sangka kiriman doa berkisar jodoh yang dimohon dilafazkan di Tanah Suci Makkah mendekatkan Datin Seri Heliza Helmi, 36, dengan suami, iaitu ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38, yang dinikahi, pada 1 Januari lalu.

Warga Britain maut, seorang lagi parah akibat serangan pisau di Thailand

Posted: 23 Jan 2022 12:59 AM PST

BANGKOK: Seorang warga Britain berusia 49 tahun ditemui maut dengan kesan tikaman di rumahnya di barat Thailand dan seorang suspek warganegara itu berada dalam tahanan, kata polis hari ini.

Jangan sebar, percaya berita tidak sahih mengenai Tun M

Posted: 22 Jan 2022 11:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

PRN Johor: BERSATU bincang dengan rakan strategik

Posted: 22 Jan 2022 11:05 PM PST

IPOH: BERSATU akan mengadakan pertemuan dengan rakan strategik di dalam Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Polis kenal pasti penganjur, peserta perhimpunan

Posted: 23 Jan 2022 12:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti penganjur dan peserta yang terbabit dalam perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan yang berlangsung di Bangsar, semalam.

Ahmad Faizal jumpa BAM, Zii Jia esok

Posted: 23 Jan 2022 12:21 AM PST

IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia esok bagi menyelesaikan kemelut membabitkan kedua-dua pihak.

Penyu mati tertelan plastik

Posted: 22 Jan 2022 11:16 PM PST

MARANG: Tidak sampai 24 jam, seekor lagi penyu agar ditemui mati terdampar di Pantai Kelulut di sini hari ini.

Korea Selatan catat kes COVID-19 kedua tertinggi

Posted: 23 Jan 2022 12:02 AM PST

SEOUL: Korea Selatan mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 kedua tertingginya hari ini, walaupun sekatan dilanjutkan dan kadar vaksinasi tinggi, meningkatkan kebimbangan jangkitan lanjut ketika cuti Tahun Baharu Cina.

Beijing saring 2 juta menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

Posted: 22 Jan 2022 11:52 PM PST

BEIJING: Pegawai bandar Beijing hari ini, berkata semua dua juta penduduk kawasan yang merekodkan kluster COVID-19 akan disaring, kurang dua minggu sebelum permulaan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Lebih 500,000 penduduk bakal nikmati faedah pembetungan moden

Posted: 22 Jan 2022 11:41 PM PST

KUANTAN: Lebih 500,000 penduduk sekitar bandar ini termasuk Kempadang, bakal menikmati faedah perkhidmatan pembetungan moden hasil pelaksanaan Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Projek Pembetungan Bandar Kuantan yang dijangka siap pada Jun depan.

Peraturan penjawat awam perlu lebih jelas

Posted: 22 Jan 2022 11:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Prosedur jelas perlu diwujudkan pada masa depan untuk memastikan penjawat awam mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.

PRN Johor: Speaker DUN terima watikah pembubaran

Posted: 22 Jan 2022 11:26 PM PST

JOHOR BAHRU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat mengesahkan sudah menerima watikah pembubaran DUN daripada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, pagi tadi.

Kerja pembersihan rumah terkesan banjir masih belum selesai

Posted: 22 Jan 2022 11:15 PM PST

SHAH ALAM: Meskipun sudah kira-kira sebulan bandar raya ini bangkit semula daripada insiden banjir yang melanda pada hujung tahun lalu, penduduk di Taman Sri Muda serta Taman Alam Indah masih belum selesai melakukan kerja pembersihan di kediaman masing-masing.

Agong jalani rawatan sendi lutut, buku lali di IJN

Posted: 22 Jan 2022 10:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN), bermula semalam.

MAFI tambah peruntukan RM62 juta bantu pesawah

Posted: 22 Jan 2022 09:51 PM PST

PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyalurkan peruntukan tambahan RM62 juta kepada pesawah yang terjejas akibat kenaikan harga racun bagi memulakan tanaman musim 1/2022.

Pengundi baharu di Johor bertambah 30 peratus

Posted: 22 Jan 2022 09:27 PM PST

JOHOR BAHRU: Jumlah pengundi di negeri ini mencatatkan pertambahan hampir 30 peratus, dengan pertambahan 749,731 pengundi muda susulan pendaftaran automatik Undi18.

Sudah boleh berpolitik, benarkan juga guru berjawatan aktif kesatuan - KGMMB

Posted: 22 Jan 2022 10:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang hanya membenarkan guru gred DG41 hingga DG48 tidak berjawatan, aktif dalam persatuan atau kesatuan, selepas kebenaran diberikan kepada setiap lapisan pendidik untuk berpolitik seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

KIMMA dekati 68,000 pengundi India Muslim di Johor

Posted: 22 Jan 2022 10:39 PM PST

JOHOR BAHRU: Kongres India Muslim (KIMMA) akan mendekati kira-kira 68,000 pengundi di negeri ini menerusi jentera Jalinan Rakyat (JR) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mayat PATI ditemui di perairan Singapura

Posted: 22 Jan 2022 10:40 PM PST

KOTA TINGGI: Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai mangsa kejadian bot karam di Teluk Ramunia, pada 20 Januari lalu, ditemui di perairan Singapura.

Newsfeed Media, Fareha Holding jalin kerjasama

Posted: 22 Jan 2022 10:37 PM PST

KUALA LUMPUR: Newsfeed Media mengadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pelan pemasaran bersama Fareha Holding Sdn Bhd.

PAS bincang PRN Johor hari ini

Posted: 22 Jan 2022 10:33 PM PST

KOTA BHARU: PAS akan berbincang sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau tidak menerusi mesyuarat jawatankuasa harian PAS pusat.

Jin Wei tekad perjuangkan haknya

Posted: 22 Jan 2022 10:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei menegaskan dia tetap akan memperjuangkan haknya untuk beraksi dalam saingan kompetitif selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan dirinya menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template