BH Online - Terkini |
- Muat naik minum teh tarik buih sebelum maut
- Keterangan bersumpah daripada kandang tertuduh pilihan lebih baik
- Kerajaan pertimbang geran untuk usahawan mikro terjejas banjir
- RM60 juta bagi membina dua jambatan di Gua Musang
- SPRM reman bekas pengarah penguat kuasa
- Usah bergaduh, pertikai keputusan juri GV8 - Nikki
- KPM akan suraikan murid, guru SK Assumption
- Dakwaan Imam Mahdi, pemilik akaun FB dikenal pasti
- Kedua-dua kaki Noah Ulhaq bengkok
- Enam kes COVID-19 di sukan olimpik
- Akaun WeChat PM Australia 'hilang'
- Mahu kenaikan harga barang ditangani segera - PM
- Saya tidak mungkin bertanding atas tiket BERSATU - Mazlan Bujang
- Lebih 135 maut dalam serangan di penjara Syria
- 'Suami maut nahas selepas genap seminggu ibu meninggal dunia'
- 'Belajar berniaga demi anak'
- Kes seleweng wang jualan sawit, pengurus pemasaran ditahan
- Usaha tangkap harimau
- BAM tempat terbaik buat Zii Jia - Misbun
- Derita 30 minit, jari telunjuk terlekat pada tombol pintu
- FPSO Kikeh dalam lanjutan kontrak enam tahun
- Zamshuri Ramli terima anugerah dari Asiapez
- 3,214 kes baharu hari ini
- Mesyuarat BERSATU Johor dijangka esok, lusa
- Niezam insaf lepas 'kantoi' kes dadah
- Buta, namun cekap kilatkan rim, tayar kenderaan
- FGV perkenal kedai bergerak untuk pekerja ladang
- 'Teroka hutan simpan secara haram, tanam sawit, jual murah'
- Sidibe lengkapkan import JDT
- Pelaksanaan RCEP tepat pada masa
| Muat naik minum teh tarik buih sebelum maut Posted: 23 Jan 2022 07:09 PM PST PASIR PUTEH: Seorang jurujual kereta sempat memuat naik gambarnya menikmati teh tarik buih sebelum meninggal dunia akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di KM 34 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu, berhampiran Bukit Abal, di sini, malam tadi. |
| Keterangan bersumpah daripada kandang tertuduh pilihan lebih baik Posted: 24 Jan 2022 01:42 AM PST KUALA LUMPUR: Memberikan keterangan bersumpah dalam kandang tertuduh dan boleh disoal balas pihak pendakwaan adalah pilihan terbaik jika seseorang tertuduh betul-betul mahukan keadilan dan membela diri mereka tanpa ragu-ragu. |
| Kerajaan pertimbang geran untuk usahawan mikro terjejas banjir Posted: 24 Jan 2022 01:34 AM PST KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, bersetuju mempertimbangkan bantuan berbentuk geran, khusus bagi meringankan beban ditanggung usahawan mikro dan informal yang terjejas banjir, selain bantuan kewangan disediakan agensi kerajaan. |
| RM60 juta bagi membina dua jambatan di Gua Musang Posted: 24 Jan 2022 01:30 AM PST GUA MUSANG: Kerajaan memperuntukkan hampir RM60 juta bagi pembinaan dua jambatan kekal konkrit iaitu di Kampung Pemberian, Kuala Krai dan di Kampung Bertam Baru, Gua Musang. |
| SPRM reman bekas pengarah penguat kuasa Posted: 24 Jan 2022 12:59 AM PST ALOR SETAR: Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3.1 juta daripada syarikat kontraktor. |
| Usah bergaduh, pertikai keputusan juri GV8 - Nikki Posted: 24 Jan 2022 01:29 AM PST KUALA LUMPUR: Naib juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Nikki Palikat, 36, enggan terpengaruh dengan komen negatif yang mempertikaikan keputusan dibuat juri profesional pada malam kemuncak program realiti itu, semalam. |
| KPM akan suraikan murid, guru SK Assumption Posted: 24 Jan 2022 12:31 AM PST PUTRAJAYA: Murid dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Butterworth, Pulau Pinang yang berdepan penutupan pada bulan depan bakal disuraikan ke sekolah lain berhampiran dengannya. |
| Dakwaan Imam Mahdi, pemilik akaun FB dikenal pasti Posted: 24 Jan 2022 01:17 AM PST IPOH: Polis sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang didapati memuat naik video secara strim langsung di Facebook (FB Live) berkenaan perkumpulan ulama serta konon kemunculan Imam Mahdi di Sabah. |
| Kedua-dua kaki Noah Ulhaq bengkok Posted: 24 Jan 2022 12:47 AM PST SEREMBAN: Hasrat Mohd Nor Hafiz Md Shari untuk melihat anak pulih daripada penyakit tulang kaki bengkok mungkin mengambil masa lebih lama selepas rancangan mendapatkan pembedahan dan rawatan di sebuah hospital di Bangkok Thailand, tertangguh. |
| Enam kes COVID-19 di sukan olimpik Posted: 24 Jan 2022 01:05 AM PST BEIJING: Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, mengesahkan enam kes positif COVID-19 ketika ujian saringan diadakan semalam. |
| Akaun WeChat PM Australia 'hilang' Posted: 24 Jan 2022 12:43 AM PST SYDNEY: Akaun WeChat milik Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, hilang, sekali gus mencetuskan dakwaan itu ekoran campur tangan China. |
| Mahu kenaikan harga barang ditangani segera - PM Posted: 24 Jan 2022 12:49 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| Saya tidak mungkin bertanding atas tiket BERSATU - Mazlan Bujang Posted: 23 Jan 2022 10:59 PM PST KULAI: "Saya tidak mungkin bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti," kata Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang. |
| Lebih 135 maut dalam serangan di penjara Syria Posted: 23 Jan 2022 06:13 PM PST HASAKEH: Seramai 136 maut dalam pertempuran di antara tentera Kurdish dengan kumpulan pengganas Daesh yang menyerang sebuah penjara di timur laut Syria, Khamis lalu. |
| 'Suami maut nahas selepas genap seminggu ibu meninggal dunia' Posted: 23 Jan 2022 11:54 PM PST KOTA BHARU: "Belum habis pilu di hati kerana kematian ibu minggu lalu, sekali lagi saya diuji apabila suami tersayang pula dijemput Ilahi akibat nahas malam tadi," kata Wan Norsalasiah Wan Noh. |
| Posted: 23 Jan 2022 10:16 PM PST JOHOR BAHRU: "Pada awalnya saya buntu memikir nasib keluarga dan kedai runcit diusahakan arwah suami kerana selama ini dia mengurus kesemuanya, syukur ada yang membantu membangkitkan semangat saya," kata ibu tunggal, Zatuliffahjuna Md Isa. |
| Kes seleweng wang jualan sawit, pengurus pemasaran ditahan Posted: 24 Jan 2022 12:18 AM PST JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus pemasaran bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa. |
| Posted: 23 Jan 2022 11:43 PM PST GUA MUSANG: Kerajaan berusaha memastikan keselamatan serta kebajikan masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan ancaman harimau yang berkeliaran di perkampungan Orang Asli di Pos Bihai sejak Disember tahun lalu. |
| BAM tempat terbaik buat Zii Jia - Misbun Posted: 24 Jan 2022 12:09 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih memerlukan bimbingan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah tempat terbaik untuk dia mengejar impiannya bagi bergelar jaguh dunia. |
| Derita 30 minit, jari telunjuk terlekat pada tombol pintu Posted: 24 Jan 2022 12:12 AM PST BINTULU: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun, terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam selepas jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu kediaman keluarganya di sini, petang semalam. |
| FPSO Kikeh dalam lanjutan kontrak enam tahun Posted: 23 Jan 2022 11:57 PM PST KUALA LUMPUR: Malaysian Deepwater Floating Terminal (Kikeh) Limited |
| Zamshuri Ramli terima anugerah dari Asiapez Posted: 23 Jan 2022 11:57 PM PST KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Zamshuri Ramli menerima anugerah dari Asiapez sebagai Top Motivator Award dan Top Performance untuk tahun 2021. |
| Posted: 23 Jan 2022 11:51 PM PST PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 3,214 kes positif baharu COVID-19, setakat tengah hari tadi. |
| Mesyuarat BERSATU Johor dijangka esok, lusa Posted: 23 Jan 2022 11:45 PM PST KULAI: Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor membabitkan 26 ketua bahagian parti itu bagi membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dijangka diadakan esok atau lusa. |
| Niezam insaf lepas 'kantoi' kes dadah Posted: 23 Jan 2022 11:53 PM PST KUALA LUMPUR: Setiap manusia tidak dilahirkan sempurna, pasti melakukan kesilapan sepanjang hidup. Begitu juga pelakon kontroversi, Niezam Zaidi apabila terpalit isu dadah. |
| Buta, namun cekap kilatkan rim, tayar kenderaan Posted: 23 Jan 2022 11:41 PM PST KUALA LUMPUR: Alah bisa tegal biasa. Dia kurang upaya penglihatan, namun dek sudah biasa, Muhammed Rosli Asamari mampu mengilatkan tayar dan rim kereta, tugas yang memerlukan deria penglihatan dengan sempurna. |
| FGV perkenal kedai bergerak untuk pekerja ladang Posted: 23 Jan 2022 11:29 PM PST KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan projek perintis Kedai FGV bergerak di operasi perladangan FGV di Sampadi, Sarawak bagi tujuan kemudahan pekerja ladangnya. |
| 'Teroka hutan simpan secara haram, tanam sawit, jual murah' Posted: 23 Jan 2022 11:26 PM PST GUA MUSANG: Teroka Hutan Simpan Kekal (HSK) secara haram dengan menanam kelapa sawit, sebelum menjual tanah berkenaan kepada orang ramai. |
| Posted: 23 Jan 2022 11:20 PM PST KUALA LUMPUR: Pemain kelahiran Mali, Moussa Sidibe menjadi pemain terbaru yang direkrut Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. |
| Pelaksanaan RCEP tepat pada masa Posted: 23 Jan 2022 11:14 PM PST KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang suku pertama tahun ini adalah tepat pada masanya untuk perniagaan Malaysia memanfaatkan perjanjian mega itu sebagai alat pemulihan perniagaan COVID-19 untuk meningkatkan perdagangan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment