BH Online - Terkini |
- Seorang maut tiga cedera, kereta dinaiki sekeluarga terbabas
- Lelaki warga Myanmar ditahan rogol remaja bawah umur
- Syed Saddiq mungkin bertanding PRN Johor
- Bekas CEO Transmile dihukum penjara 24 bulan
- Pan Gon perlu buat dua kerja
- RM128 juta daripada empat MoU sektor agrikomoditi
- MUDA cabaran untuk semua parti politik
- PRN Johor: PM hadir pertemuan tertutup dengan MB
- Malaysia perlu bangunkan dasar, sistem ambil pekerja asing
- 5 kereta rosak akibat tanah mendap
- Ketua Pegawai Strategi KWSP dilantik jadi pengarah Axiata
- Peguam Diraja UK ada kepakaran tangani isu perundangan baharu
- RM4 juta bagi dana pemfailan Harta Intelek 2.0
- SKS Airways mulakan penerbangan sulung ke Pulau Pangkor
- 1.6 juta kenderaan dijangka di lebuh raya
- Pengguna Touch 'n Go boleh tambah baki guna TnG eWallet.
- Pfizer-BioNTech mula ujian klinikal vaksin khusus Omicron
- Rexy gesa Wei Chong-Kai Wun usah gelabah
- Naim buat laporan polis difitnah
- Dagangan China-Malaysia cecah RM739 bilion
- Sepanyol tumpaskan sindiket jual pasport vaksin palsu
- Vicks Kanagasingam dilantik CEO Censof Digital
- Ringgit terus merosot berbanding dolar AS
- PN tanding semua kerusi DUN - Muhyiddin
- Junta Myanmar dijemput hadiri sidang jika ada kemajuan dalam perjanjian ASEAN
- Muhyiddin umum tak bertanding PRN Johor
- SPRM tahan dua CEO kes Kapal Tempur Pesisir Pantai
- Landasan Lapangan Terbang Pangkor wajar dipanjangkan
- Alhadur lebih baik daripada De Gea
- Dagangan di bursa ditutup lemah
| Seorang maut tiga cedera, kereta dinaiki sekeluarga terbabas Posted: 25 Jan 2022 07:19 AM PST KAMPAR: Seorang lelaki maut, manakala isteri dan dua anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di KM38.3 Jalan Ipoh-Teluk Intan berhadapan Klinik Kesihatan Jalan Degung di sini petang tadi. |
| Lelaki warga Myanmar ditahan rogol remaja bawah umur Posted: 25 Jan 2022 06:59 AM PST MARANG: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai merogol dipercayai kekasihnya berusia 14 tahun. |
| Syed Saddiq mungkin bertanding PRN Johor Posted: 25 Jan 2022 06:43 AM PST JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. |
| Bekas CEO Transmile dihukum penjara 24 bulan Posted: 25 Jan 2022 06:33 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menaikkan hukuman penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Transmile, Gan Boon Aun kepada 24 bulan, sekali gus membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap hukuman penjara satu hari yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen. |
| Posted: 25 Jan 2022 06:15 AM PST KUALA LUMPUR: 'Beban' jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon dijangka bertambah apabila pengendali dari Korea Selatan itu mungkin terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa. |
| RM128 juta daripada empat MoU sektor agrikomoditi Posted: 25 Jan 2022 06:13 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menganggarkan unjuran perolehan dalam sektor agrikomoditi berjumlah RM128 juta melalui kerjasama antara agensi di bawahnya dan syarikat tempatan dengan pemain industri luar negara. |
| MUDA cabaran untuk semua parti politik Posted: 25 Jan 2022 04:28 AM PST JOHOR BAHRU: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dijangka membuat penampilan sulung sekali gus bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, dianggap cabaran tambahan kepada semua parti politik termasuk UMNO. |
| PRN Johor: PM hadir pertemuan tertutup dengan MB Posted: 25 Jan 2022 05:01 AM PST JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir pada pertemuan tertutup dengan pucuk pimpinan UMNO Pusat dan Johor. |
| Malaysia perlu bangunkan dasar, sistem ambil pekerja asing Posted: 25 Jan 2022 05:53 AM PST KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berpendapat bahawa adalah kritikal dan perlu pantas untuk Malaysia mempunyai dasar pengambilan pekerja asing berdasarkan sistem yang menyokong keperluan berasaskan permintaan sektor dan syarikat bagi mempercepatkan pemulihan perniagaan dan ekonomi. |
| 5 kereta rosak akibat tanah mendap Posted: 25 Jan 2022 05:08 AM PST Kuala Lumpur: Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan hari ini. |
| Ketua Pegawai Strategi KWSP dilantik jadi pengarah Axiata Posted: 25 Jan 2022 05:37 AM PST |
| Peguam Diraja UK ada kepakaran tangani isu perundangan baharu Posted: 25 Jan 2022 05:31 AM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berhasrat menggunakan khidmat peguam Diraja dari United Kingdom (Queen's Counsel) (QC) bagi mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd kerana rayuan itu membabitkan isu dan persoalan perundangan yang kompleks. |
| RM4 juta bagi dana pemfailan Harta Intelek 2.0 Posted: 25 Jan 2022 05:23 AM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini hingga 2025. |
| SKS Airways mulakan penerbangan sulung ke Pulau Pangkor Posted: 25 Jan 2022 05:22 AM PST SUBANG: SKS Airways, syarikat penerbangan komersial terbaharu Malaysia melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) ke Pulau Pangkor. |
| 1.6 juta kenderaan dijangka di lebuh raya Posted: 25 Jan 2022 05:17 AM PST PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik meningkat kepada 1.6 juta kenderaan, berbanding 1.4 juta kini bermula 28 Januari hingga 6 Februari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina. |
| Pengguna Touch 'n Go boleh tambah baki guna TnG eWallet. Posted: 25 Jan 2022 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Touch 'n Go (TnG) akan melancarkan kad versi baharu yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dalam beberapa minggu akan datang. |
| Pfizer-BioNTech mula ujian klinikal vaksin khusus Omicron Posted: 25 Jan 2022 05:11 AM PST WASHINGTON: Pfizer dan BioNTech sudah memulakan pendaftaran untuk ujian klinikal untuk menguji keselamatan dan tindak balas imun vaksin COVID-19 yang khusus untuk Omicron dalam kalangan individu dewasa berusia sehingga 55 tahun. |
| Rexy gesa Wei Chong-Kai Wun usah gelabah Posted: 25 Jan 2022 05:10 AM PST KUALA LUMPUR: Juara beregu lelaki Kejohanan Antarabangsa India Syed Modi 2022, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu lebih tenang dalam berdepan tekanan ketika bertarung di gelanggang pada mana-mana kejohanan disertai selepas ini. |
| Naim buat laporan polis difitnah Posted: 25 Jan 2022 05:09 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 25, bengang dikaitkan sebahagian golongan Illuminati oleh sekumpulan penganut teori konspirasi dalam Instagram (IG) gara-gara mengalami lebam pada bahagian muka kerana bermain papan selaju, baru-baru ini. |
| Dagangan China-Malaysia cecah RM739 bilion Posted: 25 Jan 2022 05:06 AM PST KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan antara China dan Malaysia mencecah AS$176.8 bilion (RM739 bilion) pada 2021 dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 34.5 peratus di tengah-tengah usaha melawan COVID-19. |
| Sepanyol tumpaskan sindiket jual pasport vaksin palsu Posted: 25 Jan 2022 05:02 AM PST MADRID: Polis Sepanyol menahan tujuh lelaki yang disyaki anggota kumpulan jenayah antarabangsa yang menghasilkan dan menjual pasport serta ujian negatif COVID-19 palsu. |
| Vicks Kanagasingam dilantik CEO Censof Digital Posted: 25 Jan 2022 05:01 AM PST KUALA LUMPUR: Censof Holdings Bhd melantik Vicks Kanagasingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Censof Digital Sdn Bhd (CDSB) berkuat kuasa 1 Januari lalu. |
| Ringgit terus merosot berbanding dolar AS Posted: 25 Jan 2022 04:56 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan mata wang AS itu, mata wang lindung nilai, mengukuh dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat di Eropah Timur manakala pelabur menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, kata peniaga. |
| PN tanding semua kerusi DUN - Muhyiddin Posted: 25 Jan 2022 04:46 AM PST SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. |
| Junta Myanmar dijemput hadiri sidang jika ada kemajuan dalam perjanjian ASEAN Posted: 25 Jan 2022 04:31 AM PST PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen memaklumkan sudah menjemput ketua junta Myanmar untuk menghadiri persidangan ASEAN, dengan syarat melakukan kemajuan terhadap rancangan aman yang dipersetujui tahun lalu. |
| Muhyiddin umum tak bertanding PRN Johor Posted: 25 Jan 2022 04:12 AM PST SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. |
| SPRM tahan dua CEO kes Kapal Tempur Pesisir Pantai Posted: 25 Jan 2022 03:11 AM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS). |
| Landasan Lapangan Terbang Pangkor wajar dipanjangkan Posted: 25 Jan 2022 04:14 AM PST PANGKOR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam perbincangan dengan kerajaan negeri untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor, di sini, sehingga 1.5 kilometer selepas lapangan berkenaan kembali beroperasi semula. |
| Alhadur lebih baik daripada De Gea Posted: 25 Jan 2022 04:00 AM PST LONDON: Sekiranya ada pemenang dalam kekalahan di atas ataupun di luar padang - ia sepatutnya menjadi milik Chaker Alhadur. |
| Dagangan di bursa ditutup lemah Posted: 25 Jan 2022 03:59 AM PST KUALA LUMPUR: Sentimen tidak menentu di pasaran serantau turut menjejaskan dagangan di Bursa Malaysia, menyaksikan ia ditutup lemah secara keseluruhan hari ini, kata peniaga. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment