Thursday, January 27, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


80 bakal sertai Festival Luncur Ombak Cherating 2022

Posted: 27 Jan 2022 04:31 AM PST

KUANTAN: Seramai 80 peserta dari seluruh negara mengesahkan penyertaan pada Festival Luncur Ombak Cherating 2022 anjuran Kelab Luncur Ombak Cherating (KLOC) di Pantai Cherating, di sini, pada 4 hingga 6 Februari ini.

Guru tadika antara 3 maut dalam kemalangan

Posted: 27 Jan 2022 06:41 AM PST

LIPIS: Guru Tabika KEMAS antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 84, Jalan Lipis-Merapoh di sini, petang tadi.

Niaga hadapan sawit cecah rekod tertinggi dalam sejarah

Posted: 27 Jan 2022 06:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi sepanjang masa hari ini apabila sekatan Indonesia terhadap eksport MSM terus merangsang sentimen, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Teong Kim pernah minta gaji sehingga RM374,000 sebulan - TMJ

Posted: 27 Jan 2022 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Berapa gaji Lim Teong Kim jika dia mahu berkhidmat untuk bola sepak negara?

Mayat lelaki dengan kaki, tangan terikat

Posted: 27 Jan 2022 06:01 AM PST

TAMPIN: Sayu hati seorang isteri apabila menemui mayat suaminya dengan kaki dan tangannya terikat dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, di sini, petang tadi.

Hong Kong kurangkan kuarantin pengembara luar kepada 14 hari

Posted: 27 Jan 2022 05:57 AM PST

HONG KONG: Hong Kong akan mengurangkan tempoh kuarantin pengembara luar dari 21 hari kepada hanya 14 hari, berkuat kuasa 5 Februari depan.

Busana etnik Malaysia di 10 pejabat kedutaan

Posted: 27 Jan 2022 05:53 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk mengangkat keunikan dan kepelbagaian budaya etnik utama di Malaysia melalui pameran busana tradisional.

FELDA Chemomoi kena PKPD bermula esok

Posted: 27 Jan 2022 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di FELDA Chemomoi, Bentong, Pahang selama 14 hari, mulai esok.

Isu Zii Jia, Jin Wei selesai - BAM

Posted: 27 Jan 2022 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan badan induk itu bersetuju untuk membenarkan Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei menyertai kejohanan antarabangsa sebagai pemain profesional.

MEDAC bantu usahawan asnaf terkesan banjir, pandemik

Posted: 27 Jan 2022 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM1.6 juta untuk tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC, yang akan diagihkan agensi-agensi di bawah kementerian itu, kepada golongan usahawan asnaf yang terkesan akibat COVID-19 dan banjir di seluruh negara.

Uzma dapat kontrak EnQuest bernilai RM30 juta

Posted: 27 Jan 2022 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Uzma Bhd, Uzma Engineering Sdn Bhd, diberikan pesanan atas permintaan oleh EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd (EnQuest) bagi pembekalan unit kerja hidraulik (HWU) bernilai RM30 juta.

Unit EITA Resources dapat projek pencawang RM58.35 juta

Posted: 27 Jan 2022 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak syarikat 60 peratus milik EITA Resources Bhd, TransSystem Continental Sdn Bhd (TSC), bersama dengan Terapan Dinamik (M) Sdn Bhd menerima dua pemberitahuan anugerah daripada Sarawak Energy Bhd untuk menjalankan dua projek pencawang bernilai RM58.35 juta.

Collins turut layak final Terbuka Australia

Posted: 27 Jan 2022 05:11 AM PST

MELBOURNE: Pemain Amerika Syarikat (AS), Danielle Collins menundukkan Iga Swiatek untuk sekali gus mara ke final perseorangan wanita tenis Terbuka Australia di Rod Laver Arena, di sini, sebentar tadi.

Nenek rugi RM1 juta ditipu Macau Scam

Posted: 27 Jan 2022 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas kerugian RM1 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai sebuah syarikat telekomunikasi.

Polis Selangor rampas 52kg ganja

Posted: 27 Jan 2022 05:00 AM PST

SHAH ALAM: Polis Selangor merampas 51 ketulan mampat dipercayai ganja yang dianggarkan seberat 52.02 kilogram menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Kuala Langat pada 22 Januari lalu.

Barty mara final Terbuka Australia

Posted: 27 Jan 2022 04:58 AM PST

MELBOURNE: Ashleigh Barty mara ke final Terbuka Australia buat kali pertama selepas pilihan utama itu menundukkan pemain Amerika Syarikat (AS) Madison Key dalam aksi permainan terus di sini, hari ini.

20 atlet olahraga dijangka ke Sukan SEA berdasarkan merit

Posted: 27 Jan 2022 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjangkakan 20 atlet balapan dan padang layak secara merit ke Sukan SEA ke-31 di Vietnam yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini.

Pokok tumbang, bumbung tercabut akibat ribut di Shah Alam

Posted: 27 Jan 2022 04:28 AM PST

SHAH ALAM: Hujan lebat serta ribut di beberapa kawasan di sini petang tadi menyebabkan pokok tumbang dan bumbung premis tercabut termasuk di parkir sebuah pasar raya besar di Seksyen 13.

Polis serbu pusat hiburan baru dua hari beroperasi

Posted: 27 Jan 2022 03:17 AM PST

MANJUNG: Polis menahan sembilan wanita warga Vietnam yang dipercayai pelayan pelanggan pusat hiburan yang baru dua hari beroperasi di Sitiawan, di sini semalam.

Puting beliung mungkin boleh berlaku lebih teruk

Posted: 27 Jan 2022 04:24 AM PST

ALOR SETAR: Fenomena belalai darat atau puting beliung yang berlaku di kawasan Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam berkemungkinan besar boleh berulang dan lebih besar yang boleh membawa kemusnahan lebih teruk.

Laporan kajian ganti hukuman mati mandatori akan dibentang

Posted: 27 Jan 2022 04:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, sebelum akhir Februari ini untuk pertimbangan dan persetujuan.

Hamidin ulangi pendirian kekal pimpin FAM

Posted: 27 Jan 2022 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya boleh tinggalkan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tetapi FAM akan rosak buat ketika ini," kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

PETRONAS tawar 14 blok penerokaan untuk bidaan

Posted: 27 Jan 2022 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR: PETRONAS menawarkan 14 blok penerokaan, enam kluster Peluang Sumber Ditemui (DRO) dan satu kluster Aset Hayat Lewat (LLA) dalam Pusingan Bidaan Malaysia 2022 (MBR 2022) yang dilancarkan hari ini.

Zii Jia boleh guna khidmat ISN ikut bayaran pakej

Posted: 27 Jan 2022 04:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih boleh menggunakan khidmat Institut Sukan Negara (ISN), namun akan dikenakan bayaran mengikut pakej pilihannya selepas mengumumkan untuk bergerak secara profesional.

KDA FC, Halo Telco jalin kerjasama

Posted: 27 Jan 2022 04:17 AM PST

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjalin kerjasama dengan Halo Telco selaku rakan rasmi telekomunikasi skuad Hijau Kuning bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Saksi kata Zizie Izette layak terima RM2.8 juta

Posted: 27 Jan 2022 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk FELCRA membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

2 lelaki dalam video tular pecah cermin kereta ditahan

Posted: 27 Jan 2022 03:13 AM PST

TAIPING: Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan video tular kejadian seorang lelaki memecahkan cermin kereta di Crystal Greek Residense di sini, baru-baru ini.

Kes harian COVID-19 kembali lepasi angka 5,000

Posted: 27 Jan 2022 02:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Angka harian kes COVID-19 di negara ini kembali melepasi 5,000 dengan 5,439 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pelanggan Maybank boleh buka akaun simpanan dolar Singapura

Posted: 27 Jan 2022 03:25 AM PST

SINGAPURA: Pelanggan Maybank Malaysia berpeluang membuka akaun simpanan dalam dolar Singapura dengan Maybank Singapura secara dalam talian tidak lama lagi yang turut membolehkan pindahan dana masa nyata yang merentasi sempadan.

Pacquiao cabar penjawat awam Filipina isytihar kekayaan

Posted: 27 Jan 2022 03:23 AM PST

MANILA: Bekas peninju terkemuka, Manny Pacquiao, menyatakan kesediaan mengisytiharkan hartanya dan mencabar semua pegawai untuk mengambil tindakan sama.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template