Sunday, January 9, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


78.5 peratus populasi negara lengkap divaksin

Posted: 09 Jan 2022 05:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78.5 peratus populasi negara atau 25,647,708 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19 setakat semalam, manakala sehingga tempoh sama penerima dos penggalak meningkat kepada 23.9 peratus bersamaan 7,809,058 individu.

Budak 18 bulan terperangkap dalam kereta setengah jam

Posted: 09 Jan 2022 08:01 PM PST

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan terperangkap dalam kereta hampir setengah jam sebelum diselamatkan anggota bomba di Persiaran Diana Taman Sri Pinang, di sini petang semalam.

Siasatan bebas untuk bersihkan nama Azam - TI-M

Posted: 09 Jan 2022 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Siasatan oleh sebuah badan bebas yang dibentuk kerajaan akan memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk membela diri terhadap dakwaan yang dihadapinya.

Thiago akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi

Posted: 09 Jan 2022 07:51 PM PST

LONDON: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menolak dakwaan bahawa kelab Liga Perdana itu akan kehilangan pemain tengah, Thiago Alcantara sepanjang baki musim ini.

71 pelajar masih di PPS, tangguh ke sekolah

Posted: 09 Jan 2022 07:36 PM PST

MELAKA: Seramai 71 pelajar terpaksa menangguhkan persekolahan yang bersambung semula hari ini kerana masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

SK Bihai teruskan PdPR susulan gangguan harimau

Posted: 09 Jan 2022 07:35 PM PST

GUA MUSANG: Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai secara bersemuka yang sepatutnya bermula semalam ditangguhkan berikutan ancaman serangan harimau.

BERSATU tidak terkesan ahli serta parti lain - Wan Saiful

Posted: 09 Jan 2022 07:21 PM PST

KUALA LUMPUR: BERSATU tidak terkesan dengan tindakan beberapa ahlinya menyertai pergerakan politik lain.

Ekuinas cari lima syarikat Bumiputera berpotensi

Posted: 09 Jan 2022 07:13 PM PST

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) mencari lima syarikat Bumiputera berpotensi dan berdaya maju untuk menyertai Entrepreneur Mentorship Programme Advance (EMP Advance) ILTIZAM tahun ini.

Kaedah tabungan, pelaburan KWSP perlu dipertingkatkan

Posted: 09 Jan 2022 07:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mengkaji untuk mempelbagaikan lagi kaedah penyimpanan, pelaburan serta saluran kewangan bagi memastikan pencarumnya mempunyai tabungan yang mencukupi selepas bersara.

Saintis lapor penemuan strain baharu COVID-19, Deltacron

Posted: 09 Jan 2022 07:15 PM PST

NICOSIA: Profesor Sains Biologi dan Ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis, melaporkan satu strain COVID-19 yang menggabungkan varian Delta dan Omicron ditemukan di Cyprus.

Chocodap's lancar kempen Grand Rewards

Posted: 09 Jan 2022 07:07 PM PST

KUALA LUMPUR: Ganjaran hadiah bernilai RM 100,000 menanti untuk dimenangi tahun ini ditawarkan jenama coklat tempatan, Chocodap's.

Pemandu Civic rempuh empat kereta ditahan

Posted: 09 Jan 2022 07:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu kereta Honda Civic yang menyebabkan kemalangan dengan empat kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang di sini, malam tadi.

Lengkap vaksin, kapasiti 50 peratus majlis akad nikah, kenduri

Posted: 09 Jan 2022 07:01 PM PST

KOTA BHARU: Majlis akad nikah dan kenduri di Kelantan dibenarkan bagi individu yang lengkap vaksin COVID-19 dengan kehadiran 50 peratus kapasiti ruang premis berkuat kuasa serta merta.

Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu

Posted: 09 Jan 2022 07:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat sedikit pada awal dagangan Isnin namun susut kemudiannya susulan aktiviti pengambilan untung membabitkan saham-saham wajaran tinggi yang meraih keuntungan baru-baru ini, kata peniaga.

Garis panduan ketat kawal kualiti pembinaan

Posted: 09 Jan 2022 07:00 PM PST

Pembangunan semakin pesat dan arus teknologi terkini, memacu industri pembinaan dalam merancang bangunan berdigital dan diuruskan dengan lebih tepat serta jimat masa.

Kes curi rakam bikin malu industri filem

Posted: 09 Jan 2022 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha menganggap insiden mengaitkan pempengaruh media sosial, Nur Ameera Khan yang didakwa berkongsi babak filem House of Gucci di Instagram Story (IGs), baru-baru ini, boleh mencalarkan nama negara kerana membabitkan karya asing.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

Posted: 09 Jan 2022 06:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat peningkatan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Isnin susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu pada minggu lalu yang kurang memberangsangkan, biarpun harga minyak mentah merosot, kata peniaga.

Terengganu sedia 72 PPV untuk dos penggalak vaksin COVID-19

Posted: 09 Jan 2022 06:52 PM PST

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 72 pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 dibuka di semua lapan daerah di Terengganu untuk meningkatkan lagi kapasiti pemberian suntikan dos penggalak di negeri ini.

Pelawak AS, Bob Saget meninggal dunia di bilik hotel

Posted: 09 Jan 2022 06:47 PM PST

MIAMI : Pelawak Amerika Syarikat (AS), Bob Saget, yang popular dalam siri rancangan televisyen 'Full House' pada 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di bilik hotel Florida, menurut ketua polis tempatan semalam.

Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu

Posted: 09 Jan 2022 06:04 PM PST

KUALA KRAI: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas empat kakitangannya termasuk pemandu, pembantu pemandu, penyelia kereta api dan pemeriksa tiket susulan kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris sehingga menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, semalam.

Bencana banjir beri peringatan perkasa kelestarian alam sekitar

Posted: 09 Jan 2022 06:30 PM PST

Bencana banjir ada kalanya boleh diramal dan dijangka. Biasanya banjir berlaku di negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh akibat perubahan monsun kerana ia membabitkan faktor semula jadi dan geografi.

Jangan biar rakyat hilang keyakinan terhadap SPRM

Posted: 09 Jan 2022 06:30 PM PST

Anggota pentadbiran kerajaan sama ada dalam kalangan pemimpin politik atau penjawat awam bukan hanya perlu bersih, malah perlu dilihat sebagai bersih. Imej bersih daripada sebarang bentuk rasuah amat penting bagi mewujudkan keyakinan awam terhadap integriti pemerintahan negara.

PERHILITAN tangkap gajah liar

Posted: 09 Jan 2022 06:28 PM PST

KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap seekor gajah liar jantan dalam satu operasi di kawasan kebun di Kampung Salor, Jeli, Jumaat lalu.

Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic

Posted: 09 Jan 2022 06:24 PM PST

MELBOURNE: Hakim yang mendengar proses undang-undang Novak Djokovic yang mencabar keputusan kerajaan Australia membatalkan visa kemasukannya mencetuskan kebimbangan mengenai bagaimana bintang Serbia itu dilayan oleh pegawai ketika tiba di negara berkenaan.

China lantik bekas ketua tentera sebagai komander PLA Hong Kong

Posted: 09 Jan 2022 06:15 PM PST

SHANGHAI: China melantik bekas ketua tentera, Peng Jingtang, sebagai komander baharu barisan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong, lapor penyiar CCTV lewat semalam, memetik jurucakap PLA.

Sesi persekolahan SK Assumption ceria dalam sedih

Posted: 09 Jan 2022 05:30 PM PST

BUTTERWORTH: Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, di sini sedikit muram selepas berita penutupan sekolah akhir Februari ini mula tersebar sejak kelmarin.

Nilai Rt negara kekal bawah 1.00

Posted: 09 Jan 2022 06:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara meningkat 0.01 kepada 0.98 berbanding Sabtu lalu.

Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas

Posted: 09 Jan 2022 05:52 PM PST

TAMBUNAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dalam kejadian di Kampung Sungai Zon Kumareling, di sini, semalam.

Gol Kehrer selamatkan mata buat PSG

Posted: 09 Jan 2022 05:36 PM PST

PARIS: Pertahanan Jerman, Thilo Kehrer menyelamatkan Paris Saint-Germain yang seri 1-1 berdepan Lyon menerusi gol penyamaan 14 minit sebelum tamat pada aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

Ikan arowana simbol kekayaan

Posted: 09 Jan 2022 05:19 PM PST

MELIHAT warna, keunikan perilaku, susunan sisik dan bentuk badan ikan kelisa yang juga dikenali sebagai ikan arowana memang melekakan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template