Wednesday, January 5, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


100 jemaah sedang kuarantin di Makkah

Posted: 04 Jan 2022 10:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 100 jemaah umrah tanah air yang didapati positif COVID-19 sedang menjalani kuarantin di Makkah ketika ini.

Azam Baki nafi kawal syarikat konglomerat

Posted: 04 Jan 2022 11:40 PM PST

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya terhadap tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.

Polis tumpas sindiket pelaburan Forex GCG Asia, rampas RM126.9 juta

Posted: 05 Jan 2022 12:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GCG Asia, selepas menahan 10 individu termasuk dalang utama bergelar Datuk, dalam serbuan di sekitar ibu negara, Perak, Selangor, Melaka dan Johor, pada Sabtu lalu.

76 peratus kes Omicron pada Disember babit jemaah umrah

Posted: 05 Jan 2022 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 76.1 peratus atau 928 daripada 1,220 kes positif COVID-19 berkemungkinan varian Omicron yang direkodkan bulan lalu membabitkan jemaah umrah.

Baiki ban pecah Sungai Langat dijangka siap selewatnya 5 hari

Posted: 05 Jan 2022 06:00 AM PST

SHAH ALAM: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menjangkakan kerja pembaikan ban pecah di Sungai Langat mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk disiapkan.

3 anggota APM selamat, bot hantar bantuan karam

Posted: 05 Jan 2022 05:03 AM PST

JERANTUT: Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam dalam kejadian di Sungai Tembeling hari ini.

Jho Low, ibu bapa disenarai kes saman 1MDB

Posted: 05 Jan 2022 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau 'Jho Low, bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng dan ibunya Puan Sri Goh Gaik Ewe memasukkan kehadiran mereka dalam kes saman AS$3.7837 bilion difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap mereka.

Masjid, surau di Selangor dibuka semula dua minggu lagi

Posted: 05 Jan 2022 03:12 AM PST

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjangkakan 33 masjid dan 90 surau yang terjejas akibat banjir dapat dibuka semula kepada jemaah dalam tempoh dua minggu lagi.

Geng curi kereta, samun pelanggan stesen minyak tumpas

Posted: 05 Jan 2022 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit kegiatan menyamun pelanggan stesen minyak dan curi kereta di ibu negara serta Selangor dalam serbuan berasingan di Lembah Klang pada 21 dan 28 Disember lalu.

5 negeri capai 100 peratus penyaluran BWI - Perdana Menteri

Posted: 03 Jan 2022 12:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Lima negeri iaitu Kelantan, Wilayah Persekutuan, Melaka, Terengganu dan Perak sudah mencapai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan.

MSN struktur semula skim bayaran elaun atlet

Posted: 05 Jan 2022 04:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) melakukan penstrukturan semula skim bayaran elaun bagi atlet yang ditawarkan kontrak baharu untuk mengikuti program latihan tahun ini, susulan peruntukan kewangan yang terhad daripada kerajaan.

UMNO cadang Sidang Khas Parlimen bincang isu banjir

Posted: 05 Jan 2022 04:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana itu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19: Singapura mungkin capai hingga 15,000 kes sehari disebabkan Omicron

Posted: 05 Jan 2022 04:33 AM PST

SINGAPURA: Singapura menjangkakan varian Omicron menyebabkan gelombang lebih besar berbanding Delta dan menyatakan bahawa dos penggalak diperlukan untuk individu dewasa mengekalkan status vaksinasi mereka.

Sasar tingkat jualan produk keperluan menyelamat

Posted: 05 Jan 2022 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Technofit Synergy Sdn Bhd, anak syarikat Technofit Holdings Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan produk keperluan keselamatan dan penyelamatan di Malaysia.

Jurulatih baharu Harimau Malaya berdepan 'banyak kerja'

Posted: 05 Jan 2022 04:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Sama ada jurulatih tempatan atau jurulatih import, individu yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya perlu berdepan 'banyak kerja' dan cabaran untuk membentuk pasukan yang lebih mantap.

Naquib, Nabil sandaran negara saingan eRacing GP

Posted: 05 Jan 2022 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) mengumumkan gandingan adik beradik, Naquib dan Nabil Azlan akan mewakili negara dalam saingan eRacing GP yang akan dipertandingkan buat julung kalinya pada Kejohanan SEA eSports (SEA EC), 9 Januari ini.

Roadcare, KKR bantu mangsa banjir

Posted: 05 Jan 2022 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan dan penyelengaraan jalan raya, Roadcare (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup membantu mengurangkan beban ditanggung mangsa banjir.

Polis buru lelaki hina Agong, PM

Posted: 05 Jan 2022 04:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu seorang lelaki, N Ganesparan, 40, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Tiada aksi skuad Harimau Malaya bulan ini

Posted: 05 Jan 2022 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya dijangka boleh terus diulit 'lena' daripada mengharungi aksi antarabangsa meskipun dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 24 Januari sehingga 1 Februari ini.

Bekas penjaga gol kebangsaan meninggal dunia

Posted: 05 Jan 2022 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol skuad kebangsaan saingan Piala Asia 1976 dan 1980, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia akibat komplikasi jantung awal pagi ini.

Dana AS tuntut ganti rugi RM27 bilion daripada IHH

Posted: 05 Jan 2022 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Emqore Envesecure Private Capital Trust menuntut ganti rugi melebihi AS$6.5 bilion (RM27 bilion) daripada IHH Healthcare Bhd (IHH) dengan lebih 20 dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah.

Taliban arah pemilik kedai penggal kepala boneka pakaian

Posted: 05 Jan 2022 04:18 AM PST

KABUL: Taliban mengarahkan pemilik kedai di barat Afghanistan supaya memenggal kepala boneka pakaian kerana disifatkan melanggar undang-undang Islam.

Rapid Rail siasat punca kerosakan tren

Posted: 05 Jan 2022 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kerosakan tren akibat masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara, pagi tadi.

Ritual tolak musibah banjir, JAIPk buka kertas siasatan

Posted: 05 Jan 2022 03:54 AM PST

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan berhubung video ritual menolak musibah banjir, dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan, seperti tular di media sosial, hari ini.

Dua ditahan bantu siasatan kes rasuah RM500,000

Posted: 05 Jan 2022 04:03 AM PST

JOHOR BAHRU: Seorang pesara dan seorang pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan nilai kira-kira RM500,000, tiga tahun lalu.

Ringgit terus susut

Posted: 05 Jan 2022 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan susulan kenaikan nilai mata wang tempatan baru-baru ini, kata peniaga.

Pegawai bomba cedera kepala ditimpa konkrit

Posted: 05 Jan 2022 03:52 AM PST

SHAH ALAM: Seorang pegawai bomba Selangor cedera selepas kepingan konkrit terjatuh ke atas kepalanya ketika dia melakukan kerja pemadaman kebakaran di sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22 dekat sini, petang tadi.

100 peniaga dikompaun kerana ingkar harga kawalan Keluarga Malaysia

Posted: 05 Jan 2022 03:50 AM PST

KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 100 kes peniaga culas dalam penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di seluruh negara sehingga semalam.

Buku 'Mari Kenali Sawit' ketengah manfaat minyak sawit

Posted: 05 Jan 2022 03:53 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melancarkan buku 'Mari Kenali Sawit' (Mari Kenali Minyak Sawit) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah hari ini.

Rugi hampir RM118,000 terpedaya janji persahabatan

Posted: 04 Jan 2022 11:00 PM PST

MELAKA: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM118,000 selepas dijanjikan pelbagai hadiah termasuk mata wang asing sebagai tanda persahabatan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template