Friday, February 11, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Program NRW Kelantan dijangka siap Januari 2023

Posted: 10 Feb 2022 11:37 PM PST

KOTA BHARU: Program Air Tanpa Hasil (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Kelantan yang bermula sejak Februari 2020 dijangka siap sepenuhnya pada Januari tahun depan.

Kerugian bersih MHB susut kepada RM270.41 juta

Posted: 11 Feb 2022 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) berkurangan kepada RM270.41 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding dengan kerugian bersih sebanyak RM396.80 juta yang direkodkan sebelumnya.

Polis cari Mohammad Hazuarie bantu siasatan kes bayi ditikam ibu

Posted: 11 Feb 2022 01:24 AM PST

CHUKAI: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan berkait kes memperkosa seorang remaja dan bayi ditikam ibu pada Selasa lalu.

Malaysia berhati-hati sebelum isytihar fasa endemik - KJ

Posted: 11 Feb 2022 01:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil langkah berhati-hati dan cermat sebelum mengisytiharkan negara beralih ke fasa endemik seperti dilaksanakan beberapa negara, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Hukuman penjara 14 tahun penjual mi kekal

Posted: 11 Feb 2022 01:02 AM PST

PUTRAJAYA: Seorang pembuat mi berusia 65 tahun akan terus menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kematian penjual durian yang enggan menggantikan buah durian tidak elok yang dibelinya pada harga RM34.

Pindaan Perlembagaan berkaitan Sabah, Sarawak berkuat kuasa

Posted: 11 Feb 2022 12:57 AM PST

KUCHING : Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 (Akta A1642) yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pada 19 Januari lalu, dikuatkuasakan, mulai hari ini.

Putera Charles positif COVID-19 kali kedua

Posted: 11 Feb 2022 12:56 AM PST

LONDON: Putera Charles kini dikuarantin selepas disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua, menurut kenyataan pejabatnya, semalam.

Kerajaan sasar tambah bilangan stesen pengecas kenderaan elektrik

Posted: 11 Feb 2022 12:49 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan menyasarkan lebih banyak stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) diwujudkan berikutan terdapat syarikat tempatan mampu menyediakan perkhidmatan membina kemudahan itu dengan kos lebih murah.

Harga mahal punca B40, M40 sukar miliki rumah

Posted: 11 Feb 2022 12:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Harga mahal menjadi punca golongan B40 dan M40 tidak dapat membeli rumah dan bukan disebabkan isu pembiayaan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Australia gagalkan rancangan China membiayai calon pilihan raya - media

Posted: 11 Feb 2022 12:48 AM PST

SYDNEY: Perisik China didakwa cuba membiayai calon pembangkang Australia dari parti Buruh yang berhaluan kiri dalam pilihan raya persekutuan akan datang, tetapi cubaan itu digagalkan agensi keselamatan negara Australia, lapor beberapa media hari ini.

Menyamar kawan minta pinjam duit

Posted: 11 Feb 2022 12:40 AM PST

JEMPOL: Dua lelaki masing-masing kerugian RM1,700 dan RM1,500 selepas terpedaya dengan mesej meminjam wang dari 'rakan' sendiri dipercayai akibat perbuatan scammer yang menggunakan gambar profil kenalan mangsa itu.

88 PATI ditahan di perairan Tanjung Karang

Posted: 11 Feb 2022 12:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 88 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 20 wanita, seorang tekong dan dua pembantunya ditahan di perairan Tanjung Karang dekat Kuala Selangor, semalam, kerana disyaki terbabit kes penyeludupan.

Elon Musk yakin SpaceX baharu akan sampai ke orbit Bumi tahun ini

Posted: 11 Feb 2022 12:33 AM PST

AMERIKA SYARIKAT: Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk, semalam berkata beliau sangat yakin dengan kapal angkasa SpaceX baharu yang direka untuk pengembaraan ke bulan dan Marikh akan sampai ke orbit bumi buat kali pertama tahun ini, meskipun berdepan pelbagai cabaran teknikal dan peraturan yang masih belum dapat diatasi.

Puteri Balqis harap Mia tak ulangi kesilapan

Posted: 11 Feb 2022 12:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua pelakon pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi, 15, dan Mia Sara Nasuha, 17, mengakhiri perselisihan yang faham berlaku dengan jalan damai.

1,055 sekolah dikenal pasti PPV PICKids

Posted: 11 Feb 2022 12:30 AM PST

PUTRAJAYA: Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengenal pasti 1,055 sekolah yang akan menjadi lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).

Konsortium Dialog dapat kontrak Petronas Chemicals RM724 juta

Posted: 11 Feb 2022 12:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Dialog Group Bhd, Dialog E & C Sdn Bhd (DECSB) menerusi konsortium bersama Technip Energies (M) Sdn Bhd menerima Surat Lantikan daripada Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd (PCFKSB) untuk kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM724 juta.

SOP PRN Johor umum sebelum penamaan calon

Posted: 11 Feb 2022 12:20 AM PST

JOHOR BAHRU: Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

KPDNHEP serbu premis pemborong ayam langgar harga kawalan

Posted: 11 Feb 2022 12:16 AM PST

KANGAR: Sebuah premis syarikat pemborong ayam di Bukit Pinang, Kepala Batas, Alor Setar diperiksa sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis kerana didapati menjual ayam mentah melebihi harga borong maksimum mengikut Penentuan Harga Maksimum (PHM) yang sedang dikuatkuasakan.

Penunjuk perasaan antivaksin di luar Parlimen New Zealand semakin ramai

Posted: 11 Feb 2022 12:07 AM PST

WELLINGTON: Jumlah penunjuk perasaan di luar parlimen New Zealand meningkat hari ini apabila polis mengurangkan usaha untuk menyuraikan penunjuk perasaan antivaksin yang terbabit dalam pertempuran ganas sehari sebelumnya.

Gesaan tangguh PRN Johor bersifat provokasi

Posted: 11 Feb 2022 12:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditangguhkan berikutan peningkatan kes COVID-19 akibat varian Omicron dianggap berbaur provokasi dan sengaja mencetuskan kegelisahan masyarakat.

Mahkamah tolak bantahan awal SPR, 2 lagi defendan

Posted: 11 Feb 2022 12:01 AM PST

MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini, menolak bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi terhadap petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November tahun lalu.

PRN Johor: 4 petugas media positif COVID-19

Posted: 10 Feb 2022 11:47 PM PST

JOHOR BAHRU: Empat petugas media yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, disahkan positif COVID-19, manakala sekurang-kurangnya lima lagi diarah menjalani kuarantin kendiri.

Isu teknikal punca kelewatan salur dana SPIM

Posted: 10 Feb 2022 11:20 PM PST

PUTRAJAYA: Kelewatan memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) disebabkan isu teknikal yang timbul ketika proses naik taraf sistem permohonan dalam talian.

'Isu doktor kontrak sudah selesai'

Posted: 10 Feb 2022 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR : Badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan perubatan menyifatkan keputusan kerajaan untuk menambah lebih 8,000 jawatan tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) bermula tahun ini sehingga 2025 menyelesaikan pelbagai isu mendesak yang membelenggu sektor perubatan sebelum ini.

Tempoh mohon URUS dilanjut ambil kira impak banjir

Posted: 10 Feb 2022 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Tempoh permohonan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) sehingga 31 Mac 2022 selepas mengambil kira kesan banjir terhadap banyak isi rumah dan perniagaan.

Kompaun RM145,000 pengunjung, pemilik pusat hiburan di KL

Posted: 10 Feb 2022 11:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM145,000 terhadap pengunjung dan pemilik enam pusat hiburan di ibu negara, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam operasi tujuh hari berakhir semalam.

MAFI sasar RM350 juta nilai pelaburan di Ekspo Dubai

Posted: 10 Feb 2022 11:28 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengunjurkan nilai pelaburan RM350 juta sepanjang Minggu Pertanian Lestari di EXPO 2020 Dubai.

Kes baharu kembali lepasi angka 20,000

Posted: 10 Feb 2022 11:26 PM PST

PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini kembali melepasi 20,000 iaitu sejumlah 20,939 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

PRN Johor: SPR perlu pastikan pengundi terlindung COVID-19 - Dr Adham

Posted: 10 Feb 2022 09:46 PM PST

SHAH ALAM: UMNO Johor berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat memberi pandangan dan nasihat mengenai keupayaan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang ditetapkan 12 Mac depan susulan peningkatan kes harian COVID-19 akibat gelombang Omicron.

'Gigi tiada, badan kurus, lakonan tetap dipuji'

Posted: 10 Feb 2022 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Selama beberapa tahun, pelakon sensasi, Iqram Dinzly, 41, terus dihukum dengan cercaan seperti tidak siuman, gila dan sakit jiwa. Umpama terperangkap dalam 'dimensi hidup', namun, apa yang dicari bukannya kehidupan dunia nyata apabila berkelakuan pelik, jelik dan keterlaluan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template