Sunday, February 13, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pemandu lori mabuk rempuh lima kenderaan

Posted: 12 Feb 2022 11:24 PM PST

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori mabuk merempuh lima kenderaan di Kilometer 19 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, semalam dan menyebabkan seorang maut.

RM10 juta bagi program peningkatan pendapatan tahun ini

Posted: 13 Feb 2022 02:14 AM PST

KUALA NERANG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan RM10 juta bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) pada tahun ini.

Penunjuk perasaan digesa beredar dari Canberra

Posted: 13 Feb 2022 02:12 AM PST

CANBERRA: Polis Australia memberi amaran kepada ribuan penunjuk perasaan menentang mandat vaksin COVID-19 supaya meninggalkan kawasan perhimpunan hari ini.

Baqiuddin akui tak goyang

Posted: 13 Feb 2022 02:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Kemasukan ramai pemain baharu memperkasakan Sri Pahang FC bagi musim 2022 tidak membuatkan Muhd Baqiuddin Shamsudin goyang, sebaliknya dia sedia berjuang untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.

Khai risau sembilan ahli keluarga positif COVID-19

Posted: 13 Feb 2022 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar, 27, dikejutkan dengan berita sembilan ahli keluarganya disahkan positif COVID-19, sehari selesai mengadakan konsert solo, Konsert Nafas Cinta Khai Bahar, semalam.

Hafizh uji Honda CBR1000RR-R bulan depan

Posted: 13 Feb 2022 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelumba negara pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Hafizh Syahrin Abdullah akan menguji jentera baharunya pada bulan depan selepas menyambut kelahiran anak sulung.

Khai kikis rasa malu, bijak berinteraksi

Posted: 13 Feb 2022 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar, 27, akhirnya berjaya merealisasikan impian konsert solo yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, semalam.

Nauraj gembira catat rekod 2.22m di Jerman

Posted: 13 Feb 2022 01:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga elemen penting menjadi penekanan utama buat atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh yang meraih pingat emas dalam satu kejohanan dalam dewan di Jerman, baru-baru ini.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA terima Anugerah Platinum APACC

Posted: 13 Feb 2022 01:49 AM PST

Kolej Kemahiran Tinggi MARA lakar sejarah terima anugerah platinum APACC

Nur Izzuddin sudah sedia bawa Malaysia ke final

Posted: 13 Feb 2022 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani sudah bersedia menggembleng tenaga membawa Malaysia melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Shah Alam, yang bermula Selasa ini.

Lapor jika ada bukti kes eksploitasi seksual kanak-kanak, remaja bawah umur

Posted: 13 Feb 2022 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tampil mengemukakan laporan polis dengan bukti yang boleh membantu proses siasatan jika berdepan atau mengesan kes eksploitasi seksual membabitkan kanak-kanak dan remaja bawah usia 18 tahun menerusi pelbagai aplikasi laman sembang.

Malaysia bukan pasukan pilihan di Kemboja

Posted: 13 Feb 2022 01:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketiadaan juara bertahan, Indonesia yang menarik diri daripada Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 susulan COVID-19 tidak bermakna Malaysia akan menjadi pasukan pilihan pada temasya itu.

PKR umum calon esok

Posted: 13 Feb 2022 01:40 AM PST

JOHOR BAHRU: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan semua 17 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Protes bantah AS guna aset Afghanistan bayar pampasan

Posted: 13 Feb 2022 01:34 AM PST

KABUL: Afghanistan mengutuk tindakan Amerika Syarikat menggunakan aset negara itu bernilai AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) bagi bayar pampasan ahli keluarga mangsa serangan 11 September (9/11).

Polis Marin rampas lima pelanduk ditinggalkan pemburu haram

Posted: 13 Feb 2022 01:14 AM PST

LANGKAWI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas lima pelanduk yang dipercayai ditinggalkan pemburu haram di kawasan Pantai Selat Panchor di sini, semalam.

Polis buru lelaki disyaki suspek bunuh wanita Somalia

Posted: 13 Feb 2022 12:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Somalia ditemui mati dipercayai dibunuh di hadapan sebuah kedai di Jalan Memanda 2, Ampang, hari ini selepas dilihat bertengkar dengan seorang lelaki disyaki suspek utama kes berkenaan.

'21,072 kes positif hari ini' - Dr Noor Hisham

Posted: 13 Feb 2022 12:23 AM PST

PUTRAJAYA: Sebanyak 21,072 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Warga Malaysia lembam bakal jalani hukuman gantung di Singapura

Posted: 13 Feb 2022 01:05 AM PST

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia dari Sabah, Pausi Jefridin, yang lembam atau mempunyai tahap IQ rendah, dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura pada Rabu depan.

Ismail Sabri adakan lawatan rasmi 2 hari ke Brunei

Posted: 13 Feb 2022 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Brunei selama dua hari bermula esok dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Penghantaran pertama pil oral Pfizer tiba di Singapura

Posted: 13 Feb 2022 12:46 AM PST

SINGAPURA: Penghantaran pertama pil oral antivirus Pfizer, Paxlovid, akan tiba di Singapura pada minggu ini, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.

5 perkara untuk orang muda dalam manifesto BN

Posted: 13 Feb 2022 12:46 AM PST

PONTIAN: Lima perkara untuk orang muda akan dicadang dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebagai usaha menarik minat pengundi muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Khidmat bantuan guaman bantu golongan memerlukan

Posted: 13 Feb 2022 12:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bantuan guaman di bawah Jabatan Bantuan Guaman boleh diberikan kepada pemohon rakyat Malaysia yang berdepan kes jenayah, kes berkaitan tindakan sivil, mendapatkan nasihat guaman dan khidmat pengantaraan serta pendamping peguam.

Tidak perlu PRN Perak

Posted: 12 Feb 2022 11:42 PM PST

IPOH: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) menganggap tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Perak, tahun ini.

Khidmat kaunseling bagi pesalah kanak-kanak

Posted: 13 Feb 2022 12:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Pesalah kanak-kanak perlu diberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, walaupun berdepan tuduhan kesalahan berat seperti membunuh.

Jepun temui mayat kru jet pejuang dilaporkan hilang

Posted: 13 Feb 2022 12:20 AM PST

TOKYO: Mayat seorang daripada dua kru jet pejuang yang dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lalu, sudah berjaya ditemui, kata pasukan tentera udara Jepun, hari ini.

'Masuk cara haram sambil bawa virus COVID-19'

Posted: 13 Feb 2022 12:12 AM PST

TANJONG KARANG: Seramai enam daripada 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita, yang ditahan dalam serbuan Pasukan Gerakan Am (PGA) di pesisir pantai Kampung Sungai Yu di sini semalam, dikesan positif COVID-19.

'Kelonggaran SOP biar dapat tambah baik demokrasi'

Posted: 13 Feb 2022 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesediaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diharap membabitkan aspek penting dan berupaya memberi impak kepada penambahbaikan perjalanan proses demokrasi.

Kemungkinan Russia serang Ukraine adalah tinggi - Blinken

Posted: 13 Feb 2022 12:00 AM PST

HONOLULU: Kemungkinan Russia mengambil tindakan ketenteraan untuk menyerang Ukraine adalah tinggi dan risiko itu menjustifikasi langkah Amerika Syarikat (AS) membawa sebahagian besar kakitangan keluar dari kedutaannya di Kyiv.

Debaran AJL 36 pada 6 Mac depan

Posted: 13 Feb 2022 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Debaran tarikh penganjuran acara anugerah tahunan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 akhirnya terjawab apabila diumumkan bakal berlangsung pada 6 Mac depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Wanita warga Afrika ditemui maut

Posted: 12 Feb 2022 11:57 PM PST

AMPANG JAYA: Wanita warga Afrika maut dalam satu pergaduhan di Jalan Memanda 2, Ampang, di sini, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template