Tuesday, February 15, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


10 PATI sembunyi dalam kandang kambing, ditahan

Posted: 15 Feb 2022 01:54 AM PST

TAWAU: Cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk secara haram dengan menjadikan kandang kambing sebagai tempat persembunyian gagal apabila ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF) Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), hari ini.

Mahkamah kekal denda RM50,000 kepada Petronas Carigali

Posted: 15 Feb 2022 01:52 AM PST

Putrajaya: Mahkmah Rayuan hari ini mengekalkan denda RM50,000 yang dikenakan terhadap Petronas Carigali Sdn Bhd kerana gagal mengadakan sistem kerja selamat yang menyebabkan kematian seorang pekerja lapan tahun lalu di Kemaman, Terengganu.

PERKESO salur Geran Bantuan Kewangan RM3.57 juta

Posted: 15 Feb 2022 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyalurkan Geran Bantuan Kewangan bernilai RM3.57 juta kepada 37 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tahun ini.

Taiwan menyertai kes WTO terhadap China berhubung Lithuania

Posted: 15 Feb 2022 01:45 AM PST

TAIPEI: Taiwan menyertai Amerika Syarikat (AS) dan Australia dalam menyokong isu perdagangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap China di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung dakwaan sekatan perdagangan Beijing ke atas Lithuania, kata kementerian luarnya hari ini.

Bantuan tambahan RM200 juta untuk usahawan terjejas pandemik, banjir

Posted: 15 Feb 2022 01:43 AM PST

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM200 juta bagi membantu usahawan seluruh negara yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan banjir.

Gempa bumi berhampiran tapak ujian nuklear Korea Utara

Posted: 15 Feb 2022 01:35 AM PST

SEOUL: Satu siri gempa bumi kecil melanda kawasan berhampiran tapak ujian nuklear Korea Utara yang ditutup, kata Korea Selatan.

Masih ramai petani, penternak luar bandar tercicir bantuan

Posted: 15 Feb 2022 01:35 AM PST

PASIR PUTEH: Golongan penternak dan petani, khususnya di luar bandar dikesan masih tercicir dalam mendapat bantuan kerajaan disebabkan kurang pengetahuan mengenai inisiatif itu yang disalurkan melalui pelbagai agensi dan jabatan.

Lalitha tidak boleh dipercayai: Azam Baki

Posted: 15 Feb 2022 01:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mempersoalkan bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam yang mendakwa mempunyai hubungan kerjaya yang baik dengannya dan kakitangan SPRM.

'Saya seorang tidak boleh tumbangkan Malaysia'

Posted: 15 Feb 2022 01:20 AM PST

SHAH ALAM: Juara dunia, Loh Kean Yew enggan dirinya dihantui tekanan yang tidak diperlukan biarpun sedar pertemuannya dengan Lee Zii Jia dalam aksi membabitkan Malaysia dengan Singapura, esok akan menjadi tumpuan.

Tabung Bencana NSTP-Media Prima bantu dua sekolah terjejas banjir

Posted: 15 Feb 2022 01:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keperluan murid di sekolah yang terjejas banjir untuk meneruskan pelajaran, Media Prima Berhad (MPB) melalui Tabung Bencana NSTP-Media Prima hari ini menyerahkan sumbangan peralatan komputer dan pembelajaran kepada dua sekolah rendah yang memerlukan di Sri Muda, Shah Alam.

Aerodyne, Petrosar teroka pasaran DT3 di Sarawak dan Borneo

Posted: 15 Feb 2022 01:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Aerodyne Group dan Akademi Petrosar bekerjasama untuk menyediakan teknologi dron yang canggih, teknologi data dan penyelesaian transformasi digital (DT3) di pasaran Sarawak dan Borneo.

OKU rentung rumah terbakar

Posted: 15 Feb 2022 12:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Changkat Damai, Gombak dekat sini, pagi tadi.

Sabah perluas pemberian vaksin ke sekolah rendah

Posted: 15 Feb 2022 12:49 AM PST

KOTA KINABALU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bagi memberi vaksinasi kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Sabah dipertingkatkan lagi dengan memperluaskan program itu ke sekolah rendah.

Sindiket penipuan sasar orang tua jadi keldai akaun

Posted: 15 Feb 2022 12:46 AM PST

TUMPAT: Sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas sebagai keldai akaun dikesan semakin aktif menjalankan jenayah itu di negeri ini.

Indonesia rancang kurangkan kuarantin kepada 3 hari

Posted: 15 Feb 2022 12:42 AM PST

JAKARTA: Indonesia merancang mengurangkan tempoh kuarantin daripada lima kepada tiga hari kepada pelancong sama ada warga asing dan warganegara yang mendapat suntikan penggalak.

'GAPENA tidak pertikai istilah 'Premier' ganti Ketua Menteri Sarawak'

Posted: 15 Feb 2022 12:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Penggunaan istilah 'Premier' bagi merujuk jawatan Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil kira pemahaman rakyat setempat bagi mengelak wujud kekeliruan dalam masyarakat mengenai kedudukan ketua dalam kerajaan negeri.

Empat beranak berteduh di stor usang

Posted: 15 Feb 2022 12:09 AM PST

RANTAU PANJANG: Empat beranak terpaksa berteduh di dalam stor usang yang menunggu masa `menyembah bumi' selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, Khamis lalu.

Musk derma lebih AS$5.7 bilion dalam saham Tesla kepada badan amal

Posted: 15 Feb 2022 12:30 AM PST

SAN FRANCISCO: Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk mendermakan 5,044,000 saham dalam pengeluar kereta elektrik itu kepada badan amal dari 19 hingga 29 November lalu, menurut makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Saham (SEC) Amerika Syarikat (AS) semalam.

Dihimpit lelaki lepas pakai kereta mewah

Posted: 15 Feb 2022 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Wani Kayrie, 22, bukan sahaja menerima mesej langsung dalam laman sosial, malah, kekasih lama yang pernah meninggalkannya menghimpit kembali selepas melihat kejayaannya hingga mampu memiliki kereta mewah dalam usia yang muda.

DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier'

Posted: 15 Feb 2022 12:23 AM PST

KUCHING: Undian semula terpaksa diadakan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar terma Ketua Menteri kepada 'Premier' diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Brunei sambut baik rundingan pelaksanaan VTL

Posted: 15 Feb 2022 12:25 AM PST

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menyambut baik rundingan cadangan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bagi melancarkan semula pergerakan rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia.

Kes baharu COVID-19 22,133

Posted: 15 Feb 2022 12:03 AM PST

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes lima angka apabila sebanyak 22,133 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari ini.

Malaysia, Filipina capai kata sepakat iktiraf sijil vaksinasi COVID-19

Posted: 14 Feb 2022 11:55 PM PST

PUTRAJAYA: Pengembara dari negara ini kini boleh melawat Filipina tanpa perlu risau selepas Kerajaan Malaysia dan negara itu mencapai kata sepakat semalam untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.

8,120 guru baharu lapor diri mulai 1 Mac

Posted: 15 Feb 2022 12:08 AM PST

PUTRAJAYA: Seramai 8,120 guru baharu pengambilan khas secara 'one-off' yang berjaya dalam temu duga fasa dua dan tiga, boleh mula membuat semakan penempatan bermula semalam.

Myanmar tarik diri sebelum aksi menentang Malaysia

Posted: 15 Feb 2022 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad negara tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi pertama Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, jam 5 petang ini selepas Myanmar menarik diri daripada kejohanan.

Junta Myanmar berkata 'mudah menggantikan' Kirin Jepun tarik diri

Posted: 15 Feb 2022 12:04 AM PST

YANGON: Tentera junta Myanmar hari ini menepis tanggapan mengenai langkah penarikan diri syarikat asing selepas negara itu tegang akibat rampasan kuasa tahun lalu dan menyatakan syarikat bir yang bekerjasama dengan syarikat gergasi produk minuman Jepun, Kirin adalah 'mudah diganti'.

Harga komoditi, tarif elektrik dijangka lonjak inflasi

Posted: 14 Feb 2022 11:59 PM PST

KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Securities Sdn Bhd meningkatkan unjuran inflasi kepada 2.5 peratus dari tahun ke tahun untuk 2022 daripada 2.2 peratus sebelumnya.

Bukit Aman siasat kematian tahanan

Posted: 14 Feb 2022 11:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menjalankan siasatan kematian mengejut seorang tahanan, ketika menerima rawatan di Hospital Selayang, selepas mengadu sesak nafas, petang semalam.

1 PPS dibuka di Setiu, paras beberapa sungai meningkat

Posted: 14 Feb 2022 11:55 PM PST

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan sebuah keluarga di Setiu terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka di Kampung Bahagia dinaiki air.

SDP bayar balik yuran pekerja asing

Posted: 14 Feb 2022 11:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) akan membayar balik yuran pengambilan kepada pekerja asing berjumlah RM82.02 juta Khamis ini, susulan audit komprehensif yang dibuat secara dalaman dan oleh organisasi bebas.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template