Wednesday, February 2, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Itali sedia longgarkan sekatan COVID-19

Posted: 02 Feb 2022 03:11 PM PST

ROME: Itali dijangka akan mengumumkan jadual kelonggaran sekatan COVID-19, berikutan kes jangkitan varian Omicron mula menunjukkan penurunan, kata Perdana Menteri, Mario Draghi.

AS tahan produk sawit Malaysia tanpa bukti kukuh

Posted: 02 Feb 2022 06:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) menyita dan menyekat eksport produk sawit beberapa syarikat Malaysia baru-baru ini, didakwa dilakukan tanpa sebarang bukti kukuh.

Cuti tamat, lebuh raya utama sesak ke Kuala Lumpur

Posted: 02 Feb 2022 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di sekitar lebuh raya utama mula sesak selepas orang ramai tamat cuti umum sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Pengguna, peniaga mengeluh sukar dapat telur

Posted: 01 Feb 2022 10:09 PM PST

KUALA TERENGGANU: Masalah bekalan telur tidak mencukupi di Terengganu berlarutan sejak sebulan lalu dan memberi tekanan kepada peniaga serta pengguna.

Telur gred tertentu kurang di Terengganu

Posted: 02 Feb 2022 06:36 AM PST

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menjelaskan bekalan telur bagi gred tertentu adalah terhad berikutan jumlah stok yang dibekalkan pengeluar kepada pemborong dan pihak pasar raya buat masa ini berkurangan kira-kira 50 peratus daripada kebiasaan.

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan

Posted: 02 Feb 2022 04:51 AM PST

JERTIH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari Jambatan Jertih arah bandar Jertih ke Seberang Jertih, Besut di sini, hari ini.

Unit berkuda di sempadan Kelantan-Thai Mac nanti

Posted: 02 Feb 2022 02:16 AM PST

PASIR MAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan tinjauan lokasi di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand sebagai persiapan untuk menempatkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dijangka bermula pada Mac nanti.

Pemilik tanah dianggap 'tekong darat' jika seludup migran

Posted: 02 Feb 2022 06:29 AM PST

PASIR MAS: Mana-Mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terbabit dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.

Polis siasat tahanan warga asing mati

Posted: 02 Feb 2022 06:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang juga Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang hari ini.

Aishah menangis diceraikan menerusi WhatsApp

Posted: 02 Feb 2022 02:00 AM PST

PETALING JAYA: Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, penyanyi legenda, Aishah mengesahkannya sudah pun bercerai dengan bekas suami, penghujung tahun lalu.

Greenwood dibebaskan dengan ikat jamin

Posted: 02 Feb 2022 06:04 AM PST

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Mason Greenwood dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat berhubung dakwaan merogol dan menyerang seorang wanita muda, kata polis hari ini.

5 terbunuh dalam runtuhan lombong arang batu India

Posted: 02 Feb 2022 06:17 AM PST

JHARKHAND: Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam kejadian runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India.

Komando UTK ke Pantai Timur Sabah tangani ancaman Abu Sayyaf

Posted: 02 Feb 2022 06:07 AM PST

PASIR MAS: Tahap keselamatan pantai timur Sabah dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.

Tidak sedia kek rai ulang tahun pemimpin, guru di Bangladesh di hukum

Posted: 02 Feb 2022 06:12 AM PST

DHAKA: Mahkamah Bangladesh memerintahkan dua guru membaca buku tulisan mendiang pengasas negara itu selepas mereka meraikan hari jadinya yang ke-100 dengan menghidangkan roti murah berbanding kek.

Kes menurun, Perancis tarik balik sekatan COVID-19

Posted: 02 Feb 2022 06:00 AM PST

PARIS: Perancis hari ini melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan untuk mengekang peningkatan kes baharu COVID-19 berikutan penurunan kes.

Azurin harap kontrak disambung

Posted: 02 Feb 2022 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Masa depan penjaga gawang skuad bola sepak wanita negara Nurul Azurin Mazlan di India masih menjadi tanda tanya walaupun menampilkan aksi cemerlang bersama skuad Misaka United FC baru-baru ini.

BERSATU siasat Zuraida terbabit dengan parti lain

Posted: 02 Feb 2022 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin BERSATU sedang menyiasat dakwaan 'tindakan meragukan' Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Datuk Zuraida Kamaruddin, yang dikatakan terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

60 terbunuh dalam serangan militan di DR Congo

Posted: 02 Feb 2022 04:45 AM PST

BENI: Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh akibat serangan militan hari ini di kem pelarian di timur DR Congo, kata ketua kumpulan kemanusiaan tempatan dan saksi.

Angin kencang badai Bandar Puteri Jaya

Posted: 02 Feb 2022 04:21 AM PST

SUNGAI PETANI: Hujan lebat serta angin kencang menyebabkan pokok tumbang dan beberapa gerai mengalami kerosakan di sekitar Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini.

Taktik halus Romario 'tendang' Ronaldo

Posted: 02 Feb 2022 04:15 AM PST

LONDON: Legenda Brazil, Ronaldo mendakwa bekas rakan sepasukannya, Romario membawanya ke parti sehingga 5 pagi supaya dia penat sekali gus mengambil tempatnya dalam kesebelasan utama.

COVID-19 melonjak, Russia enggan kenakan sekatan baharu

Posted: 02 Feb 2022 04:13 AM PST

MOSCOW: Russia tidak berhasrat untuk melaksanakan sekatan berskala besar bagi mengatasi peningkatan kes COVID-19, walaupun mencipta rekod jangkitan baharu selama 13 hari berturut-turut.

Detik cemas kereta hampir terjunam ke laut

Posted: 02 Feb 2022 03:40 AM PST

KOTA KINABALU: Dua pelajar berdepan detik cemas selepas kereta mereka naiki terbabas ke tebing dan hampir terjunam ke dalam laut di Jalan Tun Fuad Stephen, Tanjung Lipat, di sini, hari ini.

Mbappe bakal penerima gaji tertinggi di dunia

Posted: 02 Feb 2022 03:15 AM PST

MADRID: Kylian Mbappe bakal menerima gaji yang lumayan di Real Madrid sekiranya menyertai pasukan itu pada musim depan.

2 menyamar polis untuk menyamun ditahan

Posted: 02 Feb 2022 03:52 AM PST

AMPANG JAYA: Helah dua lelaki tempatan menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun lelaki warga asing terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan berasingan di Pandan Indah dan Taman Muda, di sini, pada 30 Januari lalu.

Elak konflik dengan hidupan liar

Posted: 02 Feb 2022 03:34 AM PST

PUTRAJAYA: Pembinaan laluan khas tindakan wajar membolehkan haiwan liar melepasi kawasan lebuh raya.

Kuala Gula, Teluk Air Tawar berpotensi tapak biodiversiti

Posted: 02 Feb 2022 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyokong pencalonan mana-mana kawasan berpotensi sebagai tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa oleh kerajaan negeri.

Ibu bapa bantah tutup SK Assumption

Posted: 02 Feb 2022 03:17 AM PST

BUTTERWORTH: Ibu bapa pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Jalan Bagan Dalam di sini, sekali lagi membuat bantahan penutupan operasi sekolah hujung bulan ini.

Program Jom Jadi Perantis dikaji semula

Posted: 02 Feb 2022 03:20 AM PST

KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengkaji semula program Jom Jadi Perantis atau Jumper yang dikendalikan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

5,736 kes baharu direkodkan

Posted: 02 Feb 2022 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 5,736 kes COVID-19 hari ini.

Gempa bumi kuat landa timur Indonesia

Posted: 02 Feb 2022 02:41 AM PST

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia hari ini, bagaimanapun tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template