Tuesday, February 22, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ribut petir, angin kencang dijangka hingga awal Mac

Posted: 22 Feb 2022 03:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini.

Britain akan kenakan sekatan 'keras' serta-merta terhadap Russia

Posted: 22 Feb 2022 03:37 AM PST

LONDON: Britain akan segera mengenakan sekatan ekonomi yang keras terhadap Russia selepas Presidennya, Vladimir Putin, mengerahkan penempatan tentera di wilayah pemisah di timur Ukraine, kata Perdana Menteri, Boris Johnson hari ini.

Tiga nelayan kendalikan dua bot pukat kenka ditahan

Posted: 22 Feb 2022 03:28 AM PST

PARIT BUNTAR: Tiga nelayan termasuk dua tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau selepas gagal membuktikan dua bot pukat kenka yang digunakan ketika menangkap ikan di Perairan Kuala Kurau, adalah milik persendirian.

Polis tingkat pemantauan ketika cuti sekolah

Posted: 22 Feb 2022 03:23 AM PST

KUANTAN: Polis akan mempertingkat pemantauan di kawasan tumpuan pelancongan termasuk pemeriksaan rawak pada cuti persekolahan bermula Sabtu ini.

Mahkamah Tinggi tolak saman fitnah Tajuddin terhadap Khalid Samad

Posted: 22 Feb 2022 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan pemilik portal video KiniTV, KiniTV Sdn Bhd.

Negeri Sembilan beri jaminan tiada PKPD dilaksanakan

Posted: 22 Feb 2022 03:18 AM PST

SEREMBAN: Kerajaan negeri mengulangi jaminan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau sebarang sekatan dalam sektor ekonomi mahupun sosial, walaupun berlaku peningkatan kes harian COVID-19 dan varian Omicron ketika ini.

Jurulatih Laos puas hati singkir Malaysia

Posted: 22 Feb 2022 03:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Laos, Michael Weiss mengakui berpuas hati dengan prestasi pemainnya selepas berjaya menyingkirkan Malaysia dari Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF)di Kemboja, semalam.

Punca Laos berjaya malukan Malaysia

Posted: 22 Feb 2022 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketumpulan jentera serangan dianggap menjadi antara faktor utama skuad bawah 23 (B-23) tahun negara kecundang 0-2 di tangan Laos pada Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Kemboja, semalam.

CUEPACS cadang gaji minimum baharu sektor awam RM1,800 sebulan

Posted: 22 Feb 2022 03:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.

Transformasi tenaga kerja digital Bumiputera pacu ekonomi

Posted: 22 Feb 2022 03:11 AM PST

PERTUMBUHAN ekonomi dunia semakin dipacu oleh pendigitalan daripada segenap aspek. Tingkah laku pengguna telah beralih kepada pemilihan urusan yang cepat dan mudah melalui internet dan telefon mudah alih.

Jaga SOP, kawalan kendiri ketika aktiviti sukan, rekreasi

Posted: 22 Feb 2022 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri ketika melakukan aktiviti sukan dan rekreasi berikutan kes COVID-19 semakin melonjak pada masa ini.

Pemain catur 16 tahun India bergelar juara dunia

Posted: 22 Feb 2022 03:10 AM PST

NEW DELHI: Grandmaster catur remaja India, Rameshbabu Praggnanandhaa menjuarai pertandingan catur antarabangsa dengan mengalahkan pemain nombor satu dunia, Magnus Carlsen dalam satu kejohanan dalam talian.

Ernie, Syamel timang anak perempuan

Posted: 22 Feb 2022 03:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Boneka, Ernie Zakri selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, jam 10.14 pagi ini.

Izam sertai OneXOX TKKR Racing Team

Posted: 22 Feb 2022 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelumba muda, Muhammad Izam Ikmal menyarung sut perlumbaan pasukan OneXOX TKKR Racing Team bagi musim Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022.

Kerajaan Selangor akur keputusan Mahkamah Persekutuan

Posted: 22 Feb 2022 03:00 AM PST

SABAK BERNAM: Kerajaan Negeri Selangor akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tiada bidang kuasa untuk menggubal enakmen yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah mendengar semakan kehakiman berhubung keputusan dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Irmohizam dipilih presiden pertama MGJA

Posted: 22 Feb 2022 02:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA) yang pertama.

Pastikan hanya yang layak diberi bantuan skim Semarak Niaga

Posted: 22 Feb 2022 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menetapkan kriteria tertentu sebelum meluluskan permohonan peniaga bagi mendapatkan skim pembiayaan diperuntukkan dalam inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Malaysia, UAE bakal jalin kerjasama program perkasa wanita

Posted: 22 Feb 2022 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menjalin kerjasama dalam aspek kepakaran, membabitkan program pemerkasaan dijalankan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Anggota Maritim Malaysia didakwa 80 tuduhan terima suapan RM21,750

Posted: 22 Feb 2022 02:43 AM PST

BUTTERWORTH: Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 80 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21,750 dari 2017 hingga 2019.

Peluang Malaysia-Thailand perkukuh kerjasama dua hala

Posted: 22 Feb 2022 02:42 AM PST

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dua hala pasca COVID-19.

Identiti mangsa bunuh sudah dikenal pasti

Posted: 21 Feb 2022 10:16 PM PST

ALOR SETAR: Identiti mangsa tetak dan bakar yang ditemui di tingkat atas bangunan panggung wayang lama di Pekan Simpang Kuala, pada 15 Februari lalu sudah dikenal pasti.

TH Plantations raih untung bersih RM101.6 juta

Posted: 22 Feb 2022 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR: TH Plantations Bhd (THP) terus menunjukkan prestasi positif dengan melaporkan peningkatan keuntungan bersih hampir tiga kali ganda iaitu sebanyak RM101.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM27.5 juta pada tahun sebelumnya.

Tidak perlu PKPD di Kedah

Posted: 22 Feb 2022 01:31 AM PST

ALOR SETAR: Kerajaan negeri tidak berhasrat mencadangkan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kedah, berikutan semua 11 daerah di negeri ini kini dalam kategori Zon Merah COVID-19.

Dihalang lupus aset: Najib mohon ketepi perintah injunksi mareva

Posted: 22 Feb 2022 12:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva yang diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikat untuk menghalangnya daripada mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga pada nilai AS$681 juta.

Kemasukan PATI warga Myanmar meningkat - PGA

Posted: 22 Feb 2022 02:36 AM PST

RANTAU PANJANG: Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan warga Myanmar ke negara ini meningkat mendadak kebelakangan ini dengan 99 tangkapan direkodkan sejak awal Januari lalu.

Peniaga, tiga rakan yang sudah mati, dituduh curi pikap

Posted: 22 Feb 2022 02:22 AM PST

TUMPAT: Seorang peniaga pasar malam bersama tiga rakan yang sudah meninggal dunia, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mencuri sebuah pikap, Ford Ranger, dari sebuah rumah di Kampung Seri Pinang 2 dekat Palekbang di sini pada 3 Februari lalu.

Dah kena tahan

Posted: 22 Feb 2022 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang membaling spanar sehingga menyebabkan cermin sebuah kereta pecah dalam kejadian di Jalan Kuching, semalam sudah ditahan polis di tempat kerjanya petang tadi.

Muhyiddin enggan layan cabaran sumpah laknat Zahid

Posted: 21 Feb 2022 09:53 PM PST

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhasrat membuat sumpah laknat berhubung dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta bantuannya dalam kes mahkamah dihadapinya ketika ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah

Posted: 22 Feb 2022 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia mencatatkan kerugian untuk ditutup rendah petang ini berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung di keseluruhan pasaran selepas pasaran mengalami situasi terlebih beli pada minggu sebelumnya.

Syarikat usaha sama Gamuda peroleh kontrak stesen MRT Singapura

Posted: 22 Feb 2022 02:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Usaha sama Gamuda Bhd di Singapura yang terdiri daripada Gamuda Bhd Singapore Branch (GBSG) dan Wai Fong Construction Pte Ltd meraih kontrak bagi reka bentuk dan kerja pembinaan stesen dan terowong Defu daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) bernilai S$467 juta (RM1.45 bilion).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template