BH Online - Terkini |
- Kapal bawa ribuan Porsche, Bentley terbakar
- Malaysia cemas sebelum menang ke atas Jepun
- Lori terbabas, lebuh raya PLUS sesak dari Bandar ainsdale ke Nilai
- Lelaki Bangladesh ditahan cuba rasuah polis
- Lebuh raya Illinois ditutup selepas 100 kereta kemalangan akibat ribut salji
- Yee Fatt kini penolong jurulatih Penang FC
- Tekad jurulatih baharu skuad Harimau Malaya
- Budak lelaki jatuh perigi 3 hari meninggal dunia - pegawai Taliban
- Singapura dijangka naikkan cukai ke atas orang kaya
- Skuad B-23 kebangsaan dimalukan Laos
- Inari Amertron raih untung RM107.29 juta
- Sasaran Pan Gon langkah berani, beri petanda baik
- Sabah catat dua lagi kluster pendidikan
- Presiden Perancis dilapor turut pujuk Mbappe kekal di PSG
- Kerjasama koperasi bantu stabilkan harga barangan keperluan
- KKM diberi 3 minggu bincang buka sempadan negara
- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah
- Harga sawit diunjur RM5,000-RM5,500 separuh pertama 2022
- Pertuduhan remaja didakwa bunuh bayi boleh disemak semula
- 58.com dikritik susulan dakwaan penipuan kerja di Kemboja
- Tiada paksaan vaksinasi kanak-kanak - Ismail Sabri
- Separuh daripada 16 calon AMANAH muka baharu
- Terserah SPR tetapkan SOP PRN Johor
- PBM mungkin bertanding lebih dua kerusi
- ELK-Desa raih pendapatan suku ketiga lebih tinggi
- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
- Veteran UMNO bakal turunkan 'jentera rahsia'
- Dikompaun tak letak tanda harga merah jambu
- Reman kes lelaki pukul, tendang bapa tiri disambung
- Nafuzi masih nilai prestasi skuad Penyu
| Kapal bawa ribuan Porsche, Bentley terbakar Posted: 18 Feb 2022 05:27 AM PST BERLIN/LISBON: Sebuah kapal yang membawa kereta Porsche, Audi dan Bentley dari Jerman ke Amerika Syarikat (AS) telah terbakar berhampiran pantai kepulauan Azores Portugal di lautan Atlantik, kata jurucakap pembuat kereta Volkswagen hari ini. |
| Malaysia cemas sebelum menang ke atas Jepun Posted: 18 Feb 2022 05:34 AM PST SHAH ALAM: Malaysia berdepan detik cemas sebelum melakar kemenangan 3-2 ke atas Jepun sekali gus muncul juara Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, di sini, sebentar tadi. |
| Lori terbabas, lebuh raya PLUS sesak dari Bandar ainsdale ke Nilai Posted: 18 Feb 2022 05:33 AM PST NILAI: Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer hari ini berikutan sebuah lori minyak masak terpakai terbabas di Kilometer 278.8 arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai. |
| Lelaki Bangladesh ditahan cuba rasuah polis Posted: 18 Feb 2022 05:19 AM PST Manjung: Cubaan lelaki warga Bangladesh memberi suapan kepada anggota polis untuk melepaskan diri kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di Batu 10, Segari, di sini, gagal apabila dia ditahan kelmarin. |
| Lebuh raya Illinois ditutup selepas 100 kereta kemalangan akibat ribut salji Posted: 18 Feb 2022 05:11 AM PST Longgokan membabitkan lebih 100 kenderaan menutup sebahagian lebuh raya antara negeri di Illinois semalam, ketika ribut salji, menurut polis dan video disiarkan di media sosial. |
| Yee Fatt kini penolong jurulatih Penang FC Posted: 18 Feb 2022 05:11 AM PST KUALA TERENGGANU: Selepas kecewa gagal membantu Perak FC kekal beraksi dalam pentas Liga Super musim ini, Chong Yee Fatt kini beralih angin dengan bergelar sebagai penolong jurulatih Penang FC. |
| Tekad jurulatih baharu skuad Harimau Malaya Posted: 17 Feb 2022 12:15 AM PST PETALING JAYA: Memperbaiki prestasi dan membawa skuad kebangsaan ke peringkat lebih tinggi menjadi antara fokus utama pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon. |
| Budak lelaki jatuh perigi 3 hari meninggal dunia - pegawai Taliban Posted: 18 Feb 2022 01:54 AM PST KANDAHAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap selama tiga hari di dalam perigi di sebuah perkampungan terpencil Afghanistan telah meninggal dunia, kata beberapa pegawai Taliban hari ini. |
| Singapura dijangka naikkan cukai ke atas orang kaya Posted: 18 Feb 2022 04:51 AM PST SINGAPURA: Menteri Kewangan Singapura dalam ucapan belanjawannya hari ini menjelaskan, republik itu akan melaksanakan kenaikan bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan, selain mengumumkan beberapa kenaikan cukai ditujukan kepada kumpulan berpendapatan tinggi. |
| Skuad B-23 kebangsaan dimalukan Laos Posted: 18 Feb 2022 03:00 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan berdepan laluan sukar dalam misi ke separuh akhir Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 apabila dikejutkan Laos 2-1 saingan Kumpulan B di Stadium Prince, Kemboja, sebentar tadi. |
| Inari Amertron raih untung RM107.29 juta Posted: 18 Feb 2022 04:47 AM PST KUALA LUMPUR: Inari Amertron Bhd mencatatkan untung bersih RM107.29 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM90.09 juta pada suku tahun sebelumnya. |
| Sasaran Pan Gon langkah berani, beri petanda baik Posted: 18 Feb 2022 04:45 AM PST KUALA LUMPUR: Sasaran ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk membawa Malaysia layak ke Piala Dunia satu hari nanti yang dilihat sebagai langkah berani, mampu memberi petanda baik buat arena bola sepak negara. |
| Sabah catat dua lagi kluster pendidikan Posted: 18 Feb 2022 04:36 AM PST KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan dua lagi kluster COVID-19 berkaitan institusi pendidikan membabitkan dua daerah. |
| Presiden Perancis dilapor turut pujuk Mbappe kekal di PSG Posted: 18 Feb 2022 04:38 AM PST PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan cuba untuk memujuk Kylian Mbappe supaya dapat terus kekal bersama Paris Saint Germain (PSG). |
| Kerjasama koperasi bantu stabilkan harga barangan keperluan Posted: 18 Feb 2022 04:32 AM PST ISKANDAR PUTERI: Koperasi seluruh negara diminta membantu menstabil dan mengurangkan harga barangan keperluan dengan bergabung mewujudkan rangkaian peruncitan besar, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| KKM diberi 3 minggu bincang buka sempadan negara Posted: 18 Feb 2022 03:27 AM PST ISKANDAR PUTERI: Kementerian Kesihatan (KKM) diberi tempoh tiga minggu bagi mengemukakan nasihat, pandangan serta input mereka mengenai cadangan pembukaan sempadan negara. |
| Bursa Malaysia ditutup lebih rendah Posted: 18 Feb 2022 04:31 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia susut sedikit ketika mengakhiri dagangan pada Jumaat berbanding peningkatan sebelum ini, susulan aktiviti pengambilan untung khususnya dalam saham perbankan serta minyak dan gas selain seiring dengan kelemahan prestasi pasaran serantau, kata peniaga. |
| Harga sawit diunjur RM5,000-RM5,500 separuh pertama 2022 Posted: 18 Feb 2022 04:27 AM PST KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) akan berlegar pada pada paras RM5,000 ke RM5,500 satu tan pada separuh pertama tahun ini. |
| Pertuduhan remaja didakwa bunuh bayi boleh disemak semula Posted: 18 Feb 2022 12:49 AM PST KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan lain terhadap remaja berusia 15 tahun yang didakwa membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya. |
| 58.com dikritik susulan dakwaan penipuan kerja di Kemboja Posted: 18 Feb 2022 04:07 AM PST BEIJING: Platform iklan dalam talian China, 58.com mendapat kritikan hebat di republik itu selepas seorang rakyatnya mendakwa terpedaya dengan salah satu iklan pekerjaan dan menjadi mangsa kumpulan pemerdagangan manusia di Kemboja. |
| Tiada paksaan vaksinasi kanak-kanak - Ismail Sabri Posted: 18 Feb 2022 03:03 AM PST ISKANDAR PUTERI: Tiada paksaan kepada ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| Separuh daripada 16 calon AMANAH muka baharu Posted: 18 Feb 2022 01:38 AM PST JOHOR BAHRU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat adalah antara 16 calon AMANAH yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. |
| Terserah SPR tetapkan SOP PRN Johor Posted: 18 Feb 2022 02:43 AM PST JOHOR BAHRU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memuktamad dan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. |
| PBM mungkin bertanding lebih dua kerusi Posted: 18 Feb 2022 03:04 AM PST JOHOR BAHRU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak menolak kemungkinan bertanding lebih daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. |
| ELK-Desa raih pendapatan suku ketiga lebih tinggi Posted: 18 Feb 2022 03:37 AM PST KUALA LUMPUR: ELK-Desa Resources Bhd (ELK-Desa) mencatatkan pendapatan sebanyak RM38.20 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2021, lebih tinggi berbanding RM37.20 juta yang dicatatkan pada suku sama berakhir 31 Disember 2020. |
| Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Posted: 18 Feb 2022 03:31 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun ketidaktentuan mengenai konflik di Ukraine terus menjadi tumpuan dan peserta pasaran mempertimbangkan perkembangan terkini, kata penganalisis. |
| Veteran UMNO bakal turunkan 'jentera rahsia' Posted: 18 Feb 2022 03:28 AM PST SEGAMAT: Veteran UMNO Johor mempunyai 'jentera rahsia' bagi membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. |
| Dikompaun tak letak tanda harga merah jambu Posted: 18 Feb 2022 03:26 AM PST KANGAR: Sebuah kedai runcit di Jejawi, Arau dikenakan kompaun kerana gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal mengikut Penentuan Harga Maksimum (PHM) Ayam dan Telur Ayam. |
| Reman kes lelaki pukul, tendang bapa tiri disambung Posted: 18 Feb 2022 02:54 AM PST YAN: Lelaki yang ditahan polis kerana memukul dan menendang bapa tirinya di Kampung Ruat, di sini, selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah, disambung reman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. |
| Nafuzi masih nilai prestasi skuad Penyu Posted: 18 Feb 2022 02:47 AM PST MELAKA: Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain masih menilai prestasi dan kelemahan pemainnya bagi menyediakan pasukan yang ampuh menjelang aksi Liga Super yang membuka tirai awal bulan depan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment