Thursday, February 3, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tiada SOP khusus untuk solat Terawih

Posted: 03 Feb 2022 09:24 PM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan membuat sebarang prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk solat Terawih, sebaliknya hanya menggunakan garis panduan sedia ada.

ACP perlu dinilai semula

Posted: 03 Feb 2022 10:08 PM PST

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan empat tahun lalu, perlu dinilai semula dengan mengambil kira perkembangan kebelakangan ini termasuk dapatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021.

Program Jualan Keluarga Malaysia di Tampin tarik pengunjung

Posted: 03 Feb 2022 10:16 PM PST

TAMPIN: Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Taman Permainan Gunung Mas, di sini, berjaya menarik kira-kira 800 pengunjung dari sekitar daerah ini.

Maritim Malaysia temui 30kg ganja dibuang sindiket ke laut

Posted: 03 Feb 2022 08:40 PM PST

KANGAR: Tindakan dua lelaki mencampakkan satu bungkusan plastik ke laut di perairan Kuala Perlis di sini ketika dikejar anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis, membawa kepada penemuan 30 kilogram (kg) ketulan mampat ganja bernilai RM150,000 semalam.

Genting SkyWorlds mampu jana RM290 juta setahun

Posted: 03 Feb 2022 10:10 PM PST

KUALA LUMPUR: Taman tema Genting Skyworlds dijangka mampu menyumbang di antara RM210 juta hingga RM290 juta kepada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) tahunan Genting Malaysia Bhd (GENM), berdasarkan kepada anggaran 10,000 pengunjung sehari.

Himaya perkenal pelitup muka H99 lebih kemas, selesa

Posted: 03 Feb 2022 10:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nabila Razali yang baru dilantik duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) bersyukur dengan pelantikan itu kerana Himaya bukanlah pelitup muka yang biasa-biasa saja tetapi dibuat untuk kepentingan kesihatan .

Seorang lemas, 16 lagi PATI hilang perahu terbalik di Lautan Atlantik

Posted: 03 Feb 2022 09:41 PM PST

MADRID: Sekurang-kurangnya seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas dan 16 lagi hilang selepas perahu mereka terbalik di Lautan Atlantik malam kelmarin.

Inflasi global: Pasaran saham tempatan dijangka tidak menentu

Posted: 03 Feb 2022 09:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Faktor luaran khususnya fenomena inflasi yang melanda dunia ketika ini, yang mana meningkat jangkaan bahawa bank-bank pusat utama termasuk Malaysia bakal menaikkan kadar faedah masing-masing, akan menyebabkan pergerakan pasaran saham tempatan menjadi tidak menentu dalam tempoh terdekat, demikian kata penganalisis.

Kejar masa selamatkan kanak-kanak Maghribi jatuh perigi

Posted: 03 Feb 2022 09:13 PM PST

MAGHRIBI: Pasukan penyelamat Maghribi hari ini terus bertungkus lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang sudah hampir tiga hari terperangkap dalam sebuah perigi.

Peningkatan kes tidak beri kesan serius kepada sektor pembuatan

Posted: 03 Feb 2022 09:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Penularan COVID-19 yang berkemungkinan meningkat semula terus mewujudkan risiko penurunan kepada pengilang berorientasikan perdagangan dan prospek eksport meskipun impaknya kurang serius dan bersifat sementara.

7 PATI cuba masuk Sarawak diusir keluar

Posted: 03 Feb 2022 09:14 PM PST

KUCHING: Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui jalan di ladang kelapa sawit di sektor Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Serikin, diusir balik ke negara asal, malam tadi.

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam tandas

Posted: 03 Feb 2022 09:10 PM PST

MANJUNG: Kebimbangan seorang anak selepas bapanya berada di tandas tidak menyahut panggilannya berakhir duka apabila lelaki warga emas itu ditemukan meninggal dunia di Taman Guru, di sini, hari ini.

Ketidaktentuan pasaran kekalkan harga tinggi sawit

Posted: 03 Feb 2022 09:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan sawit Malaysia mencecah RM5,500 satu tan hari ini apabila peserta pasaran memerhatikan perkembangan global yang tidak menentu, sambil menilai impak sekatan baharu Indonesia terhadap eksport komoditi berkenaan.

Kerajaan Perak perlu wartakan semula Hutan Simpan Kenderong

Posted: 03 Feb 2022 07:53 PM PST

GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Perak mewartakan semula Hutan Simpan Kenderong (HSK) Mukim Kerunai sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan pengelasan sebagai hutan tadahan air.

Ayai sudah dua tahun 'derita'

Posted: 03 Feb 2022 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Terkesan dengan impak penularan COVID-19 yang menjejaskan sumber rezeki sejak dua tahun lalu, bekas vokalis kumpulan popular era 1980-an, Ilusi, iaitu Ayai melalui detik sukar apatah lagi pada waktu sama, kesihatan diri terjejas.

'Saya pelik dengan sikap Najib'

Posted: 03 Feb 2022 09:00 PM PST

PAGOH: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tingkah laku mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah pelik dan suka membangkitkan perkara yang sudah selesai seperti isu di Sabah yang tidak akan membantu kestabilan negara dan negeri itu.

Lelaki warga emas ditemukan mati dalam tandas

Posted: 03 Feb 2022 08:52 PM PST

MANJUNG: Kebimbangan seorang anak selepas bapanya yang berada di tandas tidak menyahut panggilannya berakhir duka apabila lelaki warga emas itu ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Taman Guru, hari ini.

Polis buru lelaki curi barang di kedai serbaneka

Posted: 03 Feb 2022 08:51 PM PST

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dirakam mencuri barang di sebuah kedai serbaneka di Inanam Taipan, di sini, kelmarin.

Kertas Putih reformasi sistem kesihatan akan dibentang di Parlimen

Posted: 03 Feb 2022 07:46 PM PST

PUTRAJAYA: Satu Kertas Putih Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan reformasi sistem kesihatan bagi menangani isu kesihatan termasuk kanser dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, akan disediakan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Nahas maut 4 beranak: Peniaga ikan hadapi empat tuduhan bunuh

Posted: 03 Feb 2022 08:16 PM PST

BENTONG: Seorang peniaga ikan yang memandu di bawah pengaruh dadah dan terbabit dalam kemalangan menyebabkan kematian empat beranak di sini bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membunuh kesemua mangsa.

Misi AS tangkap ketua Daesh rumit

Posted: 03 Feb 2022 06:48 PM PST

WASHINGTON: Perisikan Amerika Syarikat (AS) pasti lelaki yang menghuni tingkat atas sebuah rumah di Atme, utara Syria, adalah ketua kepada kumpulan Daesh.

Penggodam sasar entiti Barat di Ukraine

Posted: 03 Feb 2022 08:09 PM PST

WASHINGTON: Kajian Palo Alto Networks mendedahkan pasukan penggodam yang didakwa Ukraine dikawal oleh perisikan Russia dan menyasarkan 'entiti kerajaan Barat' kini berada di negara itu.

GVT sasar jual sehingga 1,500 van, bas tahun ini

Posted: 03 Feb 2022 07:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Industri automotif negara terus berkembang pesat dan bersaing hebat dengan syarikat pesaing tempatan serta antarabangsa.

Pertumbuhan eksport rancakkan sektor pembuatan

Posted: 03 Feb 2022 08:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka kekal positif tahun ini disokong pertumbuhan kukuh eksport dan industri berorientasikan domestik, kata penganalisis.

Restoran mamak guna robot layan pelanggan

Posted: 03 Feb 2022 08:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja, sama ada warga asing atau tempatan di restoran mamak atau makanan India negara ini, mendorong pengusahanya bertindak kreatif dengan memanfaatkan penggunaan teknologi robot bagi mengambil alih tugas sebagai pelayan di premis masing-masing.

Kecoh di Twitter, Mia Sara mohon maaf

Posted: 03 Feb 2022 07:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 17, memohon maaf atas salah faham yang timbul susulan ciapan dilayangkan di Twitter, kelmarin.

Lebih 12 juta dewasa sudah terima dos penggalak

Posted: 03 Feb 2022 05:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak COVID-19 kini mencecah 12,157,974 orang atau 51.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini, setakat semalam.

'TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM'

Posted: 03 Feb 2022 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu bola sepak negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu temuramah minggu lalu boleh ditakrifkan sebagai mengkritik badan induk itu.

Jualan rumah dijangka lembap tahun ini

Posted: 03 Feb 2022 08:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Jualan hartanah domestik pada separuh pertama tahun ini dijangka lemah memandangkan pengecualian duti setem daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) tidak dilanjutkan, demikian menurut Affin Hwang Investment Bank.

MAPIM desak PBB tangani isu Wilayah Kashmir

Posted: 03 Feb 2022 08:09 PM PST

PUTRAJAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggariskan empat tuntutan dalam memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, sempena Hari Solidariti Kashmir Sedunia pada 5 Februari setiap tahun.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template