BH Online - Terkini |
- Calon SPM lumpuh separuh badan, tekad jejak menara gading
- 'Kos hidup meningkat, upah perlu setimpal'
- 'Jadikan PRN Johor medan ajar pemimpin sombong, bongkak' - PAS
- Cedera diamuk pesakit mental, empat polis tidak serik
- Pembiayaan peribadi BIMB disasar naik tujuh peratus
- Kemarahan Zahid, Najib punca sokongan UMNO, BN kepada Muafakat Nasional goyah
- Alumni PTD sedia bekerjasama perkukuh integriti perkhidmatan awam
- Keputusan rayuan Abdul Azeez ditetapkan 23 Februari
- Tekanan inflasi global akan beransur reda tahun ini
- Berbeza pendapat antara faktor kanak-kanak tidak divaksin
- Akta baharu larang aktiviti merokok akan diperkenalkan - Khairy
- Peniaga pasar tani akur ketetapan harga ayam segar
- Polis nafi kejadian cubaan culik di pusat jagaan kanak-kanak
- Rumah, bot nelayan rosak Pulau Aman dilanda ribut
- Dapat peralatan perniagaan, tetapi terperap bawah rumah
- Lebih 300,000 warga emas dijangkiti COVID - KP Kesihatan
- Liputan rangkaian 4G di Malaysia masih lemah
- Krisis Myanmar bayangi sidang menteri luar ASEAN
- Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman tujuh hari
- Rundingan MR DIY, pembekal pastikan harga produk rendah
- Wanita pertama di dunia dipercayai sembuh daripada virus HIV
- Syarikat abaikan ESG sukar untuk berkembang
- Pulihkan semula imej perkhidmatan awam
- PRN Johor 'penentu survival' PH - Syed Ibrahim
- Australia senarai Hamas sebagai kumpulan pengganas
- Berlian biru paling besar, berharga dilelong di Hong Kong
- Pengeluaran padi MADA dijangka meningkat
- 120 kanak-kanak terima vaksin di SPPV HUSM
- Ayam Saga mampu tampung keperluan permintaan
- 'Upah pelakon naik, kru gigit jari'
| Calon SPM lumpuh separuh badan, tekad jejak menara gading Posted: 16 Feb 2022 11:00 PM PST PASIR MAS: Diuji dengan serangan lumpuh separuh badan, tidak menghalang Husna Shafieka Husni Hanafi, 18, belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac nanti. |
| 'Kos hidup meningkat, upah perlu setimpal' Posted: 16 Feb 2022 11:00 PM PST KUALA LUMPUR: Kenaikan kos sara hidup mendorong Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) memperjuangkan kenaikan gaji atau upah kru belakang tabir, sama seperti industri pekerjaan lain yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. |
| 'Jadikan PRN Johor medan ajar pemimpin sombong, bongkak' - PAS Posted: 16 Feb 2022 10:57 PM PST MERSING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan terbaik kepada pengundi negeri itu untuk 'mengajar' golongan pemimpin parti tertentu yang sombong dan bongkak, tegas Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin. |
| Cedera diamuk pesakit mental, empat polis tidak serik Posted: 16 Feb 2022 10:55 PM PST TUMPAT: "Kami sudah biasa mendapat kecederaan ketika menjalankan tugas namun situasi kali ini sedikit tegang kerana membabitkan orang kurang siuman, namun Alhamdulillah kesemua kami hanya mengalami cedera yang tidak parah," kata Inspektor Mohd Afifi Jamaludin. |
| Pembiayaan peribadi BIMB disasar naik tujuh peratus Posted: 16 Feb 2022 10:52 PM PST KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyasarkan jumlah pembiayaan peribadi meningkat tujuh peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang, sebahagiannya didorong menerusi kerjasama baharu dengan tiga pertubuhan profesional. |
| Kemarahan Zahid, Najib punca sokongan UMNO, BN kepada Muafakat Nasional goyah Posted: 16 Feb 2022 10:46 PM PST MERSING: Kedudukan kerajaan Muafakat Nasional (MN) mula terumbang ambing selepas Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, enggan mencampuri kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
| Alumni PTD sedia bekerjasama perkukuh integriti perkhidmatan awam Posted: 16 Feb 2022 10:42 PM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menyokong penuh saranan tahap integriti penjawat awam diperkukuh untuk membendung gejala rasuah dalam perkhidmatan awam Malaysia. |
| Keputusan rayuan Abdul Azeez ditetapkan 23 Februari Posted: 16 Feb 2022 10:18 PM PST KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya, ditetapkan pada 23 Februari ini. |
| Tekanan inflasi global akan beransur reda tahun ini Posted: 16 Feb 2022 10:28 PM PST KUALA LUMPUR: Kadar inflasi yang memberikan tekanan hebat kepada pembuat dasar di seluruh dunia dijangka kembali sederhana sepanjang tahun ini, kata Ketua Bahagian Hutang Pasaran Baru Muncul Western Asset Management, Lian Chia-Liang. |
| Berbeza pendapat antara faktor kanak-kanak tidak divaksin Posted: 16 Feb 2022 10:27 PM PST KOTA BHARU: Ibu bapa tidak sependapat berhubung suntikan vaksin antara punca kanak-kanak di Kelantan tidak didaftarkan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). |
| Akta baharu larang aktiviti merokok akan diperkenalkan - Khairy Posted: 16 Feb 2022 09:06 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti dan pemilikan berkaitan rokok kepada generasi yang lahir selepas 2005, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. |
| Peniaga pasar tani akur ketetapan harga ayam segar Posted: 16 Feb 2022 09:07 PM PST KUALA TERENGGANU: Peniaga pasar tani akur dengan ketetapan harga ayam segar, walaupun bekalan berkurangan. |
| Polis nafi kejadian cubaan culik di pusat jagaan kanak-kanak Posted: 16 Feb 2022 08:29 PM PST SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian cubaan menculik kanak-kanak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini. |
| Rumah, bot nelayan rosak Pulau Aman dilanda ribut Posted: 16 Feb 2022 10:13 PM PST BATU KAWAN: Nelayan sekitar Pulau Aman, di sini kerugian mencecah ribuan ringgit apabila peralatan menangkap ikan termasuk bot milik mereka rosak dan tenggelam dipukul ribut awal pagi tadi. |
| Dapat peralatan perniagaan, tetapi terperap bawah rumah Posted: 16 Feb 2022 10:11 PM PST MASJID TANAH: Ada usahawan yang bersungguh-sungguh memohon sumbangan peralatan perniagaan, tetapi membiarkannya berlapuk di bawah rumah selepas memperolehnya. |
| Lebih 300,000 warga emas dijangkiti COVID - KP Kesihatan Posted: 16 Feb 2022 10:01 PM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5 peratus daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti COVID-19 sehingga 7 Februari lalu. |
| Liputan rangkaian 4G di Malaysia masih lemah Posted: 16 Feb 2022 10:03 PM PST KUALA LUMPUR: Terdapat ramai pengguna mudah alih di negara ini menghadapi masalah rangkaian 4G, malah ada sesetengah kawasan langsung tidak mendapat liputan, dedah Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). |
| Krisis Myanmar bayangi sidang menteri luar ASEAN Posted: 16 Feb 2022 10:02 PM PST PHNOM PENH: Negara Asia Tenggara memulakan rundingan di Kemboja ketika wujud perpecahan dalam blok itu berhubung cara pemulihan kestabilan di Myanmar selepas rampasan kuasa tentera setahun lalu. |
| Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman tujuh hari Posted: 16 Feb 2022 09:52 PM PST KOTA BHARU: Lelaki yang disyaki menetak ibu tirinya sehingga terputus leher dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, di Gua Musang, petang semalam, direman tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan. |
| Rundingan MR DIY, pembekal pastikan harga produk rendah Posted: 16 Feb 2022 09:49 PM PST KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) mengadakan rundingan bersama pembekal untuk meningkatkan jumlah inventori pembelian dan menurunkan harga setiap produk dalam usahanya menangani peningkatan kos operasi pada masa ini. |
| Wanita pertama di dunia dipercayai sembuh daripada virus HIV Posted: 16 Feb 2022 09:22 PM PST DENVER: Seorang pesakit di Amerika Syarikat (AS) dipercayai menjadi orang ketiga di dunia dan wanita pertama yang sembuh daripada serangan virus HIV. |
| Syarikat abaikan ESG sukar untuk berkembang Posted: 16 Feb 2022 09:37 PM PST KUALA LUMPUR: Syarikat yang memilih untuk mengabaikan pertimbangan kemampanan/alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan tidak mampu mengekalkan pencapaian baik kerana sukar mendapat pembiayaan ekuiti dan hutang untuk membiayai projek mereka. |
| Pulihkan semula imej perkhidmatan awam Posted: 16 Feb 2022 09:34 PM PST PUTRAJAYA: Semua penjawat awam perlu memainkan peranan memulihkan semula imej perkhidmatan awam yang tercalar disebabkan tindakan segelintir mereka yang terbabit dengan rasuah. |
| PRN Johor 'penentu survival' PH - Syed Ibrahim Posted: 16 Feb 2022 09:28 PM PST JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diibaratkan 'penentu survival' bagi Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mendapatkan semula mandat rakyat negeri berkenaan. |
| Australia senarai Hamas sebagai kumpulan pengganas Posted: 16 Feb 2022 09:24 PM PST SYDNEY: Australia hari ini berkata ia akan menyenaraikan keseluruhan pergerakan Islam Palestin, Hamas, sebagai pertubuhan pengganas. |
| Berlian biru paling besar, berharga dilelong di Hong Kong Posted: 16 Feb 2022 05:02 PM PST NEW YORK: Berlian biru paling besar dan amat berharga yang ditemui baru-baru ini akan dilelong di Hong Kong . |
| Pengeluaran padi MADA dijangka meningkat Posted: 16 Feb 2022 09:11 PM PST ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yakin mampu menyumbang sehingga 40 peratus pengeluaran padi negara selepas hasil padi musim 2/2021 dijangka meningkat 30.6 peratus berbanding musim 2/2020. |
| 120 kanak-kanak terima vaksin di SPPV HUSM Posted: 16 Feb 2022 09:11 PM PST KOTA BHARU: Seramai 120 kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 11 tahun sudah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bermula 14 Februari lalu. |
| Ayam Saga mampu tampung keperluan permintaan Posted: 16 Feb 2022 09:06 PM PST SERDANG: Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan baka ayam kampung dikenali sebagai Ayam Saga, yang dapat membantu industri ternakan ayam tempatan dalam jangka masa panjang. |
| 'Upah pelakon naik, kru gigit jari' Posted: 16 Feb 2022 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Enam orang kongsi upah RM3,000 untuk satu episod drama. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment