BH Online - Terkini |
- 'PRN Johor: Kerusi tradisi tidak lagi relevan'
- Punca kematian lelaki diikat kaki, tangan belum diketahui
- 10,559 saman bernilai RM2.6 juta
- 'Benarkan amah dari negara lain masuk dulu'
- Dua lelaki dituduh edar ganja berhadapan tali gantung
- Jangkitan COVID-19 terus melonjak kepada 11,034 kes
- Cuaca panas boleh undang strok haba
- Korea Selatan melepasi sejuta kes COVID-19
- Sampah cemar keindahan pantai Batu Hitam
- PLO adakan pertemuan pilih kepemimpinan baru
- 'Semoga ada keajaiban buat Aqil Fayyadh'
- Demi ibu
- Tunisia selamatkan 163 PATI di pantai timur
- Peladang sawit Malaysia dapat manfaat dasar baharu Indonesia
- Perdana Menteri rasmi Kedah Rubber City
- Saya masih relevan - Mat Yo
- Agong berkenan saksi persembahan demonstrasi antikeganasan PDRM
- AirAsia dapat penilaian keselamatan markah penuh
- Pembantu kedai dobi didakwa perdaya individu RM100,000
- Jangan terpedaya berita palsu tegah warga emas mengundi
- Ekonomi Malaysia kembali berkembang akhir 2021
- Pengguna lega subsidi mampu stabilkan harga ayam
- PDRM nafi keluar amaran sindiket culik, jual organ
- Aruwin lepasi halangan awal giant slalom wanita
- Pelabur asing kembali jual saham tempatan
- Syor hapus AP kawal harga barang
- AS mahu jalin hubungan lebih akrab dengan ASEAN
- Hantu Kuat Ketawa mangsa rompak digital
- SPRM 'serbu' MARA ambil dokumen penting
- Purata minyak diunjur AS$70 setong sehingga 2023
| 'PRN Johor: Kerusi tradisi tidak lagi relevan' Posted: 06 Feb 2022 10:43 PM PST PONTIAN: Pimpinan Barisan Nasional (BN) diharap melakukan pembaharuan dalam pemilihan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan tidak lagi mengambil kira kerusi tradisi sebagai kriteria utama. |
| Punca kematian lelaki diikat kaki, tangan belum diketahui Posted: 06 Feb 2022 10:34 PM PST SEREMBAN: Punca kematian dan motif kejadian mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan tangan serta kaki berikat di sebuah rumah di Jalan Cenanga Baru, Kampung Repah, Tampin bulan lalu, masih lagi misteri. |
| 10,559 saman bernilai RM2.6 juta Posted: 06 Feb 2022 10:32 PM PST SEREMBAN: Sebanyak 10,559 saman dengan nilai RM2.6 juta dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan sepanjang 10 hari Op Selamat 17 dilaksanakan di negeri ini bermula 28 Januari lalu. |
| 'Benarkan amah dari negara lain masuk dulu' Posted: 06 Feb 2022 10:32 PM PST KUALA LUMPUR : Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA) merayu kerajaan membawa masuk pembantu rumah warga asing dari negara sumber lain seperti Filipina terlebih dulu, sementara menunggu rundingan dengan Indonesia diselesaikan. |
| Dua lelaki dituduh edar ganja berhadapan tali gantung Posted: 06 Feb 2022 10:30 PM PST KANGAR: Dua lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja seberat 266.291 kilogram di Simpang Empat, Kangar pada 24 Januari lalu. |
| Jangkitan COVID-19 terus melonjak kepada 11,034 kes Posted: 06 Feb 2022 10:30 PM PST PUTRAJAYA: Kes positif harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 11,034 kes dilaporkan hari ini. |
| Cuaca panas boleh undang strok haba Posted: 06 Feb 2022 10:28 PM PST ALOR SETAR: Cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini, boleh mengundang bahaya strok haba jika terdedah terlalu lama di kawasan panas. |
| Korea Selatan melepasi sejuta kes COVID-19 Posted: 06 Feb 2022 10:27 PM PST SEOUL: Korea Selatan semalam melepasi sejuta kes kumulatif COVID-19 sejak wabak itu melanda, selepas pegawai kesihatan melaporkan 38,691 kes jangkitan baharu harian, susulan penularan varian Omicron. |
| Sampah cemar keindahan pantai Batu Hitam Posted: 06 Feb 2022 08:54 PM PST KUANTAN: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung yang membuang sisa makanan dan bekas plastik di pantai Batu Hitam, di sini, mengundang rasa tidak puas hati orang ramai. |
| PLO adakan pertemuan pilih kepemimpinan baru Posted: 06 Feb 2022 09:21 PM PST RAMALLAH: Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengadakan satu pertemuan semalam bertujuan mengisi kepemimpinan utama pertubuhan itu. |
| 'Semoga ada keajaiban buat Aqil Fayyadh' Posted: 06 Feb 2022 09:33 PM PST GEORGETOWN: "Memang hancur luluh hati ini bila doktor beritahu rawatan bagi penyakit kanser anak saya sejak dua tahun lalu gagal dan tidak dapat diubati. |
| Posted: 06 Feb 2022 10:11 PM PST KOTA BHARU: Seorang anak berkorban masa depan dan berhenti kerja bagi menjaga ibu yang terlantar akibat kemalangan, sejak lima tahun lalu. |
| Tunisia selamatkan 163 PATI di pantai timur Posted: 06 Feb 2022 09:59 PM PST TUNIS: Tentera Laut Tunisia menyelamatkan 163 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk wanita dan kanak-kanak di luar pesisir pantai timur negara itu. |
| Peladang sawit Malaysia dapat manfaat dasar baharu Indonesia Posted: 06 Feb 2022 09:54 PM PST KUALA LUMPUR: Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB). |
| Perdana Menteri rasmi Kedah Rubber City Posted: 06 Feb 2022 09:47 PM PST PADANG TERAP: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, merasmikan projek Kedah Rubber City (KRC) yang diyakini mampu menjadi pemangkin transformasi sosioekonomi negara. |
| Posted: 06 Feb 2022 09:44 PM PST MELAKA: Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menyasarkan meraih sekurang-kurangnya satu piala bersama skuad Melaka United musim ini. |
| Agong berkenan saksi persembahan demonstrasi antikeganasan PDRM Posted: 06 Feb 2022 09:36 PM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan persembahan demonstrasi antikeganasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini. |
| AirAsia dapat penilaian keselamatan markah penuh Posted: 06 Feb 2022 09:35 PM PST KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Ltd sekali lagi diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi tertinggi dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com. |
| Pembantu kedai dobi didakwa perdaya individu RM100,000 Posted: 06 Feb 2022 09:16 PM PST SHAH ALAM: Seorang pembantu kedai dobi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang individu bagi mendapatkan projek penggantian saluran paip gas di Terengganu, pada 2018. |
| Jangan terpedaya berita palsu tegah warga emas mengundi Posted: 06 Feb 2022 09:07 PM PST PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu yang meminta warga emas supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. |
| Ekonomi Malaysia kembali berkembang akhir 2021 Posted: 06 Feb 2022 09:19 PM PST KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang tiga peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2021 berbanding penguncupan 4.5 peratus pada suku sebelumnya, menurut Moody's Analytics. |
| Pengguna lega subsidi mampu stabilkan harga ayam Posted: 06 Feb 2022 09:17 PM PST JOHOR BAHRU: Pengguna berharap usaha kerajaan menstabilkan harga ayam segar di pasaran menerusi subsidi sehingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil selama 121 hari sehingga 5 Jun nanti diteruskan sehingga harga bahan mentah itu benar-benar stabil. |
| PDRM nafi keluar amaran sindiket culik, jual organ Posted: 06 Feb 2022 06:04 PM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan ada mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai kewujudan satu sindiket penculikan menyasarkan remaja berusia 15 tahun menggunakan kereta Proton Wira dan van putih seperti ditularkan di media sosial. |
| Aruwin lepasi halangan awal giant slalom wanita Posted: 06 Feb 2022 08:33 PM PST KUALA LUMPUR: Aruwin Salehhuddin mengatur langkah 'sempurna' pada hari pertamanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan menamatkan Run 1 acara giant slalom wanita di tempat ke-46 daripada 82 peserta sebentar tadi. |
| Pelabur asing kembali jual saham tempatan Posted: 06 Feb 2022 09:10 PM PST H: Pelabur asing kembali jual saham tempatan |
| Syor hapus AP kawal harga barang Posted: 06 Feb 2022 09:01 PM PST KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi berpandangan penghapusan permit import (AP) adalah antara langkah boleh diambil kerajaan untuk mengawal harga barang. |
| AS mahu jalin hubungan lebih akrab dengan ASEAN Posted: 06 Feb 2022 09:01 PM PST PHNOM PENH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata pentadbirannya mahu bekerjasama dengan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN bagi mempereratkan hubungan dengan gagasan negara serantau itu. |
| Hantu Kuat Ketawa mangsa rompak digital Posted: 06 Feb 2022 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Ketika industri perfileman tempatan tercungap-cungap meneruskan survival pada era pandemik COVID-19, masih wujud pihak yang tidak berhati perut apabila menjalankan aktiviti rakam rompak digital. |
| SPRM 'serbu' MARA ambil dokumen penting Posted: 06 Feb 2022 08:44 PM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sekurang-kurang tiga pejabat berkaitan MARA di ibu negara bagi membantu siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan agensi berkenaan. |
| Purata minyak diunjur AS$70 setong sehingga 2023 Posted: 06 Feb 2022 08:55 PM PST KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank mengekalkan unjuran harga minyak mentah sekitar AS$70 hingga AS$75 setong bagi 2022-2023 buat masa ini, sejajar dengan Tinjauan Tenaga Jangka Pendek Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada AS$75 setong tahun ini dan AS$68 setong pada 2023. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment