Tuesday, February 8, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


4 ditahan jual sijil cuti sakit palsu

Posted: 08 Feb 2022 08:53 AM PST

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dan dua wanita selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan sijil cuti sakit palsu di sekitar Shah Alam, semalam.

Perlu ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak - Idris

Posted: 08 Feb 2022 08:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Penunggang motosikal maut tercampak

Posted: 08 Feb 2022 07:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah kereta, sebelum tercampak di atas jalan dan dirempuh sebuah lagi kereta di Lebuhraya Persekutuan menghala ibu negara dekat Petaling Jaya, petang tadi.

Syukur diiktiraf ketika hayat masih ada - Hail Amir

Posted: 08 Feb 2022 06:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1970-an, Datuk Hail Amir, 74, menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara di sini, pagi tadi, sebagai suatu pengiktirafan besar.

Larang berhijab di sekolah di India cetus ketegangan

Posted: 08 Feb 2022 06:00 AM PST

NEW DELHI: Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.

Tentera Israel bunuh 3 rakyat Palestin di Tebing Barat

Posted: 08 Feb 2022 06:10 AM PST

NABLUS: Tiga lelaki warga Palestin dibunuh tentera Israel di bandar Nablus di Tebing Barat dalam operasi bagi menentang sel pengganas oleh rejim Zionis itu.

Usia bukan halangan Zainal, Azraai

Posted: 08 Feb 2022 06:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Faktor usia Zainal Abidin Hassan dan Azraai Khor Abdullah dianggap bukan halangan utama untuk dua jurulatih berpengalaman itu menjadi antara pilihan sebagai pembantu kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.

Ibu bapa 'buang' anak tentang junta tentera Myanmar

Posted: 08 Feb 2022 06:01 AM PST

YANGON: Setiap hari sejak tiga bulan lalu, antara enam hingga tujuh keluarga di Myanmar meletak notis dalam akhbar kerajaan, menyatakan mereka memutuskan hubungan dengan saudara yang menentang junta

Permohonan Serba Dinamik masukkan Bursa Malaysia, SC dalam saman ditolak

Posted: 08 Feb 2022 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) untuk memasukkan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai pihak-pihak dalam tindakan undang-undangnya terhadap firma audit Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (E&Y).

Kes harian COVID-19 di Sabah lepasi paras 2,000

Posted: 08 Feb 2022 05:54 AM PST

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah, hari ini, melepasi paras 2,000 kes.

Tiga komponen pengurusan banjir di Selangor bakal dibentangkan

Posted: 08 Feb 2022 05:43 AM PST

SHAH ALAM: Kolam, sistem saliran dan kaedah pelepasan air adalah tiga komponen pengurusan banjir yang akan dibentangkan pada Pemukiman (Retreat) EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang dijangka berlangsung pada 23 Februari ini di Langkawi, Kedah.

Isu MARA: SPRM tak terima aduan salah laku Suhaili

Posted: 08 Feb 2022 05:34 AM PST

PUTRAJAYA: Tiada aduan yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku membabitkan Pengarah Eksekutif Mara Corporation (MARA Corp), Datuk Suhaili Abdul Rahman mengenai penggunaan kad kredit korporat syarikat itu.

Tak sempat cari kerja, 8 PATI ditahan

Posted: 08 Feb 2022 05:25 AM PST

TAWAU: Sepasang suami isteri bersama bayi berusia 12 bulan antara lapan ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) ketika cuba menyusup masuk ke negara ini sebaik mendarat di Kampung Kurnia Jaya, di sini, semalam.

Selepas 6 tahun, buaya Indonesia 'berkalung' tayar dibebaskan

Posted: 08 Feb 2022 05:23 AM PST

PALU: Seekor buaya Indonesia yang berenang dengan tayar motosikal tersangkut di lehernya selama enam tahun, akhirnya dibebaskan oleh seorang pencinta haiwan di Pulau Sulawesi.

Angin kencang, penunggang motosikal berhenti di Jambatan Pulau Pinang

Posted: 08 Feb 2022 05:19 AM PST

GEORGETOWN: Penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan Jambatan Pulau Pinang, di sini, susulan hujan dan angin kencang yang berlaku petang tadi.

Kebajikan pekerja swasta perkhidmatan hospital sokongan akan dibela

Posted: 08 Feb 2022 12:58 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan kebajikan pekerja swasta perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan terbela kerana mereka juga adalah petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 di negara ini.

Zouma boleh dipenjara gara-gara tendang kucing macam bola

Posted: 08 Feb 2022 05:00 AM PST

LONDON: Pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Kurt Zouma mencetuskan detik mengejutkan apabila menendang dan menampar kucing Bengal di rumahnya dalam video Snapchat mengerikan yang mana dia boleh dipenjara.

Kanak-kanak catat kadar jangkitan COVID-19 tinggi

Posted: 08 Feb 2022 04:55 AM PST

SINGAPURA: Kadar jangkitan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun kini adalah sekitar 67 bagi setiap 100,000 penduduk di republik ini.

Perancangan endemik sudah selesai - Hishamuddin

Posted: 08 Feb 2022 01:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Perancangan untuk beralih ke fasa endemik sudah dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.

Mesin ATM diletup, sejumlah wang dilarikan

Posted: 08 Feb 2022 04:39 AM PST

KLANG: Dua perompak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah kedai serbaneka di pekan Meru, dekat sini, awal pagi tadi, sebelum melarikan sejumlah wang.

London pertimbang tempatkan tentera udara, laut lindungi tenggara Eropah

Posted: 08 Feb 2022 04:39 AM PST

MOSCOW: United Kingdom (UK) sedang mempertimbang untuk menempatkan jet pejuang Typhoon dan kapal perang Tentera Laut Diraja untuk melindungi tenggara Eropah dan mengukuhkan pasukan tempur British di Estonia.

MAB taja 'livery' istimewa Harimau Malaya

Posted: 08 Feb 2022 04:30 AM PST

SEPANG: Malaysia Airlines Berhad (MAB) terus meningkatkan sokongannya ke atas skuad bola sepak negara dengan memperkenalkan "livery" istimewa yang memaparkan lambang Harimau Malaya pada badan pesawat Airbus 330-300, hari ini.

Singapura laksana proses tambak tanah mega untuk Pelabuhan Tuas

Posted: 08 Feb 2022 04:28 AM PST

SINGAPURA: Pelabuhan Tuas dijangka menjadi terminal kontena automatik penuh terbesar di dunia apabila ia dijadualkan siap pada 2040-an.

Pokok tumbang, bumbung tercabut ribut di Pulau Pinang

Posted: 08 Feb 2022 04:18 AM PST

GEORGETOWN: Hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung tercabut hari ini.

Utamakan keperluan, kemampuan sebelum beli rumah

Posted: 08 Feb 2022 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebarang pembelian hartanah perlu berlandaskan faktor keperluan peribadi serta kemampuan kewangan pembeli dan bukannya berpandukan pendapat orang lain, kata Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Keuntungan bersih F&N merosot

Posted: 08 Feb 2022 04:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Untung bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama berakhir 31 Disember 2021 turun kepada RM92.95 juta daripada RM136.8 juta pada suku pertama 2021.

2 kementerian, imigresen perinci syor buka sempadan

Posted: 08 Feb 2022 01:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Syor pembukaan sempadan negara menjelang 1 Mac ini perlu diperincikan secara lanjut oleh dua kementerian dan satu agensi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Nelayan dikhuatiri lemas

Posted: 08 Feb 2022 03:40 AM PST

ALOR SETAR: Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut kerana bot dipukul ombak kuat, dekat Kuala Kedah, hari ini.

Nasib berbeza skuad badminton lelaki, wanita

Posted: 08 Feb 2022 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan menyifatkan undian yang diterima Malaysia untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) sebagai 'baik' dengan 'kunci utama' untuk melakar kemenangan terletak di tangan Lee Zii Jia.

Ringgit ditutup tidak berubah

Posted: 08 Feb 2022 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, bergerak dalam jajaran kecil disokong oleh data ekonomi domestik yang positif apabila dolar AS kekal kukuh mendahului data inflasi AS minggu ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template