Thursday, March 3, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


8 Mac tentukan remaja didakwa tikam bayi dibenar jamin

Posted: 03 Mar 2022 12:38 AM PST

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 8 Mac depan untuk memutuskan sama ada remaja perempuan yang berdepan pertuduhan membunuh bayi lelakinya di Kemaman dibenarkan ikat jamin atau sebaliknya.

4 daripada 1,000 bayi alami masalah pendengaran kekal

Posted: 03 Mar 2022 12:35 AM PST

SERDANG: Empat daripada 1,000 bayi yang menjalani Saringan Pendengaran Universal Neonatal (UNHS) di 44 hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti mengalami masalah pendengaran jenis kekal.

PEJUANG kerjasama parti lain bentuk kerajaan negeri

Posted: 03 Mar 2022 01:31 AM PST

KLUANG: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak bekerjasama dengan parti lain sekiranya Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pimpinannya, tidak dapat membentuk kerajaan pada 12 Mac ini.

Masyarakat Cina digesa bantu kembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia - Tun M

Posted: 03 Mar 2022 01:23 AM PST

KLUANG: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak masyarakat perniagaan Cina supaya bersama membantu mengharumkan kembali nama Malaysia yang pernah digelar Harimau Asia satu ketika dulu.

YMFH sasar bantu 1,000 keluarga B40 miliki rumah

Posted: 03 Mar 2022 12:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Yayasan My First Home (YMFH) menyasarkan untuk membantu 1,000 isi rumah B40 dengan pemilikan rumah tahun ini.

8,570 warga IPT terkesan banjir

Posted: 03 Mar 2022 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 8,570 orang warga institusi pengajian tinggi menjadi mangsa banjir di seluruh negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Australia arahkan 200,000 pindah elak banjir

Posted: 03 Mar 2022 01:24 AM PST

WINDSOR, AUSTRALIA: Perkhidmatan kecemasan Australia hari ini mengarahkan 200,000 orang berpindah dari laluan ribut kencang yang telah membunuh 13 orang dalam seminggu, yang mencatat rekod banjir pantai timur, namun bandar Sydney terselamat daripada banjir yang paling teruk.

Widuri Capital tubuh dana ekuiti persendirian penjagaan kesihatan

Posted: 03 Mar 2022 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Widuri Capital Management Sdn Bhd (WCM) dan Bintang Kencana Sdn Bhd (BKSB) menubuhkan dana ekuiti persendirian penjagaan kesihatan dengan sasaran saiz dana sebanyak RM100 juta.

Kebenaran bersyarat bagi ubat COVID-19 keluaran Pfizer

Posted: 03 Mar 2022 12:51 AM PST

PUTRAJAYA: Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang hari ini bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan ketika bencana bagi rawatan COVID-19 untuk ubat jenama PAXLOVID keluaran Pfizer.

RM500,000 anggaran nilai kerugian pengusaha padi, agro makanan akibat banjir

Posted: 03 Mar 2022 01:17 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menganggarkan nilai kerugian sekurang-kurangnya RM500,000 dialami pengusaha padi dan agro makanan susulan bencana banjir melanda Kelantan dan Terengganu.

'6 sekeluarga berlindung di rumah burung layang-layang'

Posted: 03 Mar 2022 12:16 AM PST

TUMPAT: Enam sekeluarga dari Kampung Kajang Sebidang di sini, terpaksa menjadikan rumah burung layang-layang sebagai tempat perlindungan sejak lima hari lalu selepas rumah mereka dinaiki air.

SPRM nafi gagal siasat isu dana suami Zeti

Posted: 03 Mar 2022 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan berlaku kegagalan siasatan di pihak mereka berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Datuk Dr Tawfiq Ayman, yang juga suami kepada bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Lebih RM200,000 untuk buru harimau

Posted: 03 Mar 2022 01:01 AM PST

Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) membelanjakan RM201,250 mulai Januari lalu, bagi menangani konflik manusia-harimau.

Sedekah jagung musnah banjir jadi makanan lembu

Posted: 02 Mar 2022 11:56 PM PST

TUMPAT: Seorang petani berlapang dada melihat jagung ditanamnya yang musnah akibat banjir, disedekahkan kepada penduduk kampung untuk dijadikan makanan lembu.

PN harap ikrar antirasuah calonnya dinilai baik

Posted: 03 Mar 2022 12:26 AM PST

KULAI: Perikatan Nasional (PN) berharap rakyat Johor meyakini aku janji antirasuah yang diikrarkan kesemua 56 calon parti itu bagi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti.

Harga minyak dunia tertinggi sejak 2013

Posted: 03 Mar 2022 12:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Penanda aras minyak mentah melonjak awal hari ini berikutan masalah bekalan, potensi gangguan perdagangan dan isu perkapalan akibat daripada sekatan baharu yang dikenakan ke atas Russia selepas negara itu menyerang Ukraine lebih seminggu lalu.

110 pelajar Malaysia mangsa banjir di Queensland, pindah ke PPS

Posted: 27 Feb 2022 09:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 75 pelajar Malaysia bawah tajaan pelbagai agensi, sudah berada di pusat pemindahan sementara (PPS) University of Queensland, berikutan banjir melanda Wilayah Queensland, Australia sejak 25 Februari lalu.

Pegawai polis direman bantu siasatan sindiket bitcoin

Posted: 02 Mar 2022 11:52 PM PST

IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membabitkan sindiket perlombongan bitcoin.

Puluhan ditahan dalam perhimpunan antiperang di Russia

Posted: 03 Mar 2022 12:06 AM PST

MOSCOW: Berpuluh-puluh penunjuk perasaan antiperang ditahan di Moscow dan Saint Petersburg semalam selepas pengkritik Kremlin yang dipenjarakan, Alexei Navalny, menggesa rakyat Russia membantah pencerobohan Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine.

'Maaf Pulau Pinang, Perak tak dapat bantu'

Posted: 02 Mar 2022 10:50 PM PST

IPOH: Kerajaan Perak muktamad dalam keputusan tidak membekalkan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Gelinciran tanah, aliran puing punca sisa kayu hanyut

Posted: 02 Mar 2022 11:59 PM PST

KUALA TERENGGANU: Kesan kemusnahan besar akibat banjir di Hulu Terengganu pada Ahad lalu, adalah disebabkan gelinciran tanah dan aliran puing bersaiz sederhana di cerun Sungai Terengganu berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud (SJHSM) di Kenyir.

Khairy akan jumpa ibu bapa remaja didakwa maut selepas ambil vaksin

Posted: 02 Mar 2022 09:41 PM PST

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan bertemu ibu dan bapa seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dikatakan meninggal dunia selepas pengambilan vaksin COVID-19 pada Januari lalu.

91 peratus kes BID tidak tahu dijangkiti

Posted: 02 Mar 2022 10:15 PM PST

SERDANG: Kira-kira 91 peratus kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) membabitkan individu yang tidak tahu mereka dijangkiti COVID-19.

Aktivis demokrasi Thailand tawar diri bantu lawan Russia di Ukraine

Posted: 02 Mar 2022 11:56 PM PST

BANGKOK: Thailand yang terletak jauh dari Ukraine mungkin tidak dilihat sebagai lokasi merekrut sukarelawan tentera antarabangsa untuk membantu Ukraine melawan pencerobohan Russia.

Laluan ke stesen jana elektrik di Kenyir ditutup

Posted: 02 Mar 2022 08:54 PM PST

KUALA BERANG: Laluan ke Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir ditutup bermula semalam bagi membolehkan kerja pembersihan dan baik pulih jalan dilakukan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku.

Pelaporan kematian tidak lagi tunggu pendaftaran selesai

Posted: 02 Mar 2022 08:52 PM PST

PUTRAJAYA: Pelaporan kematian akibat COVID-19 kini tidak lagi menunggu sehingga pendaftaran suatu kes itu selesai, bermula kelmarin.

Jangan ugut rakyat - King Sing

Posted: 02 Mar 2022 11:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menukar warna sijil pelalian MySejahtera individu yang tidak mengambil dos penggalak.

BNM kekalkan OPR pada 1.75 peratus

Posted: 02 Mar 2022 11:33 PM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), penanda aras kadar faedah pinjaman dan tabungan, pada 1.75 peratus.

Filipina lulus penggunaan tenaga nuklear ganti arang batu

Posted: 02 Mar 2022 11:46 PM PST

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menandatangani perintah eksekutif untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai sebahagian sumber tenaga di negara itu.

Majoriti di ICU pesakit berisiko tinggi

Posted: 02 Mar 2022 09:39 PM PST

PUTRAJAYA: Kebanyakan kes COVID-19 yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan katil digunakan sebagai katil ICU membabitkan pesakit berisiko tinggi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template