BH Online - Terkini |
- PAU 2021: Ahli UMNO diminta perbetul niat perjuangan
- Peniaga dipenjara 4 tahun kerana memandu mabuk, langgar mati polis
- 'Perlu bagi komitmen 100 peratus'
- 'Falsafah, cara permainan Pan Gon agak lain'
- PEJUANG pertimbang kerjasama dengan pembangkang pada PRU15
- PAU 2021: Gusar UMNO, BN diserang hendap jika lengah PRU-15
- DUN Selangor lulus peruntukan tambahan RM160 juta
- Dagangan Bursa Malaysia ditutup mendatar
- Mandat rakyat penting untuk kestabilan negara
- PAU 2021: Biar 'top 5' bincang bila sesuai PRU, pemilihan parti
- Suntikan penggalak Moderna lebih berkesan bagi usia lebih 60 tahun
- RUU antilompat parti, had tempoh jawatan Perdana Menteri perlu penelitian lanjut
- Public Bank, Carsome jalin kerjasama pembiayaan kereta
- TMJ masih tak puas hati prestasi JDT
- Nazmi Faiz sudah dihantar pulang jalani pemulihan
- Bantuan 'one-off' untuk anak yatim sebelum sekolah bermula
- PAU 2021: Beri ruang kerajaan Ismail Sabri tangani isu rakyat
- Gabungan Rakyat Sabah didaftar secara rasmi tanpa UMNO, PAS, BN
- Solat jemaah di Pulau Pinang mungkin guna SOP Pusat
- 3 kakitangan APM didakwa minta rasuah RM18,000
- Ahmad Faizal lancar Malaysia Sports League 2022
- Syed Abrar raih emas pertama olahraga IPT 2022
- Kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette: Saksi dakwa wujud konspirasi
- Pelajar baharu UPSI disaran amal budaya 'BAIKK'
- Ada tolak ansur, kemajuan rundingan hentikan perang Russia-Ukraine
- Boboy 'reunion' demi peminat
- Rugi lebih RM225,000 hanya dalam dua minggu
- Rasuah: Bekas majistret dipenjara 58 tahun, denda RM1.05 juta
- PETRONAS peroleh kontrak blok Ketapang Utara Indonesia
- Flash Express Malaysia sasar wujud 10,000 peluang kerja
| PAU 2021: Ahli UMNO diminta perbetul niat perjuangan Posted: 18 Mar 2022 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli UMNO perlu memperbetulkan niat perjuangan supaya dapat berbakti kepada generasi, agama dan bangsa dengan keberkatan Allah SWT. |
| Peniaga dipenjara 4 tahun kerana memandu mabuk, langgar mati polis Posted: 18 Mar 2022 04:05 AM PDT KAJANG: Seorang peniaga dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah, memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas. |
| 'Perlu bagi komitmen 100 peratus' Posted: 18 Mar 2022 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad kebangsaan, Zhafri Yahya mengakui perlu melalui proses yang betul untuk memahami taktikal dan cara permainan yang diinginkan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon. |
| 'Falsafah, cara permainan Pan Gon agak lain' Posted: 18 Mar 2022 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Falsafah dan cara permainan menjadi antara perbezaan yang diterapkan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon berbanding pengendali sebelum ini, Tan Cheng Hoe. |
| PEJUANG pertimbang kerjasama dengan pembangkang pada PRU15 Posted: 18 Mar 2022 04:02 AM PDT PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan mempertimbang untuk menjalinkan kerjasama dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). |
| PAU 2021: Gusar UMNO, BN diserang hendap jika lengah PRU-15 Posted: 18 Mar 2022 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah menyuarakan kegusarannya jika kerajaan diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini 'diserang hendap' jika melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). |
| DUN Selangor lulus peruntukan tambahan RM160 juta Posted: 18 Mar 2022 03:55 AM PDT SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor, hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan Tambahan 2022 berjumlah RM160 juta. |
| Dagangan Bursa Malaysia ditutup mendatar Posted: 18 Mar 2022 03:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup mendatar ketika mengakhiri minggu ini berikutan sesi yang turun naik susulan belian asing pada minit terakhir dagangan, kata penganalisis. |
| Mandat rakyat penting untuk kestabilan negara Posted: 18 Mar 2022 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Desakan untuk membubarkan Parlimen dibuat berdasarkan beberapa faktor yang menjadi pertimbangan supaya langkah itu boleh dilakukan sesuai pada masanya. |
| PAU 2021: Biar 'top 5' bincang bila sesuai PRU, pemilihan parti Posted: 18 Mar 2022 03:37 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO Melaka mencadangkan langkah mengadakan Pilihan Raya Umum yang lebih awal perlu dibincangkan lima pemimpin utama UMNO. |
| Suntikan penggalak Moderna lebih berkesan bagi usia lebih 60 tahun Posted: 18 Mar 2022 03:36 AM PDT SINGAPURA: Suntikan penggalak vaksin Moderna memberi warga emas perlindungan yang lebih baik terhadap COVID-19 jika mereka mengambil vaksin Pfizer bagi suntikan pertama dan kedua. |
| RUU antilompat parti, had tempoh jawatan Perdana Menteri perlu penelitian lanjut Posted: 18 Mar 2022 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Antilompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun, perlu melalui proses penelitian lanjut menerusi sesi perbincangan. |
| Public Bank, Carsome jalin kerjasama pembiayaan kereta Posted: 18 Mar 2022 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd dan Carsome memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama dalam pembiayaan kereta. |
| TMJ masih tak puas hati prestasi JDT Posted: 18 Mar 2022 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan masih belum berpuas hati dengan prestasi skuad Harimau Selatan walaupun skuad itu meraih keputusan meyakinkan dalam beberapa perlawanan awal musim ini. |
| Nazmi Faiz sudah dihantar pulang jalani pemulihan Posted: 18 Mar 2022 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor yang mengalami kecederaan pangkal paha ketika kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di sini, sudah dihantar pulang ke pasukannya, Johor Darul Ta'zim (JDT). |
| Bantuan 'one-off' untuk anak yatim sebelum sekolah bermula Posted: 18 Mar 2022 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyegerakan bantuan secara sekali gus atau 'one-off' kepada anak-anak yang menjadi yatim atau yatim piatu ekoran kematian ibu bapa atau seorang daripada mereka akibat COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| PAU 2021: Beri ruang kerajaan Ismail Sabri tangani isu rakyat Posted: 18 Mar 2022 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi ruang menangani isu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan banjir besar, baru-baru ini. |
| Gabungan Rakyat Sabah didaftar secara rasmi tanpa UMNO, PAS, BN Posted: 18 Mar 2022 03:23 AM PDT KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru diluluskan pendaftarannya sebagai entiti politik baharu minggu lalu, hanya disertai empat parti politik setakat ini tanpa UMNO, Barisan Nasional (BN) dan PAS. |
| Solat jemaah di Pulau Pinang mungkin guna SOP Pusat Posted: 18 Mar 2022 03:13 AM PDT GEORGETOWN: Pulau Pinang mungkin menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di peringkat Pusat berhubung solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal. |
| 3 kakitangan APM didakwa minta rasuah RM18,000 Posted: 18 Mar 2022 03:06 AM PDT KUANTAN: Tiga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan peralatan pejabat pada tahun lalu. |
| Ahmad Faizal lancar Malaysia Sports League 2022 Posted: 18 Mar 2022 02:48 AM PDT SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini melancarkan Malaysia Sports League (MSL) 2022 yang bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat selain mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi. |
| Syed Abrar raih emas pertama olahraga IPT 2022 Posted: 18 Mar 2022 02:57 AM PDT JOHOR BAHRU: Wakil Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Syed Abrar Syed Ahmad Zawawi muncul atlet pertama meraih emas Sirkit 1 Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di sini, hari ini selepas memenangi acara merejam lembing. |
| Kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette: Saksi dakwa wujud konspirasi Posted: 18 Mar 2022 02:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Saksi utama yang dianggap belot oleh pihak pendakwaan dalam kes rasuah membabitkan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad, memberitahu Mahkamah Sesyen, beliau merasakan wujud konspirasi untuk mengenakan pasangan berkenaan. |
| Pelajar baharu UPSI disaran amal budaya 'BAIKK' Posted: 18 Mar 2022 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran mengamalkan budaya Bangga (B), Adab (A), Ilmu (I), Keluarga (K) dan Kreativiti dan Inovasi (K) atau BAIKK bagi memantapkan penampilan mereka. |
| Ada tolak ansur, kemajuan rundingan hentikan perang Russia-Ukraine Posted: 18 Mar 2022 02:37 AM PDT KYIV: Berita perkembangan terbaru mengenai tolak ansur dari Moscow dan Kyiv mencetuskan harapan ada jalan keluar ke arah kedamaian selepas tiga minggu perang di Ukraine. |
| Posted: 18 Mar 2022 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad menyepi, kumpulan pop yang pernah popular pada 2001, Boboy memenuhi permintaan peminat dengan bergabung dalam Konsert Minggu Ini (KMI) terbitan RTM. |
| Rugi lebih RM225,000 hanya dalam dua minggu Posted: 18 Mar 2022 02:23 AM PDT MELAKA: Seorang ibu tunggal kerugian RM225,900 hanya dalam masa dua minggu selepas terpedaya dengan penipuan cinta atau 'Love Scam', tahun lalu. |
| Rasuah: Bekas majistret dipenjara 58 tahun, denda RM1.05 juta Posted: 18 Mar 2022 01:10 AM PDT KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 58 tahun dan denda RM1.05 juta terhadap seorang bekas majistret selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada seorang peniaga, kira-kira dua tahun lepas. |
| PETRONAS peroleh kontrak blok Ketapang Utara Indonesia Posted: 18 Mar 2022 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC Ketapang II Ltd meraih kontrak bagi blok Ketapang Utara yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Jawa Timur ketika pusingan kedua Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021. |
| Flash Express Malaysia sasar wujud 10,000 peluang kerja Posted: 18 Mar 2022 02:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Flash Malaysia Express Sdn Bhd (Flash Express Malaysia), unit di bawah syarikat perkhidmatan logistik e-dagang yang berpangkalan di Thailand, Flash Group, menyasar untuk mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia tahun ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment