BH Online - Terkini |
- 48 cerun seliaan MPAJ dalam kategori sangat kritikal
- 8 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
- Saya jenis setia, tidak suka bodek - Annuar
- 2 pemancing terkandas bot tenggelam, ditemukan selamat
- Israel gesa AS tidak keluarkan IRGC dari senarai pengganas
- PAU 2021: Jangan sesiapa perlekeh PM - Perwakilan
- Pengeboman Russia bantut pemindahan penduduk dari Lugansk
- Pemain Arsenal dilaporkan peluk Islam
- JDT II atasi Kelantan United aksi Liga Perdana
- Warga emas hilang ditemukan lemas di sungai
- Shahril Aiman raih emas acara 5,000m olahraga IPT
- NS Girls, KPT-United Thunderbolts berentap di final
- Wakil ASEAN berkunjung Myanmar minggu depan
- Keputusan undian suku akhir Liga Europa
- Penjaga gol skuad Harimau Malaya positif COVID-19
- Bertarung nyawa bikin filem
- Ahmad Faizal sahkan TMJ tinjau padang Stadium Nasional
- MOF nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul
- Kapal pengangkut pesawat China merentasi Selat Taiwan
- 3 pelancong Perancis sesat di Gunung Berembun
- Keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara
- Tempahan janji temu dos penggalak kini dibuka dalam MySejahtera
- Pearly-Thinaah terkandas suku akhir badminton Seluruh England
- Shanghai teruskan saringan besar-besaran COVID-19
- Aktiviti sukan, kokurikulum elak tumpuan murid kepada gajet
- Lakukan amang seksual terhadap pelajar, bekas guru dipenjara 7 tahun, sebatan
- K-KOMM singkatan baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Harga tapak bazar Aidilfitri di Dataran Senawang melampau
- PEJUANG masih relevan - Dr Mahathir
| 48 cerun seliaan MPAJ dalam kategori sangat kritikal Posted: 18 Mar 2022 08:57 AM PDT SHAH ALAM: Sebanyak 48 daripada 118 cerun seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini berada dalam kategori sangat kritikal. |
| 8 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan Posted: 18 Mar 2022 09:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu disyaki terbabit kegiatan perjudian di tempat awam, iaitu di sebuah pusat hiburan di Batu 3, Jalan Ipoh, kelmarin. |
| Saya jenis setia, tidak suka bodek - Annuar Posted: 18 Mar 2022 08:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menegaskan, beliau memiliki 'track record' atau rekod baik dan sentiasa setia kepada UMNO walaupun pernah dikritik pelbagai pihak kerana lantang bersuara, selain dilabel sebagai duri dalam daging terhadap parti itu. |
| 2 pemancing terkandas bot tenggelam, ditemukan selamat Posted: 18 Mar 2022 08:14 AM PDT KUALA NERUS: Kerisauan seorang ibu apabila anaknya tidak pulang selepas keluar memancing bersama rakan sejak semalam, terjawab apabila mereka ditemukan selamat di sebuah kawasan berbatu di perairan Pulau Redang, hari ini. |
| Israel gesa AS tidak keluarkan IRGC dari senarai pengganas Posted: 18 Mar 2022 07:43 AM PDT BAITULMAQDIS: Israel menggesa Amerika Syarikat (AS) jangan mengeluarkan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) daripada senarai pengganas asing dengan hanya bersandarkan kepada 'janji kosong'. |
| PAU 2021: Jangan sesiapa perlekeh PM - Perwakilan Posted: 18 Mar 2022 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, hari ini, membangkitkan keperluan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipertahankan serta tidak berlaku tindakan yang boleh melemahkan parti. |
| Pengeboman Russia bantut pemindahan penduduk dari Lugansk Posted: 18 Mar 2022 07:30 AM PDT LVIV: Kekerapan dan serangan yang meluas oleh tentera Russia menyukarkan pemindahan orang awam dengan selamat dari bandar dan kampung di barisan hadapan. |
| Pemain Arsenal dilaporkan peluk Islam Posted: 18 Mar 2022 07:14 AM PDT LONDON: Pemain tengah Ghana dan Arsenal, Thomas Partey dilaporkan memeluk Islam selepas menuntut ajaran agama itu selama beberapa bulan di negara ini. |
| JDT II atasi Kelantan United aksi Liga Perdana Posted: 18 Mar 2022 07:22 AM PDT PASIR GUDANG: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) kembali mendapat sentuhan kemenangan selepasmenewaskan Kelantan United FC 2-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, sebentar tadi. |
| Warga emas hilang ditemukan lemas di sungai Posted: 18 Mar 2022 06:40 AM PDT JEMPOL: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah, semalam, ditemukan lemas di Sungai Mahsan, di sini, hari ini. |
| Shahril Aiman raih emas acara 5,000m olahraga IPT Posted: 18 Mar 2022 06:51 AM PDT JOHOR BAHRU: Atlet Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraih emas dalam acara 5,000 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 Sirkit 1 yang bermula di sini, hari ini. |
| NS Girls, KPT-United Thunderbolts berentap di final Posted: 18 Mar 2022 06:50 AM PDT SEREMBAN: Negeri Sembilan (NS) Girls menempah tiket ke pentas final Piala Vivian May Soars 2022 selepas merakam kemenangan besar atas National Development Team (NDT) 8-1 pada aksi kedua separuh akhir di Stadium Hoki Bukit Jalil, petang tadi. |
| Wakil ASEAN berkunjung Myanmar minggu depan Posted: 18 Mar 2022 06:39 AM PDT PHNOM PENH: Seorang wakil khas Asia Tenggara akan melawat Myanmar minggu depan untuk meletakkan asas bagi proses damai selepas pemerintah junta tentera dituduh menangguhkan proses itu. |
| Keputusan undian suku akhir Liga Europa Posted: 18 Mar 2022 06:25 AM PDT PARIS: Gergasi Sepanyol, Barcelona diundi menentang Eintracht Frankfurt pada peringkat suku akhir saingan Liga Europa musim ini, manakala kelab Inggeris, West Ham United berdepan wakil Perancis, Lyon. |
| Penjaga gol skuad Harimau Malaya positif COVID-19 Posted: 18 Mar 2022 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim terpaksa digugurkan daripada kem latihan skuad Harimau Malaya selepas positif COVID-19. |
| Posted: 18 Mar 2022 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Siapa sangka bermula dengan sembang kosong, idea menerbitkan filem yang mengangkat kisah kehidupan sukarelawan di negara Islam yang berdepan konflik peperangan, akhirnya menjadi kenyataan. |
| Ahmad Faizal sahkan TMJ tinjau padang Stadium Nasional Posted: 18 Mar 2022 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemelut membabitkan pertukaran rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka berakhir selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melawat tempat itu esok. |
| MOF nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul Posted: 18 Mar 2022 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti yang ditularkan dalam media sosial. |
| Kapal pengangkut pesawat China merentasi Selat Taiwan Posted: 18 Mar 2022 05:54 AM PDT TAIPEI: Kapal pengangkut pesawat China, Shandong, merentasi Selat Taiwan yang sensitif hari ini, sambil dipantau oleh kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), hanya beberapa jam sebelum Presiden China dan AS mengadakan pertemuan. |
| 3 pelancong Perancis sesat di Gunung Berembun Posted: 18 Mar 2022 05:23 AM PDT CAMERON HIGHLANDS: Tiga pelancong dari Perancis termasuk dua wanita yang tersesat di Gunung Berembun, dekat sini, sudah diselamatkan. |
| Keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara Posted: 18 Mar 2022 05:22 AM PDT PARIS: Juara bertahan, Chelsea berdepan laluan sukar selepas diundi bertemu juara 13 kali, Real Madrid pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini. |
| Tempahan janji temu dos penggalak kini dibuka dalam MySejahtera Posted: 18 Mar 2022 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh membuat janji temu suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, menerusi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara. |
| Pearly-Thinaah terkandas suku akhir badminton Seluruh England Posted: 18 Mar 2022 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Hasrat gandingan Pearly Tan-M Thinaah untuk menjadi beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Seluruh England tidak kesampaian selepas tersingkir di suku akhir, sebentar tadi. |
| Shanghai teruskan saringan besar-besaran COVID-19 Posted: 18 Mar 2022 05:15 AM PDT SHANGHAI: Bandar berpenduduk paling padat di China ini meneruskan ujian saringan skala besar bagi mengekang lonjakan baharu jangkitan COVID-19. |
| Aktiviti sukan, kokurikulum elak tumpuan murid kepada gajet Posted: 18 Mar 2022 12:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah yang dibenarkan semula bermula Isnin ini, akan membawa impak positif kepada murid, terutama selepas terlalu lama 'terkepung' dengan sesi pembelajaran secara dalam talian selama dua tahun akibat penularan COVID-19. |
| Lakukan amang seksual terhadap pelajar, bekas guru dipenjara 7 tahun, sebatan Posted: 18 Mar 2022 05:07 AM PDT SANDAKAN: Seorang bekas guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini, dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan satu sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan kira-kira tiga tahun lalu. |
| K-KOMM singkatan baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Posted: 18 Mar 2022 04:50 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini menggunakan singkatan baharu iaitu K-KOMM, manakala menterinya dirujuk sebagai MenKOMM. |
| Harga tapak bazar Aidilfitri di Dataran Senawang melampau Posted: 18 Mar 2022 04:47 AM PDT Seremban: "Saya anggap harga sewa dikenakan pihak berkenaan bagi satu tapak bazar Aidilfitri antara RM7,000 hingga RM8,000, melampau sehingga membebankan peniaga," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani. |
| PEJUANG masih relevan - Dr Mahathir Posted: 18 Mar 2022 04:43 AM PDT PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan parti itu masih relevan walaupun mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment