Tuesday, March 22, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Nahas pesawat Eastern Airlines, tiada yang terselamat setakat ini

Posted: 21 Mar 2022 07:45 PM PDT

GUANGZHOU: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines (China Eastern) yang terhempas di selatan China setakat ini menunjukkan tiada yang terselamat.

Azizulhasni, Cheong Min Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2019/2020

Posted: 22 Mar 2022 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meletakkan namanya sebaris dengan legenda sukan tanah air, Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, di sini sebentar tadi.

Zul Ariffin beri keterangan kepada SKMM

Posted: 22 Mar 2022 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan satu adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, mengesahkan sudah memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Boleh dikenakan tindakan tatatertib

Posted: 22 Mar 2022 02:03 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pegawai dan anggota polis yang menyalahguna media sosial untuk tujuan mempromosikan diri atau produk dengan lengkap berpakaian seragam adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Polis rakam keterangan suspek pukul penunggang basikal di lampu isyarat

Posted: 22 Mar 2022 09:55 AM PDT

IPOH: Polis merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul ke atas seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung seperti video tular menerusi laman sosial.

Polis Marin rampas 155 tan kayu bakau

Posted: 22 Mar 2022 09:14 AM PDT

SARIKEI: Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarikei merampas 200 batang kayu bakau yang tidak mempunyai cop Jabatan Hutan (JH) dianggarkan bernilai RM82,250 di tebing Hulu Sungai Belawai.

Kekurangan diri tak halang graduan OKU genggam ijazah UPM

Posted: 22 Mar 2022 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekurangan diri bukanlah penghalang buat beberapa graduan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menggenggam segulung ijazah, pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, hari ini.

Minat terhadap STEM kekal isu besar

Posted: 22 Mar 2022 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Minat kalangan pelajar terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin berkurangan dan kekal menjadi satu isu besar untuk Malaysia menjadi negara maju.

Pastikan kanak-kanak divaksin, elak komplikasi MIS-C

Posted: 22 Mar 2022 08:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ibu bapa diminta agar memastikan anak-anak mereka divaksin bagi mengelakkan komplikasi serius akibat COVID-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C).

Beberapa negara Eropah tarik balik sekatan COVID-19 terlalu melulu

Posted: 22 Mar 2022 06:34 AM PDT

CHISINAU: Beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Britain, menarik balik sekatan COVID-19 yang terlalu melulu dan kini menyaksikan peningkatan kes yang mungkin disebabkan oleh varian BA2 yang lebih mudah ditularkan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Hadkan aktiviti di lokasi berisiko pada sebelah petang

Posted: 22 Mar 2022 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu mengehadkan aktiviti di lokasi berisiko seperti tepi sungai pada sebelah petang berikutan ribut petir sering berlaku pada masa ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

5 keluarga terjejas banjir di Beaufort dipindahkan ke PPS

Posted: 22 Mar 2022 08:22 AM PDT

BEAUFORT: Seramai 17 individu daripada lima keluarga di Kampung Suasa di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir, petang tadi.

Tak serik walau sudah curi hampir 100 telefon bimbit

Posted: 22 Mar 2022 08:10 AM PDT

SERDANG: Memiliki puluhan rekod jenayah lampau dan pernah ditahan seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada dua lelaki apabila ditangkap lagi kerana mencuri telefon bimbit.

Pemandu lori buntu kaedah saringan masuk Singapura

Posted: 22 Mar 2022 07:58 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang selalu berulang-alik ke Singapura berharap kerajaan negeri atau Pusat dapat mewujudkan pusat pemeriksaan saringan COVID-19 RT-PCR bagi kemjudahan pemandu lori rentas sempadan.

Wanita gagal batal status peluk Islam

Posted: 22 Mar 2022 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans gagal dalam usahanya untuk mencabar dakwaan penukaran agamanya kepada Islam secara sepihak ketika dia masih kecil oleh bapanya.

Pengkritik Kremlin, Navalny dijatuhi hukuman penjara 9 tahun

Posted: 22 Mar 2022 07:46 AM PDT

POKROV, RUSSIA: Mahkamah Russia hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap pengkritik Kremlin, Alexei Navalny, selepas didapati bersalah melakukan penyelewengan dan menghina mahkamah, kata seorang wartawan AFP.

Isu perkahwinan bawah umur tak wajar dimanipulasi

Posted: 22 Mar 2022 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu perkahwinan bawah umur tidak wajar dimanipulasikan memandangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa memberikan komitmen tinggi untuk menangani isu ini demi kepentingan kanak-kanak terbabit.

Agong berangkat ke Majlis Anugerah Sukan MSN

Posted: 22 Mar 2022 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 yang berlangsung di ibu negara, malam ini.

'Pemain bukan mesin'

Posted: 22 Mar 2022 07:00 AM PDT

SEPANG: Penyokong tidak seharusnya mengharapkan 'bulan dan bintang' untuk aksi pertama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan Gon berdepan Filipina, malam esok.

KLIA, LIA dipilih antara lapangan terbang terbaik dunia pada 2021

Posted: 22 Mar 2022 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing bagi tahun 2021 dalam kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).

Suspek bunuh, bakar wanita dituduh esok

Posted: 22 Mar 2022 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Bilik siasatan jenayah IPD Sepang musnah terbakar

Posted: 22 Mar 2022 06:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebuah bilik siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Perkhidmatan digital: JPJ tidak akan kurangkan anggota

Posted: 22 Mar 2022 06:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengurangkan jumlah anggotanya ketika jabatan itu dalam usaha menaik taraf perkhidmatannya kepada sistem pendigitalan.

Subahan akui terima bantuan TMJ

Posted: 22 Mar 2022 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas bantuan yang diberikan kepada Selangor ketika dia menerajui FAS.

'Jangan hanya untuk dihadiri yang berpangkat besar'

Posted: 22 Mar 2022 05:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Rumah Kelab Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di sini dapat membantu ahlinya untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kebolehan dalam menjalankan tugas.

Pembayaran tidak teratur RM1.299 bilion akibat tidak patuh pengurusan kewangan

Posted: 21 Mar 2022 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketidakpatuhan terhadap pengurusan kewangan menyebabkan isu pembayaran tidak teratur berjumlah RM1.299 bilion, kerugian wang awam RM11.45 juta serta pembaziran RM8.87 juta kepada kerajaan pada 2020.

Supermax bina kemudahan pembuatan termaju di Texas

Posted: 22 Mar 2022 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Supermax Corporation Bhd melalui anak syarikatnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Maxter Healthcare Inc akan membina kemudahan pembuatan termaju di Brazoria County, Texas.

Australia lancar Space Command untuk menentang cita-cita China

Posted: 22 Mar 2022 05:01 AM PDT

SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini melancarkan 'Space Command' iaitu satu agensi pertahanan baharu yang menyamai Angkatan Angkasa Amerika Syarikat (AS), yang dipertanggungjawabkan memastikan negara itu berada dalam 'persaingan' di angkasa lepas.

ECERDC sasar komitmen pelaburan RM8 bilion di Pahang

Posted: 22 Mar 2022 05:01 AM PDT

KUANTAN: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan menarik pelaburan komited bernilai RM8 bilion untuk Pahang pada tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baidzawi Che Mat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template