Friday, March 25, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


TFC II lulus ujian pertama

Posted: 25 Mar 2022 08:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFC II) lulus ujian pertama selepas tidak berdepan masalah menundukkan Perak FC, 3-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Raja Permaisuri ziarah pasangan kembar Siam pramatang

Posted: 25 Mar 2022 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang yang berjaya dipisahkan melalui pembedahan oleh pasukan Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Skim Insurans Keluarga Malaysia lindungi golongan miskin

Posted: 25 Mar 2022 03:36 AM PDT

KANGAR: Kerajaan memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di negara ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

GERAKAN kekal bersama PN

Posted: 25 Mar 2022 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti GERAKAN tetap dengan pendirian untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi segala cabaran dalam apa juga pilihan raya selepas ini.

Kaji selaras SOP sempadan Malaysia-Singapura, Malaysia-Thailand

Posted: 25 Mar 2022 03:22 AM PDT

KANGAR: Kerajaan berharap prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura dapat diguna pakai dalam proses sama bagi pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bermula 1 April ini.

Video tular pergaduhan remaja, polis teruskan siasatan

Posted: 25 Mar 2022 06:59 AM PDT

SHAH ALAM: Polis akan meneruskan siasatan berhubung satu video tular membabitkan pergaduhan antara beberapa remaja di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah, di sini, Selasa lalu.

Tentera Ukraine tawan semula timur Kyiv

Posted: 25 Mar 2022 06:40 AM PDT

LVIV: Tentera Ukraine berjaya menawan semula bandar-bandar di timur ibu kota Kyiv dan memaksa tentera Russia yang cuba merebut bandar itu berundur, menurut Britain.

Wajib pasang peranti AED menjelang 2025

Posted: 25 Mar 2022 04:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewajibkan pemasangan peranti defibrilator luaran automatik (AED) bagi membantu mangsa terkena serangan jantung di semua pejabat dan fasiliti awam menjelang 2025.

Pil Paxlovid COVID-19 kini boleh didapati di 3 poliklinik, 20 PHPC

Posted: 25 Mar 2022 06:59 AM PDT

SINGAPURA: Pil COVID-19, Paxlovid kini boleh didapati di tiga poliklinik dan 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC), membantu usaha Singapura merawat penyakit itu dalam masyarakat dan bagi mencegah kemasukan ke hospital.

Artis nasyid ditahan miliki 'ladang mini' pokok ganja

Posted: 25 Mar 2022 02:47 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal, ditahan polis selepas terbongkar 'ladang mini' tanaman ganja yang diusahakan dalam unit kondominium didiaminya dekat Kota Damansara di sini, petang semalam.

Jerman sedia capai kemuncak di Qatar

Posted: 25 Mar 2022 06:43 AM PDT

FRANKFURT: Jerman tampak akan meneruskan rentak kemenangan mereka di bawah kendalian jurulatih Hansi Flick apabila akan berdepan Israel dan Belanda namun keutamaan pasukan itu ialah mencapai kemuncak pada Piala Dunia Qatar, kata pemain tengah, Ilkay Gundogan.

Isu pinjaman Danajamin: Capital A saman portal media

Posted: 25 Mar 2022 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Berhad, yang kini dikenali sebagai Capital A Berhad (Capital A), memfailkan saman fitnah terhadap penulis dan ketua pegawai eksekutif sebuah portal berita berhubung penerbitan artikel mengenai pinjaman setengah bilion syarikat itu yang mendapat jaminan kerajaan.

Suntikan penggalak kedua bagi warga emas 80 tahun ke atas

Posted: 25 Mar 2022 06:39 AM PDT

SINGAPURA: Warga tua berusia 80 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah, berpenyakit kronik teruk, akan layak menerima dos suntikan penggalak kedua bagi perlindungan lebih baik daripada COVID-19.

MPOB, UPSI meterai kerjasama kepakaran penyelidikan

Posted: 25 Mar 2022 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi kerjasama, termasuk perkongsian kepakaran penyelidikan terutama dalam kajian pengekspresan dan pencirian enzim lipase daripada pokok sawit (Elaeis guineensis).

Vaksinasi di rumah untuk warga emas tidak dapat ke PPV

Posted: 25 Mar 2022 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah, dikenali sebagai Home Vaccination kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) berikutan masalah logistik.

Rashid kongsi ilmu asas kejurulatihan badminton

Posted: 25 Mar 2022 06:12 AM PDT

SHAH ALAM: Kira-kira 50 pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpeluang menyertai Modul Asas Kejurulatihan Badminton bersama lagenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek menerusi kerjasama universiti itu dengan Kelab Badminton RS.

Ukraine terdesak bekalan senjata semakin berkurangan

Posted: 25 Mar 2022 06:09 AM PDT

KYIV: Ukraine dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan senjata dan meminta Perancis serta Jerman menghantar lebih banyak senjata bagi menghadapi serangan tentera Russia.

'Cuti percuma' salah guna RTK antigen perlu dibendung

Posted: 25 Mar 2022 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penipuan keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen untuk mendapat 'cuti percuma' perlu dibendung lebih awal, sebelum ia menjadi budaya atau kebiasaan di tempat kerja.

Cuaca buruk sukarkan carian kotak hitam kedua

Posted: 25 Mar 2022 05:28 AM PDT

GUANGXI: Penyelamat China meneruskan usaha mencari satu lagi kotak hitam perakam pesawat China Eastern Airlines (China Eastern) di kawasan pergunungan terpencil di Guangxi, hampir 72 jam selepas pesawat itu terhempas di situ.

300 dipercayai maut dalam serangan teater di Mariupol

Posted: 25 Mar 2022 05:25 AM PDT

KYIV: Pihak berkuasa Ukraine hari ini berkata lebih 300 mangsa dikhuatiri terkorban dalam serangan Russia minggu lalu di sebuah teater di mana ratusan orang awam berlindung.

G20: Indonesia, China tolak desakan singkirkan Russia

Posted: 25 Mar 2022 05:04 AM PDT

JAKARTA: Indonesia dan China menyokong penyertaan Russia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia G20 biarpun mendapat bantahan daripada negara anggota lain.

'Pfizer yang lambat hantar pil anti-viral' - Khairy

Posted: 25 Mar 2022 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pihak Pfizer mengalami kelewatan dalam menghantar bekalan pil anti-viral, Paxlovid, keluaran syarikat itu ke negara ini.

NATO tambah tentera berdekatan Ukraine

Posted: 25 Mar 2022 04:56 AM PDT

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengumumkan penambahan tentera di negara berhampiran Ukraine sebagai sokongan.

Harimau Malaya mahu terus mengaum di Singapura

Posted: 25 Mar 2022 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas meraih penampilan impian menerusi kemenangan ke atas Filipina, kini pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon terus bernafsu apabila berhasrat menjadikan Singapura sebagai mangsa kedua, malam esok.

Rafiq harap boling antarabangsa kembali dianjurkan

Posted: 25 Mar 2022 04:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain boling negara, Rafiq Ismail mengharapkan 'ada sinar di hujung terowong' untuk menyertai lebih banyak saingan di peringkat antarabangsa selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu merencatkan kalendar kejohanan.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's kembali

Posted: 25 Mar 2022 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald's kembali untuk tahun keenam penganjurannya bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam usaha mendidik, membentuk seterusnya memberi inspirasi kepada anak bangsa.

Satu daripada dua dewasa alami berat badan berlebihan

Posted: 25 Mar 2022 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masalah berat badan berlebihan dan obesiti kini meningkat pada kadar yang membimbangkan di negara ini dengan satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Singapura waspada jadi mangsa ngauman Harimau Malaya

Posted: 25 Mar 2022 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Singapura tampak perlu lebih berhati-hati dengan kebangkitan skuad Harimau Malaya yang kini mendapat sentuhan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.

Ketangkasan Jimmy beri isyarat positif

Posted: 25 Mar 2022 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketenangan yang ditunjukkan pertahanan tengah negara, Ahmad Khuzaimi Piee ketika berdepan Filipina pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara FAS berdepan Filipina pada Rabu lalu, jelas memberi isyarat positif untuk kem negara.

Pembukaan sempadan: 100 polis ditempatkan di KLIA, klia2

Posted: 25 Mar 2022 03:53 AM PDT

SEPANG: Seramai 100 anggota polis akan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, di sini, susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template