Saturday, March 26, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Suresh mara ke final

Posted: 26 Mar 2022 08:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemanah paralimpik negara S Suresh, layak ke final Kejohanan Memanah Para Asia Phuket 2022 di Thailand.

Anggota IPD Sepang maut kemalangan

Posted: 26 Mar 2022 08:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan, dekat Sepang semalam.

Warga emas maut terjatuh dari kondominium

Posted: 26 Mar 2022 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang disahkan positif COVID-19 ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

JDT II gagal belasah Skuad Projek FAM-MSN

Posted: 26 Mar 2022 07:34 AM PDT

PASIR GUDANG: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) melonjak ke tangga kedua Liga Perdana selepas menewaskan skuad Projek FAM-MSN 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), sebentar tadi.

Usahawan perlu kuasai teknologi baharu, pendigitalan

Posted: 26 Mar 2022 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan perlu menguasai pelbagai teknologi baharu khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pelajar IPT B40 boleh mohon komputer riba, tablet percuma bermula 15 April

Posted: 26 Mar 2022 07:31 AM PDT

SANDAKAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kolej swasta, politeknik atau pelajar kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau komputer riba percuma pada 15 April ini.

Ikhsan hukum Harimau Malaya, penalti Safawi tak masuk

Posted: 26 Mar 2022 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak legenda bola sepak Singapura, Ikhsan Fandi menjadi 'mimpi ngeri' buat Harimau Malaya selepas dua jaringannya membantu Singapura menundukkan Malaysia 2-1 pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.

PGA rampas cecair e-rokok baharu diseludup bernilai RM50,000

Posted: 26 Mar 2022 06:59 AM PDT

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 500 botol cecair rokok elektronik (e-rokok) dianggar bernilai RM50,000 yang dipercayai baharu diseludup masuk dari negara jiran.

Biden bertemu menteri tertinggi Ukraine di Warsaw

Posted: 26 Mar 2022 06:39 AM PDT

WARSAW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertemu dengan dua menteri Ukraine dalam rundingan bersemuka pertama antara presiden AS dan pegawai tertinggi Kyiv sejak pencerobohan Russia bermula.

MAFI sedia RM15 juta Geran Agropreneur Muda

Posted: 26 Mar 2022 06:20 AM PDT

IPOH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM15 juta menerusi Geran Agropreneur Muda (GAM) tahun ini, yang dijangka membawa manfaat kepada 750 usahawan.

'Kami belum selamat'

Posted: 26 Mar 2022 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Maybank, Azrul Effendy Bistamam menasihatkan pemainnya supaya tidak dibuai dengan kemenangan menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 pada separuh akhir pertama Piala TNB, semalam.

Lelaki hilang di Sungai Perak disahkan lemas

Posted: 26 Mar 2022 05:55 AM PDT

TELUK INTAN: Lelaki yang dilapor hilang selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Perak di Jambatan Batu 5, di sini, semalam disahkan maut selepas mayatnya ditemui terapung petang tadi.

Berhenti atau dipecat - Ku Li

Posted: 26 Mar 2022 04:18 AM PDT

IPOH: Anggota Kabinet yang tidak hadir ketika sesi pengundian usul kerajaan bagi melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen pada 23 Mac lalu, perlu bertanggungjawab.

3,000 pelajar asnaf terima zakat melalui Simpan SSPN

Posted: 26 Mar 2022 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR : Seramai 3,000 pelajar dalam kalangan asnaf dari 30 kawasan terpilih di beberapa negeri akan menerima sumbangan zakat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Program Jelajah Simpan SSPN 2022.

Treler terkandas, laluan Kuala Kangsar-Changkat Jering sesak 20km

Posted: 26 Mar 2022 05:35 AM PDT

IPOH: Kesesakan sepanjang 20 kilometer (km) di laluan mendaki di KM231.9 di antara Kuala Kangsar-Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan berpunca daripada sebuah treler yang terkandas di lorong perlahan akibat kehabisan minyak dan kerosakan enjin.

Kerajaan pasang PoP gentian optik di 700 sekolah di Sabah

Posted: 26 Mar 2022 05:19 AM PDT

SANDAKAN: Kerajaan sedang memasang hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP) di 700 sekolah luar bandar di Sabah bagi memberi jaminan kestabilan perkhidmatan internet jalur lebar kepada penduduk negeri ini.

Dua kali lagu Negaraku berkumandang di Thailand

Posted: 26 Mar 2022 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menanti, Zaqhwan Zaidi kembali menemui keceriaan di pentas podium apabila memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, hari ini.

Pembelian panik dikatakan punca paracetamol habis stok

Posted: 26 Mar 2022 05:10 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kehabisan stok paracetamol di farmasi beberapa daerah di negeri ini dikatakan berpunca pembelian panik orang ramai selepas terpengaruh dakwaan ubat itu boleh mengurangkan kesakitan selepas suntikan dos penggalak.

Mahdzir nafi bincang bubar parlimen, Zahidi tak diundang

Posted: 24 Mar 2022 11:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan perbincangan mengenai pembubaran Parlimen dibuat pada pertemuan beberapa menteri UMNO, pagi tadi.

Bekalan ayam cukup pada Ramadan, Aidilfitri

Posted: 24 Mar 2022 11:48 PM PDT

JASIN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan ayam bersih, termasuk sejuk beku yang diimport dari Thailand dan China mencukupi untuk kegunaan pada Ramadan dan Aidilfitri kelak.

UK hantar makanan ke Ukraine

Posted: 25 Mar 2022 07:14 PM PDT

LONDON: Britain akan membiayai bekalan makanan penting bernilai 2 juta pound (RM10.95 juta), bagi kawasan Ukraine dikelilingi tentera Russia, susulan permintaan daripada Kerajaan Ukraine.

Kaji selidik minat mengajar, masalah guru TABIKA Perpaduan

Posted: 26 Mar 2022 04:56 AM PDT

ALOR SETAR: Kementerian Perpaduan Negara akan menjalankan kaji selidik bagi mengenal pasti minat untuk mengajar serta masalah dihadapi guru TABIKA Perpaduan di seluruh negara.

Wanita Afghanistan desak Taliban buka semula sekolah

Posted: 26 Mar 2022 04:50 AM PDT

KABUL: Seramai 24 pelajar perempuan mengadakan protes sambil melaungkan 'buka sekolah' di ibu negara Afghanistan, hari ini.

Jualan tiket bas Johor Bahru-Singapura masih perlahan

Posted: 26 Mar 2022 04:05 AM PDT

JOHOR BAHRU: Penjualan tiket bas pergi balik dari bandar raya ini ke Singapura masih perlahan walaupun sempadan darat kedua-dua negara bakal dibuka kurang seminggu lagi.

Peserta latihan payung terjun di Kuantan 188 cedera terlanggar pokok

Posted: 26 Mar 2022 04:49 AM PDT

KUANTAN: Seorang peserta latihan payung terjun di menara kedua tertinggi negara, Kuantan 188, cedera selepas terlanggar pokok ketika cuba melakukan pendaratan hari ini.

Amran Tompel meninggal dunia pada hari terakhir kuarantin

Posted: 26 Mar 2022 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Amran Tompel, 72, meninggal dunia di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada hari terakhir kuarantin akibat positif COVID-19, pada jam 4.37 petang tadi.

Russia memacu perlumbaan senjata nuklear: Zelensky

Posted: 26 Mar 2022 04:28 AM PDT

DOHA: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, ketika Forum Doha yang berlangsung hari ini menyatakan Russia dianggap berlagak mengenai senjata nuklearnya dalam perlumbaan senjata berbahaya.

Maritim Malaysia tahan 3 kru Myanmar, rampas 70 bubu naga

Posted: 26 Mar 2022 03:23 AM PDT

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga kru warga Myanmar yang dikesan bekerja di atas bot nelayan tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 2.3 batu nautika barat laut muara Sungai Perak, semalam.

Pendidikan pradialisis diperkenalkan di semua fasiliti kesihatan kerajaan tahun depan

Posted: 26 Mar 2022 04:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Program Pendidikan Pradialisis yang dikhususkan untuk pesakit buah pinggang kronik tahap 4 dan 5, akan diperkenalkan di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara, mulai tahun depan.

Suami isteri maut kemalangan, polis minta saksi bantu siasatan

Posted: 26 Mar 2022 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis memohon saksi kejadian kemalangan maut sepasang suami isteri di Kilometer 458.4 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh arah selatan pada 20 Mac lalu untuk tampil membantu siasatan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template