Tuesday, March 29, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Daftar masuk MySejahtera menurun 26 peratus

Posted: 29 Mar 2022 11:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Aktiviti daftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera mencatatkan penurunan ketara hampir 26 peratus atau lebih 6.3 juta dalam tempoh empat hari sejak Jumaat lalu.

MySejahtera tidak lagi penuhi fungsi asal -MMA

Posted: 29 Mar 2022 11:48 PM PDT

PUTRAJAYA: Fungsi pengesanan kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera kini tidak lagi berkesan seperti pada fasa awal pandemik COVID-19 di negara ini.

Rangka strategi depani ancaman jenayah siber yang semakin serius

Posted: 29 Mar 2022 11:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Negara perlu merangka strategi dan inisiatif untuk persediaan lebih menyeluruh bagi mendepani ancaman keselamatan siber yang dianggap sebagai isu serius.

Polis Johor kenal pasti 41 lokasi tumpuan ramai

Posted: 29 Mar 2022 11:31 PM PDT

JOHOR BAHRU: Demi memastikan keselamatan orang ramai serta kelancaran trafik, polis Johor bakal memberi tumpuan di 41 kawasan hotspot dengan menempatkan anggota di lokasi berkenaan.

Tiga termasuk warga Korea kemuka dokumen palsu ditahan SPRM

Posted: 29 Mar 2022 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk seorang warga Korea ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan pinjaman berjumlah kira-kira 4.2 juta pound (RM23.1 juta) bagi membeli puluhan kenderaan terpakai.

Penipuan internet, telefon aduan paling kerap diterima BNMTELELINK

Posted: 29 Mar 2022 11:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Aduan mengenai penipuan kewangan, terutama penipuan melalui internet dan telefon serta penipuan berkaitan pelaburan antara lima isu yang paling kerap diajukan oleh orang ramai melalui BNMTELELINK pada 2021, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Cuaca panas berlarutan hingga Mei - MetMalaysia

Posted: 29 Mar 2022 11:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca panas akan berlarutan sehingga Mei ini, sebelum beransur reda pada Jun.

Berkahwin, bekerja antara faktor menyebabkan keciciran pelajar

Posted: 29 Mar 2022 11:15 PM PDT

IPOH: Berkahwin, bekerja, tidak berminat belajar serta tiada dokumen dikenal pasti Kementerian pendidikan (KPM) sebagai antara faktor yang menyebabkan keciciran dalam kalangan pelajar.

Anggota polis Kelantan pantau SOP di masjid

Posted: 29 Mar 2022 11:04 PM PDT

PASIR MAS: Polis Kelantan mengadakan pemantauan dengan menempatkan pegawai perhubungan masjid yang juga dalam kalangan anggota polis di masjid serta surau bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila negara beralih ke Fasa Peralihan Endemik Jumaat ini.

Produk Jubin BMS terima permintaan tinggi

Posted: 29 Mar 2022 11:09 PM PDT

PETALING JAYA: Jubin BMS Sdn Bhd, pembekal dan peruncit jubin lantai serta dinding seramik menjangkakan pendapatan lebih tinggi tahun ini berikutan peningkatan permintaan daripada pelanggan indvidu dan perniagaan.

PBT tetapkan SOP bazar Ramadan

Posted: 29 Mar 2022 11:05 PM PDT

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lagi mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk bazar Ramadan tahun ini, seperti yang ditetapkan dalam tempoh dua tahun sebelum ini.

Polis marin tahan lelaki, rampas organ penyu disimpan dalam perahu

Posted: 29 Mar 2022 10:58 PM PDT

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai organ penyu yang sudah dipotong serta disimpan dalam ruangan sebuah perahu di Kampung Bangau-Bangau di sini, semalam.

Bapa mengaku rogol, amang seksual anak kandung

Posted: 29 Mar 2022 10:21 PM PDT

MELAKA: Seorang pengait sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini atas empat tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya pada Oktober 2021 dan Januari lalu.

Turkish Aerospace bawa kepakaran ke Malaysia

Posted: 29 Mar 2022 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Turkish Aerospace Industries Inc (TAI) berminat untuk bekerjasama dan membangunkan industri aerongkasa Malaysia dengan membawa kepakaran pengeluaran produk tulen (OEM) ke negara ini.

TEB tingkat akses, kemahiran digital B40 dan asnaf

Posted: 29 Mar 2022 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH), Theta Edge Berhad (TEB), memperuntukkan sekitar RM1 juta menerusi inisiatif #thetaCares bagi meningkatkan akses dan kemahiran digital komuniti B40 serta golongan asnaf.

Bekalan daging mencukupi untuk Ramadan, Syawal - MAFI

Posted: 29 Mar 2022 10:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan daging mencukupi pada Ramadan dan Syawal ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Penganggur tak mengaku salah miliki pisau 'rambo'

Posted: 29 Mar 2022 10:38 PM PDT

MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki sebilah pisau 'rambo' pada Ahad lalu.

Kerajaan Kelantan tak jual tanah - MB

Posted: 29 Mar 2022 10:35 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak menjual tanah kepada rakyat sepertimana yang didakwa, sebaliknya melupuskan tanah untuk diberi milik kepada rakyat.

Tiga perkara utama istilahkan Ahli Parlimen lompat parti

Posted: 29 Mar 2022 09:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan tiga perkara utama mengistilahkan seseorang Ahli Parlimen melompat parti, dalam draf pentadbiran Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berhubung antilompat parti.

Penduduk Langkawi jangan ghairah jual tanah

Posted: 29 Mar 2022 10:32 PM PDT

LANGKAWI: Penduduk di pulau peranginan ini diingatkan tidak terlalu ghairah menjual tanah diwarisi daripada keluarga semata-mata mahu menjadi jutawan segera.

Sinar baharu 25 graduan hilang kerja akibat COVID-19

Posted: 29 Mar 2022 10:29 PM PDT

KOTA TINGGI: Seramai 25 graduan bakal diserapkan ke jawatan pengurusan di rangkaian restoran makanan segera McDonald's Malaysia apabila menamatkan program perantis pengurusan restoran selama lapan hari hingga 15 bulan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ).

Pengeluaran khas RM10,000 KWSP dapat bantu ramai ahli - BNM

Posted: 29 Mar 2022 10:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengeluaran khas one-off simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu ramai ahli yang masih bergelut akibat COVID-19 dan banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Waran tangkap buat Norjuma

Posted: 29 Mar 2022 10:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

ASB 2 umum agihan pendapatan 4.30 sen seunit

Posted: 29 Mar 2022 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), bersamaan 4.30 sen seunit kepada 481,030 pemegang unit yang kini memiliki 11.96 bilion unit.

UiTM akan ambil tindakan pensyarah perlekeh pelajar B40

Posted: 29 Mar 2022 08:59 PM PDT

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Noraini minta UiTM perjelas isu pensyarah hina B40

Posted: 29 Mar 2022 09:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi penjelasan berhubung isu tular satu klip video yang memaparkan seorang pensyarah didakwa menghina pelajarnya yang tidak memiliki komputer riba.

Pan Gon 'lebih kenal' Aidil

Posted: 29 Mar 2022 10:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: 'Hikayat' berbeza jelas ditampilkan oleh dua 'kuda tua' iaitu Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi aksi Siri Tiga Negara di Singapura, minggu lalu.

Ahli Parlimen Sri Aman umum keluar PSB

Posted: 29 Mar 2022 10:02 PM PDT

KUCHING: Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta-merta.

Selaras gaji pekerja seni

Posted: 29 Mar 2022 10:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini di seluruh negara, membuka perbincangan terhadap had penyelarasan upah bagi penggiat industri kreatif terutama kru dan petugas belakang tabir.

Pelajar ada masalah boleh berhubung dengan fakulti

Posted: 29 Mar 2022 10:00 PM PDT

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) meminta pelajar yang berdepan dengan sebarang masalah untuk berhubung dengan fakulti, bagi mendapatkan khidmat bantuan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template