Thursday, March 3, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


WHO bimbang gelombang baharu pelarian Ukraine terdedah penyakit

Posted: 03 Mar 2022 03:56 PM PST

WARSAW, POLAND: Gelombang pelarian yang melarikan diri dari Ukraine pada masa akan datang berkemungkinan lebih terdedah kepada penyakit dan kesukaran ekonomi berbanding sejuta yang sudah meninggalkan negara itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu Reuters pada Khamis.

Dua dikhuatiri lemas selepas bot karam

Posted: 03 Mar 2022 03:36 PM PST

KUDAT: Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dipercayai karam di perairan laut Perapat Tugu Mamal, di sini, petang semalam.

Baricitinib kurangkan risiko kematian akibat COVID-19 - Kajian

Posted: 03 Mar 2022 03:06 PM PST

LONDON: Ubat bagi merawat penyakit arthritis, baricitinib Eli Lilly dan Incyte membantu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital sebanyak 13 peratus, menurut kajian British.

Middlesbrough diundi jumpa Chelsea

Posted: 03 Mar 2022 03:01 PM PST

LONDON: Middlesbrough berpeluang menyingkirkan satu lagi pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris daripada saingan Piala FA apabila diundi bertemua Chelsea pada suku akhir.

Everton nyaris diaib Boreham Wood

Posted: 03 Mar 2022 02:47 PM PST

LIVERPOOL: Everton terselamat daripada kejutan paling besar dalam sejarah Piala FA Inggeris apabila menewaskan pasukan bukan liga Boreham Wood 2-0 hasil jaringan Salomon Rondon.

Ujian berskala besar tidak membantu - Pakar COVID Hong Kong

Posted: 03 Mar 2022 02:29 PM PST

HONG KONG: Seorang pakar coronavirus terkemuka Hong Kong pada Khamis menyertai kritikan yang semakin meningkat mengenai rancangan untuk menjalankan ujian ke atas seluruh penduduk bandar.

Perancis mansuh pas vaksin mulai 14 Mac

Posted: 03 Mar 2022 01:58 PM PST

PARIS: Perancis pada bulan ini akan menamatkan kebanyakan sekatan COVID-19 dan memansuhkan pas vaksin untuk makan di luar atau menghadiri program hiburan, kata perdana menteri pada Jumaat.

RM19.14 bilion dana 1MDB diperoleh semula sehingga 31 Januari lalu

Posted: 03 Mar 2022 04:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan jumlah dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berjaya diperoleh semula sehingga 31 Januari lalu bernilai kira-kira RM19.14 bilion.

Dungun, Hulu Terengganu masih terjejas

Posted: 03 Mar 2022 06:46 AM PST

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurang apabila hanya seramai 5,112 orang daripada 1,272 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Undi18 beri kelebihan calon muda

Posted: 03 Mar 2022 06:18 AM PST

MUAR: Calon paling muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), Muhammad Hanis Asmui Md Salleh yakin pelaksanaan Undi18 memberi kelebihan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada 12 Mac ini.

Pengeluaran khas KWSP RM101 bilion manfaatkan 7.34 juta ahli

Posted: 03 Mar 2022 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini berkata, tiga pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah memanfaatkan 7.34 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.6 juta ahli berumur di bawah 55 tahun.

MRT Corp nafi bunyi bising daripada tren MRT Laluan Kajang

Posted: 03 Mar 2022 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Bunyi tren Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang yang beroperasi berhampiran Pinggir Zaaba dekat Taman Tun Dr Ismail, mematuhi tahap bunyi dibenarkan pihak berkuasa.

Isu air mentah: Pulau Pinang rujuk KASA, yakinkan Perak supaya setuju

Posted: 03 Mar 2022 05:36 AM PST

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang dan Perak akan merujuk isu penggunaan air mentah Sungai Perak kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Kapal kargo Bangladesh terkena serangan di Ukraine

Posted: 03 Mar 2022 05:15 AM PST

DHAKA: Sebuah kapal kargo milik Bangladesh di pelabuhan Olvia di Laut Hitam di Ukraine terkena serangan peluru berpandu atau bom, yang meragut nyawa seorang krew.

Firefly mulakan semula operasi dari hab Pulau Pinang

Posted: 03 Mar 2022 05:12 AM PST

KOTA KINABALU: Firefly akan memulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, dengan pelancaran penjualan tiket bermula 11 April ini kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Philip See.

Permohonan ikat jamin remaja didakwa bunuh bayi diputuskan Selasa ini

Posted: 03 Mar 2022 05:07 AM PST

KUALA TERENGGANU: Permohonan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang berdepan dakwaan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya, untuk dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan kes itu akan diputuskan pada Selasa ini.

Kadar jangkitan sporadik COVID-19 tinggi di Sabah

Posted: 03 Mar 2022 04:51 AM PST

KOTA KINABALU: Sabah mencatat kadar jangkitan tertinggi COVID-19 secara sporadik atau jangkitan dikesan melalui saringan bergejala dengan lebih 71 peratus daripada 2,717 kes baharu dilaporkan hari ini.

Lumpur tebal, sisa hutan cabaran bersih sekolah

Posted: 03 Mar 2022 03:18 AM PST

KUALA BERANG: Lumpur dan tanah liat setebal antara satu hingga 2.5 meter antara cabaran dihadapi skuad sukarelawan untuk melakukan kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua, di sini, hari ini.

KHM tak hantar skuad ke Sukan Komanwel

Posted: 03 Mar 2022 04:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Peminat sukan tanah air tidak berpeluang menyaksikan kelibat pasukan hoki lelaki kebangsaan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom selepas Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan tidak mengambil bahagian pada temasya itu.

BAM dapat lima bintang dari PJS

Posted: 03 Mar 2022 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diberi penarafan lima bintang bagi tahun 2021 oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).

KPM rangka penyelesaian holistik isu beg murid berat

Posted: 03 Mar 2022 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperincikan isu beg berat murid secara mendalam dan merangka penyelesaian holistik memandangkan pendekatan diambil sebelum ini belum dapat menangani sepenuhnya isu itu.

Tubuh jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - PAC

Posted: 03 Mar 2022 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, hari ini menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas berhubung isu berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Jackie tekad tebus kecewa di Vietnam

Posted: 03 Mar 2022 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Kekecewaan terlepas kilauan pingat emas di Sukan SEA Filipina 2019 masih menjadi igauan buat jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong.

Steinbruckner dilantik Pengarah Teknikal TFC

Posted: 03 Mar 2022 04:26 AM PST

KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner sebagai pengarah teknikal baharu kelab itu berkuat kuasa Isnin ini.

Gamel optimis mampu kecewakan TFC

Posted: 03 Mar 2022 04:26 AM PST

KUANTAN: Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel optimis skuad kendaliannya itu sudah bersedia menghadapi perlawanan pertama Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darulmakmur, Sabtu ini.

Kelantan FC harap kerajaan negeri lulus permohonan tanah

Posted: 03 Mar 2022 04:14 AM PST

KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berharap kerajaan negeri dapat meluluskan permohonan tanah kelab itu bagi membina tempat latihan khas buat pasukan selepas dua tahun ia dikemukakan pihaknya tanpa sebarang jawapan.

MSC semakin hampir jadi ahli ASTAF

Posted: 03 Mar 2022 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) dilihat sudah 'sebelah kaki' untuk menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) secara rasmi dalam tempoh terdekat ini.

Harga minyak tinggi lonjak nilai ringgit

Posted: 03 Mar 2022 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dirangsang oleh permintaan belian dan kenaikan harga minyak mentah yang berterusan, kata seorang peniaga.

Perancis rampas kapal layar dikaitkan dengan bos tenaga Russia

Posted: 03 Mar 2022 03:21 AM PST

PARIS: Kerajaan Perancis hari ini berkata, ia telah merampas sebuah kapal layar besar yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Igor Sechin, ketua eksekutif gergasi tenaga Russia, Rosneft dan orang kepercayaan rapat Presiden Vladimir Putin.

Tadah air hujan untuk kegunaan harian

Posted: 03 Mar 2022 03:20 AM PST

KUALA BERANG: Belum reda kesedihan selepas kediaman dilanda banjir, kini beberapa penduduk di Kampung Jenagor di sini, sekali lagi diuji selepas mengalami gangguan bekalan air.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template