Thursday, March 31, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


930 amil bertugas di Pahang

Posted: 31 Mar 2022 05:04 PM PDT

KUANTAN: Seramai 930 amil bertauliah yang dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan bertugas menerima zakat fitrah di negeri ini, secara bersemuka pada Ramadan kali ini.

Protes di Sri Lanka bertambah ganas, seorang cedera parah

Posted: 31 Mar 2022 05:04 PM PDT

COLOMBO: Seorang lelaki dilaporkan cedera parah dalam tunjuk perasaan yang menyaksikan ratusan orang menyerang rumah Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa.

Ronaldo mampu melangkaui Euro 2024 - Fonte

Posted: 31 Mar 2022 04:54 PM PDT

PORTO: Jose Fonte berkata rakan sepasukan Portugal Cristiano Ronaldo mampu bermain untuk negaranya melangkaui Euro 2024.

Tangisan, sorakan gembira sambut pembukaan semula Tambak Johor

Posted: 31 Mar 2022 04:38 PM PDT

JOHOR BAHRU: Sebak. Begitulah dapat digambarkan perasaan ramai rakyat Malaysia di sini yang dengan sabar menantikan detik pembukaan semula Tambak Johor, dan pernah disifatkan sebagai antara laluan darat tersibuk di dunia, tepat 12 tengah malam tadi.

Doktor ditipu RM747,000

Posted: 31 Mar 2022 09:01 AM PDT

TAWAU: Seorang pengamal perubatan menanggung kerugian berjumlah RM747,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam di sini, awal Januari lalu.

Data MySejahtera milik penuh kerajaan

Posted: 31 Mar 2022 03:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan semua data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.

Dua gol Mat Yo julang Melaka

Posted: 31 Mar 2022 07:29 AM PDT

MELAKA: Dua jaringan bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membantu Melaka United melangkah ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan PIB FC 4-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, sebentar tadi.

Ukraine pecat pegawai kanan tentera

Posted: 31 Mar 2022 04:08 PM PDT

LVIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mengulangi dakwaan bahawa Russia sedang membina kekuatan tentera di bandar Mariupol yang sudah ditawan dan keadaan di selatan serta wilayah Donbas kini sangat sukar.

Rakyat Malaysia mesti patuhi SOP Thailand

Posted: 31 Mar 2022 08:23 AM PDT

SONGKHLA (Thailand): Rakyat Malaysia yang bakal memasuki Thailand melalui sempadan darat Thailand- Malaysia harus sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

COVID-19: 18,560 kes baharu, 44 kematian

Posted: 31 Mar 2022 04:25 PM PDT

PUTRAJAYA: Bilangan kes positif baharu COVID-19 negara menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin apabila sebanyak 18,560 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi.

EU digertak guna mata wang Russia

Posted: 31 Mar 2022 08:42 AM PDT

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan negara yang 'tidak mesra' terhadapnya, termasuk semua anggota Kesatuan Eropah (EU), perlu menyediakan akaun mata wang ruble untuk membayar penghantaran gas mulai April ini.

119 penerbangan dijangka tiba di Malaysia esok

Posted: 31 Mar 2022 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapangan terbang di seluruh negara dijangka menerima sebanyak 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula pintu sempadan negara esok, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN meninggal dunia

Posted: 31 Mar 2022 07:18 AM PDT

JAKARTA: Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Kamsiah Kamaruddin meninggal dunia di Hospital Siloam Semanggi, Jakarta, kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).

Perak FC lolos ke pusingan kedua

Posted: 31 Mar 2022 08:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semangat pemain Perak FC wajar dipuji apabila mengetepikan isu tunggakan gaji untuk membawa skuad itu ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan Kijang Rangers 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

TNB leburkan impian treble THT

Posted: 31 Mar 2022 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memadam hasrat Terengganu Hockey Team (THT) meraih gelaran trebel musim ini, apabila mereka muncul juara Piala TNB dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.

Gaji minimum: Peniaga diingat tidak naikkan harga barang

Posted: 31 Mar 2022 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei ini.

PRU-15: BERSATU mahu kerjasama PEJUANG

Posted: 31 Mar 2022 03:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU: BERSATU mencadangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pembukaan sempadan negara: Polis Kedah, Perlis siap siaga

Posted: 31 Mar 2022 04:55 AM PDT

BUKIT KAYU HITAM: Polis Kedah menubuhkan pasukan khas untuk Ops Khas Sempadan bagi mengawal pintu masuk negara sempena pembukaan sempadan negara sepenuhnya mulai esok seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Kerajaan belum bayar - Khairy

Posted: 31 Mar 2022 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum meluluskan atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Pangkalan data MySejahtera di KL, bukan luar negara

Posted: 31 Mar 2022 04:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan pangkalan data yang menyimpan segala maklumat daripada penggunaan aplikasi MySejahtera berada di Malaysia dan bukannya di Singapura seperti didakwa sesetengah pihak.

JDT Hummer Tour tarikan terbaru di Stadium Sultan Ibrahim

Posted: 31 Mar 2022 06:17 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Stadium Sultan Ibrahim, di sini, menawarkan produk pelancongan yang dikenali sebagai JDT Hummer Tour sebagai perintis pelancongan sukan di negeri ini.

Rashid gesa hantar pasukan campuran ke Bangkok

Posted: 31 Mar 2022 06:02 AM PDT

IPOH: Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek menegaskan saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand, Mei ini tidak harus dijadikan medan pendedahan sepenuhnya kepada pemain pelapis negara.

Isu pelarian Ukraine kini krisis kemanusiaan terbesar - PBB

Posted: 31 Mar 2022 07:22 AM PDT

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata, penghijrahan pelarian dari Ukraine adalah 'krisis kemanusiaan terbesar' yang semakin meningkat dengan 40,000 lagi melarikan diri dari negara itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Indonesia gubal peraturan tegas kawal selia pentas digital

Posted: 31 Mar 2022 07:10 AM PDT

JAKARTA: Kerajaan Indonesia sedang menyediakan sekatan pentadbiran dan denda baharu kepada pentas digital yang enggan menghapuskan kandungan menyalahi undang-undang dan tidak bersesuaian.

Ops Goreng kesan 401 kes penyelewengan, ketirisan minyak masak

Posted: 31 Mar 2022 07:07 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 401 kes melalui Ops Goreng yang dijalankan untuk menangani isu penyelewengan dan ketirisan minyak masak sepanjang tempoh empat tahun lalu.

Zepp Health lancar tawaran istimewa Amazfit T-Rex Pro

Posted: 31 Mar 2022 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Amazfit jenama jam pintar yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health), melancarkan tawaran istimewa untuk jam-jam pintar mulai April ini untuk pembeli dua model jam pintarnya.

Nationwide Express dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia

Posted: 31 Mar 2022 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menolak rayuan Nationwide Express Bhd untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan penstrukturan semulanya kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan dan memutuskan syarikat itu dinyahsenarai seiring dengan syarat penyenaraian.

Sapura Resources rugi RM270.5 juta

Posted: 31 Mar 2022 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Sapura Resources Bhd melebar kepada RM270.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 berbanding RM20.5 juta setahun lalu.

Shanghai mula 'kurung' penduduk esok

Posted: 31 Mar 2022 06:06 AM PDT

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit hari ini sebagai persediaan untuk menjalani perintah berkurung berkuatkuasa esok bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dari terus merebak.

Keuntungan bersih Astro merosot

Posted: 31 Mar 2022 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd merekodkan keuntungan bersih lebih rendah RM460.87 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 daripada RM539.85 juta setahun lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template