Friday, April 1, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Malaysia, Jepun satu kumpulan

Posted: 01 Apr 2022 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jepun akan menjadi pencabar utama buat Malaysia dalam perebutan gelaran juara peringkat kumpulan selepas kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan sama pada saingan Piala Thomas 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 8 hingga 15 Mei depan.

RM2 juta baik pulih Masjid Kristal

Posted: 01 Apr 2022 03:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi kerja baik pulih sepenuhnya Masjid Kristal yang ditutup kepada orang ramai sejak empat tahun lalu atas faktor keselamatan berikutan kerosakan beberapa struktur termasuk bumbung dan penghawa dingin.

Setiausaha Agung ASEAN ucap takziah pemergian Kamsiah

Posted: 01 Apr 2022 03:49 AM PDT

JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Kamsiah Kamaruddin yang meninggal dunia di sini semalam.

Unit UEM Edgenta teroka peluang di Asia Barat

Posted: 01 Apr 2022 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh UEM Edgenta Bhd, Operon Middle East (Operon) menandatangani Memorandum Eksplorasi Perniagaan dengan Byte Blanket FZE dan Disrupt-X DMCC untuk mengenal pasti potensi kerjasama teknologi.

72 penjawat awam ditahan SPRM Johor sejak 2020

Posted: 01 Apr 2022 03:36 AM PDT

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 72 penjawat awam atas pelbagai kesalahan berkaitan rasuah dan penyelewengan di negeri ini sejak 2020.

Bank Muamalat lancar 2 kad kredit patuh Syariah

Posted: 01 Apr 2022 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) memperkenalkan kad kredit patuh Syariah sepenuhnya, iaitu Bank Muamalat Visa Platinum-i dan Bank Muamalat Visa Infinite-i yang memberi kemudahan, fleksibiliti serta ganjaran kepada pelanggan.

Sirkit Terbuka Selangor pentas popularkan bola sepak pantai

Posted: 01 Apr 2022 03:24 AM PDT

SHAH ALAM: Penganjuran Kejohanan Sirkit Bolasepak Pantai 2022 Terbuka Selangor anjuran Kelab Kecergasan Titiwangsa dilihat sebagai permulaan yang baik dalam mengembangkan dan mempopularkan sukan berkenaan di negara ini.

Kekurangan minyak masak bersubsidi kerana dimonopoli pengguna industri, T20 dan M40

Posted: 31 Mar 2022 11:38 PM PDT

RANTAU PANJANG: Masalah kekurangan minyak masak paket bersubsidi berlaku susulan ia dimonopoli oleh pengguna industri, selain golongan T20 dan M40.

Sultan Johor bersyukur sempadan Malaysia-Singapura akhirnya dibuka

Posted: 01 Apr 2022 03:22 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan kesyukuran atas pembukaan semula sempadan Malaysia, terutama sempadan Johor-Singapura bermula hari ini.

26 rakyat Malaysia jadi buruh paksa di luar negara

Posted: 01 Apr 2022 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 26 rakyat Malaysia, termasuk dua wanita, dikesan menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan dieksploitasi sebagai buruh paksa di Thailand, Laos, Myanmar serta Kemboja.

Siri HONOR X serlah kualiti premium, tawar waranti eksklusif

Posted: 01 Apr 2022 03:07 AM PDT

HONOR kembali membuat rakyat Malaysia terpegun dengan pelancaran lima produk serentak iaitu HONOR X9 5G, HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7 dengan slogannya 'Ready to Go Beyond' yang berkualiti premium.

Pendidikan jadi perkara baharu diteliti Jawatankuasa Majlis Khas MA63

Posted: 01 Apr 2022 03:04 AM PDT

KOTA KINABALU: Segala perkara berhubung pendidikan khusus membabitkan Sabah dan Sarawak, dipersetujui dimasukkan sebagai perkara baharu untuk diteliti oleh Jawatankuasa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

5 juta pengunjung antarabangsa dijangka datang ke Johor

Posted: 01 Apr 2022 03:03 AM PDT

KULAI: Seramai lima juta pelancong antarabangsa dijangka berkunjung ke Johor sempena pembukaan semula sempadan negara hingga Disember ini.

6 mengaku salah bantu 'ah long' didenda RM2,500

Posted: 01 Apr 2022 03:03 AM PDT

MELAKA: Enam individu termasuk seorang wanita didenda masing-masing RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan membantu pemberi pinjam wang tanpa lesen sah atau lebih dikenali 'ah long' bagi menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang, bulan lalu.

Kerajaan meterai MoU dengan pemain industri kayu Pakistan

Posted: 01 Apr 2022 03:02 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) menjalin kerjasama dengan pemain utama industri kayu, All Pakistan Timber Traders Association (APTTA), bagi meluaskan pasaran dan pembekalan produk kayu tempatan ke luar negara.

Vidakovic bengang aksi Melaka

Posted: 01 Apr 2022 02:53 AM PDT

MELAKA: Pemain Melaka United jelas perlu lebih bekerja keras untuk memuaskan hati Risto Vidakovic walaupun sudah 'menghadiahkan' tiket pusingan kedua Piala FA kepada jurulatih itu.

Sarawak, Indonesia bincang SOP rentas sempadan Isnin ini

Posted: 01 Apr 2022 02:52 AM PDT

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengadakan perbincangan dengan Konsulat Jeneral Indonesia pada Isnin ini, bagi memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pengembara melalui sempadan darat dua negara.

Fasa endemik: Khairy puji sumbangan kakitangan KKM

Posted: 01 Apr 2022 02:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Keupayaan negara masuk ke fasa Peralihan ke Endemik berkuat kuasa hari ini sebahagian besarnya adalah disandarkan kepada usaha yang dilakukan semua kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), kata menterinya Khairy Jamaluddin.

Polis tahan 11 anggota sindiket, rampas syabu dan ganja bernilai RM1.2 juta

Posted: 01 Apr 2022 02:30 AM PDT

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jaringan pengedaran antarabangsa, susulan penahanan 11 suspek melalui dua operasi berasingan awal minggu ini.

Denda RM80,000 guna dokumen palsu

Posted: 01 Apr 2022 02:39 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM80,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini, selepas mengaku salah menggunakan dokumen palsu bagi membekalkan peralatan pejabat di sebuah jabatan di negeri ini.

Dua rakan berdepan hukuman gantung

Posted: 31 Mar 2022 11:06 PM PDT

MELAKA: Dua rakan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan, pertengahan bulan lalu.

Warga emas China ditawarkan wang tunai untuk meningkatkan vaksinasi

Posted: 01 Apr 2022 02:20 AM PDT

BEIJING: Guru sekolah di wilayah Guangdong, selatan China ditugaskan untuk mencari empat warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk diberi vaksin bagi meningkatkan kadar inokulasi di daerah itu.

Najib beritahu tidak perlu habiskan masa lama teliti transaksi 1MDB yang lalu - Saksi

Posted: 01 Apr 2022 02:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa Datuk Seri Najib Razak meminta beliau supaya tidak menghabiskan masa terlalu lama melihat transaksi syarikat 1MDB yang lalu.

Jepun laksana sekatan baharu ke atas Korea Utara

Posted: 01 Apr 2022 02:08 AM PDT

TOKYO: Kerajaan Jepun hari ini meluluskan sekatan baharu terhadap Korea Utara berhubung ujian tembakan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baru-baru ini.

3,000 jemaah solat Jumaat pertama di Masjid Razaleigh

Posted: 01 Apr 2022 02:00 AM PDT

GUA MUSANG: Masjid Razaleigh di sini, yang menyerupai Masjidil Haram di Makkah dibuka secara rasmi hari ini dengan lebih 3,000 jemaah menjadi kumpulan terawal menunaikan solat Jumaat pertama di premis ibadat itu.

Sudah tiba masa singkirkan junta Myanmar dari ASEAN

Posted: 01 Apr 2022 01:59 AM PDT

JAKARTA: Keanggotaan Myanmar perlu digantung sehingga pihak tentera mengembalikan semula kuasa yang dirampas daripada kerajaan dipilih secara demokrasi Februari tahun lalu.

Perak FC dipotong tiga mata

Posted: 01 Apr 2022 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tidak sampai sehari bergembira meraih kemenangan pertama musim ini, Perak FC dihadiahkan berita duka selepas pasukan itu sah dikenakan pemotongan tiga mata secara serta merta oleh First Instance Body (FIB).

CEO AirAsia X letak jawatan

Posted: 01 Apr 2022 01:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd, Nadda Buranasiri hari ini meletak jawatan, susulan daripada peletakan jawatannya sebagai CEO Thai AirAsia X Co Ltd, demikian menurut syarikat penerbangan jarak jauh itu dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada Khamis.

'Imuniti hibrid' memberikan perlindungan COVID-19 terbaik: kajian

Posted: 01 Apr 2022 01:42 AM PDT

PARIS: Orang yang mempunyai 'imuniti hibrid' kerana telah divaksin sepenuhnya dan sebelum ini dijangkiti COVID-19 mempunyai perlindungan paling kuat terhadap virus itu, kata dua kajian baharu hari ini.

Pemain industri diminta sedia terima kemasukan pelancong

Posted: 01 Apr 2022 01:39 AM PDT

BUKIT KAYU HITAM: Pemain industri pelancongan tempatan diminta bersedia menerima kemasukan pelancong antarabangsa yang dijangka berjumlah dua juta orang susulan pembukaan kembali sempadan negara hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template