Monday, April 11, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


WHO kaji dua sub-varian COVID-19 baharu Omicron

Posted: 11 Apr 2022 05:57 PM PDT

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengesan puluhan kes dua sub-varian baharu Omicron COVID-19 yang sangat mudah merebak.

COVID-19: 7,739 kes baharu, jangkitan terus menurun

Posted: 11 Apr 2022 05:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 terus menunjukkan penurunan dengan 7,739 kes baharu dilaporkan semalam.

Pelayar Olimpik Tunisia lemas ketika latihan

Posted: 11 Apr 2022 05:46 PM PDT

TUNIS: Pelayar Tunisia, Eya Guezguez, yang mewakili negaranya pada Olimpik Tokyo 2020, meninggal dunia pada usia 17 tahun berikutan kemalangan pada sesi latihan kebangsaan, umum Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.

Lebih 2 jam 'kejar' tekong darat bawa PATI

Posted: 11 Apr 2022 05:37 PM PDT

PASIR PUTEH: Seorang tekong darat nekad memecut kenderaan dipandu yang membawa 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) merentasi tiga daerah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Shanghai tamatkan sekatan penuh walaupun COVID-19 melonjak

Posted: 11 Apr 2022 05:33 PM PDT

SHANGHAI: Pihak berkuasa di pusat kewangan China di Shanghai mula menarik balik sekatan penuh di beberapa kawasan mulai semalam, walaupun ia melaporkan lebih 25,000 jangkitan COVID-19 baru.

'Tiga syarat utama aktiviti penggambaran dimansuhkan'

Posted: 11 Apr 2022 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melonggarkan syarat utama penggambaran bagi meringankan beban yang ditanggung produser sempena fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu.

Ramos belum mahu gantung but

Posted: 11 Apr 2022 05:28 PM PDT

PARIS: Pertahanan veteran Sepanyol dan Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Ramos ingin bermain empat atau lima tahun lagi dalam saingan peringkat tertinggi sebelum bersara.

Pekerja penghantaran maut kemalangan

Posted: 11 Apr 2022 05:08 PM PDT

KUALA SELANGOR: Seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berdekatan sebuah premis jualan kereta, di sini, semalam.

Real waspada kebangkitan Chelsea

Posted: 11 Apr 2022 04:57 PM PDT

MADRID: Carlo Ancelotti berkata Real Madrid tidak akan memandang rendah Chelsea pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara dan menolak dakwaan Thomas Tuchel bahawa pertembungan itu sudah berakhir.

Polis sita aset RM4.3j milik Nuar Taman, Pendi Buaya

Posted: 11 Apr 2022 04:55 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Polis menyita aset dipercayai daripada sumber kegiatan haram dianggar bernilai RM4.3 juta milik dua penjenayah yang maut ditembak Selasa lalu.

Ukraine bersedia hadapi serangan Russia di timur Donbas

Posted: 11 Apr 2022 04:48 PM PDT

LVIV: Russia dijangka akan memulakan serangan di kawasan timur Donbas dalam usahanya menakluk wilayah itu selepas pasukan tentera Moscow dihalau dari Kyiv.

Perompak ancam potong jari Cole

Posted: 11 Apr 2022 03:40 PM PDT

LONDON: Mahkamah diberitahu hari ini bahawa seorang perompak mengancam akan memotong jari bekas pertahanan England, Ashley Cole menggunakan playar ketika memecah masuk rumahnya.

Kampung Lembah Bakti bah lagi

Posted: 11 Apr 2022 04:31 PM PDT

SEGAMAT: Hujan lebat berterusan sejak lewat petang semalam menyebabkan Kampung Lembah Bakti, di sini, sekali lagi dilanda banjir kilat.

Protes di Pakistan bantah pelantikan perdana menteri baharu

Posted: 11 Apr 2022 04:31 PM PDT

ISLAMABAD: Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan, membanjiri beberapa bandar utama Pakistan sejak lewat semalam, selepas pemimpin itu tewas dalam undi tidak percaya di Parlimen.

Van Gaal tetap ketuai Belanda di Piala Dunia

Posted: 11 Apr 2022 04:22 PM PDT

THE HAGUE: Jurulatih bola sepak Belanda, Louis van Gaal menegaskan dia cukup cergas untuk memimpin skuadnya pada pusingan akhir Piala Dunia dan berkata rawatan kanser prostat dijalaninya berjaya.

UEFA arah Atletico tutup sebahagian stadium

Posted: 11 Apr 2022 03:52 PM PDT

LAUSANNE: Atletico Madrid diarahkan menutup sebahagian stadium mereka dan memaparkan kain rentang anti perkauman pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara bertemu Manchester City, umum UEFA hari ini.

Malaysia belasah Zimbabwe

Posted: 11 Apr 2022 03:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad projek khas wanita negara, Nasihin Nubli Ibrahim menyifatkan barisan pemainnya meraih pengalaman berharga dalam penampilan sulung di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan.

KPWKM perlu buat pindaan Akta OKU, Akta Pusat Jagaan

Posted: 11 Apr 2022 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Radzi hari ini meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) supaya segera membuat pindaan terhadap Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dan Akta Pusat Jagaan 1993.

M-WEZ Corp beroperasi secara rasmi Jumaat ini - Sulaiman

Posted: 11 Apr 2022 08:48 AM PDT

AYER KEROH: Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) yang ditubuhkan kerajaan negeri tahun lalu akan memulakan operasi secara rasmi bermula Jumaat ini.

500 ahli PUTRA Melaka keluar parti

Posted: 11 Apr 2022 07:25 AM PDT

AYER KEROH: Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Melaka, Dr Mohd Aluwi Sari mengetuai kira-kira 500 ahli seluruh negeri ini mengumumkan keluar parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

MB Selangor tanding jawatan Naib Presiden PKR

Posted: 11 Apr 2022 08:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2022/2025.

Pemilihan PKR: 17 calon rebut jawatan naib presiden

Posted: 11 Apr 2022 07:00 AM PDT

PETALING JAYA: Pencalonan bagi jawatan Naib Presiden PKR menyaksikan 17 calon menawarkan diri bertanding pada pemilihan bagi penggal 2022/2025, setakat 7 malam ini.

Jangkitan paru-paru kronik punca kematian OKT

Posted: 11 Apr 2022 08:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis hari ini memaklumkan bahawa kematian seorang lelaki warga tempatan di lokap berpusat Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Sabtu lalu, berpunca daripada jangkitan paru-paru kronik dengan COVID-19.

Perdana Menteri berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC, badan berkanun

Posted: 11 Apr 2022 08:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga kerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun Persekutuan di kediaman rasmi Seri Perdana di sini.

Bekas penasihat Axis kena penjara 6 bulan, denda RM200,000

Posted: 11 Apr 2022 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menyabitkan Lee Koon Huat, bekas Penasihat Lembaga Pengarah Axis Incorporation Bhd (Axis) kerana bersubahat dengan syarikat itu dalam mengemukakan penyata kewangan palsu dalam semua laporan suku tahun Axis bagi tahun kewangan 2007.

Shahidan jamin penduduk Flat PKNS Sungai Baru tidak berpindah

Posted: 11 Apr 2022 07:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memberi jaminan kepada penduduk Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang mendakwa mendapat notis pengosongan kediaman bahawa mereka tidak akan berpindah dalam masa terdekat.

Raja Muda Perlis mahu guru agama pegang teguh manhaj ASWJ

Posted: 11 Apr 2022 07:46 AM PDT

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar guru agama di negeri ini memahami dan berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

Posted: 10 Apr 2022 07:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Ratu Elizabeth 'kepenatan' sebab COVID-19

Posted: 10 Apr 2022 08:33 PM PDT

LONDON: Ratu Elizabeth II yang bakal mencecah usia 96 tahun tidak lama lagi, berbicara mengenai kepenatan serius selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu, walaupun pembantu menggambarkan keadaan baginda tidak serius.

China kecam dakwaan tak berasas AS

Posted: 10 Apr 2022 09:03 PM PDT

SHANGHAI: China mengecam dakwaan tidak berasas Amerika Syarikat (AS) berhubung dasarnya berkaitan COVID-19, kononnya peningkatan kes di Shanghai memaksa konsulat negara terbabit mengarahkan kakitangannya meninggalkan bandar yang dikenakan sekatan penuh itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template