Thursday, April 14, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Brahim's kemuka rayuan saham dinyahsenarai Bursa Malaysia

Posted: 14 Apr 2022 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Brahim's Holdings Bhd mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd terhadap penyahsenaraian sekuriti syarikat itu.

Calonkan Ismail Sabri sebagai PM tanda BN sedia cemerlang semula

Posted: 14 Apr 2022 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) menganggap keputusan menetapkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah langkah terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN).

Pura-pura tanya sebelum larikan dua utas gelang emas

Posted: 14 Apr 2022 06:06 AM PDT

KOTA BHARU: Berpura-pura bertanyakan barang kemas sebelum melarikan dua utas gelang emas bernilai RM6,500 dari sebuah kedai emas di Jalan Bazar Buluh Kubu, di sini.

3 warga Malaysia ditahan cuba seludup belut di Belanda

Posted: 14 Apr 2022 06:13 AM PDT

THE HAGUE: Polis Sempadan Belanda menahan tiga rakyat Malaysia atas cubaan menyeludup ratusan ribu anak belut melalui lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

RM157 juta pelan atasi banjir kawasan Shah Alam

Posted: 14 Apr 2022 06:12 AM PDT

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM157 juta bagi beberapa perancangan menerusi Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) yang dijangka mula dilaksanakan mulai Jun depan.

Kerja tak dapat, wang simpanan RM55,000 hilang

Posted: 14 Apr 2022 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jurujual syarikat swasta kerugian RM55,250 selepas wang simpanan dalam akaun banknya berkurangan sebaik mengisi pautan mencari pekerjaan.

Bella diberi makan 20 cili padi seminggu

Posted: 14 Apr 2022 02:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu.

Polis giat kesan lelaki didakwa ganggu, cuba larikan pelajar

Posted: 14 Apr 2022 05:48 AM PDT

PENAMPANG: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki didakwa terbabit insiden mengganggu dan cuba melarikan seorang pelajar sekolah menengah, sebagaimana tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

UMNO putuskan Ismail Sabri calon Perdana Menteri PRU15

Posted: 14 Apr 2022 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Masjidil Haram sedia sejuta bungkus makanan bagi buka puasa

Posted: 14 Apr 2022 05:39 AM PDT

RIYADH: Sejuta bungkusan makanan bagi berbuka puasa diagihkan kepada jemaah di Masjidil Haram di Makkah sepanjang 10 hari pertama Ramadan.

Fasa awal pilihan raya umum Indonesia 2024 bermula 14 Jun

Posted: 14 Apr 2022 05:30 AM PDT

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), mengumumkan 'fasa awal' Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 akan bermula 14 Jun ini tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai proses berkaitan.

Sri Pahang harap tak jadi mangsa pengadil lagi

Posted: 14 Apr 2022 05:15 AM PDT

KUANTAN: Sri Pahang FC berharap tidak lagi menjadi 'mangsa' kelemahan pengadil apabila turun melayan kunjungan Melaka United di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

ICQS Biawak dibuka mulai esok

Posted: 14 Apr 2022 05:09 AM PDT

KUCHING: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Biawak akan dibuka mulai esok.

PETRONAS keluarkan hidrokarbon pertama telaga BTJTB-T2, Indonesia

Posted: 14 Apr 2022 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat PETRONAS, PC Ketapang II Ltd (PCK2L) memperoleh hidrokarbon pertamanya daripada penggerudian telaga BTJTB-T2 Fasa 2B Bukit Tua yang terletak di Blok Ketapang, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia.

Dagangan ringgit ditutup rendah

Posted: 14 Apr 2022 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit susut daripada kenaikan pada Rabu untuk ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur beralih kepada mata wang selamat itu di tengah-tengah penurunan harga minyak global, kata peniaga.

Mangsa banjir lega terima Bantuan Wang Ihsan NADMA

Posted: 14 Apr 2022 03:25 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di beberapa kampung sekitar daerah ini, Februari lalu, lega menerima Bantuan Wang Ihsan RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

MAFI, KPDNHEP bincang isu harga ayam esok

Posted: 14 Apr 2022 04:27 AM PDT

CYBERJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), esok, untuk membincangkan isu harga ayam meliputi aspek kenaikan kos pengeluarannya, subsidi dan harga siling jualan.

Vaksin kanak-kanak tidak sampai 50 peratus sasaran bulan ini

Posted: 14 Apr 2022 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) gagal mencapai sasaran 50 peratus bagi bulan ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

JPK wajar teliti perkara dorong lompat parti

Posted: 14 Apr 2022 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) yang akan meneliti pindaan berkait dengan aktiviti lompat parti, wajar turut membincangkan perkara yang mendorong atau menyumbang kepada tindakan Ahli Parlimen melompat parti.

'Keputusan daftar masuk MySejahtera dalam seminggu dua'

Posted: 14 Apr 2022 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada untuk memansuhkan keperluan daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera akan dimaklumkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Tiket pesawat di Sabah naik hingga 500 peratus

Posted: 14 Apr 2022 04:04 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyifatkan kenaikan harga tiket penerbangan terlalu tinggi khususnya dari Semenanjung ke Sabah bakal menyebabkan jumlah kedatangan pelancong terjejas.

Polis tahan Fahmi

Posted: 14 Apr 2022 03:59 AM PDT

Kuala Lumpur: Polis menahan pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza hari ini berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian kuning yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Belian saat akhir heret turun Bursa Malaysia

Posted: 14 Apr 2022 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan belian saat-saat akhir dalam saham wajaran tinggi.

Kadar tambang bas ekspres naik bermula 29 April

Posted: 14 Apr 2022 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar tambang bas ekspres akan dinaikkan hampir 10 peratus kepada 10.2 sen bagi setiap kilometer bermula hujung bulan ini, menjelang sambutan Aidilfitri.

Pesara bank lesap RM180,000 ditipu 'Mejar Azman'

Posted: 14 Apr 2022 03:44 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang pesara bank hilang wang simpanan berjumlah RM180,000 selepas diperdaya seorang lelaki dikenali sebagai 'Mejar Azman' sejak Ogos tahun lalu.

Kes saman pelakon Ben Amir selesai

Posted: 14 Apr 2022 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kes saman difailkan sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ben Amir, yang didakwa melanggar perjanjian selepas enggan menjadual semula penggambaran drama yang tertangguh akibat COVID-19, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini.

Usah tunggu saat akhir bayar zakat fitrah

Posted: 14 Apr 2022 03:42 AM PDT

SEGAMAT: Majlis Agama Islam Segamat (MAIS) menasihati umat Islam di daerah ini supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah.

Melaka pecat Vidakovic

Posted: 14 Apr 2022 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Melaka United FC (MUFC) menamatkan kontrak Risto Vidakovic, sekali gus dia menjadi jurulatih pertama Liga Super dipecat musim ini.

NUTP nasihat guru buat TikTok untuk pembelajaran

Posted: 14 Apr 2022 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.

Setel, Siti Khadijah derma telekung bernilai RM100,000

Posted: 14 Apr 2022 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setel dan Siti Khadijah akan menderma telekung bernilai RM100,000 menerusi inisatif Setulus Kasih bagi menyokong wanita yang memerlukan, sempena kedatangan Ramadan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template