Friday, April 22, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


BHIC komited siapkan LCS

Posted: 22 Apr 2022 09:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) komited untuk memastikan kapal tempur pesisir (LCS) disiapkan dengan mematuhi semua keperluan Jawatankuasa Pemantauan Khas yang akan ditubuhkan di bawah Pelan Pemulihan Projek LCS yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini.

TFC benam Selangor di Gong Badak

Posted: 22 Apr 2022 09:15 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Selangor FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak di sini sebentar tadi.

'PASLeaks hanya catatan, bukan perancangan'

Posted: 22 Apr 2022 09:10 AM PDT

ALOR SETAR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan dokumen 'PASLeaks' yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Perdana Menteri buka puasa bersama warga Bera

Posted: 16 Apr 2022 05:24 AM PDT

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun di sini.

PM buka puasa bersama pimpinan Pemuda, Puteri UMNO

Posted: 22 Apr 2022 06:37 AM PDT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama kepemimpinan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.

Bayaran haji naik antara RM1,000-RM3,000

Posted: 22 Apr 2022 01:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bayaran haji dikenakan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah tahun ini, dinaikkan secara bersasar sebanyak RM1,000 dan RM3,000 seorang tertakluk kepada kategori pendapatan masing-masing.

Perolehan LCS akan dibuat secara telus - Hishammuddin

Posted: 22 Apr 2022 08:03 AM PDT

SUNGAI PETANI: Kementerian Pertahanan memberi jaminan perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilakukan secara telus tanpa penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

PH buka pintu rundingan hadapi PRU-15

Posted: 22 Apr 2022 08:39 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) bersedia berunding dan berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ismail Sabri, Fumio Kishida adakan sidang Jepun-Malaysia

Posted: 22 Apr 2022 08:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya di Jepun, Fumio Kishida, mengadakan sidang Jepun-Malaysia melalui panggilan telefon selama 20 minit kelmarin, dengan kedua-duanya menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.

'Mansuhkan penyiaran warta, sambung rundingan'

Posted: 16 Apr 2022 12:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini, menggesa penyiaran Warta Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) dimansuh bagi membolehkan rundingan bagi projek pembangunan semula kawasan itu diteruskan.

Institut Endokrin fasiliti terbaharu KKM

Posted: 22 Apr 2022 03:20 AM PDT

PUTRAJAYA: Pembukaan fasiliti kesihatan baharu, Institut Endokrin di Hospital Putrajaya, kelak diharap dapat memberikan keselesaan bukan sahaja kepada rakyat untuk mendapatkan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kesihatan awam, malah juga kepada kakitangan kesihatan yang bertugas.

Ismail Sabri, anak angkat berbuka puasa bersama

Posted: 22 Apr 2022 08:23 AM PDT

PUTRAJAYA: Lapan beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19, cukup teruja dapat berjumpa dan berbuka puasa bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, hari ini.

Suami isteri dalang palsu dokumen ditahan

Posted: 22 Apr 2022 08:09 AM PDT

SHAH ALAM: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai menjadi dalang sindiket pemalsuan dokumen di sekitar negeri ini.

TFC dahului Selangor separuh masa aksi Liga Super

Posted: 22 Apr 2022 08:03 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mendahului Selangor FC 1-0 pada aksi separuh masa pertama saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, di sini, sebentar tadi.

Pemandu leka isi diesel ke tangki lori ditahan

Posted: 22 Apr 2022 07:34 AM PDT

JOHOR BAHRU: Dua pemandu lori ditahan ketika mengisi diesel dalam dua serbuan berasingan di stesen minyak sekitar Skudai di sini, petang semalam.

JPN sedia bantu isu anak Halim Othman berbinti 'Abdullah'

Posted: 22 Apr 2022 07:17 AM PDT

JASIN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia membantu pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman sekiranya beliau berhasrat untuk menyelesaikan isu melanda dirinya ketika ini.

'Tanah Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman'

Posted: 22 Apr 2022 07:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

'Kita beri perlindungan, mahu apa lagi?'

Posted: 22 Apr 2022 05:54 AM PDT

LARUT: Isu layanan buruk terhadap tahanan Rohingya hingga membawa kepada kejadian melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap kelmarin, tidak seharusnya berbangkit.

Kegembiraan berganda buat Nur Dhabitah di Ipoh

Posted: 22 Apr 2022 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri memenangi dua acara pada hari pertama Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia di Ipoh, hari ini.

Singapura tarik kebanyakan sekatan COVID-19

Posted: 22 Apr 2022 06:43 AM PDT

SINGAPURA: Republik ini mulia minggu depan dijangka menarik balik kebanyakan sekatan ketat yang dikuatkuasa, kata pihak berkuasa kerajaan hari ini, sekali gus menandakan 'langkah penting' ke arah kehidupan biasa.

Nafuzi tak berniat sekat pemainnya beraksi di Sukan SEA

Posted: 22 Apr 2022 06:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain berkata beliau tidak berniat menyekat lima pemainnya daripada beraksi bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) yang bakal menggalas tugasan negara dalam pentas Sukan SEA di Vietnam, bulan depan.

Thailand henti ujian COVID-19 ketika tiba bagi pelawat sudah divaksinasi

Posted: 22 Apr 2022 06:13 AM PDT

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan penamatan ujian COVID-19 yang diwajibkan ke atas pengembara sudah divaksinasi.

Polis sahkan ada kematian di depot sebelum rusuhan tercetus

Posted: 22 Apr 2022 04:05 AM PDT

BANDAR BAHARU: Polis mengesahkan berlaku kematian salah seorang tahanan pada malam Selasa lalu, sebelum tercetusnya kejadian rusuhan dan tindakan melarikan diri etnik Rohingya yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, kelmarin.

PBB dakwa miliki bukti pembunuhan 50 orang awam di Bucha

Posted: 22 Apr 2022 05:53 AM PDT

GENEVA: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) ke pekan Bucha di Kyiv, Ukraine hari ini mendakwa mereka merekodkan 50 'pembunuhan haram' di Bucha.

Agong buka puasa bersama rakyat Melaka

Posted: 22 Apr 2022 05:40 AM PDT

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berbuka puasa bersama 1,600 rakyat Melaka, di Dataran Pusat Islam, di sini, hari ini.

Lebih banyak kelonggaran SOP akan diumum

Posted: 22 Apr 2022 02:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Lebih banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai sejak negara dilanda COVID-19 dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Polis siasat unsur khianat, jenayah kebakaran pusat karaoke

Posted: 22 Apr 2022 04:20 AM PDT

ALOR SETAR: Polis giat menyiasat bagi mengesan sama ada kebakaran di pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong hari ini mempunyai unsur khianat atau jenayah.

Kontrak Vidakovic bersama Melaka ditamatkan secara persetujuan bersama

Posted: 22 Apr 2022 05:33 AM PDT

MELAKA: Melaka United FC mencapai kata sepakat dengan bekas pengendali pasukan, Risto Vidakovic dan jurulatih kecergasan, Dževad Sarić bagi menamatkan kontrak mereka menerusi persetujuan bersama.

SOP selam skuba lebih ketat

Posted: 22 Apr 2022 05:27 AM PDT

MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti selam skuba di perairan Mersing perlu lebih ketat dengan menitikberatkan pelbagai perkara penting sebelum dikuatkuasakan.

Penyanyi lagu Barisan Kita meninggal dunia

Posted: 22 Apr 2022 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pengulas sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) popular, Jamaludin Alias menghembuskan nafas terakhirnya akibat sakit tua, jam 5 pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template