BH Online - Terkini |
- 3 dipercayai maut tersedut asap kebakaran
- Shanghai lapor 12 lagi kematian COVID-19
- Arsenal benam Man Utd di Emirates
- Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut pokok balak
- Kerajaan bakal umum kelonggaran 3 SOP utama
- Russia tingkatkan serangan di Ukraine
- Kerjasama UMNO, PAS dalam MN terus diperkukuh
- Penumpang dibelasah Tyson lantik peguam
- Bekas jurutera jual kuih 20 sen
- Masalah dokumen perjanjian pinjaman punca kelewatan bantuan SMEEF 2.0
- Kabinet tubuh jawatankuasa khas tangani isu penderaan
- Tak perlu ujian COVID-19 masuk Singapura mulai Selasa
- 'Apa yang saya hina? Apakah dia tidur dalam Dewan?'
- Israel tutup laluan penduduk Gaza lepas serangan roket
- Bedah siasat mayat lelaki kaki dirantai lusa
- Kawasaki enggan kecewa lagi, sedia benam JDT
- JDT tekad kecewakan lagi Kawasaki Frontale
- Kedah waspada kebangkitan Sabah di Likas
- Malaysia, Thailand 'melibas' lebih awal
- Pekerja parah tersepit traktor pengais tanah
- Dua beregu Indonesia gusarkan Kai Wun-Wei Chong
- 'Bella kenalkan kawan-kawan dia'
- Inflasi Malaysia terkawal - MOF
- 10 hilang dalam tragedi kedua di lombong arang batu Poland
- 'Kemenangan bermakna TFC ke atas Selangor'
- A Romzi rakam semula lagu Musafir Di Aidilfitri
- Jadual Liga Super sah akan dipinda
- Menteri sedia jumpa POS berhubung pembatalan pendaftaran
| 3 dipercayai maut tersedut asap kebakaran Posted: 23 Apr 2022 07:23 AM PDT ALOR SETAR: Tiga mangsa kebakaran sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong, di sini, semalam, dipercayai maut akibat tersedut asap. |
| Shanghai lapor 12 lagi kematian COVID-19 Posted: 23 Apr 2022 06:52 AM PDT SHANGHAI: Sebanyak 12 lagi kematian baharu COVID-19 dilaporkan di Shanghai setakat 22 April lalu, ketika kekecewaan dalam kalangan penduduk terus meningkat terhadap pelaksanaan perintah berkurung dan penapisan internet yang ketat. |
| Arsenal benam Man Utd di Emirates Posted: 23 Apr 2022 06:42 AM PDT LONDON: Arsenal menyukarkan harapan Manchester United untuk kedudukan empat teratas Liga Perdana apabila Nuno Tavares, Bukayo Saka dan Granit Xhaka masing-masing meledak gol ketika menang 3-1 sebentar tadi yang menghidupkan peluang tuan rumah untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan. |
| Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut pokok balak Posted: 23 Apr 2022 05:51 AM PDT HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. |
| Kerajaan bakal umum kelonggaran 3 SOP utama Posted: 23 Apr 2022 02:48 AM PDT SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik COVID-19, dalam masa terdekat. |
| Russia tingkatkan serangan di Ukraine Posted: 23 Apr 2022 06:05 AM PDT KYIV: Harapan bagi gencatan senjata menjelang sambutan Easter kian pudar apabila pihak berkuasa di dua wilayah timur Ukraine memaklumkan serangan lebih ganas dan pertempuran amat sengit dengan tentera Russia. |
| Kerjasama UMNO, PAS dalam MN terus diperkukuh Posted: 23 Apr 2022 12:35 AM PDT KANGAR: Kerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) masih terus wujud terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. |
| Penumpang dibelasah Tyson lantik peguam Posted: 23 Apr 2022 05:33 AM PDT LONDON: Penumpang pesawat yang ditumbuk Mike Tyson selepas dia terus "bising" terhadap petinju itu sudah melantik peguam. |
| Bekas jurutera jual kuih 20 sen Posted: 23 Apr 2022 03:54 AM PDT BENTONG: Seorang peniaga kecil di Jalan Karak-Temerloh tidak menjadikan kenaikan harga barangan keperluan sebagai alasan untuk mengaut keuntungan sebaliknya, masih mengekalkan harga jualan kuih 20 sen. |
| Masalah dokumen perjanjian pinjaman punca kelewatan bantuan SMEEF 2.0 Posted: 23 Apr 2022 03:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Masalah dokumen perjanjian pinjaman menjadi antara punca Bantuan Dana Kecemasan (SMEEF 2.0) lewat diberikan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir. |
| Kabinet tubuh jawatankuasa khas tangani isu penderaan Posted: 23 Apr 2022 01:07 AM PDT SEREMBAN: Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kumpulan Rentan bagi menangani pelbagai isu membabitkan penderaan terhadap kanak-kanak, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), wanita serta pelajar tahfiz. |
| Tak perlu ujian COVID-19 masuk Singapura mulai Selasa Posted: 23 Apr 2022 05:21 AM PDT SINGAPURA: Pengembara yang divaksinasi sepenuhnya tidak lagi perlu mengambil sebarang ujian COVID-19 untuk memasuki republik ini mulai Selasa ini. |
| 'Apa yang saya hina? Apakah dia tidur dalam Dewan?' Posted: 23 Apr 2022 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan dakwaan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad, bahawa beliau mengeluarkan kenyataan menghina DUN. |
| Israel tutup laluan penduduk Gaza lepas serangan roket Posted: 23 Apr 2022 04:22 AM PDT BAITULMAQDIS: Israel akan menutup satu-satunya laluan pekerja dari Semenanjung Gaza esok sebagai tindak balas terhadap serangan dua roket yang dilancarkan oleh Palestin. |
| Bedah siasat mayat lelaki kaki dirantai lusa Posted: 23 Apr 2022 03:47 AM PDT GEORGETOWN: Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki warga Indonesia yang kaki kirinya dirantai pada kerusi sebelum terjatuh dari tingkat lapan Apartmen Eastern Court, Lorong Hijau 8, Jelutong, di sini, semalam, akan dilakukan lusa. |
| Kawasaki enggan kecewa lagi, sedia benam JDT Posted: 23 Apr 2022 03:12 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale mahu memalukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di hadapan penyokong mereka sendiri apabila sekali lagi bertemu dalam Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok. |
| JDT tekad kecewakan lagi Kawasaki Frontale Posted: 23 Apr 2022 03:31 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Misi mengekalkan rekod tanpa kalah menjadi sasaran Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila sekali lagi bertemu kelab dari Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pusingan kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam esok. |
| Kedah waspada kebangkitan Sabah di Likas Posted: 23 Apr 2022 03:42 AM PDT ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC mengambil sikap berwaspada dalam usaha meneruskan rentak kemenangan apabila turun berdepan Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas, malam esok. |
| Malaysia, Thailand 'melibas' lebih awal Posted: 23 Apr 2022 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara dijadual bertemu musuh tradisi, Thailand lebih awal apabila diundi dalam kumpulan sama bagi acara antara regu lelaki pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam, yang akan bermula 12 hingga 23 Mei ini. |
| Pekerja parah tersepit traktor pengais tanah Posted: 23 Apr 2022 03:37 AM PDT SEGAMAT: Seorang pekerja terselamat selepas tersepit di peralatan pengais tanah traktor di sebuah ladang di Sungai Gemas dekat sini, pagi tadi. |
| Dua beregu Indonesia gusarkan Kai Wun-Wei Chong Posted: 23 Apr 2022 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun-Man Wei Chong menganggap dua gandngan Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan dan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin mampu menjadi pemusnah terhadap misi mereka memenangi emas Sukan SEA Hanoi, bulan depan. |
| 'Bella kenalkan kawan-kawan dia' Posted: 23 Apr 2022 02:14 AM PDT SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan kira-kira 20 minit menyantuni remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, hari ini. |
| Inflasi Malaysia terkawal - MOF Posted: 23 Apr 2022 03:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktiviti dalam pasaran mata wang ringgit kekal teguh dan berdaya saing walaupun dunia berdepan dengan ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan global. |
| 10 hilang dalam tragedi kedua di lombong arang batu Poland Posted: 23 Apr 2022 03:13 AM PDT WARSAW: Seramai 10 pelombong dipercayai hilang dalam letupan di lombong arang batu di Selatan Poland, tragedi kedua dalam tempoh hanya beberapa hari. |
| 'Kemenangan bermakna TFC ke atas Selangor' Posted: 23 Apr 2022 03:12 AM PDT KUALA TERENGGANU: Disiplin bertahan berkualiti dipamerkan pemain sehingga akhir perlawanan antara faktor kemenangan 2-0 Terengganu FC (TFC) ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di sini, malam tadi. |
| A Romzi rakam semula lagu Musafir Di Aidilfitri Posted: 23 Apr 2022 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua tahun tidak dapat meraikan Syawal seperti kebiasaan memberikan pengalaman baharu buat penyanyi veteran, A Romzi. |
| Jadual Liga Super sah akan dipinda Posted: 23 Apr 2022 02:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Masalah pasukan 'berat hati' untuk melepaskan pemain menyertai tugasan bersama pasukan senior dan skuad bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan dijangka selesai selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sah akan meminda jadual Liga Super. |
| Menteri sedia jumpa POS berhubung pembatalan pendaftaran Posted: 23 Apr 2022 02:51 AM PDT IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Olahraga Selangor (POS) bagi membincangkan isu pembatalan pendaftaran badan induk itu baru-baru ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment