BH Online - Terkini |
- EU berjanji selaras tindak balas kepada pemberhentian gas Russia
- Russia musnah senjata dibekalkan Barat di Ukraine
- 36 emas sasaran rasmi negara di Sukan SEA Hanoi
- Malaysia, Korea bentuk kerjasama pertahanan
- Bursa Malaysia susut 10.70 mata
- RHB Bank bayar dividen tertinggi dalam sejarah
- 'Ejen Ali raikan Aidilfitri di Genting Highlands'
- Skuad negara mampu muncul 4 terbaik Piala Thomas
- Mickey harap dapat beraksi jumpa NSFC
- Kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi - KKM
- Aduan tular kepada 'Datin' tiada kesalahan jenayah - Polis
- 'Tohmahan terhadap hakim, badan kehakiman agak keterlaluan' - Tengku Maimun
- Tahanan Rohingya cedera dalam kemalangan meninggal dunia
- Sri Pahang yakin curi mata dari laman Selangor
- Hotlink, Kenji Chai bekerjasama #BikinSampaiJadi mural kepada siri NFT
- Devan akui aksi sukar bertemu TFC
- Pelajar USM maut terjatuh ketika mahu ambil pakaian
- Bantuan bersasar peneroka getah, pekerja ladang FELDA sempena Aidilfitri
- The Assistant lakar sejarah
- 'Amri jenis pemain berhati kering'
- Dhabitah tak pandang mudah cabaran Sukan SEA
- Isu tanah lapangan terbang: Siasatan SPRM memadai, tak perlu PAC
- Arul gembira skuadnya meningkat meskipun tewas di Australia
- Hadi sedia guna ilmu di Jepun bantu skuad B-23
- Laporan kes COVID-19 dibuat secara mingguan - Khairy
- Sindiket curi, klon kereta mewah tumpas
- Fatin kena tuduh tipu RM61,000 pelaburan emas
- Perak FC dapat duit raya dari kerajaan negeri
- Mayat Nagaenthran dijangka tiba di kampungnya 11 malam ini
- Filipina tarik tayangan filem aksi Hollywood
| EU berjanji selaras tindak balas kepada pemberhentian gas Russia Posted: 27 Apr 2022 05:20 AM PDT BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bersedia sekiranya Russia menggantung bekalan gas ke 27 negara blok, selain merancang menyelaraskan tindak balas selepas Gazprom Russia mematikan paip ke Poland dan Bulgaria. |
| Russia musnah senjata dibekalkan Barat di Ukraine Posted: 27 Apr 2022 05:13 AM PDT MOSCOW: Tentera Russia memusnahkan sejumlah besar bekalan senjata Barat di tenggara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu jarak jauh. |
| 36 emas sasaran rasmi negara di Sukan SEA Hanoi Posted: 27 Apr 2022 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan jumlah sasaran rasmi kontinjen Malaysia bagi temasya Sukan SEA Hanoi bulan depan adalah sebanyak 36 pingat emas. |
| Malaysia, Korea bentuk kerjasama pertahanan Posted: 27 Apr 2022 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia dan Korea melakar sejarah apabila buat julung kalinya membentuk kerjasama rasmi dalam bidang pertahanan melalui satu memorandum persefahaman yang ditandatangani, hari ini. |
| Bursa Malaysia susut 10.70 mata Posted: 27 Apr 2022 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah secara amnya pada Rabu berikutan jualan di kaunter wajaran tinggi didahului Petronas Chemicals dan Press Metal Aluminium, dalam situasi prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur disebabkan ketidaktentuan dan turun naik pasaran yang ketara, kata peniaga. |
| RHB Bank bayar dividen tertinggi dalam sejarah Posted: 27 Apr 2022 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd mengisytiharkan dividen berjumlah 40 sen sesaham atau hasil dividen sebanyak 7.4 peratus dan nisbah pembayaran sebanyak 62.9 peratus untuk tahun kewangan 2021, bayaran tertinggi bagi kumpulan perbankan itu. |
| 'Ejen Ali raikan Aidilfitri di Genting Highlands' Posted: 27 Apr 2022 04:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, pusat percutian terkenal, Resorts World Genting (RWG) menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan istimewa super ejen animasi tempatan, Ejen Ali, bermula 21 April lalu hingga 8 Mei ini. |
| Skuad negara mampu muncul 4 terbaik Piala Thomas Posted: 27 Apr 2022 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara dilihat mampu merealisasikan sasaran empat pasukan terbaik pada saingan Kejohanan Piala Thomas di Bangkok, bulan depan seperti ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). |
| Mickey harap dapat beraksi jumpa NSFC Posted: 27 Apr 2022 03:59 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pemain lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim berharap dapat beraksi pada pusingan pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Jumaat ini. |
| Kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi - KKM Posted: 27 Apr 2022 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Sembilan aktiviti dibenarkan untuk dijalankan sejak 1 April lalu, selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik. |
| Aduan tular kepada 'Datin' tiada kesalahan jenayah - Polis Posted: 27 Apr 2022 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis tidak menemukan sebarang kesalahan jenayah dalam siasatan kes kebocoran klip audio yang dikaitkan dengan Wisma Putra. |
| 'Tohmahan terhadap hakim, badan kehakiman agak keterlaluan' - Tengku Maimun Posted: 27 Apr 2022 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, menyifatkan tohmahan yang dilempar pihak tertentu terhadap hakim dan Badan Kehakiman sejak kebelakangan ini agak keterlaluan. |
| Tahanan Rohingya cedera dalam kemalangan meninggal dunia Posted: 27 Apr 2022 03:43 AM PDT GEORGETOWN: Seorang tahanan Rohingya yang cedera akibat dirempuh kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ketika melarikan diri dari depot Jabatan Imigresen di Bandar Baharu, Kedah, Rabu lalu, meninggal dunia, semalam. |
| Sri Pahang yakin curi mata dari laman Selangor Posted: 27 Apr 2022 03:30 AM PDT KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel mengakui menghormati Selangor FC menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam esok. |
| Hotlink, Kenji Chai bekerjasama #BikinSampaiJadi mural kepada siri NFT Posted: 26 Apr 2022 10:52 PM PDT SAAT berjalan atau memandu melintasi Wisma Sabah yang terletak di pekan Kota Kinabalu, orang ramai pasti teruja melihat lakaran mural gergasi yang indah menghiasi dinding bangunan tersebut. |
| Devan akui aksi sukar bertemu TFC Posted: 27 Apr 2022 03:31 AM PDT SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) bakal berhadapan cabaran sukar bertemu Terengganu FC (TFC) pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini. |
| Pelajar USM maut terjatuh ketika mahu ambil pakaian Posted: 27 Apr 2022 03:19 AM PDT GEORGETOWN: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desasiswa Tekun, dua hari lalu. |
| Bantuan bersasar peneroka getah, pekerja ladang FELDA sempena Aidilfitri Posted: 27 Apr 2022 03:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Peneroka getah dan pekerja ladang FELDA bakal menerima bantuan dan sumbangan khas sempena sambutan Aidilfitri kali ini. |
| Posted: 27 Apr 2022 03:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem mengangkat kisah lelaki yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan tidak dilakukannya, The Assistant arahan Adrian Teh lakar sejarah apabila disenarai pendek dalam festival filem antarabangsa, Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali. |
| 'Amri jenis pemain berhati kering' Posted: 27 Apr 2022 03:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan Amri Yahyah meledak hatrik pada usia 41 tahun dan membantu Sabah FC membelasah Kedah Darul Aman FC 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Ahad lalu turut menarik perhatian bekas rakan sepasukan dan jurulatihnya. |
| Dhabitah tak pandang mudah cabaran Sukan SEA Posted: 27 Apr 2022 03:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua penampilan di Sukan Olimpik sama sekali tidak menjadi alasan buat penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri memandang mudah penyertaannya pada temasya Sukan SEA Vietnam, bulan depan. |
| Isu tanah lapangan terbang: Siasatan SPRM memadai, tak perlu PAC Posted: 27 Apr 2022 02:59 AM PDT IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan siasatan dakwaan kes penjualan tanah tapak cadangan lapangan terbang di Seri Iskandar, memadai dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak. |
| Arul gembira skuadnya meningkat meskipun tewas di Australia Posted: 27 Apr 2022 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad hoki senior lelaki kebangsaan buat kali ketiga ditundukkan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan Australia, namun bagi ketua jurulatih Arul Selvaraj, pasukan kendaliannya dapat menunjukkan peningkatan diinginkan. |
| Hadi sedia guna ilmu di Jepun bantu skuad B-23 Posted: 27 Apr 2022 02:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak sedia menggunakan segala ilmu yang diperoleh daripada Jepun untuk membantu skuad bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan dalam Sukan SEA di Hanoi, bulan depan. |
| Laporan kes COVID-19 dibuat secara mingguan - Khairy Posted: 27 Apr 2022 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memaklumkan pelaporan kes baharu COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan dibuat secara mingguan dan bukan lagi setiap hari. |
| Sindiket curi, klon kereta mewah tumpas Posted: 27 Apr 2022 02:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan mewah dan menggantikan identitinya dengan kenderaan lain yang sudah musnah dan dilupuskan. |
| Fatin kena tuduh tipu RM61,000 pelaburan emas Posted: 27 Apr 2022 02:31 AM PDT KOTA BHARU: Seorang pembantu perawatan kesihatan (PPK) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas 16 pertuduhan menipu dan memperdaya melalui tawaran pelaburan emas tidak wujud kepada seorang wanita membabitkan kerugian RM61,050. |
| Perak FC dapat duit raya dari kerajaan negeri Posted: 27 Apr 2022 02:37 AM PDT IPOH: Seramai 50 pemain dan pegawai Perak FC boleh menarik nafas lega menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan, apabila menerima duit raya sebanyak RM1,000 seorang daripada kerajaan negeri. |
| Mayat Nagaenthran dijangka tiba di kampungnya 11 malam ini Posted: 27 Apr 2022 01:42 AM PDT IPOH: Mayat rakyat Malaysia, Nagaentran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura pagi tadi selepas didapati bersalah menyeludup dadah ke negara itu pada 2009 dijangka tiba di kampung halamannya di Tanjung Rambutan, di sini, jam 11 malam ini. |
| Filipina tarik tayangan filem aksi Hollywood Posted: 27 Apr 2022 02:19 AM PDT MANILA: Filipina menarik balik tayangan tempatan filem Hollywood berjudul "Uncharted", berikutan terdapat adegan menunjukkan peta Laut China Selatan yang menjadi pertikaian. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment