BH Online - Terkini |
- Aktiviti sukan, rekreasi dibenar tanpa sekatan mulai 1 Mei
- Trafik di lebuh raya mulai lancar
- Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara final badminton Asia
- Sri Lanka yang dilanda krisis menaikkan harga ubat
- Fatin impi emas penampilan terakhir Sukan SEA
- JDT atasi Ulsan 2-1
- Russia akui serang Kyiv ketika lawatan Setiausaha Agung PBB
- Skuad olahraga ke Sukan SEA mungkin ada rombakan
- Pelajar diberi jaket keselamatan
- 'Disangkakan lari, rupanya maut tercampak dalam longkang'
- Tak sengaja buka kandungan lucah dalam Dewan Rakyat
- Syor polis siasat individu palsukan dokumen PASLeak
- India rampas heroin bernilai AS$58 juta
- Ayam seekor RM5 jadi tumpuan
- IPT tidak dibenar naikkan yuran pengajian
- Resolusi vaksin disokong WHO menangi 24 peratus sokongan di Moderna
- Fasa kelonggaran SOP COVID-19 uji kepatuhan rakyat
- Sabah buat penyesuaian SOP baharu COVID-19 jika perlu
- 831,523 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
- TV9, ST Rosyam Mart bantu golongan B40
- Dhabitah pertajam teknik terjunan
- Cuti lama, Aidilfitri lebih meriah di kampung
- JDT, Ulsan terikat 1-1 separuh masa
- 143 Rohingya ditahan selepas bot terkandas beting
- Keluarga Malaysia di jemput hadir Rumah Terbuka PM 8 Mei
- Tenang, bijak serap tekanan kunci kemenangan TFC
- 'Kami berhak menang ke atas Sri Pahang'
- Atas faktor keselamatan Trucha dinasihatkan cuti rehat
- Op Pagar Laut hasilkan 32 tangkapan, rampasan RM10.6 juta
- PM Australia kritik 'campur tangan' China
| Aktiviti sukan, rekreasi dibenar tanpa sekatan mulai 1 Mei Posted: 30 Apr 2022 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan had masa. |
| Trafik di lebuh raya mulai lancar Posted: 30 Apr 2022 05:40 AM PDT SUBANG: Pergerakan aliran trafik di beberapa laluan di sekitar lebuh raya utama mulai lancar berikutan jumlah kenderaan balik ke kampung sempena sambutan Aidilfitri berkurangan, petang tadi. |
| Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara final badminton Asia Posted: 30 Apr 2022 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama lelaki negara, Lee Zii Jia terus mempamerkan aksi konsisten dan bertenaga pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, hari ini apabila menewaskan pemain China, Weng Hong Yang untuk layak ke final kejohanan itu, esok. |
| Sri Lanka yang dilanda krisis menaikkan harga ubat Posted: 30 Apr 2022 05:21 AM PDT COLOMBO: Sri Lanka yang kekurangan wang hari ini mengumumkan kenaikan harga sebanyak 40 peratus untuk berpuluh-puluh ubat yang biasa digunakan ketika negara kepulauan itu mengalami krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad. |
| Fatin impi emas penampilan terakhir Sukan SEA Posted: 30 Apr 2022 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemanah compound senior wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh bakal membuat penampilan ketujuh berturut-turut di Sukan SEA Hanoi bulan depan yang juga mungkin terakhir pada temasya dwi tahunan itu. |
| Posted: 30 Apr 2022 04:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat kali pertama selepas menundukkan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 di Iskandar Puteri, Johor, sebentar tadi. |
| Russia akui serang Kyiv ketika lawatan Setiausaha Agung PBB Posted: 29 Apr 2022 05:28 PM PDT KYIV: Russia mengesahkan melakukan serangan udara ke atas Kyiv ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan lawatan ke negara itu, serangan pertama ke atas ibu negara Ukraine dalam tempoh hampir dua minggu yang mengorbankan seorang wartawan. |
| Skuad olahraga ke Sukan SEA mungkin ada rombakan Posted: 30 Apr 2022 02:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil memberi bayangan kemungkinan ada rombakan dalam skuad kebangsaan di Sukan SEA Hanoi, bulan depan. |
| Pelajar diberi jaket keselamatan Posted: 30 Apr 2022 04:43 AM PDT KIMANIS: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan membekalkan jaket keselamatan untuk murid yang menggunakan bot ke sekolah sementara menunggu jambatan siap. |
| 'Disangkakan lari, rupanya maut tercampak dalam longkang' Posted: 29 Apr 2022 11:41 PM PDT JELI: Perjalanan pulang selepas berbuka puasa bersama ibu di Kampung Kalai dekat sini berakhir tragedi buat sebuah keluarga terbabit dalam nahas dua kenderaan mengorbankan dua mangsa malam tadi. |
| Tak sengaja buka kandungan lucah dalam Dewan Rakyat Posted: 30 Apr 2022 04:03 AM PDT LONDON: Seorang ahli Parlimen British digantung oleh Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson susulan dakwaan beliau menonton pornografi menerusi telefonnya dalam Dewan Rakyat. |
| Syor polis siasat individu palsukan dokumen PASLeak Posted: 30 Apr 2022 03:11 AM PDT KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat individu yang memalsu dan menyebarkan dokumen PASLeak. |
| India rampas heroin bernilai AS$58 juta Posted: 30 Apr 2022 03:49 AM PDT AHMEDABAD: Pihak berkuasa India merampas 90 kilogram (kg) dadah bernilai AS$58 juta (RM252 juta) dari sebuah pelabuhan di Gujarat, yang juga tangkapan ketiga seumpamanya dalam dua minggu. |
| Posted: 30 Apr 2022 03:05 AM PDT KUALA SELANGOR: Sebanyak 20,000 ekor ayam dijual dengan harga RM5 seekor sempena sambutan Aidilfitri pada program Jualan Harga Patut (JHP) Syawal yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Padang Astaka, di sini. |
| IPT tidak dibenar naikkan yuran pengajian Posted: 30 Apr 2022 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran masing-masing berikutan penetapan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020. |
| Resolusi vaksin disokong WHO menangi 24 peratus sokongan di Moderna Posted: 28 Apr 2022 03:25 PM PDT BOSTON: Cadangan pemegang saham yang meminta Moderna Inc mengkaji pemindahan pengeluaran vaksin COVID-19 ke negara kurang membangun memenangi 24 peratus sokongan pelabur pada Khamis selepas langkah itu disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). |
| Fasa kelonggaran SOP COVID-19 uji kepatuhan rakyat Posted: 28 Apr 2022 06:09 PM PDT Seperti dijangka kerajaan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 di negara ini selaras dengan fasa peralihan ke endemik. |
| Sabah buat penyesuaian SOP baharu COVID-19 jika perlu Posted: 29 Apr 2022 04:35 PM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membuat penyesuaian terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu selaras fasa peralihan ke endemik COVID-19 yang akan dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan (KKM) bermula esok. |
| 831,523 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19 Posted: 29 Apr 2022 08:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 831,523 atau 23.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun suah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. |
| TV9, ST Rosyam Mart bantu golongan B40 Posted: 30 Apr 2022 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Atas paksi membantu masyarakat termasuk golongan B40 yang bergelut dengan ujian hidup selepas berdepan era COVID-19, maka tercetuslah kolaborasi Seikhlas Hati antara stesen TV9 dan ST Rosyam Mart. |
| Dhabitah pertajam teknik terjunan Posted: 30 Apr 2022 02:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri mahu mempertingkatkan prestasi diri bagi memperkemaskan lagi terjunan dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama Datuk Pandelela Rinong di Sukan SEA Hanoi, bulan depan. |
| Cuti lama, Aidilfitri lebih meriah di kampung Posted: 30 Apr 2022 12:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Sambutan Aidilfitri pada tahun ini memberi makna yang besar kepada umat Islam terutama bagi mereka yang berada di perantauan dan dapat pulang ke kampung halaman berikutan cuti panjang sehingga seminggu. |
| JDT, Ulsan terikat 1-1 separuh masa Posted: 30 Apr 2022 02:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Ulsan Hyundai terikat 1-1 sebaik berakhirnya separuh masa pertama saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor sebentar tadi. |
| 143 Rohingya ditahan selepas bot terkandas beting Posted: 30 Apr 2022 02:21 AM PDT PARIT BUNTAR: Seramai 143 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada etnik Rohingya dari Myanmar, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) sejurus bot yang membawa mereka terkandas pada beting pasir Perairan Kuala Kurau, pagi tadi. |
| Keluarga Malaysia di jemput hadir Rumah Terbuka PM 8 Mei Posted: 30 Apr 2022 02:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Seluruh Keluarga Malaysia dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli jemaah Menteri pada 8 Mei ini. |
| Tenang, bijak serap tekanan kunci kemenangan TFC Posted: 30 Apr 2022 02:23 AM PDT KUALA TERENGGANU: Ketenangan dan kesungguhan yang dipamerkan pemain adalah kunci utama kemenangan Terengganu FC (TFC) ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi. |
| 'Kami berhak menang ke atas Sri Pahang' Posted: 30 Apr 2022 02:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menegaskan pasukannya memang berhak menang ke atas Sri Pahang FC di Petaling Jaya, malam tadi berdasarkan persembahan ditampilkan skuad bimbingannya sepanjang 90 minit permainan. |
| Atas faktor keselamatan Trucha dinasihatkan cuti rehat Posted: 30 Apr 2022 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dinasihatkan supaya mengambil cuti rehat atas sebab keselamatan, kata kenyataan kelab berkenaan hari ini. |
| Op Pagar Laut hasilkan 32 tangkapan, rampasan RM10.6 juta Posted: 30 Apr 2022 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melancarkan Op Pagar Laut 1/2022 bagi mengukuhkan kawalan perairan negara dalam mengekang jenayah rentas sempadan pada musim perayaan Aidilfitri kali ini. |
| PM Australia kritik 'campur tangan' China Posted: 30 Apr 2022 02:06 AM PDT SYDNEY: Perdana Menteri Australia hari ini menuduh China mencampuri urusan politik luar, selepas menteri dalam negerinya menyifatkan pendedahan Beijing mengenai perjanjian keselamatan dengan Kepulauan Solomon dirancang untuk mempengaruhi pilihan raya Australia. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment