BH Online - Terkini |
- Tiada rumah terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Sabah
- Dana khas terbit kisah hidup bintang legenda
- Beijing bergelut lawan COVID-19, catat 34 kes baharu
- Fury tidak akan kembali bertinju
- Pesawah alami kerugian RM26.19 juta akibat banjir
- Sabah catat kes terendah bawah paras 50
- Maguire mungkin rehat panjang
- Kerajaan batal syarat vaksin bagi pemberian bantuan khas kewangan
- EU kecam hukuman penjara Suu Kyi
- Kanak-kanak dua tahun maut, lima cedera dalam kebakaran
- Kanada label serangan Russia sebagai pembunuhan beramai-ramai
- Emery lega hanya bolos dua gol
- Liverpool makin hampir ke final Liga Juara-Juara
- Keputusan Liga Juara-Juara UEFA
- Pengambilalihan Daya Materials sokong perkembangan PGB
- Botol kitar semula Spritzer hiasi EcoPark sempena Aidil Fitri
- TFC II benam UiTM FC
- JDT kembali cerahkan peluang mara aksi ACL
- Terima keputusan dengan hati yang berat - Kakak Nagaenthran
- Tak perlu lagi imbas QR kod masuk premis
- Tak wajib pelitup muka di luar, kawasan terbuka mulai Ahad ini
- Pemandu maut digilis bas sendiri
- JDT dahului Guangzhou 1-0 separuh masa
- Jenazah Meriammah dikebumikan di Petaling Jaya esok
- OKU dengan kenderaan PMA boleh guna lintasan pejalan kaki
- 40,000 tan sisa domestik Ramadan tahun ini, tertinggi sejak 2019
- Perlu terus berwaspada walaupun banyak kelonggaran SOP - Ismail Sabri
- Baki 50 pelarian Rohingya pernah tinggal di negara ini
- Tambunan dilanda banjir
- Tahanan narkotik lolos: 6 anggota polis direman
| Tiada rumah terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Sabah Posted: 27 Apr 2022 06:00 PM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini meskipun situasi COVID-19 semakin pulih. |
| Dana khas terbit kisah hidup bintang legenda Posted: 27 Apr 2022 05:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Dana Khas Dokumentari Bintang Nostalgia dilihat sebagai satu lagi inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam menghargai jasa dan sumbangan dicurahkan oleh penggiat industri perfileman bertaraf legenda. |
| Beijing bergelut lawan COVID-19, catat 34 kes baharu Posted: 27 Apr 2022 05:50 PM PDT BEIJING: China masih bergelut menangani penularan COVID-19 di negara itu selepas melaporkan 34 kes jangkitan tempatan baharu semalam, yang tertinggi sejak varian Omicron dikesan di ibu kota China itu minggu lalu. |
| Fury tidak akan kembali bertinju Posted: 27 Apr 2022 05:41 PM PDT LONDON: Tyson Fury menegaskan "wang sebanyak mana pun" tidak akan memujuknya kembali ke gelanggang selepas juara heavyweight WBC itu bersara berikutan kemenangan mengatasi Dillian Whyte. |
| Pesawah alami kerugian RM26.19 juta akibat banjir Posted: 27 Apr 2022 05:29 PM PDT KOTA BHARU: Seramai 1,365 pesawah terjejas teruk membabitkan kerugian sebanyak RM26.19 juta akibat tanaman padi yang diusahakan mereka musnah susulan banjir teruk Februari lalu. |
| Sabah catat kes terendah bawah paras 50 Posted: 27 Apr 2022 05:23 PM PDT KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes harian jangkitan COVID-19 di bawah paras 50 dengan 40 kes positif baharu dilaporkan, semalam. |
| Posted: 27 Apr 2022 05:19 PM PDT LONDON: Harry Maguire mungkin sudah bermain aksi terakhirnya musim ini selepas mengalami kecederaan lutut. |
| Kerajaan batal syarat vaksin bagi pemberian bantuan khas kewangan Posted: 27 Apr 2022 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membatalkan syarat vaksin COVID-19 bagi pemberian bantuan khas kewangan pada tahun ini. |
| EU kecam hukuman penjara Suu Kyi Posted: 27 Apr 2022 04:47 PM PDT BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menyelar hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah junta Myanmar terhadap pemimpin awam yang digulingkan, Aung San Suu Kyi adalah perbicaraan bermotifkan politik. |
| Kanak-kanak dua tahun maut, lima cedera dalam kebakaran Posted: 27 Apr 2022 04:40 PM PDT KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun maut manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, di sini, awal pagi tadi. |
| Kanada label serangan Russia sebagai pembunuhan beramai-ramai Posted: 27 Apr 2022 04:14 PM PDT KANADA: Parlimen Kanada sebulat suara menyifatkan serangan Russia di Ukraine sebagai pembunuhan beramai-ramai, berdasarkan bukti jelas menunjukkan jenayah perang sistemik dan besar-besaran terhadap kemanusiaan dilakukan oleh Moscow. |
| Emery lega hanya bolos dua gol Posted: 27 Apr 2022 04:09 PM PDT LIVERPOOL: Jurulatih Villarreal, Unai Emery lega apabila pasukannya akan ke perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu Liverpool berbekal defisit 2-0 selepas kekalahan di Anfield. |
| Liverpool makin hampir ke final Liga Juara-Juara Posted: 27 Apr 2022 03:35 PM PDT LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata Liverpool masih perlu "waspada" walaupun sudah selangkah ke final Liga Juara-Juara menerusi persembahan dominan apabila menang 2-0 mengatasi Villarreal pada separuh akhir pertama di Anfield sebentar tadi. |
| Keputusan Liga Juara-Juara UEFA Posted: 27 Apr 2022 02:58 PM PDT PARIS: Berikut keputusan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara sebentar tadi: |
| Pengambilalihan Daya Materials sokong perkembangan PGB Posted: 27 Apr 2022 11:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Propel Global Bhd (PGB) yakin pengambilalihan status penyenaraian Daya Materials Bhd akan menyokong rancangan pengembangan bagi kedua-dua perkhidmatan minyak dan gas (O&G) dan membina perniagaan perkhidmatan teknikalnya. |
| Botol kitar semula Spritzer hiasi EcoPark sempena Aidil Fitri Posted: 27 Apr 2022 11:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Mengambil semangat sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba, Spritzer EcoPark mengitar semula ribuan botol Air Mineral Asli Spritzer untuk dijadikan hiasan tradisional. |
| Posted: 27 Apr 2022 09:19 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFC II) mengutip tiga mata apabila menumpaskan UiTM FC 2-0 ada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini, sebentar tadi. |
| JDT kembali cerahkan peluang mara aksi ACL Posted: 27 Apr 2022 09:16 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) melonjak ke tangga kedua Kumpulan I selepas menewaskan Guangzhou FC dari China 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. |
| Terima keputusan dengan hati yang berat - Kakak Nagaenthran Posted: 27 Apr 2022 08:59 AM PDT IPOH: "Kami sedih dan menerima hukuman ini dengan hati yang sangat berat...kami terima Nagen sudah tidak bersama kami," kata Sharmila Dharmalingam. |
| Tak perlu lagi imbas QR kod masuk premis Posted: 27 Apr 2022 01:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak lagi mewajibkan orang ramai membuat imbasan kod QR menerusi aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis atau tempat awam lain, berkuat kuasa 1 Mei ini. |
| Tak wajib pelitup muka di luar, kawasan terbuka mulai Ahad ini Posted: 27 Apr 2022 01:27 AM PDT PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan, bermula Ahad ini. |
| Pemandu maut digilis bas sendiri Posted: 27 Apr 2022 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas ekspres maut digilis bas miliknya ketika membaiki kerosakan kenderaan itu berdekatan Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Klang, di sini petang tadi. |
| JDT dahului Guangzhou 1-0 separuh masa Posted: 27 Apr 2022 08:06 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang mendahului Guangzhou FC 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara bagi Kumpulan I , sebaik berakhir separuh masa pertama sebentar tadi. |
| Jenazah Meriammah dikebumikan di Petaling Jaya esok Posted: 27 Apr 2022 08:04 AM PDT SEREMBAN: Jenazah Meriammah Abdullah Basam, 29, wanita yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui di kawasan gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, akan dikebumikan pagi esok. |
| OKU dengan kenderaan PMA boleh guna lintasan pejalan kaki Posted: 27 Apr 2022 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang kurang upaya (OKU) dan individu mempunyai masalah kesihatan yang menggunakan Personal Mobility Aids (PMA) boleh menggunakan lintasan pejalan kaki di jalan raya bagi tujuan melintas jalan. |
| 40,000 tan sisa domestik Ramadan tahun ini, tertinggi sejak 2019 Posted: 27 Apr 2022 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 40,000 tan metrik sisa domestik dikutip di bandar raya ini pada hari ke-20 Ramadan tahun ini, meningkat berbanding 32,000 tan metrik tahun lalu. |
| Perlu terus berwaspada walaupun banyak kelonggaran SOP - Ismail Sabri Posted: 27 Apr 2022 07:29 AM PDT PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat digalakkan untuk terus berhati-hati kerana virus COVID-19 masih wujud di sekeliling ketika banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 diberikan. |
| Baki 50 pelarian Rohingya pernah tinggal di negara ini Posted: 27 Apr 2022 07:10 AM PDT ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan 50 daripada 61 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Rabu lalu dan masih bebas pernah tinggal dan bekerja di negara ini. |
| Posted: 27 Apr 2022 07:02 AM PDT TAMBUNAN: Kenaikan paras air Sungai Pegalan menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di daerah ini dilanda banjir, petang tadi. |
| Tahanan narkotik lolos: 6 anggota polis direman Posted: 27 Apr 2022 05:27 AM PDT GEORGETOWN: Enam anggota polis berpangkat Konstabel, Koperal dan Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang tahanan melarikan diri dari Balai Lokap Berpusat di Bayan Baru di sini, tengah malam tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment