Wednesday, April 13, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pemilik stesen minyak benar kenderaan asing isi RON95 berisiko digantung lesen

Posted: 13 Apr 2022 01:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Pengusaha stesen minyak yang membiarkan pemilik kenderaan termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95 berdepan tindakan digantung lesen perniagaan sehingga kes selesai disiasat.

Azmin Ali berjaya batal saman pengundi Gombak terhadapnya

Posted: 13 Apr 2022 02:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Bantuan khas Aidilfitri 8,000 penjawat awam Pahang

Posted: 13 Apr 2022 02:18 AM PDT

KUANTAN: Kerajaan Pahang melalui mesyuarat Majlis Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini, bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 berjumlah RM1,200 kepada 8,000 penjawat awam di negeri ini.

Calon kepimpinan Hong Kong akui pencalonan tanpa saingan 'tidak mudah'

Posted: 13 Apr 2022 02:17 AM PDT

HONG KONG: Bekas ketua keselamatan Hong Kong berkata, adalah "tidak mudah" untuk bertanding sebagai satu-satunya calon dalam pilihan raya bagi memilih pemimpin baharu di bandar itu.

JPA sedang pinda pekeliling berkaitan beri, terima hadiah

Posted: 12 Apr 2022 09:02 PM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini dalam rangka meminda Pekeliling Perkhidmatan berkaitan garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah.

Minuman keras, tembakau diseludup bersama barangan lain elak dikesan

Posted: 13 Apr 2022 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mematahkan cubaan menyeludup minuman keras melalui lima kontena yang dimuat bersama barangan campur.

Dipenjara 10 tahun, sebat kerana cederakan isteri

Posted: 12 Apr 2022 10:00 PM PDT

TAWAU: Seorang pemilik restoran dihukum penjara sepuluh tahun dan empat kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya yang didakwa curang

Kes langgar mati 8 remaja berbasikal lajak: Kerani dipenjara 6 tahun, denda RM6,000

Posted: 12 Apr 2022 08:06 PM PDT

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun mulai hari ini dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak, kira-kira lima tahun lalu.

Sri Lanka minta rakyat di luar negara hantar wang tunai

Posted: 13 Apr 2022 02:08 AM PDT

COLOMBO: Sri Lanka menggesa rakyatnya di luar negara menghantar wang ke rumah untuk membantu membayar harga makanan dan minyak yang sangat diperlukan selepas hutang asingnya dicatatkan berjumlah AS$51 bilion (RM215 bilion).

Jual tanah kerajaan: SPRM rakam percakapan

Posted: 13 Apr 2022 02:05 AM PDT

SERI ISKANDAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam kenyataan tiga saksi, bagi membantu siasatan penjualan tanah tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa, di sini.

Waris harap 'Tragedi Basikal Lajak' temui noktah

Posted: 13 Apr 2022 01:57 AM PDT

JOHOR BAHRU: Keluarga mangsa tragedi berdarah basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja lima tahun lalu, lega apabila kes berkenaan akhirnya menemui noktah selepas menanti sekian lama.

Filipina: Angka Korban Akibat Ribut Tropika Megi Meningkat 56

Posted: 13 Apr 2022 01:56 AM PDT

MANILA: Angka korban akibat ribut tropika Megi yang melanda Filipina sejak Ahad lalu meningkat kepada 56 termasuk 47 mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

460 kematian tiada hubung kait secara langsung dengan vaksin

Posted: 13 Apr 2022 01:55 AM PDT

PUTRAJAYA: Penilaian Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) terhadap 460 laporan kematian diterima mengenai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) serius, mendapati tiada kes berkenaan yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin COVID-19.

DBKL sita jualan warga asing

Posted: 13 Apr 2022 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan 14 sitaan barang jualan warga asing yang berniaga secara haram di Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara di sini, semalam.

'Terlalu berbahaya' untuk laluan kemanusiaan memindahkan orang ramai

Posted: 13 Apr 2022 01:48 AM PDT

KYIV: Ukraine menghentikan semua laluan kemanusiaan yang membenarkan pemindahan orang awam dari kawasan yang dilanda perang di negara itu.

Penjenayah 'solo' berdepan hukuman mati

Posted: 13 Apr 2022 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penjenayah 'solo' yang ditahan membunuh seorang pengawal keselamatan dalam kejadian samun di Puchong Prima, Subang Jaya dekat sini pada 11 Mac lalu, didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor dengan lapan pertuduhan, hari ini,

Gaji amah tidak kurang daripada gaji minimum - Saravanan

Posted: 13 Apr 2022 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gaji amah atau pembantu rumah warga Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada kadar gaji minimum yang terpakai di negara ini.

Hakim tinjau kondominium tempat Bella didera

Posted: 12 Apr 2022 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Sesyen bersama pihak yang terbabit dalam prosiding penganiayaan dan pengabaian terhadap seorang remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, melawat sebuah unit kondominium dekat Wangsa Maju di sini, yang juga tempat kejadian.

Lebih banyak firma Taiwan gantung operasi di China

Posted: 13 Apr 2022 01:26 AM PDT

BH13taiwan-o -- Dunia / Asia

Bayi perlu bantuan RM60,000 jalani pembedahan jantung

Posted: 13 Apr 2022 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia 52 hari memerlukan bantuan sejumlah RM60,000 bagi menjalani pembedahan jantung berlubang yang dikesan sejak lahir.

DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB

Posted: 12 Apr 2022 09:40 PM PDT

SUNGAI PETANI: Selepas dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu, lelaki yang dikenali sebagai DJ Wong, mencipta kejutan apabila muncul bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook tengah malam tadi, sebelum mengakhiri siaran itu lafaz cerai talak tiga terhadap isterinya.

Tingkat pengurusan ekonomi umat Islam menerusi kerjasama media - MAIWP

Posted: 13 Apr 2022 01:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat memperkukuhkan kerjasama dengan media bagi memacu rangkaian aspek pengurusan ekonomi umat Islam.

Perlindungan tambahan rapatkan jurang perlindungan takaful

Posted: 13 Apr 2022 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) baru-baru ini melancarkan FWD ADD Rider, perlindungan tambahan yang direka untuk menyediakan manfaat sekiranya meninggal dunia atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan (ADD) termasuk perbelanjaan perubatan, kewangan dan perlindungan penjagaan mental.

KLCCP Stapled Group jangka pemulihan progresif perniagaan

Posted: 12 Apr 2022 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: KLCCP Stapled Group menjangkakan untuk melihat pemulihan yang progresif dalam semua segmen perniagaannya seiring dengan peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April 2022, dalam persekitaran pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Misteri terungkai, 2 beranak dituduh kes penemuan rangka budak

Posted: 13 Apr 2022 12:09 AM PDT

SEREMBAN: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Malaysia raih hasil IPO tertinggi di ASEAN

Posted: 13 Apr 2022 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului negara-negara ASEAN lain dari segi hasil tawaran awam permulaan (IPO) pada suku pertama 2022 berikutan bursa dalam blok itu mencatatkan kemerosotan jumlah hasil tahun ke tahun sebanyak 57 peratus dalam tempoh itu, menurut Ernst & Young (EY).

Wee Kiong-Kian Meng kejutkan pilihan ketiga kejohanan

Posted: 13 Apr 2022 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Tan Wee Kiong-Tan Kian Meng mengejutkan pilihan ketiga kejohanan, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yaacob Rambitan untuk mengesahkan tiket ke pusingan kedua Masters Korea di Gwangju, hari ini.

Hukum Ahli Parlimen beruk, monyet, kera keterlaluan

Posted: 12 Apr 2022 09:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa tidak bersetuju dengan sebuah potret melakarkan suasana dalam Parlimen yang ahlinya dilukis terdiri daripada spesies primat dan amfibia.

Kerani boleh mohon tangguh hukuman, DAP sedia bantuan guaman

Posted: 13 Apr 2022 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kerani yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak lima tahun lalu, boleh memohon penangguhan hukuman sekiranya kebenaran merayu dibenarkan Mahkamah Rayuan.

Ambrin ada kuasa audit mutlak - saksi

Posted: 13 Apr 2022 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu yang bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mempunyai kuasa mutlak dalam proses penyediaan akhir Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template