BH Online - Terkini |
- Thailand mansuh saringan COVID-19 bulan depan
- Guardiola tabik Klopp, Liverpool
- Tekong bot karam belum ditemui
- Dua individu ditahan dekat Tuas
- Lelaki meninggal dunia di dapur
- Perdana Menteri raikan penjawat awam
- Pengendali rangkaian, MCMC masih bincang syarat kontrak 5G
- Kerjasama strategik China manfaatkan Malaysia - MITI
- Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh
- 1 dalam 13 orang di England menghidap COVID-19 minggu lalu
- Parlimen Pakistan bersidang esok untuk memutuskan nasib PM
- 3 lelaki terbabit 8 kes samun ditahan
- Sasa buru emas di negara kelahiran ibu bapanya
- Penguatkuasaan jualan petrol subsidi diperketat
- Data DNA bantu polis selesaikan kes rogol 12 tahun lalu
- Bapa dan anak cedera rumah terbakar
- Sesi tanpa penggiliran sekolah rendah bermula 17 dan 18 April
- Isu tunggakan gaji 'acara tahunan' Liga M
- Warga emas maut terperangkap dalam kebakaran
- Mantapkan kemudahan internet di TABIKA KEMAS
- Persampelan rawak kesan Omicron XE
- Cadangan naikkan elaun pembantu TABIKA KEMAS bakal dibawa ke Kabinet
- Pemilik stesen minyak kena tindakan penguatkuasaan
- Malaysia pilih berkecuali isu penggantungan keahlian Russia
- Tiga sahabat sesat ketika daki bukit ditemui selamat
- CEO Cradle Fund dibunuh - Pendakwaan
- 'Tangani krisis ekonomi atau berdepan usul undi tak percaya'
- 'Siti Bainun arah saya gigit perut Bella' - Saksi
- Lebih 30 terbunuh, 100 cedera dalam serangan di stesen keretapi api Ukraine
- Bapa sumbang 5 kipas untuk kelas anak
| Thailand mansuh saringan COVID-19 bulan depan Posted: 08 Apr 2022 08:55 AM PDT BANGKOK: Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa, bermula Mei, dalam usaha negara ini untuk memulihkan industri pelancongan. |
| Guardiola tabik Klopp, Liverpool Posted: 08 Apr 2022 08:16 AM PDT LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui tiada pasukan yang memberi tekanan maksimum kepadanya seperti dilakukan Liverpool yang dikendalikan Jurgen Klopp. |
| Tekong bot karam belum ditemui Posted: 08 Apr 2022 07:47 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pencarian tekong bot berusia 62 tahun yang hilang, selepas botnya karam dekat Pulau Kapas, Marang memasuki hari ketiga hari ini, tanpa sebarang petunjuk. |
| Dua individu ditahan dekat Tuas Posted: 08 Apr 2022 08:16 AM PDT SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana gagal berhenti di balai pelepasan imigresen, Pusat Pemeriksaan Tuas dan kesalahan lain. |
| Lelaki meninggal dunia di dapur Posted: 08 Apr 2022 08:04 AM PDT TUMPAT: Panggilan telefon tidak berjawab sejak beberapa hari lalu, membawa kepada penemuan jenazah seorang lelaki di dalam rumah. |
| Perdana Menteri raikan penjawat awam Posted: 08 Apr 2022 07:20 AM PDT PUTRAJAYA: Lebih 700 pegawai kerajaan dan penjawat awam pelbagai agensi diraikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana, malam ini. |
| Pengendali rangkaian, MCMC masih bincang syarat kontrak 5G Posted: 08 Apr 2022 07:26 AM PDT KUALA LUMPU: Kalangan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) masih dalam peringkat perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai Tawaran Akses Rujukan (RAO) yang menentukan terma kontrak bagi teknologi 5G. |
| Kerjasama strategik China manfaatkan Malaysia - MITI Posted: 08 Apr 2022 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerjasama strategik antara Malaysia dan China melalui Chongqing boleh membawa kepada pengembangan pasaran, perkongsian teknologi dan pelaburan rentas sempadan, terutamanya dalam membangunkan dan mengeluarkan bahagian dan komponen penting untuk kenderaan elektrik (EV) atau Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV). |
| Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh Posted: 08 Apr 2022 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini susulan sokongan belian di seluruh papan sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau, kata peniaga. |
| 1 dalam 13 orang di England menghidap COVID-19 minggu lalu Posted: 08 Apr 2022 07:00 AM PDT LONDON: Kira-kira satu dalam 13 orang di England, Wales dan Scotland menghidap COVID-19 minggu lalu, nisbah yang sama dengan minggu sebelumnya, anggaran rasmi menunjukkan pada hari ini. |
| Parlimen Pakistan bersidang esok untuk memutuskan nasib PM Posted: 08 Apr 2022 06:48 AM PDT ISLAMABAD: Parlimen Pakistan akan bersidang esok untuk mengundi bagi memecat Imran Khan sebagai perdana menteri, demikian menurut satu notis rasmi hari ini, sekaligus berpotensi memendekkan tempohnya sebagai pemimpin. |
| 3 lelaki terbabit 8 kes samun ditahan Posted: 08 Apr 2022 06:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menyelesaikan lapan kes samun yang berlaku di sekitar Cheras, Kajang dan Ampang dekat sini dengan penahanan tiga lelaki di sekitar Cheras, semalam. |
| Sasa buru emas di negara kelahiran ibu bapanya Posted: 08 Apr 2022 06:44 AM PDT KUALA TERENGGANU: Beraksi di bumi Vietnam pada pentas Sukan SEA 2021 edisi ke-31 bermula 12 hingga 23 Mei ini adalah detik yang dinanti-nantikan buat penembak kebangsaan, Alia Sazana Azahari. |
| Penguatkuasaan jualan petrol subsidi diperketat Posted: 08 Apr 2022 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Bekalan 1961 akan ditambah-baik untuk memperketat penguatkuasaan dan menangani ketirisan minyak petrol bersubsidi kepada warga asing. |
| Data DNA bantu polis selesaikan kes rogol 12 tahun lalu Posted: 08 Apr 2022 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelesaikan satu kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang 12 tahun lalu hasil data asid deoksiribonukleik (DNA). |
| Bapa dan anak cedera rumah terbakar Posted: 08 Apr 2022 05:44 AM PDT CHUKAI: Dua beranak cedera selepas rumah yang mereka diami di Kampung Tengah, di sini terbakar pagi tadi. |
| Sesi tanpa penggiliran sekolah rendah bermula 17 dan 18 April Posted: 08 Apr 2022 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan tanpa penggiliran bagi murid sekolah rendah akan dimulakan pada 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan pada 18 April bagi negeri kumpulan B, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. |
| Isu tunggakan gaji 'acara tahunan' Liga M Posted: 08 Apr 2022 05:29 AM PDT KATA orang, ada dua perkara yang sentiasa konsisten dalam Liga Malaysia (Liga M). Satu - Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi juara liga dan dua - isu tunggakan gaji. |
| Warga emas maut terperangkap dalam kebakaran Posted: 08 Apr 2022 05:33 AM PDT KUANTAN: Warga emas maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di tingkat dua Pangsapuri Medan Warisan, di sini, hari ini. |
| Mantapkan kemudahan internet di TABIKA KEMAS Posted: 08 Apr 2022 05:30 AM PDT TASEK GELUGOR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berusaha untuk meningkatkan capaian liputan internet membabitkan kira-kira 700 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan luar bandar, seluruh negara sepanjang tahun ini. |
| Persampelan rawak kesan Omicron XE Posted: 08 Apr 2022 05:21 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pensampelan rawak di pintu masuk antarabangsa, bagi mengesan kehadiran mutasi baharu varian Omicron, XE dalam kalangan pengembara memasuki negara. |
| Cadangan naikkan elaun pembantu TABIKA KEMAS bakal dibawa ke Kabinet Posted: 08 Apr 2022 04:36 AM PDT TASEK GELUGOR: Cadangan untuk menaikkan kadar elaun RM500 yang diterima kira-kira 10,000 pembantu Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ketika ini akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat. |
| Pemilik stesen minyak kena tindakan penguatkuasaan Posted: 08 Apr 2022 05:08 AM PDT KOTA BHARU: Seorang pemilik stesen minyak di Kampung Pintu Geng, di sini, dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana disyaki membenarkan pengisian petrol ke dalam tong tanpa kebenaran sah daripada pengawal bekalan. |
| Malaysia pilih berkecuali isu penggantungan keahlian Russia Posted: 08 Apr 2022 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mengundi untuk berkecuali dalam isu penggantungan keahlian Russia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) pada sesi khas ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam. |
| Tiga sahabat sesat ketika daki bukit ditemui selamat Posted: 08 Apr 2022 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga sahabat yang tersesat ketika mendaki bukit di kawasan Air Terjun Batu Asa, Hulu Langat dekat sini ditemui selamat, petang tadi. |
| CEO Cradle Fund dibunuh - Pendakwaan Posted: 08 Apr 2022 03:58 AM PDT SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bahawa kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, adalah sebab dibunuh dan bukan kerana kejadian kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara pada 2018. |
| 'Tangani krisis ekonomi atau berdepan usul undi tak percaya' Posted: 08 Apr 2022 04:20 AM PDT COLOMBO: Parti pembangkang utama Sri Lanka hari ini menggesa kerajaan menangani krisis ekonomi atau berdepan usul undi tidak percaya ketika ketua perniagaan dari pakaian sehingga teh dan industri lain memberi amaran bahawa eksport boleh menyusut sehingga 30 peratus tahun ini. |
| 'Siti Bainun arah saya gigit perut Bella' - Saksi Posted: 08 Apr 2022 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau menggigit perut seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella atas arahan pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali. |
| Lebih 30 terbunuh, 100 cedera dalam serangan di stesen keretapi api Ukraine Posted: 08 Apr 2022 03:07 AM PDT KYIV: Lebih 30 orang terbunuh dan 100 lagi tercedera dalam satu serangan roket Russia ke atas sebuah stesen kereta api, dekat timur Ukraine hari ini. |
| Bapa sumbang 5 kipas untuk kelas anak Posted: 08 Apr 2022 04:02 AM PDT SLIM RIVER: Perasaan bertanggungjawab untuk membantu memberi keselesaan kepada murid supaya dapat belajar dalam persekitaran kondusif, mendorong seorang bapa membeli lima kipas bagi kegunaan kelas anaknya di sekolah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment