BH Online - Terkini |
- Dua penyelam stabil, Kristine belum sedia beri keterangan
- Negara rosak kerana rasuah - Anwar
- Ahli Parlimen Pakistan 'bercakar' menjelang undi tidak percaya PM
- TFC azam bangkit benam JDT
- Jepun, Filipina intai kerjasama bidang pertahanan
- Pandu lalu untuk yang tak puasa
- Lelaki maut, anak melecur dalam kebakaran rumah
- Will Smith dilarang 10 tahun sertai Oscar
- Ribuan kenderaan diperiksa operasi besar-besaran di PJ
- Peniaga ayam tekad enggan dedah nama pemborong
- Saintis temukan fosil dinosaur berusia 66 juta tahun
- 'Ketagih' buruh murah punca gaji terus rendah
- Pegawai polis maut nahas
- 99 peratus kes baharu COVID-19 kategori satu dan dua
- Amy sayu terkenang arwah ibu
- Sri Pahang tuntut FAM hukum pengadil
- Johor minta bantuan Indonesia cari penyelam remaja warga Belanda
- Minyak masak paket 'licin' di Johor
- COVID-19: Hanya Selangor guna katil ICU lebih 50 peratus
- Johor biayai rawatan tiga penyelam warga asing
- Tragedi kebakaran, sambutan Ramadan dan Aidilfitri kini suram
- Lebih 77,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
- 'Dakwaan 10,000 rakyat Malaysia jadi PATI di Thailand tidak berasas'
- Harga saham Brahim's menjunam lebih 70 peratus
- Gatal badan rupanya petanda kanser limfoma
- Keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI: JAKIM tidak boleh keluar kenyataan - Sultan Selangor
- KPM tunggu laporan Lembaga Peperiksaan isu soalan SPM
- Piala Dunia: Khairulnizam raih tempat ke-27
- Arab Saudi benarkan sejuta jemaah tunai haji tahun ini
- 'Pindaan Perlembagaan, bentang RUU Anti Lompat Parti ambil kira semua pandangan'
| Dua penyelam stabil, Kristine belum sedia beri keterangan Posted: 09 Apr 2022 01:53 AM PDT MERSING: Dua penyelam warga asing yang ditemui selamat pada kedudukan 16 batu nautika utara Pulau Bintan, Indonesia berada dalam keadaan stabil dan masih bersemangat. |
| Negara rosak kerana rasuah - Anwar Posted: 09 Apr 2022 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru kes penyelewengan dana mencecah berbillion ringgit syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menunjukkan Malaysia semakin rosak, akibat rasuah berskala besar. |
| Ahli Parlimen Pakistan 'bercakar' menjelang undi tidak percaya PM Posted: 09 Apr 2022 01:37 AM PDT ISLAMABAD: Ahli Parlimen Pakistan 'bertelagah' pada persidangan Parlimen hari ini, menjelang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Imran Khan, yang berkemungkinan menyaksikannya dipecat daripada jawatan itu. |
| Posted: 09 Apr 2022 01:22 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kapten Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche mengakui cabaran sengit bakal menanti pasukannya apabila berdepan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, malam esok. |
| Jepun, Filipina intai kerjasama bidang pertahanan Posted: 09 Apr 2022 12:40 AM PDT TOKYO: Jepun dan Filipina hari ini bersetuju untuk mempertimbangkan bagi meluaskan lagi kerjasama dalam aspek pertahanan susulan ketegangan serantau dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine. |
| Pandu lalu untuk yang tak puasa Posted: 08 Apr 2022 01:07 AM PDT MELAKA: Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu restoran menyediakan khidmat pandu lalu kepada individu beragama Islam tidak berpuasa, di Peringit, tengah hari tadi. |
| Lelaki maut, anak melecur dalam kebakaran rumah Posted: 08 Apr 2022 04:07 PM PDT KUANTAN: Seorang lelaki maut, manakala anak lelakinya melecur dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Padang Perdana, Jalan Sungai Lembing, di sini malam tadi. |
| Will Smith dilarang 10 tahun sertai Oscar Posted: 08 Apr 2022 06:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Penganjur Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94, Akademi Seni Filem dan Sains mengambil tindakan tegas terhadap bintang terkemuka Hollywood, Will Smith dengan memutuskan larangan menyertai acara itu selama 10 tahun. |
| Ribuan kenderaan diperiksa operasi besar-besaran di PJ Posted: 08 Apr 2022 11:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu dan sekatan jalan raya (SJR) secara besar-besaran di enam lokasi membabitkan enam laluan utama sekitar daerah Petaling Jaya (PJ), dekat sini, tengah malam tadi. |
| Peniaga ayam tekad enggan dedah nama pemborong Posted: 09 Apr 2022 12:14 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sebilangan peniaga ayam di beberapa pasar utama sekitar negeri ini bertekad enggan mendedahkan nama pemborong bekalan, walaupun bakal dikenakan tindakan kerana menjual barangan keperluan itu melebihi harga ditetapkan. |
| Saintis temukan fosil dinosaur berusia 66 juta tahun Posted: 09 Apr 2022 12:09 AM PDT DAKOTA: Ahli paleontologi berjaya menemukan sebahagian fosil dinosaur pertama yang dipercayai terbunuh ketika asteroid besar melanda bumi 66 juta tahun lalu, di Tanis, Dakota Utara, Amerika Syarikat. |
| 'Ketagih' buruh murah punca gaji terus rendah Posted: 08 Apr 2022 10:58 PM PDT BANGI: Sikap syarikat yang 'ketagih' dengan buruh asing murah menyebabkan negara terus terbelenggu dengan isu penawaran gaji yang amat rendah sehingga kini. |
| Posted: 08 Apr 2022 11:50 PM PDT SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan polis maut dalam kemalangan di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE), tengah malam tadi. |
| 99 peratus kes baharu COVID-19 kategori satu dan dua Posted: 08 Apr 2022 08:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,878 atau 99.56 peratus daripada 14,944 kes baharu COVID-19 dicatatkan semalam adalah kategori satu dan dua, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. |
| Posted: 09 Apr 2022 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemergian ibu tersayang, Allahyarham Fatimah Idris yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada 1 Ogos, tahun lalu meninggalkan kesayuan di hati penyanyi otai, Amy Search. |
| Sri Pahang tuntut FAM hukum pengadil Posted: 08 Apr 2022 11:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC (SPFC) menuntut tindakan tegas termasuklah penggantungan tugas kepada pegawai perlawanan yang bertugas pada aksi antara pasukan itu berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Rabu lalu. |
| Johor minta bantuan Indonesia cari penyelam remaja warga Belanda Posted: 08 Apr 2022 11:46 PM PDT PASIR GUDANG: Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing. |
| Minyak masak paket 'licin' di Johor Posted: 08 Apr 2022 11:47 PM PDT JOHOR BAHRU: Minyak masak paket bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram (kg) habis di beberapa lokasi bandar raya ini sejak dua minggu lalu. |
| COVID-19: Hanya Selangor guna katil ICU lebih 50 peratus Posted: 08 Apr 2022 11:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Selangor satu-satunya negeri merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam. |
| Johor biayai rawatan tiga penyelam warga asing Posted: 08 Apr 2022 11:31 PM PDT PASIR GUDANG: Kerajaan Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemui selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing pada Rabu. |
| Tragedi kebakaran, sambutan Ramadan dan Aidilfitri kini suram Posted: 08 Apr 2022 10:12 PM PDT KUANTAN: Sambutan Ramadan dan Aidilfitri akan datang kini menjadi suram bagi seorang isteri bersama empat anak selepas ketua keluarga mereka terkorban dalam kebakaran rumah di Kampung Padang Perdana, Jalan Sungai Lembing, di sini, malam tadi. |
| Lebih 77,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 Posted: 08 Apr 2022 06:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 77,834 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. |
| 'Dakwaan 10,000 rakyat Malaysia jadi PATI di Thailand tidak berasas' Posted: 08 Apr 2022 11:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menyifatkan dakwaan 10,000 rakyat Malaysia menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Thailand selepas terkandas akibat penutupan sempadan berikutan pandemik COVID-19 sebagai tidak berasas. |
| Harga saham Brahim's menjunam lebih 70 peratus Posted: 07 Apr 2022 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Harga saham Brahim's Holdings Bhd menjunam sehingga 8.5 sen atau 73.91 peratus hari ini selepas pihak berkuasa menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh pelan penyusunan semula. |
| Gatal badan rupanya petanda kanser limfoma Posted: 08 Apr 2022 09:34 PM PDT KUBANG PASU: Ketika seluruh badan mengalami kegatalan dan digarunya sehingga luka, Noor Asyikin Abdul Aziz, 29, menyangka itu hanya alahan. |
| Keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI: JAKIM tidak boleh keluar kenyataan - Sultan Selangor Posted: 08 Apr 2022 10:23 PM PDT SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan sudah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), termasuk mengenai isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al- Haqqani. |
| KPM tunggu laporan Lembaga Peperiksaan isu soalan SPM Posted: 08 Apr 2022 10:45 PM PDT IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu laporan terperinci daripada Lembaga Peperiksaan berhubung penggunaan set soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang sama bagi peperiksaan sesi kedua, yang bermula Khamis lalu. |
| Piala Dunia: Khairulnizam raih tempat ke-27 Posted: 08 Apr 2022 10:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Atlet pelayaran berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy berjaya meletakkan namanya dalam kelompok 30 pelayar terbaik di Kejohanan Trofeo SAR Princess Sofea (Piala Dunia) yang berlangsung di Palma de Majorca, Sepanyol, awal pagi tadi. |
| Arab Saudi benarkan sejuta jemaah tunai haji tahun ini Posted: 08 Apr 2022 06:01 PM PDT RIYADH: Kerajaan Arab Saudi hari ini mengumumkan membenarkan sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara untuk melakukan ibadah itu bagi tahun ini. |
| 'Pindaan Perlembagaan, bentang RUU Anti Lompat Parti ambil kira semua pandangan' Posted: 08 Apr 2022 10:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Isnin ini bertujuan membolehkan sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan dikenakan terhadap Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment