Sunday, May 15, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Vietnam atau Indonesia lawan Harimau Muda di separuh akhir

Posted: 15 May 2022 07:28 AM PDT

HANOI: Vietnam atau Indonesia yang akan menjadi lawan Malaysia di separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Hanoi selepas kedua-dua pasukan itu muncul juara dan naib juara Kumpulan A.

ASEAN setuju iktiraf sijil vaksin COVID-19

Posted: 15 May 2022 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN bersetuju dengan Pengiktirafan Bersama Sijil Vaksin COVID-19 bagi memastikan perjalanan rentas sempadan yang lancar dan selamat.

Rafizi minta JPP PKR selesaikan masalah sistem undi

Posted: 15 May 2022 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, meminta Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) parti itu menyelesaikan segera masalah dan kelemahan dikenal pasti membabitkan sistem pengundian.

Pemandu halang laluan ambulans ada masalah pendengaran - Polis

Posted: 15 May 2022 05:21 AM PDT

KAMPAR: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang enggan memberi laluan kepada ambulans walaupun siren dibunyikan disahkan mengalami masalah pendengaran.

Selangor akan putuskan kedudukan taska, tadika

Posted: 15 May 2022 06:46 AM PDT

HULU SELANGOR: Satu mesyuarat khas bagi membincangkan penutupan taska, tadika dan pusat jagaan harian di Selangor susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan diadakan dalam masa terdekat.

Budak 3 tahun didera penjaga

Posted: 15 May 2022 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera selepas disyaki didera penjaganya di sebuah rumah di Pandan Perdana dekat sini, semalam.

Pekin, Mona bakal timang anak

Posted: 15 May 2022 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menanti, pelakon, Mona Allen, 37, berkongsi dirinya bakal bergelar ibu apabila disahkan hamil enam bulan.

Ziyad raih gangsa di Hanoi

Posted: 15 May 2022 05:56 AM PDT

HANOI: Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih gangsa dalam acara lontar peluru lelaki pada temasya Sukan SEA 2021, di sini, sebentar tadi.

Soal selidik tentukan aras baharu kemiskinan, pendapatan

Posted: 14 May 2022 11:22 PM PDT

KOTA BHARU: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjalankan soal selidik mengenai pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di seluruh negara yang dijangka siap hujung tahun ini.

Dr Noor Hisham beristighfar, kecewa sikap pemandu penting diri

Posted: 15 May 2022 03:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Astaghfirullah, masih ada pemandu yang pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak ambulans walaupun siren sudah lama dibunyikan di belakang kereta ini," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pelajar dakwa cedera dibuli senior

Posted: 15 May 2022 05:33 AM PDT

NILAI: Polis menerima tiga laporan semalam, berhubung kes pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di daerah ini yang mendakwa dicederakan pelajar senior.

Mike tepati ramalan raih emas di Hanoi

Posted: 15 May 2022 05:32 AM PDT

HANOI: Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menepati sasaran kem bina badan negara apabila meraih pingat emas dalam kategori 'athletics physique' pada penampilan pertama di temasya Sukan SEA di sini, sebentar tadi.

Asian Supply Base sedia kembang operasi di Sabah

Posted: 15 May 2022 05:25 AM PDT

LABUAN: Asian Supply Base Sdn Bhd dari Labuan bercadang untuk mengembangkan operasi perniagaannya ke kawasan tertentu di Sabah.

Elak ringgit ditambat langkah yang optimis, pragmatik

Posted: 15 May 2022 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tidak menambat ringgit walaupun mata wang Malaysia pada masa ini lemah adalah langkah optimis dan pragmatik berdasarkan sistem perbankan yang mempunyai permodalan yang baik.

13 terperangkap kepala air di Maran diselamatkan

Posted: 15 May 2022 04:24 AM PDT

KUANTAN: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 13 individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lubuk Ujik, Taman Che Minah Sayang, Maran, hari ini.

Penoreh getah maut nahas tiga kenderaan

Posted: 15 May 2022 05:13 AM PDT

JERTIH: Seorang penoreh getah maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 116 Jalan Kuala Terengganu-Kelantan sempadan Bukit Yong, Besut di sini, semalam.

Sharifah- Nurashimah raih perak sukan petanque

Posted: 15 May 2022 05:09 AM PDT

HANOI: Perasaan atlet petanque wanita negara, Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali bercampur baur pada aksi final acara double meskipun berjaya mengubah warna pingat di Sukan SEA 2021, di sini, sebentar tadi.

Lulus pindaan Perlembagaan bukti kesepakatan UMNO

Posted: 15 May 2022 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan UMNO yang sebulat suara diluluskan hari ini disifatkan oleh ramai pemimpin parti sebagai suara keramat akar umbi yang mahukan kestabilan parti terus kekal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pahang, CIVD meterai MoU industri karavan

Posted: 15 May 2022 04:38 AM PDT

KUANTAN: Kerajaan Pahang memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Caravaning Industry Association (CIVD) yang berpangkalan di Jerman bagi membangunkan industri pembuatan karavan di negeri ini.

3 maut, 25,000 orang terjejas banjir di Assam, India

Posted: 15 May 2022 04:25 AM PDT

NEW DELHI: Hujan berterusan sehingga mengundang banjir kilat di Assam dekat timur laut India, menenggelamkan kawasan rendah dan jalan raya di negeri, kata seorang pegawai hari ini.

Britain dakwa Russia hilang satu pertiga jumlah tentera di Ukraine

Posted: 15 May 2022 04:19 AM PDT

LONDON: Russia berkemungkinan hilang satu pertiga jumlah tentera darat yang dikerahkan ke Ukraine, dakwa perisikan tentera British hari ini.

Bakti guru nadi transformasi pendidikan

Posted: 15 May 2022 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Khidmat bakti, pengorbanan dan usaha guru negara ini yang menjadi pendukung utama pelbagai transformasi pendidikan terutama ketika pandemik COVID-19, wajar dikenang serta dihargai semua pihak.

Pindaan perlembagaan UMNO tidak pengaruhi tarikh PRU

Posted: 15 May 2022 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR : Pindaan Perlembagaan UMNO berkaitan pemilihan parti tidak mempengaruhi penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia membabitkan proses yang berbeza.

KASA selesai buat penilaian tangani banjir di Janda Baik

Posted: 15 May 2022 04:07 AM PDT

NIBONG TEBAL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sudah melakukan penilaian bagi kerja-kerja pembaikan dan penambahbaikan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Pindaan perlembagaan berkaitan pemilihan UMNO diluluskan

Posted: 15 May 2022 12:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini meluluskan secara rasminya usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Pemandu van maut nahas rempuh treler

Posted: 15 May 2022 03:59 AM PDT

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu van yang dalam perjalanan mengambil penumpang untuk ke tempat kerja, maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Tikam Batu-Kota Kuala Muda dekat sini, hari ini.

Terengganu bakal miliki kilang makanan ternakan

Posted: 14 May 2022 09:36 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal mengeluarkan makanan ternakan selepas sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta bersetuju melabur sebanyak RM20 juta untuk pembinaan kilang di Bukit Kor, Marang.

Pemilihan PKR 2022: Ahli keluar mengundi terlalu rendah setakat ini

Posted: 15 May 2022 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jumlah ahli parti yang keluar mengundi secara fizikal pada Pemilihan PKR 2022 yang memasuki hari ketiga masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pemilihan pada 2018, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa.

Rachel pertahan emas gimnastik artistik Farah Ann

Posted: 15 May 2022 03:47 AM PDT

HANOI: Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen boleh tersenyum lebar dalam penampilan kedua Sukan SEA 2021 di sini hari ini, selepas meraih pingat emas dalam acara palang tidak sejajar.

Wanita maut ditimpa serpihan patung di kuil

Posted: 15 May 2022 03:43 AM PDT

IPOH: Seorang wanita maut ditimpa serpihan patung yang terjatuh dari atas kuil ketika upacara ritual di Buntong, di sini kira-kira 9.50 pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template