Monday, May 16, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Wan Khair Amir pilihan Mira Filzah, suami

Posted: 16 May 2022 09:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suami mengumumkan nama putera kesayangan mereka iaitu Wan Khair Amir Wan Emir Astar, melalui perkongsian di Instagram (IG), malam tadi.

PM sertai 10,000 hadirin ke majlis Aidilfitri KUSKOP

Posted: 16 May 2022 07:55 AM PDT

SHAH ALAM: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang dihadiri kira-kira 10,000 jemputan.

Banjir landa 3 negeri, satu PPS dibuka di Kedah

Posted: 16 May 2022 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.

Seri Paduka berangkat menghadap Presiden UAE baharu di Dubai

Posted: 16 May 2022 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Mushrif di Abu Dhabi.

Buli: polis ambil keterangan 30 pelajar sekolah agama

Posted: 16 May 2022 08:00 AM PDT

SEREMBAN: Polis sudah mengambil keterangan 30 pelajar dari sebuah sekolah agama berasrama penuh di Labu, di sini, bagi membantu siasatan susulan dakwaan pelajar cedera dibuli pada Jumaat lalu.

88 pendaki terperangkap tragedi kepala air diselamatkan

Posted: 16 May 2022 07:45 AM PDT

Melaka: Semua 88 pendaki yang terperangkap di kawasan air terjun Laman Tiga Budaya di Asahan, Jasin, susulan fenomena kepala air hari ini, diselamatkan pasukan bomba.

Penerbangan dilencongkan, 191 penumpang terkandas 5 jam dalam pesawat

Posted: 16 May 2022 06:56 AM PDT

BAYAN LEPAS: Seramai 191 penumpang terkandas hampir lima jam dalam pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pagi tadi selepas penerbangan dinaiki mereka dilencongkan akibat cuaca buruk.

Tembok dilanggar Myvi hempap 2 gerai

Posted: 16 May 2022 07:36 AM PDT

SEREMBAN: Seorang peniaga gerai cedera pada kepala dan tangan selepas terkena zink selepas tembok dinding dari tingkat sembilan ruang parkir runtuh gara-gara dilanggar sebuah kereta petang tadi.

Harimau Muda jumpa Vietnam separuh akhir

Posted: 16 May 2022 07:14 AM PDT

HANOI: Skuad 'Harimau Muda' sah akan berdepan pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam dalam saingan separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2021 di sini, Khamis ini.

Kemarau pingat 11 tahun skuad berbasikal bukit berakhir

Posted: 16 May 2022 06:12 AM PDT

HANOI: Selepas 11 tahun kemarau pingat, skuad berbasikal bukit wanita negara memperagakan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan dua pingat pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.

Hoe Yea raih dua perak dari kolam renang

Posted: 16 May 2022 07:24 AM PDT

HANOI: Skuad renang negara akhirnya berjaya menuai pingat pada temasya Sukan SEA ke-31, dengan hampir membutirkan emas pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Bomba jumpa anggota badan dipercayai pendaki Gunung Suku

Posted: 15 May 2022 11:20 PM PDT

IPOH: Pasukan penyelamat menemukan anggota badan manusia dipercayai milik salah seorang daripada dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, semalam.

Aktiviti mendaki Gunung Suku dihenti sementara

Posted: 16 May 2022 03:57 AM PDT

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menutup sementara kebenaran mendaki Gunung Suku dekat Hutan Simpan Bukit Kinta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini.

BERSATU Terengganu 'intai' 10 kerusi DUN UMNO

Posted: 16 May 2022 03:37 AM PDT

MARANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri mengumumkan untuk meletakkan calonnya di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pemandu e-hailing ditahan angkut 7 PATI

Posted: 16 May 2022 04:53 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang pemandu e-hailing sanggup memandu sejauh kira-kira 150 kilometer dari Pulau Pinang ke Bukit Kayu Hitam, dekat sini, semata-mata demi tugas lumayan sebagai 'tekong darat' ditawarkan sindiket penyeludupan manusia.

Pelancong mula meriahkan ibu kota

Posted: 16 May 2022 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ibu negara kembali meriah dengan kehadiran pelancong luar negara dan penduduk tempatan yang bersiar-siar, bersempena dengan cuti Hari Wesak, hari ini.

Berita baik untuk guru duka lara - NUTP

Posted: 16 May 2022 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan guru membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun disifatkan langkah penyelesaian terbaik menangani isu guru duka lara.

Masalah sistem ADIL: JPP boleh batal keputusan undi

Posted: 16 May 2022 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR 2022 boleh membatalkan keputusan pengundian sekali gus melakukan semula proses itu bagi mana-mana cabang atau sektor sekiranya terbukti wujud kelemahan pada sistem aplikasi ADIL seperti didakwa.

Kurangkan kerugian, bukan 'bailout' Sapura Energy - Tun M

Posted: 16 May 2022 05:35 AM PDT

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan gesaan supaya kerajaan menyelamatkan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) yang berdepan masalah kewangan.

Nor Sarah raih pingat emas ke-19 negara

Posted: 16 May 2022 05:28 AM PDT

HANOI: Nor Sarah Adi menjelmakan pingat emas ke-19 buat kontinjen negara menerusi acara lompat bergalah pada temasya Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, di sini, sebentar tadi.

Kedah kian kesuntukan masa untuk bangkit

Posted: 16 May 2022 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perlawanan berdepan penyandang naib juara liga semestinya menjadi satu perlawanan yang mendebarkan buat mana-mana pasukan, namun tidak pada musim ini kerana segala-galanya jauh berbeza.

Peluang Sabah FC naik tiga teratas liga

Posted: 16 May 2022 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sabah FC berpeluang untuk kembali berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super dengan syarat menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam esok.

Queenie terlepas emas, Rayzam menghampakan

Posted: 16 May 2022 05:11 AM PDT

HANOI: Atlet lempar cakera wanita negara, Queenie Ting hampir berjaya menghadiahkan emas buat kontinjen negara di sini, sebentar tadi, sebelum terpaksa berpuas hati dengan perak selain memperbaharui rekod kebangsaan miliknya.

Hafiz cipta kejutan raih perak sukan menembak

Posted: 16 May 2022 05:10 AM PDT

HANOI: Biarpun sudah lima tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa, atlet menembak lelaki negara, Hafiz Adzha menunjukkan beliau masih belum kehilangan taring apabila mencipta kejutan merangkul pingat perak acara 25 meter (m) 'rapid fire pistol' Sukan SEA ke-31, hari ini.

Kontraktor sambilan ditahan dera kanak-kanak 3 tahun

Posted: 16 May 2022 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor sambilan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dijaganya.

Kejayaan raih perak skuad ping pong membanggakan

Posted: 16 May 2022 04:55 AM PDT

HANOI: Jurulatih pingpong negara, Beh Lee Wei berkata kejayaan anak buahnya mara ke final acara berpasukan lelaki memberi petanda yang baik untuk masa depan sukan terbabit.

'Bukan rezeki saya'

Posted: 16 May 2022 04:54 AM PDT

HANOI: "Bukan rezeki saya untuk lompat jauh tapi akan bangkit dalam acara lompat kijang,". Itu azam atlet olahraga negara, Andre Anura Anuar selepas gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian 2019 dengan meraih perak di Sukan SEA 2021 di sini, semalam.

Skuad Harimau Muda terlepas peluang

Posted: 16 May 2022 04:04 AM PDT

HANOI: Malaysia melepaskan peluang untuk mengesahkan status juara Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2021 apabila terikat 2-2 dengan Kemboja dalam aksi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.

Tujuh pelajar cedera, trauma kena buli

Posted: 16 May 2022 04:02 AM PDT

SEREMBAN: Sekurang-kurangnya tujuh pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah agama di sini, mengalami kecederaan dan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan.

Beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan banjir

Posted: 16 May 2022 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar Selangor dan Negeri Sembilan ditenggelami banjir susulan hujan lebat berterusan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template