BH Online - Terkini |
- Bekas ADUN Sungai Udang meninggal dunia
- 9 menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
- 'Skuad Harimau Muda, bawa pulang pingat gangsa'
- Skuad gimrama tak puas hati biarpun capai sasaran
- Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan perintah tahanan rumah
- Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi
- Sabah pastikan kekal bebas penyakit kuku, mulut
- Skuad badminton gagal pertahan emas perseorangan lelaki wanita
- Selepas capai 36 emas, Azmi kini sasar 42
- MP Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
- Zii Jia, Liew berentap di separuh akhir Terbuka Thailand
- Hati berdebar selepas temui selipar ayah
- Pemilihan PKR 2022: Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
- Ketepi perbezaan politik demi kepentingan Islam - Noh
- Hershey buka pusat R&D baharu di Johor
- Ribuan penumpang LRT tidak dapat teruskan perjalanan
- Sambutan Aidilfitri UMNO Terengganu meriah
- PN setuju bincang pembahagian kerusi lebih awal
- PM yakin Dr Kamarul Zaman dapat jalankan tugas pegawai khas
- Kekurangan cip: Jualan kenderaan pada April susut 23 peratus
- Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS
- 'Fungsi jantung tinggal 10 peratus'
- Hati berdebar apabila jumpa selipar ayah
- Sasaran 36 emas Sukan SEA akhirnya berjaya di capai
- Kes bunuh Altantuya: 30 Ogos keputusan kes saman RM100 juta
- Sasar kumpul 25,000 usahawan wanita untuk dibimbing
- UPSI laksanakan Sekolah Pintar Dari Rumah bantu calon peperiksaan
- Pemandu lori maut tersepit kenderaan dihempap pokok tumbang
- Skuad renang negara di Hanoi perlu bangkit segera
- Muthu terkilan biarpun olahraga capai sasaran di Hanoi
| Bekas ADUN Sungai Udang meninggal dunia Posted: 20 May 2022 05:52 AM PDT MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Noordin Yaani, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, di sini hari ini akibat sakit tua. |
| 9 menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka Posted: 20 May 2022 05:51 AM PDT NEW DELHI: Sembilan menteri baharu mengangkat sumpah hari ini di Sri Lanka ketika kerajaan gabungan semua parti cuba memulihkan ketenteraman negara yang dilanda krisis kewangan. |
| 'Skuad Harimau Muda, bawa pulang pingat gangsa' Posted: 20 May 2022 05:41 AM PDT HANOI: Selepas gagal mara ke pentas akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-31, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberikan kata-kata semangat kepada skuad Harimau Muda agar tidak terbawa-bawa kekecewaan itu dalam aksi penentuan pingat gangsa. |
| Skuad gimrama tak puas hati biarpun capai sasaran Posted: 20 May 2022 05:40 AM PDT HANOI: Skuad gimnastik berirama (gimrama) negara masih belum berpuashati dengan prestasi dipamerkan mereka pada temasya Sukan SEA 2021 walaupun sudah mencapai sasaran dua emas. |
| Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan perintah tahanan rumah Posted: 20 May 2022 05:37 AM PDT LONDON: Bekas Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Al-Hussein, dikenakan perintah tahanan rumah, sekali gus mengehadkan pergerakan dan komunikasinya. |
| Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi Posted: 20 May 2022 04:14 AM PDT CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini, awal pagi semalam. |
| Sabah pastikan kekal bebas penyakit kuku, mulut Posted: 20 May 2022 05:20 AM PDT KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi mengelak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang membelenggu negara jiran Indonesia daripada merebak ke Sabah. |
| Skuad badminton gagal pertahan emas perseorangan lelaki wanita Posted: 20 May 2022 05:19 AM PDT HANOI: Pemain muda badminton negara gagal mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2021 di Gimnasium Bac Giang di sini, sebentar tadi, selepas cabaran mereka berakhir pada peringkat suku akhir. |
| Selepas capai 36 emas, Azmi kini sasar 42 Posted: 20 May 2022 05:18 AM PDT HANOI: Penantian sasaran pingat emas ke-36 amat bermakna bukan saja buat Malaysia, malah ia turut menyentuh hati Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Vietnam 2021, Datuk Nur Azmi Ahmad. |
| MP Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak Posted: 20 May 2022 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan, bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang dihadapinya. |
| Zii Jia, Liew berentap di separuh akhir Terbuka Thailand Posted: 20 May 2022 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Liew Daren akan bertembung sesama sendiri pada aksi separuh akhir badminton Terbuka Thailand di Bangkok, esok. |
| Hati berdebar selepas temui selipar ayah Posted: 20 May 2022 05:01 AM PDT CHUKAI: "Hati saya mula berdebar selepas menemui selipar mereka ada di tepi pantai. Kami adik-beradik mencari ayah sekitar kawasan itu, namun tidak menemuinya dan keadaan itu menyebabkan kami syak mereka mandi di situ," kata Muhammad Usaamah Ahmad Qarib,19, selepas ibu dan ayahnya dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, pagi tadi. |
| Pemilihan PKR 2022: Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP Posted: 20 May 2022 04:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga hari ini. |
| Ketepi perbezaan politik demi kepentingan Islam - Noh Posted: 20 May 2022 04:52 AM PDT TANJONG KARANG: Pemimpin kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri harus mengetepikan sebarang perbezaan fahaman politik untuk membuka laluan kerjasama dalam isu membabitkan kepentingan umat Islam. |
| Hershey buka pusat R&D baharu di Johor Posted: 20 May 2022 04:31 AM PDT KUALA LUMPUR: The Hershey Company mengumumkan pembukaan Pusat Pembangunan & Penyelidikan (R&D) baharunya yang terletak di Johor. |
| Ribuan penumpang LRT tidak dapat teruskan perjalanan Posted: 20 May 2022 04:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Ribuan penumpang yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) pada petang ini mengalami penangguhan perjalanan selepas perkhidmatan awam itu mengalami gangguan dan terpaksa dihentikan. |
| Sambutan Aidilfitri UMNO Terengganu meriah Posted: 20 May 2022 03:04 AM PDT KUALA TERENGGANU: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berlangsung penuh meriah di Terengganu Equestrian Resort (TER), di sini hari ini. |
| PN setuju bincang pembahagian kerusi lebih awal Posted: 20 May 2022 04:23 AM PDT PAGOH: Perikatan Nasional (PN) mahu pembahagian kerusi membabitkan parti gabungannya diadakan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). |
| PM yakin Dr Kamarul Zaman dapat jalankan tugas pegawai khas Posted: 20 May 2022 04:21 AM PDT KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang dilantik sebagai pegawai khasnya dalam soal dasar dapat menjalankan tugasnya dengan baik. |
| Kekurangan cip: Jualan kenderaan pada April susut 23 peratus Posted: 20 May 2022 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan pada April susut 23 peratus kepada 56,213 unit, berbanding 73,222 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. |
| Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS Posted: 20 May 2022 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit menyaksikan urus niaga lebih positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup mengukuh pada Jumaat susulan peningkatan sentimen selepas China bertindak menurunkan kadar faedah utama bagi merangsang ekonominya, kata penganalisis. |
| 'Fungsi jantung tinggal 10 peratus' Posted: 19 May 2022 05:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Dari hujung talian terdengar sayup suara penulis lirik terkenal ini menjawab salam. Walaupun nadanya agak lemah, namun Bob Lokman tetap menggagahkan diri menjawab panggilan BH. |
| Hati berdebar apabila jumpa selipar ayah Posted: 20 May 2022 04:09 AM PDT CHUKAI: "Hati saya mula berdebar selepas menemui selipar mereka di tepi pantai itu. |
| Sasaran 36 emas Sukan SEA akhirnya berjaya di capai Posted: 20 May 2022 04:09 AM PDT HANOI: Sasaran 36 pingat emas kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 berjaya dicapai di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, dekat sini, sebentar tadi, menerusi acara karate kumite berpasukan lelaki. |
| Kes bunuh Altantuya: 30 Ogos keputusan kes saman RM100 juta Posted: 20 May 2022 04:06 AM PDT SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006. |
| Sasar kumpul 25,000 usahawan wanita untuk dibimbing Posted: 20 May 2022 03:15 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menetapkan sasaran mengumpul seramai 25,000 usahawan wanita untuk dibimbing menerusi Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM sehingga penghujung tahun ini. |
| UPSI laksanakan Sekolah Pintar Dari Rumah bantu calon peperiksaan Posted: 20 May 2022 03:59 AM PDT TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program Persekolahan Pintar dari Rumah (UPSI Smart Home Schooling) yang membabitkan seramai 3,150 pelajar daripada 23 sekolah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi membantu memartabatkan mutu pendidikan di negeri Perak. |
| Pemandu lori maut tersepit kenderaan dihempap pokok tumbang Posted: 20 May 2022 03:37 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandu dihempap pokok tumbang di Jalan Sri Wangi 1/5, kawasan perindustrian Desa Plentong di Masai, petang ini. |
| Skuad renang negara di Hanoi perlu bangkit segera Posted: 20 May 2022 03:46 AM PDT HANOI: Program renang kebangsaan kini berdepan dilema dan perlu berhati-hati dalam memilih arah yang hendak dituju bagi membangkitkan semula nama Malaysia dalam sukan itu. |
| Muthu terkilan biarpun olahraga capai sasaran di Hanoi Posted: 20 May 2022 03:45 AM PDT HANOI: Walaupun berjaya menepati sasaran lima emas, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu mengakui sedikit terkilan selepas beberapa lagi emas 'bonus' tidak dapat diraih pada Sukan SEA 2021 di sini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment