Saturday, May 21, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lebih 900 individu terkemuka AS dilarang memasuki Russia

Posted: 21 May 2022 04:08 PM PDT

MOSCOW: Russia menyenaraikan 963 individu terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), termasuk Presiden Joe Biden, Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan pelakon Hollywood, Morgan Freeman dilarang memasuki negara itu.

Zii Jia ke final Terbuka Thailand

Posted: 21 May 2022 08:44 AM PDT

BANGKOK: Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Impact Arena di sini hari ini.

Pegawai perubatan ditemukan maut di bilik hotel

Posted: 21 May 2022 07:48 AM PDT

PORT DICKSON: Seorang pegawai perubatan disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik hotel di Pasir Panjang, di sini, semalam.

PM hadir rumah terbuka Tentera Darat

Posted: 21 May 2022 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam ini.

Jurulatih wushu ditahan kes amang seksual atlet

Posted: 21 May 2022 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih wushu ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas atlet di bawah kendaliannya.

Emas acara beregu campuran dalam tangan

Posted: 21 May 2022 07:50 AM PDT

HANOI: Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Jual sebahagian tanah biayai projek litar Sungai Petani - MB

Posted: 21 May 2022 07:36 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bercadang menjual sebahagian tanah yang akan dibangunkan litar lumba di Sungai Petani, dekat sini, untuk mendapatkan dana bagi membiayai kos pembinaan litar itu.

De Bruyne Pemain Terbaik EPL musim ini

Posted: 21 May 2022 07:19 AM PDT

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne dinamakan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2021-22 kata pengendali liga itu sebentar tadi.

Pemansuhan AP boleh hapus aktiviti kartel - Pakar ekonomi

Posted: 21 May 2022 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemansuhan permit import (AP) bagi bahan makanan, secara tidak langsung akan dapat menghapuskan aktiviti kartel di Malaysia, kata pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Mbappe dilapor kekal di PSG

Posted: 21 May 2022 07:04 AM PDT

PARIS: Kylian Mbappe didakwa mengambil keputusan untuk terus kekal di Paris St Germain, lapor akhbar Perancis, L'Equipe sebentar tadi.

Thailand berterima kasih kepada Malaysia

Posted: 21 May 2022 07:00 AM PDT

BANGKOK: Dengan kemajuan ketara yang dicapai sejak akhir-akhir ini, Thailand mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas peranannya sebagai fasilitator kepada rundingan damai dalam menamatkan konflik di selatan Thailand sejak berpuluh dekad.

Wartawan wanita Afghanistan enggan tutup wajah ketika bersiaran

Posted: 21 May 2022 06:46 AM PDT

KABUL: Penyampai berita wanita stesen televisyen utama Afghanistan melanggar arahan Taliban dengan mengingkari peraturan menutup wajah mereka ketika bersiaran.

Kerajaan UK disaman kerana guna sarung tangan Malaysia

Posted: 21 May 2022 06:37 AM PDT

LONDON: Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) akan mendengar tuntutan sebuah kumpulan yang menentang langkah berterusan kerajan UK menggunakan sarung tangan pakai buang buatan syarikat Malaysia yang didakwa mengamalkan buruh paksa.

Kepulangan Syafiq tak beri kesan pada Kedah

Posted: 21 May 2022 06:17 AM PDT

ALOR SETAR: Pasukan Kedah tidak terkesan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana masih mempunyai pemain lain yang berkualiti dalam Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Pilihan raya umum Australia: Morrison akui kekalahan

Posted: 21 May 2022 06:26 AM PDT

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mengakui kekalahan kepada calon pembangkang dari Parti Buruh, Anthony Albanese, walaupun proses pengiraan undi selepas pilihan raya umum hari ini belum tamat.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin COVID-19

Posted: 21 May 2022 06:24 AM PDT

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kekal dengan pendirian ditetapkan berhubung isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) kerana menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Ambil vaksin sebelum ke negara dilanda cacar monyet

Posted: 21 May 2022 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini yang berhasrat melawat negara dilanda wabak cacar monyet atau monkeypox dinasihat mendapatkan vaksin sebagai perlindungan daripada dijangkiti virus penyakit itu.

ISTAF perkenal regu campuran 1 lelaki, 2 wanita

Posted: 21 May 2022 04:12 AM PDT

HANOI: Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menetapkan acara baharu campuran akan membabitkan seorang pemain lelaki dan dua wanita bagi antara regu, manakala jantina dua pemain simpanan acara itu bergantung kepada strategi jurulatih masing-masing

Marceeta tekad bangkit di Sukan Komanwel

Posted: 21 May 2022 05:49 AM PDT

HANOI: Selepas gagal menghadiahkan sekurang-kurangnya gangsa kepada kontinjen negara, atlet angkat berat wanita negara, Marceeta Marlyne Marcus berazam untuk bangkit semula di Sukan Komanwel Birmingham dengan catatan angkatan lebih tinggi.

Jurulatih JDT II enggan salahkan pemain

Posted: 21 May 2022 05:48 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Raul Mariano enggan menyalahkan anak buahnya selepas terlepas peluang mengutip sekurang-kurangnya satu mata ketika bertemu Terengganu FC II (TFC II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam.

Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia rendah - Dr Noor Hisham

Posted: 21 May 2022 05:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.

310 bakal jemaah haji dari Melaka antara kumpulan pertama

Posted: 21 May 2022 05:42 AM PDT

MELAKA: Seramai 310 bakal jemaah haji dari Melaka antara kumpulan pertama yang berangkat ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada 4 Jun depan.

Skuad karate membanggakan, konsisten di Hanoi

Posted: 21 May 2022 05:29 AM PDT

HANOI: Skuad karate negara adalah contoh terbaik untuk konsistensi di Sukan SEA.

Kok Leong berpeluang tambah satu lagi emas snuker

Posted: 21 May 2022 05:28 AM PDT

HANOI: Lim Kok Leong berpeluang menambah koleksi pingat emas peribadinya pada Sukan SEA 2021 apabila berjaya mara ke final acara snuker perseorangan lelaki esok.

Golf Kejuaraan KIA turut disertai pemenang emas Sukan SEA

Posted: 21 May 2022 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Golf Kejuaraan KIA yang julung kali diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, dekat sini, menyaksikan Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM) kembali dilangsungkan selepas berehat sejak April lalu susulan Ramadan.

KLBA mahu lahirkan pemain miliki ketahanan mental, fizikal

Posted: 21 May 2022 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) berhasrat melahirkan lebih ramai jaguh badminton yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal bagi menyertai kejohanan besar pada masa depan.

Mercedes belum mengalah pertahan kejuaraan

Posted: 21 May 2022 05:15 AM PDT

BARCELONA: Mercedes masih belum mengalah dalam usaha mempertahankan gelaran pengeluar Formula Satu (F1) walaupun mengharungi permulaan musim yang sukar, kata pengarah teknikal pasukan, Mike Elliott hari ini.

42 dipindahkan akibat banjir di Lawas

Posted: 21 May 2022 05:12 AM PDT

KUCHING: Seramai 42 penduduk di empat kampung di sekitar Lawas, dekat sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman masing-masing dilanda banjir, hari ini.

Lelaki ditahan tipu RM560,000 urusan jual beli emas

Posted: 21 May 2022 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas memperdaya seorang wanita dalam urusan jual beli emas sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM560,000.

PJM mampu jana jualan RM500 bilion tahun ini - Alexander

Posted: 21 May 2022 04:48 AM PDT

SIBU: Program Jualan Malaysia (PJM) yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara, dijangka mampu menjana serta menyumbang kepada sasaran nilai jualan sebanyak RM500 bilion menjelang akhir tahun ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template