Monday, May 23, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


40,729 jawatan diluluskan tahun ini KPPA

Posted: 23 May 2022 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 40,729 jawatan diluluskan tahun ini untuk pengisian di kementerian, jabatan dan agensi, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

MAFI mobilisasi pegawai ke negeri segerakan permohonan subsidi

Posted: 23 May 2022 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.

PM tiba di Tokyo, lawatan sulung ke Jepun

Posted: 23 May 2022 08:07 AM PDT

TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun di sini, malam ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Sukan SEA 2021 melabuhkan tirainya secara rasmi

Posted: 23 May 2022 08:28 AM PDT

HANOI: Sukan SEA 2021 melabuhkan tirai secara rasmi dalam satu acara penuh meriah dan warna-warni di Gimnasium Tertutup Hanoi, di sini, sebentar tadi.

Kurang penuai, industri sawit dianggar rugi RM28 bilion

Posted: 22 May 2022 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kekurangan penuai sawit dalam kalangan pekerja asing menyebabkan kerugian RM21 bilion pada 2021 dan dianggarkan berterusan sebanyak RM28 bilion tahun ini.

Lima warga asing ditahan edar ganja

Posted: 23 May 2022 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lima lelaki warga asing ditahan bersama lebih sekilogram ganja yang tidak sempat diedarkan dalam dua tangkapan berasingan di Brickfields dan Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Malaysia, Indonesia perlu bersama perjuangkan bahasa Melayu

Posted: 23 May 2022 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia harus bersekutu dalam memperjuangkan bahasa Melayu bukan saja di ASEAN, malah pada peringkat antarabangsa.

Penubuhan inkubator Blockchain, IOT lengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang

Posted: 23 May 2022 07:27 AM PDT

GEORGETOWN: Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT), tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh.

Barcelona dilapor berminat dapatkan Lewandowski

Posted: 23 May 2022 07:18 AM PDT

BERLIN: Ejen Robert Lewandowski, Pini Zahavi dengan jelas menyatakan bahawa penyerang Poland itu mahu meninggalkan Bayern Munich, di tengah-tengah laporan mendakwa Barcelona sudah membuat tawaran.

Pendapatan MGRC meningkat 212 peratus dalam suku ketiga

Posted: 23 May 2022 06:55 AM PDT

PETALING JAYA: Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, mencatatkan peningkatan 211.66 peratus dalam hasil pendapatan kepada RM5.08 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM1.63 juta yang dicatat bagi suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatan Hektar Reit naik 8.7 peratus pada suku pertama

Posted: 23 May 2022 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hektar Asset Management (Hektar REIT) mencatat pendapatan sebanyak RM29.11 juta, meningkat 8.7 peratus berbanding RM26.78 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya yang berakhir 31 Mac 2022.

IKRAM dilantik kaji punca pergerakan tembok penahan di Cheras

Posted: 22 May 2022 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sebagai perunding bebas bagi mencari dan mengenal pasti punca sebenar kejadian pergerakan tembok penahan (CBP Wall) di tapak projek pembinaan sebuah blok pangsapuri perkhidmatan di Jalan Selangat, Cheras, di sini, awal pagi semalam.

Radiance Assets tumpu CSR bantu masyarakat

Posted: 23 May 2022 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan teknologi, Radiance Assets Bhd bukan sahaja rancak merancang aktiviti pembangunan perniagaannya di negara ini tetapi akan terus aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai medan terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran.

Tidak perlu import beras, tanam padi lima kali dalam tempoh 2 tahun

Posted: 23 May 2022 06:08 AM PDT

KULIM: Malaysia mungkin tidak perlu mengimport beras jika mampu memperkemaskan infrastruktur dan subsidi dalam industri penanaman padi negara.

4 maut, 80 terperangkap dalam bangunan runtuh

Posted: 23 May 2022 06:20 AM PDT

TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan kira-kira 80 terperangkap di bawah runtuhan apabila sebuah bangunan yang belum siap runtuh di barat daya Iran, kata pegawai.

S P Setia catat untung RM67.5 juta

Posted: 23 May 2022 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: S P Setia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM67.5 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 berbanding RM75.23 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Harga sawit lonjak keuntungan Boustead Plantations

Posted: 23 May 2022 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peningkatan minyak sawit mentah (MSM) dan keuntungan daripada penjualan tanah Kulai Young menyaksikan keuntungan bersih Boustead Plantations Bhd meningkat 3,460 peratus kepada RM435.16 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM12.23 juta pada tahun lalu.

Askar Russia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Posted: 23 May 2022 06:12 AM PDT

KYIV: Sebuah mahkamah Kyiv hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang tentera Russia berusia 21 tahun, selepas didapati bersalah atas jenayah perang kerana membunuh orang awam.

Indonesia panggil duta Britain isu kibar bendera LGBTQ

Posted: 23 May 2022 06:01 AM PDT

JAKARTA: Indonesia hari ini memanggil duta Britain ke negara itu berhubung tindakan mengibar bendera lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di kedutaan United Kingdom (UK), dengan Jakarta meminta utusan asing menghormati sensitiviti tempatan di negara itu, di mana hubungan sejenis adalah dilarang.

PUNB bantu usahawan terkesan kenaikan harga barang

Posted: 23 May 2022 06:00 AM PDT

KOTA BHARU: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bersedia membantu usahawan yang terkesan akibat kenaikan harga barang yang tidak menentu mengikut keperluan mereka, kata Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

IPEF sedia platform dialog dengan AS, rakan perdagangan

Posted: 23 May 2022 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF), menyediakan rangka kerja strategik, platform dialog dua hala dan pelbagai hala untuk urusan perdagangan dan pelaburan bagi Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dan rakan Rangka Kerja, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.

Doktor meninggal kerana kemurungan

Posted: 23 May 2022 05:44 AM PDT

SEREMBAN: Seorang doktor yang meninggal dunia dalam bilik hotel di Port Dickson, Jumaat lalu dikatakan kemurungan yang mungkin berkaitan dengan kerjayanya.

Op Tapis diteruskan, bantu kenal pasti dalang sindiket dadah

Posted: 23 May 2022 05:42 AM PDT

PASIR MAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan operasi dan siasatan bagi mengenal pasti dalang utama sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi beberapa siri Op Tapis yang akan diteruskan lagi.

Jenamakan semula bahasa Melayu, wujudkan tribunal

Posted: 23 May 2022 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan institusi awam perlu melakukan inisiatif penjenamaan semula melalui tindakan atau usaha bagi mengubah secara keseluruhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi lebih baik sambil mengekalkannya untuk pembinaan negara.

Syabas sasaran dicapai, namun kurang `gah'

Posted: 23 May 2022 05:02 AM PDT

HANOI: Selepas 16 hari saingan Sukan SEA Ke-31 berlangsung sejak 6 Mei, Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.

Ringgit ditutup RM4.38 berbanding dolar AS

Posted: 23 May 2022 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan sentimen pasaran kekal lemah ekoran persekitaran kadar faedah global.

Amirudin menang selesa

Posted: 23 May 2022 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari dijangka menang selesa dalam pemilihan PKR, bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.

McClaren, van der Gaag dilantik penolong Ten Hag

Posted: 23 May 2022 05:27 AM PDT

LONDON: Manchester United mengumumkan pelantikan Steve McClaren dan Mitchell van der Gaag sebagai penolong jurulatih kepada pengurus baharu, Erik ten Hag.

Carvalho akhirnya milik Liverpool

Posted: 23 May 2022 05:26 AM PDT

LONDON: Liverpool akhirnya melengkapkan perpindahan penyerang Fulham, Fabio Carvalho selepas gagal dalam usaha membawa pemain berusia 19 tahun itu ke Anfield pada Januari, kata naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Aktiviti ambil untung heret turun Bursa Malaysia

Posted: 23 May 2022 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini turun daripada peningkatan sebelumnya berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam kaunter perladangan terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template