BH Online - Terkini |
- Keselamatan kanak-kanak perlu kerjasama semua pihak
- Atlet Perak menang pingat Sukan SEA dapat insentif
- Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa perlu hormati prinsip kesaksamaan
- Muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan
- Tiada notifikasi cacar monyet di Malaysia
- BBC mohon maaf kepada penyokong United
- Banjir kilat beberapa tempat di Seremban
- Lelaki OKU ditemui meninggal dunia
- Apartmen Larkin Idaman dilanda banjir kilat
- Bank Muamalat perkenal platform pelaburan emas digital
- Negeri Sembilan bantu petani kecil
- MPCB bina 570 rumah mampu milik di Johor
- Kerajaan NS beri insentif kepada Tabah NSEA
- `Sembang' 2 jam sebelum setuju sertai Pan Gon
- Ekonomi negara dalam hala tuju yang betul
- Ancelotti tak peduli Mbappe, fokus Liga Juara-Juara
- Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh
- Sanusi sekali lagi cetuskan suasana 'panas'
- Malakoff raih untung RM50.88 juta
- 'Rupa-rupanya dia yang hendak pergi'
- Sidang Penyatuan Bangsa esok
- UMW raih untung RM101.21 juta
- Sime Darby Property catat untung lebih rendah
- Penerbangan pertama haji Sabtu minggu depan
- Nilai ringgit jatuh lagi
- Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis
- Bursa Malaysia terus merosot
- Anugerah Tokoh HAWANA iktiraf profesion kewartawanan
- Malaysia atasi Korea, layak Super 4 Piala Asia
- Syor kerajaan peruntuk cuti wanita sakit haid teruk
| Keselamatan kanak-kanak perlu kerjasama semua pihak Posted: 24 May 2022 08:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Perlindungan dan keselamatan kanak-kanak terus mendapat tumpuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). |
| Atlet Perak menang pingat Sukan SEA dapat insentif Posted: 24 May 2022 06:25 AM PDT SERI ISKANDAR: Kerajaan Perak akan memberikan insentif kepada atlet negeri itu yang berjaya memenangi pingat ketika mewakili kontinjen negara pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam. |
| Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa perlu hormati prinsip kesaksamaan Posted: 24 May 2022 03:58 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia berpendirian sebarang pindaan terhadap Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) perlu menghormati prinsip kesaksamaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan serta proses kedaulatan negara anggota. |
| Muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan Posted: 24 May 2022 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Enfiniti (M) Sdn Bhd mengumumkan pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang tertangguh hampir tiga tahun lalu, terpaksa dibatalkan. |
| Tiada notifikasi cacar monyet di Malaysia Posted: 24 May 2022 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima notifikasi berkenaan kes membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox), di negara ini. |
| BBC mohon maaf kepada penyokong United Posted: 24 May 2022 07:41 AM PDT LONDON: BBC terpaksa memohon maaf kepada penyokong Manchester United susulan mesej yang muncul pada skrin berita mereka yang melabelkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebagai 'sampah'. |
| Banjir kilat beberapa tempat di Seremban Posted: 24 May 2022 07:21 AM PDT SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 60 rumah penduduk di Kampung Semarak Rahang di sini, dinaiki air susulan banjir kilat malam ini. |
| Lelaki OKU ditemui meninggal dunia Posted: 24 May 2022 06:59 AM PDT KUALA BERANG: Lelaki orang kurang upaya (OKU) Abdul Hadi Ismail, 37, yang hilang sejak 12 hari lalu ditemui meninggal dunia dalam hutan berhampiran sungai Kampung Tanjung Aur Jalan Pantai Ali, di sini, hari ini. |
| Apartmen Larkin Idaman dilanda banjir kilat Posted: 24 May 2022 06:34 AM PDT JOHOR BAHRU: Hujan lebat tidak sampai setengah jam menyebabkan dua blok Apartmen Larkin Idaman di sini, dilanda banjir kilat petang tadi. |
| Bank Muamalat perkenal platform pelaburan emas digital Posted: 24 May 2022 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) menjalin kerjasama dengan ACE Capital Growth Sdn Bhd (ACE Capital) memperkenalkan platform pelaburan emas digital patuh syariah, EasiGold. |
| Negeri Sembilan bantu petani kecil Posted: 24 May 2022 05:05 AM PDT SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan mempertimbang permohonan tanah Lesen Kependudukan Sementara (TOL) untuk pertanian dan projek pengeluaran makanan, termasuk ternakan ayam. |
| MPCB bina 570 rumah mampu milik di Johor Posted: 24 May 2022 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCB) dan Real Trend Development Sdn Bhd (RTDSB) memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk bersama membangunkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di bawah skim perumahan Dasar Perumahan Rakyat Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.5 juta. |
| Kerajaan NS beri insentif kepada Tabah NSEA Posted: 24 May 2022 06:26 AM PDT SEREMBAN: Kejayaan skuad Tabah-NSEA meraih pingat gangsa dalam acara PUBG berpasukan pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi yang menutup tirainya Ahad lalu, mendapat penghargaaan kerajaan Negeri Sembilan. |
| `Sembang' 2 jam sebelum setuju sertai Pan Gon Posted: 24 May 2022 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan, Junior Eldstal mendedahkan dia 'bersembang' dengan Kim Pan Gon selama dua jam dalam talian sebelum jurulatih berkenaan memanggilnya menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya. |
| Ekonomi negara dalam hala tuju yang betul Posted: 24 May 2022 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia bergerak ke arah hala tuju yang betul meskipun persekitaran yang mencabar terutama dengan jangkaan peningkatan kadar inflasi, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. |
| Ancelotti tak peduli Mbappe, fokus Liga Juara-Juara Posted: 24 May 2022 06:07 AM PDT MADRID: Carlo Ancelotti berkata dia 'menghormati' keputusan Kylian Mbappe untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG), namun menegaskan pemain Real Madrid kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara. |
| Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh Posted: 24 May 2022 06:06 AM PDT ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan hari ini melarang perarakan protes dirancang bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Imran Khan. |
| Sanusi sekali lagi cetuskan suasana 'panas' Posted: 24 May 2022 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencetuskan suasana 'panas' arena bola sepak tempatan dalam satu kenyataan di media sosial menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini. |
| Malakoff raih untung RM50.88 juta Posted: 24 May 2022 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 susut 16 peratus kepada RM50.88 juta daripada RM60.44 juta setahun sebelumnya. |
| 'Rupa-rupanya dia yang hendak pergi' Posted: 24 May 2022 05:23 AM PDT GEORGETOWN: Pagi tadi, Azizan Ishak berasa tidak sedap hati hendak berniaga ayam di pasar dan terus ke kedai kopi untuk minum bersama rakan. |
| Posted: 24 May 2022 05:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan menganjurkan Sidang Penyatuan Bangsa bertemakan 'Berjihad Demi Survival Bangsa' di ibu negara esok. |
| Posted: 24 May 2022 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih UMW Holdings Bhd melonjak kepada RM101.21 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM79.8 juta pada suku pertama 2021. |
| Sime Darby Property catat untung lebih rendah Posted: 24 May 2022 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd merosot kepada RM51.84 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM66.04 juta tahun lalu. |
| Penerbangan pertama haji Sabtu minggu depan Posted: 24 May 2022 05:22 AM PDT MUAR: Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 4 Jun ini, berbanding perancangan awal pada 31 Mei, berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan Rukan Islam kelima itu berbanding kebiasaannya. |
| Posted: 24 May 2022 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati terhadap prospek ekonomi global dan dasar monetari yang tidak menentu. |
| Tiket PETRONAS Terbuka Malaysia mula dijual Khamis Posted: 24 May 2022 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Peminat badminton tempatan boleh mula membeli tiket untuk Kejohanan PETRONAS Terbuka Malaysia 2022 yang akan dijual bermula jam 2 petang Khamis ini. |
| Posted: 24 May 2022 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Aktiviti jualan yang berterusan di kaunter perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kewangan mengheret turun Bursa Malaysia untuk mengakhiri urus niaga hari ini pada paras rendah seharian sejajar dengan sentimen negatif di bursa serantau, kata peniaga. |
| Anugerah Tokoh HAWANA iktiraf profesion kewartawanan Posted: 24 May 2022 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyampaian Anugerah Tokoh Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bakal menjadi acara utama HAWANA 2022 yang akan diadakan pada 28 dan 29 Mei ini di Melaka. |
| Malaysia atasi Korea, layak Super 4 Piala Asia Posted: 24 May 2022 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara mengesahkan tiket ke kelompok Super 4 Piala Asia 2022 selepas melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan B dengan menewaskan Korea Selatan 5-4 di Jakarta, sebentar tadi. |
| Syor kerajaan peruntuk cuti wanita sakit haid teruk Posted: 24 May 2022 04:21 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan disaran menggubal undang-undang memperuntukkan cuti khusus bagi wanita mengalami sakit haid teruk atau 'dismenorea' seperti dilaksanakan Sepanyol yang meluluskan undang-undang sedemikian baru-baru ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment