Friday, May 27, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


2 lemas, seorang lagi hilang ketika mandi sungai

Posted: 27 May 2022 04:51 AM PDT

KUALA KRAI: Kegembiraan tiga bersaudara mandi di sungai bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas, dengan seorang lagi masih hilang dalam kejadian di Sungai Pasir Kelang, di sini, petang tadi.

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama industri pesawat

Posted: 27 May 2022 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia memperkukuh kerjasama dengan Jepun melalui penubuhan rangka kerja untuk mewujudkan rantaian bekalan yang mampan bagi industri pesawat di kedua-dua negara.

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Posted: 27 May 2022 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, iaitu Datin Seri Hajah Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, pada jam 6 petang tadi.

UMNO-PAS boleh terus muafakat walaupun tanpa MN - Najib

Posted: 27 May 2022 06:36 AM PDT

KUALA NERUS: Semangat pemuafakatan yang terjalin antara UMNO dan PAS boleh diteruskan dalam konteks lain walaupun kedua-dua parti tidak lagi bekerjasama di bawah agenda Muafakat Nasional (MN).

Wanita maut, suami cedera kereta dinaiki rempuh treler

Posted: 27 May 2022 06:38 AM PDT

GOMBAK: Seorang wanita warga Indonesia maut, manakala suaminya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 36.2 Lebuhraya Karak arah Timur, dekat sini, hari ini.

Peluang Malaysia jadi tuan rumah Piala Asia

Posted: 27 May 2022 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang membawa Piala Asia 2023 ke negara ini susulan keputusan China yang menarik diri daripada menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun depan akibat peningkatan kes COVID-19.

'Kira-kira 10 maut' dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera tengah Ukraine

Posted: 27 May 2022 06:09 AM PDT

KYIV: Serangan Russia ke atas kemudahan tentera di bandar Dnipro, tengah Ukraine menyebabkan hampir 12 orang maut dan mencederakan lebih 30 yang lain, hari ini.

Penjualan tanah ladang lonjak untung Boustead

Posted: 27 May 2022 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd mencatat lonjakan 573 peratus dalam keuntungan bersih, atau RM290.3 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2022.

Remaja jatuh sungai dikhuatiri lemas

Posted: 27 May 2022 05:54 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke sungai berhampiran sebuah pasar raya di Mergong, di sini hari ini.

Affin Bank catat untung lebih besar

Posted: 27 May 2022 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Affin Bank Bhd naik kepada RM142.69 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM68.94 juta pada suku pertama 2021.

Kawalan sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan

Posted: 27 May 2022 04:17 AM PDT

TUMPAT: Kawalan keselamatan dan rondaan di perairan sempadan negeri ini, dipertingkatkan lagi susulan insiden serangan bom dan senjata api di pekan Tak Bai, Selatan Thailand yang terletak berdekatan Pengkalan Kubor di sini, pada malam Rabu lalu.

Nilai ringgit pulih

Posted: 27 May 2022 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit pulih daripada penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS_ untuk ditutup tinggi hari ini walaupun Rizab Persekutuan (Fed) akan meneruskan kempen kenaikan kadar faedahnya sepanjang tahun, kata seorang penganalisis.

Edotco ambil alih 2,973 menara telekomunikasi Filipina

Posted: 27 May 2022 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi bersepadu, edotco Group berada di landasan yang betul bagi memuktamadkan proses pengambilalihan 2,973 menara telekomunikasi di Filipina daripada Philippine Long Distance Telephone (PLDT) Group.

Peguam Negara digesa bertindak 'penjaga' kepentingan awam

Posted: 27 May 2022 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menggesa Peguam Negara memainkan peranan sebagai 'penjaga' kepentingan awam dengan mengambil semua langkah wajar bagi melindungi prinsip paling penting dalam kebebasan Badan Kehakiman daripada ugutan dan campur tangan pihak tertentu.

Tawaran diskaun ketika berbelanja buat 90,000 Alumni UPSI

Posted: 27 May 2022 05:21 AM PDT

TANJUNG MALIM: Kira-kira 90,000 Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10 peratus terhadap semua pembelian yang dibuat secara dalam talian menerusi sesawang, SchoolMall, apabila mengimbas Kod QR yang disediakan kepada mereka.

Polis kesan tonto beri maklumat, gagalkan penguatkuasaan JPJ

Posted: 27 May 2022 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesan aktiviti tonto yang berfungsi menjadi pemberi maklumat untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Anggota terkemuka Daesh ditahan di Istanbul - Pegawai Turki

Posted: 27 May 2022 05:12 AM PDT

ISTANBUL: Seorang anggota terkemuka kumpulan Daesh yang dipercayai ketua kumpulan jihad itu berjaya ditangkap anggota polis di Turki hari ini.

Razali, Rosol antara disebut-sebut calon BERSATU jadi menteri

Posted: 27 May 2022 04:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Negara yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH), Senator Datuk Razali Idris, antara nama disebut-sebut sebagai calon menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai anggota Jemaah Menteri.

Taliban menolak kebimbangan PBB mengenai hak wanita di Afghanistan

Posted: 27 May 2022 04:59 AM PDT

KABUL: Taliban menolak gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk membatalkan sekatan berat ke atas wanita Afghanistan dengan anggapan kebimbangan mereka sebagai tidak berasas.

Dahan pokok tumbang hempap 3 kereta

Posted: 27 May 2022 04:53 AM PDT

KOTA KINABALU: Tiga pemandu berdepan detik cemas apabila kereta masing-masing dihempap dahan pokok yang tumbang ketika angin kencang dan hujan lebat melanda petang tadi.

Kasma laung amaran

Posted: 27 May 2022 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin merakam masa terpantas dalam sesi latihan terakhir Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pemandu kereta terjunam dalam sungai ditemukan lemas

Posted: 27 May 2022 04:06 AM PDT

SIBU: Pemandu kereta yang terjunam ke Sungai Rajang, di sini, tengah malam tadi, ditemukan lemas, petang tadi.

Aktivis sosial diarah mohon maaf kepada Firdaus Wong

Posted: 27 May 2022 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, T Arunakirinathan diarah memohon maaf dan membayar pampasan kepada pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung.

Malaysia-Jepun muktamad 3 memorandum kerjasama

Posted: 27 May 2022 04:16 AM PDT

TOKYO: Malaysia dan Jepun hari ini memuktamadkan tiga memorandum kerjasama (MoC) berkaitan bidang industri pesawat, pekerja mahir, serta belia dan sukan.

Ismail Sabri, Kishida bertemu, cadang hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf

Posted: 27 May 2022 03:25 AM PDT

TOKYO: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di sini hari ini, mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf kepada perkongsian strategik yang komprehensif (CSP).

Roslin nasihatkan Zii Jia

Posted: 27 May 2022 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia diingatkan agar tidak mudah selesa dengan pencapaian dilakarnya dalam beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa, ketika ini.

BERSATU Selangor fokus pendidikan kanak-kanak istimewa

Posted: 27 May 2022 03:57 AM PDT

SHAH ALAM: BERSATU Selangor akan terus prihatin terhadap nasib kanak-kanak istimewa dengan memfokuskan Hab Pendidikan Khas golongan berkenaan.

PGA rampas rokok tidak bercukai RM1.07 juta

Posted: 27 May 2022 03:56 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki ditahan bersama lebih 1.4 juta batang rokok tidak bercukai dianggar bernilai kira-kira RM1.07 juta dalam serbuan di pekarangan sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang, semalam.

Sambutan Hari Wartawan Nasional 2022 bermula malam esok

Posted: 27 May 2022 03:55 AM PDT

MELAKA: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang bakal disambut di sini Ahad ini, adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Pelajar tikam ibu diikat jamin, masih trauma

Posted: 27 May 2022 03:49 AM PDT

PASIR PUTEH: Pelajar Tingkatan Dua yang menikam ibunya dalam kejadian dekat Bukit Yong di sini pada Selasa lalu, sudah dibenarkan bebas dengan ikat jamin polis, petang semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template