Tuesday, May 31, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lesen diperbaharui PETRONAS, saham Serba Dinamik melonjak

Posted: 31 May 2022 08:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Saham penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Serba Dinamik Holdings Bhd melonjak 15 peratus pagi ini selepas syarikat petroleum nasional, PETRONAS memperbaharui lesen anak syarikatnya, Serba Dinamik Sdn Bhd.

Bekas bos KFC dilantik jadi penasihat korporat BidNow

Posted: 31 May 2022 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: BidNow, salah satu platform teknologi lelongan terbesar di

'Berpuluh tahun nyanyi, tetapi nak beri RM500'

Posted: 31 May 2022 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah lebih tiga dekad bertapak dan membina nama gah di persada seni, vokalis kumpulan U.K's, Amir kesal masih ditawarkan bayaran tidak setimpal dengan pengalaman serta kebolehannya.

Pengguna jalan raya 'bersantai 'di lorong kecemasan disaman

Posted: 31 May 2022 08:05 PM PDT

SEREMBAN: Polis mengeluarkan 17 saman terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di laluan Temiang-Pantai di sini, petang semalam.

'Tolak pedagang politik, perut tak pernah kenyang' - Tok Mat

Posted: 31 May 2022 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu menolak oportunis politik, sebaliknya mengangkat calon yang bermoral, berilmu, berakhlak dan berprinsip, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mbappe buat apa di situ?

Posted: 31 May 2022 08:25 PM PDT

LONDON: Peminat bola sepak terkejut selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan senarai kesebelasan utama Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara musim ini.

1,179 kes baharu HFMD di Kelantan

Posted: 31 May 2022 08:20 PM PDT

KOTA BHARU: Kelantan mencatatkan sebanyak 1,179 kes baharu jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu lalu.

'Menang tipis, sipi-sipi PRU bukan pilihan sama sekali' - Tok Mat

Posted: 31 May 2022 08:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak boleh leka dibuai nostalgia dengan impian akan memerintah semula negara hanya kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan ketika ini.

Kes denggi 15-21 Mei tertinggi sejak 2021

Posted: 31 May 2022 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,420 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh seminggu sehingga 21 Mei lalu, jumlah tertinggi pernah direkodkan dalam Minggu Epidemiologi (ME) sejak 2021.

Patuhi had laju, waspada memandu ketika hujan

Posted: 31 May 2022 08:00 PM PDT

Memandu dalam hujan mungkin keadaan paling teruk yang akan dihadapi oleh kebanyakan pemandu. Bahaya dan risiko meningkat apabila hujan mula turun, ataupun jalan masih basah akibat hujan lebat.

Trend penurunan ringgit berterusan

Posted: 31 May 2022 07:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan trend penurunannya untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih kukuh berikutan peningkatan Perbendaharaan AS dalam keadaan kebimbangan terhadap inflasi global yang semakin pantas, menurut penganalisis.

Zaharah penulis berjiwa kental, idea besar

Posted: 31 May 2022 07:45 PM PDT

Pengarang yang baik adalah mereka bangkit melawan dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan. Kata-kata itu mungkin tepat untuk menggambarkan kekuatan dan kentalnya semangat, pengarang terkemuka, Zaharah Nawawi meninggal dunia semalam pada usia 82 tahun.

Bersediakah kita bayar 'caj kesesakan'?

Posted: 31 May 2022 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengenalan 'kadar harga jalan', iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Gawai

Posted: 31 May 2022 05:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sarawak hari ini.

Virus cacar monyet: Pintu masuk negara tidak ditutup

Posted: 28 May 2022 01:48 AM PDT

MELAKA: Kerajaan memutuskan untuk tidak menutup mana-mana pintu masuk utama negara meskipun virus cacar monyet (monkeypox) merekodkan lebih 100 kes di negara luar.

FAM tarik balik sasaran separuh akhir

Posted: 29 May 2022 12:08 AM PDT

SEPANG: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan sasaran tinggi di bahu skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan pada kejohanan Piala Asia 2022 di Tashkent, Uzbekistan namun mahu skuad itu menimba sebanyak mungkin pengalaman beraksi pada kejohanan itu sebagai persiapan ke kejohanan sama pada tahun hadapan.

Bank Islam rekod keuntungan bersih lebih rendah

Posted: 31 May 2022 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd menyusut kepada RM105.92 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2021 berbanding RM158.71 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan elaun bersih yang lebih tinggi untuk rosot nilai ke atas pembiayaan dan pendahuluan.

Jumlah deposit TH melonjak kepada RM88 bilion setakat Mei 2022

Posted: 29 May 2022 07:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022, mencerminkan keyakinan umat Islam yang semakin kuat terhadap institusi pengurusan haji negara.

Arul cabar Malaysian Tigers lakar sejarah

Posted: 31 May 2022 07:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Arul Selvaraj melontarkan cabaran kepada barisan pemainnya untuk berjuang habis-habisan bagi mencipta sejarah merangkul trofi Piala Asia buat kali pertama di Jakarta, Indonesia, malam ini.

PRU15 perlu tunggu waktu sesuai - Ismail Sabri

Posted: 30 May 2022 10:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

CIMB catat untung bersih RM1.43 bilion

Posted: 31 May 2022 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd mengecil kepada RM1.43 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM2.46 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan oleh keuntungan penilaian semula sebanyak RM1.16 bilion serta kesan Cukai Makmur.

Negeri perlu rancang kawasan hijau bekalkan sumber makanan

Posted: 31 May 2022 07:30 PM PDT

Polemik mengenai krisis makanan sebagai cabaran negara dibahaskan ahli politik, ahli akademik, ilmuwan agama dan masyarakat umum. Ia menimbulkan kerisauan berterusan dan menuntut pemimpin negara untuk menanganinya dengan cara berhemah.

ASWA gesa kerajaan wujudkan Akta Anti Buli

Posted: 31 May 2022 02:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) menggesa kerajaan mewujudkan satu akta khusus bagi menangani kes buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Dagangan di Bursa Malaysia bermula lemah

Posted: 31 May 2022 07:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan semalam untuk dibuka lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, mengambil isyarat daripada dagangan yang tidak menentu di Wall Street.

Sapura Energy rangka pelan penyusunan semula

Posted: 31 May 2022 07:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd sedang merangka pelan penyusunan semula untuk menangani status PN17 seiring dengan cadangan skim pengaturan dan akan membuat pengumuman secara bulanan mengenai kemajuannya.

Lawatan sulung PM ke Jepun beri manfaat besar kepada negara

Posted: 31 May 2022 07:15 PM PDT

Tahun 2022 adalah ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun dan juga ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT) dilaksanakan Malaysia.

Detik indah Chiellini akhiri karier lawan Messi

Posted: 31 May 2022 06:51 PM PDT

LONDON: Giorgio Chiellini percaya ia akan menjadi sesuatu yang "indah" untuk menamatkan karier antarabangsanya berdepan Argentina di Wembley awal pagi esok selepas membawa Itali menang Euro 2020 di gelanggang dekat London itu tahun lalu.

Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil

Posted: 31 May 2022 06:57 PM PDT

RECIFE: Ribut yang mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di di Timur Laut Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 106 orang.

33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

Posted: 31 May 2022 06:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 1,176,530 atau 33.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Ukraine, Barat perlu bertindak tangani krisis bekalan makanan

Posted: 31 May 2022 06:16 PM PDT

RIYADH: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata pihaknya berpendirian terpulang kepada blok negara Barat dan Ukraine untuk menyelesaikan krisis makanan global yang kian meningkat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template