BH Online - Terkini |
- Hanya telco meterai perjanjian dengan DNB
- Air mata Diaz
- Trafik menghala ke ibu kota sesak teruk
- Bakal jemaah haji terima baik kadar bayaran baharu
- JAS siasat premis cemar sumber air
- Buat aksi 'wheelie', polis datang 'beraya' di rumah
- Russia larang kemasukan PM Jepun, pegawai lain
- Moscow dakwa 'askar upahan Israel' bertempur di Ukraine
- Agong berangkat ke majlis ramah mesra Aidilfitri
- Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok
- 40 juta lagi berdepan krisis kelaparan tahun lalu - PBB
- Kemboja, Indonesia, Thailand tuan rumah mesyuarat
- Pemain wanita sepak kemaluan pengadil lelaki
- Rundingan nilai pegangan ekuiti dalam DNB masih berjalan
- Banyak pihak bantu keluarga Nur Rizan
- Perintah berkurung Shanghai dilanjutkan
- Reda sambut Aidilfitri dalam banjir
- Suu Kyi hadapi tuduhan baharu rasuah
- Kerja keras sedia duit raya 18 anak saudara
- Jangan sebar berita tidak sahih kematian doktor
- Lelaki sesat di hutan nipah ditemui mati
- Chelsea mungkin tersingkir dari EPL
- Ops Selamat 18: JSPT Melaka keluar 4,477 saman
- Lebuh raya mulai sesak, warga kota kembali
- Pasukan bomba wira kebanggaan negara - PM Ismail Sabri
- 13 maut di jalan semalam
- Rumah pekerja terbakar
- Ismail Sabri berhari raya bersama Chong Wei
- Hadiah Aidilfitri terakhir arwah
- Tempoh kuarantin COVID-19 di Jerman hanya 5 hari
| Hanya telco meterai perjanjian dengan DNB Posted: 04 May 2022 10:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya dua syarikat telekomunikasi (telco) iaitu Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YTL) yang memeterai perjanjian perkhidmatan dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara, setakat ini. |
| Posted: 04 May 2022 07:10 AM PDT VILLAREAL: Pemain Liverpool, Luis Diaz kelihatan menangis selepas mara ke pentas final Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam kariernya. |
| Trafik menghala ke ibu kota sesak teruk Posted: 04 May 2022 08:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota mengalami kesesakan teruk berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. |
| Bakal jemaah haji terima baik kadar bayaran baharu Posted: 04 May 2022 07:05 AM PDT KOTA BHARU: Bakal jemaah haji muassasah menerima baik kadar bayaran membabitkan dua kategori yang diperkenalkan Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini. |
| JAS siasat premis cemar sumber air Posted: 04 May 2022 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas, semalam. |
| Buat aksi 'wheelie', polis datang 'beraya' di rumah Posted: 04 May 2022 06:57 AM PDT KULIM: Lagak dan aksi 'wheelie' serta 'scorpion' dipamerkan dua remaja ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila polis mereka 'dijemput' polis di rumah masing-masing, di sini, hari ini. |
| Russia larang kemasukan PM Jepun, pegawai lain Posted: 04 May 2022 06:57 AM PDT MOSCOW: Kementerian Luar Russia hari ini mengumumkan sekatan terhadap 63 pegawai Jepun, wartawan dan profesor termasuk Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, kerana terbabit dalam 'retorik yang tidak boleh diterima' terhadap Moscow. |
| Moscow dakwa 'askar upahan Israel' bertempur di Ukraine Posted: 04 May 2022 06:20 AM PDT MOSCOW: Seorang jurucakap Kementerian Luar Russia hari ini mendakwa askar upahan Israel bertempur bersama-sama Rejimen Azov berhaluan pelampau kanan di Ukraine. |
| Agong berangkat ke majlis ramah mesra Aidilfitri Posted: 04 May 2022 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang. |
| Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok Posted: 04 May 2022 05:53 AM PDT KANGAR: Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka esok bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. |
| 40 juta lagi berdepan krisis kelaparan tahun lalu - PBB Posted: 04 May 2022 05:23 AM PDT PARIS: Penduduk dunia yang berdepan isu kelaparan meningkat kepada 193 juta tahun lalu ketika konflik, perubahan iklim dan krisis ekonomi merosakkan kehidupan manusia, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) hari ini. |
| Kemboja, Indonesia, Thailand tuan rumah mesyuarat Posted: 04 May 2022 05:18 AM PDT PHNOM PENH: Kemboja, Indonesia dan Thailand bakal menjadi tuan rumah tiga mesyuarat penting di rantau Asia Tenggara tahun ini, menurut kenyataan bersama dikeluarkan kementerian luar ketiga-tiga negara itu, pada Rabu. |
| Pemain wanita sepak kemaluan pengadil lelaki Posted: 04 May 2022 05:15 AM PDT QUITO: Bintang bola sepak wanita, Shirley Caicedo dilayangkan kad merah kerana menendang kemaluan pengadil. |
| Rundingan nilai pegangan ekuiti dalam DNB masih berjalan Posted: 04 May 2022 04:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua syarikat telekomunikasi masih berada dalam proses rundingan harga atau nilai ekuiti ditawarkan dalam Digital Nasional Berhad (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini. |
| Banyak pihak bantu keluarga Nur Rizan Posted: 04 May 2022 03:56 AM PDT JOHOR BAHRU: Selepas tiga tahun menyambut Syawal dalam suasana gelap, rumah Nur Rizan Aman, 46, kembali bercahaya tahun ini selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memasang bekalan. |
| Perintah berkurung Shanghai dilanjutkan Posted: 04 May 2022 03:35 AM PDT SHANGHAI: Penamatan perintah berkurung di Shanghai yang sudah berlanjutan selama lima minggu ditangguhkan selepas kes COVID-19 masih dikesan dalam komuniti. |
| Reda sambut Aidilfitri dalam banjir Posted: 04 May 2022 03:16 AM PDT PONTIAN: Pengalaman mengalami banjir saban tahun mungkin menjadi kebiasaan buat penduduk Kampung Sri Gambut di sini, namun mengharungi banjir tatkala Aidilfitri memberi sedikit kesan kepada mereka apabila terpaksa beraya di pusat pemindahan sementara (PPS). |
| Suu Kyi hadapi tuduhan baharu rasuah Posted: 04 May 2022 03:16 AM PDT YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, kini menghadapi satu lagi tuduhan rasuah terhadapnya, mendakwa beliau menerima sogokan AS$550,000 daripada usahawan syarikat pembinaan. |
| Kerja keras sedia duit raya 18 anak saudara Posted: 04 May 2022 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Apa sahaja acara sama ada menjelang Aidilfitri mahupun majlis perjumpaan keluarga, Emma Maembong jadi ketua segala perancangan. |
| Jangan sebar berita tidak sahih kematian doktor Posted: 04 May 2022 02:54 AM PDT GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memohon semua pihak tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kematian seorang petugas Hospital Pulau Pinang, di sini pada 17 April lalu. |
| Lelaki sesat di hutan nipah ditemui mati Posted: 04 May 2022 01:08 AM PDT SARIKEI: Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas disyaki tersesat ketika memasuki hutan nipah Sentebu, di sini, petang semalam ditemui mati hari ini. |
| Chelsea mungkin tersingkir dari EPL Posted: 04 May 2022 02:34 AM PDT LONDON: Chelsea mungkin ditendang keluar dari Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan sekiranya urusan pertukaran pemilikan pasukan tidak berjaya. |
| Ops Selamat 18: JSPT Melaka keluar 4,477 saman Posted: 04 May 2022 02:32 AM PDT MELAKA: Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka mengeluarkan 4,477 saman sepanjang tempoh lima hari Ops Selamat 18 sehingga semalam. |
| Lebuh raya mulai sesak, warga kota kembali Posted: 04 May 2022 02:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenderaan menuju ke ibu negara menggunakan lebuh raya mula meningkat petang ini dengan kesesakan dilaporkan di beberapa lokasi untuk perjalanan dari utara, timur serta selatan. |
| Pasukan bomba wira kebanggaan negara - PM Ismail Sabri Posted: 04 May 2022 02:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan Keluarga Malaysia. |
| Posted: 04 May 2022 02:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 lagi kematian dicatatkan pada hari kelima Op Selamat 18 sempena Aidilfitri, semalam |
| Posted: 04 May 2022 01:35 AM PDT MIRI: Sebuah rumah pekerja di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu musnah dalam kebakaran, jam 7 malam tadi. |
| Ismail Sabri berhari raya bersama Chong Wei Posted: 04 May 2022 01:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi berhari raya dengan Datuk Lee Chong Wei selepas dua tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama legenda badminton negara itu. |
| Hadiah Aidilfitri terakhir arwah Posted: 04 May 2022 12:44 AM PDT SETIU: "Arwah kak ngah sempat mengirimkan dua pasang baju raya serta dua pasang kasut untuk emak, pada Ramadan," kata Nurul Husna Zakaria, 30. |
| Tempoh kuarantin COVID-19 di Jerman hanya 5 hari Posted: 04 May 2022 01:14 AM PDT BERLIN: Mereka yang dijangkiti COVID-19 di Jerman kini hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari, kata Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach, semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment