BH Online - Terkini |
- Penerbangan sulung haji 31 Mei
- Penyokong 'lalang' rugi besar di Bernabeu
- Pasukan angkasawan dilancar SpaceX kembali ke Bumi hari ini
- G3 raih kontrak sistem keselamatan KLIA, KLIA2 RM118.38 juta
- Pembeli teraniaya sambut Aidilfitri di rumah terbengkalai
- Trafik sesak lebih 12km di laluan Karak-Bentong
- Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera Sabtu ini
- Lelaki lari dari pengutip hutang direman 4 hari
- Skuad Jang elak 'dibaham' Sarawak
- Beijing, Shanghai kembali bekerja, berwaspada terhadap COVID-19
- Kesesakan luar biasa Sabtu, Ahad ini
- Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal
- Sarat hamil, Raja Ilya pendam rindu rai Syawal di Malaysia
- Jangkitan HFMD melonjak
- Pengorbanan Aidil Sholeh
- Kes denggi meningkat berbanding tahun lalu
- Sri Ram ketuai rayuan kerani kes basikal lajak
- 'Teruja balik beraya tapi yang pulang hanya jasad tidak bernyawa'
- Pil Paxlovid mampu kurangkan kemasukan ke hospital akibat COVID-19
- Rakaman terperinci memudahkan tindakan polis
- Maloney janji tak 'bungkus awal'
- Wan Junaidi, Peguam Negara teliti keputusan mahkamah
- 3 pintu ICQS sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka hari ini
- Pemandu JB potong barisan
- Liza seronok beraya bersama cucu pertama
- Isu keselamatan makanan tidak akan selesai - PBB
- 'Peningkatan kes bergantung kepatuhan SOP'
- Perairan Selangor, Johor 'hot spot' PATI balik beraya
- Tentera Israel halang laungan azan Isyak di Masjid Al-Aqsa
| Penerbangan sulung haji 31 Mei Posted: 05 May 2022 03:41 AM PDT BUKIT GANTANG: Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. |
| Penyokong 'lalang' rugi besar di Bernabeu Posted: 05 May 2022 03:40 AM PDT MADRID: Bukan setakat kecoh di atas padang Santiago Bernabeu, namun situasi sama turut berlaku di pekarangan stadium ketika aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Manchester City awal pagi tadi. |
| Pasukan angkasawan dilancar SpaceX kembali ke Bumi hari ini Posted: 05 May 2022 03:40 AM PDT LOS ANGELES: Pasukan angkasawan jangka panjang ketiga yang dilancarkan SpaceX ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) selamat berlepas dari pintu masuk orbit pada awal hari ini. |
| G3 raih kontrak sistem keselamatan KLIA, KLIA2 RM118.38 juta Posted: 05 May 2022 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR: G3 Global Bhd memperoleh kontrak perjanjian bernilai RM118.38 juta untuk mereka bentuk dan membangunkan Sistem Keselamatan dan Keselamatan Bersepadu Lapangan Terbang (AIS3) untuk dua lapangan terbang tersibuk di Malaysia - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2. |
| Pembeli teraniaya sambut Aidilfitri di rumah terbengkalai Posted: 05 May 2022 02:09 AM PDT KUCHING: Kira-kira 200 pembeli rumah di Sentoria Borneo Semariang Garden di sini, yang kecewa selepas kediaman mereka terbengkalai sejak beberapa tahun lalu mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan mesej kepada pemaju perumahan itu. |
| Trafik sesak lebih 12km di laluan Karak-Bentong Posted: 05 May 2022 03:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Trafik di beberapa lokasi sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terus sesak susulan peningkatan jumlah kenderaan menuju ke ibu kota, petang ini. |
| Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera Sabtu ini Posted: 05 May 2022 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera pada Sabtu ini. |
| Lelaki lari dari pengutip hutang direman 4 hari Posted: 05 May 2022 03:19 AM PDT MANJUNG: Lelaki yang melarikan wanita bersama kereta milik wanita itu kerana takut dengan pengutip hutang sebelum dikejar kereta peronda polis hingga melanggar sebuah kenderaan pihak berkuasa di sini, semalam, direman empat hari. |
| Skuad Jang elak 'dibaham' Sarawak Posted: 05 May 2022 03:17 AM PDT SEREMBAN: Kejayaan membenam juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur (KL) City FC perlu diteruskan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) pada pertembungan dengan Sarawak United dalam aksi Liga Super malam esok. |
| Beijing, Shanghai kembali bekerja, berwaspada terhadap COVID-19 Posted: 05 May 2022 03:07 AM PDT BEIJING: Selepas lima hari cuti Hari Buruh, Beijing mula kembali bekerja hari ini dengan penerapan langkah waspada tinggi, sebagai usaha ibu kota republik itu cuba membasmi COVID-19. |
| Kesesakan luar biasa Sabtu, Ahad ini Posted: 05 May 2022 03:04 AM PDT KUALA TERENGGANU: Tinjauan jalan raya dan udara Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu mendapati beberapa laluan dari arah Setiu dan Kuala Nerus menghala ke Plaza Tol Gemuruh, masih terkawal. |
| Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal Posted: 05 May 2022 03:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Arab Saudi mengumumkan musim umrah 1443H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini. |
| Sarat hamil, Raja Ilya pendam rindu rai Syawal di Malaysia Posted: 05 May 2022 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Hatinya terlalu rindu dengan keluarga, namun, pelakon Raya Ilya, 37, terpaksa meraikan Aidilfitri di Perth, Australia berikutan sarat mengandung anak pertama. |
| Posted: 05 May 2022 02:56 AM PDT PUTRAJAYA: Kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negara ini menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda sehingga ME 17/2022, berbanding tempoh sama tahun lalu. |
| Posted: 05 May 2022 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Tatkala umat Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang, lain pula bagi pemain perseorangan muda lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin. |
| Kes denggi meningkat berbanding tahun lalu Posted: 05 May 2022 02:16 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,021 kes denggi pada minggu 17/2022, iaitu peningkatan 54 kes atau 5.6 peratus daripada sebanyak 967 kes minggu sebelumnya. |
| Sri Ram ketuai rayuan kerani kes basikal lajak Posted: 05 May 2022 02:41 AM PDT PUTRAJAYA: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan kerani, Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak. |
| 'Teruja balik beraya tapi yang pulang hanya jasad tidak bernyawa' Posted: 05 May 2022 02:39 AM PDT KOTA BHARU: "Arwah agak teruja untuk balik beraya di kampung dan sudah membeli tiket bas sebulan sebelum Aidilfitri. Namun, rupa-rupanya hanya jasad tidak bernyawa dibawa pulang." |
| Pil Paxlovid mampu kurangkan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 Posted: 05 May 2022 02:25 AM PDT LOS ANGELES: Pil anti COVID-19 Paxlovid dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS). |
| Rakaman terperinci memudahkan tindakan polis Posted: 05 May 2022 02:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Rakaman video terperinci berkaitan kesalahan trafik oleh pemandu kenderaan memudahkan polis mengambil tindakan. |
| Maloney janji tak 'bungkus awal' Posted: 05 May 2022 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Prestasi hambar skuad muda negara sehingga 'bungkus awal' pada Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Februari lalu, tidak seharusnya menjadi petanda kepada nasib mereka di Sukan SEA Vietnam. |
| Wan Junaidi, Peguam Negara teliti keputusan mahkamah Posted: 05 May 2022 01:08 AM PDT Kuching: Kerajaan akan mengkaji beberapa klausa dalam peruntukan undang-undang sedia ada yang memberikan kuasa mutlak kerana kerajaan, sehingga menyebabkan ia tidak boleh dicabar di mahkamah. |
| 3 pintu ICQS sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka hari ini Posted: 05 May 2022 12:11 AM PDT KOTA BHARU: Tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, dibuka mulai hari ini bagi tujuan komersial serta lawatan sosial. |
| Posted: 05 May 2022 01:31 AM PDT JOHOR BAHRU: Seramai 95 pemandu disaman kerana memotong barisan dalam Op Potong Barisan (Potong Q) di Jalan Bakar Batu–Jalan Pasir Pelangi, di sini, semalam. |
| Liza seronok beraya bersama cucu pertama Posted: 05 May 2022 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemenang kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Liza Abdullah mengakui Syawal disambut meriah dengan kehadiran cucu sulung, Nadine Alya, tahun ini. |
| Isu keselamatan makanan tidak akan selesai - PBB Posted: 05 May 2022 01:29 AM PDT NEW YORK: Isu keselamatan makanan global tidak dapat diselesaikan tanpa Ukraine, Russia dan Belarus kembali ke pasaran dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres. |
| 'Peningkatan kes bergantung kepatuhan SOP' Posted: 05 May 2022 01:21 AM PDT PUTRAJAYA: Peningkatan kes positif selepas sambutan Aidilfitri bergantung kepada kepatuhan terhadap langkah kesihatan awam dan imuniti kelompok komuniti setempat. |
| Perairan Selangor, Johor 'hot spot' PATI balik beraya Posted: 05 May 2022 01:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Setiap kali Aidilfitri, ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Indonesia dan Filipina menjadikan perairan Selangor dan Johor sebagai laluan haram untuk bergerak pulang ke kampung dan kembali semula selepas musim raya kerana jaraknya yang hampir dengan kedua-dua negara. |
| Tentera Israel halang laungan azan Isyak di Masjid Al-Aqsa Posted: 05 May 2022 01:11 AM PDT BAITULMAQDIS: Israel menghalang laungan azan Isyak di Masjid Al-Aqsa selepas penduduk Palestin menyambut Aidilfitri pada Isnin lalu, sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk setempat. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment