Wednesday, May 4, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


UK tahan suspek ketua bot migran

Posted: 04 May 2022 05:59 PM PDT

LONDON: Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom (UK) menahan individu dipercayai ketua jenayah operasi antarabangsa yang membekalkan bot kepada penyeludup membawa pendatang menyeberangi Selat.

Haqiem bulan madu ketika Syawal

Posted: 04 May 2022 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keterujaan penyanyi lagu Mimpi, Haqiem Rusli berganda. Bukan sahaja kali pertama menyambut 1 Syawal sebagai suami, malah menghitung hari terbang ke Turki untuk berbulan madu.

Bank pusat India naikkan kadar faedah bagi kawal inflasi

Posted: 04 May 2022 05:14 PM PDT

NEW DELHI: Bank pusat India menaikkan kadar faedah utamanya pada Rabu, tindakan pertamanya dalam tempoh beberapa tahun yang menjadi antara usaha bagi mengawal inflasi di negara itu.

Zelensky rayu Ketua PBB selamatkan orang awam di loji Mariupol

Posted: 04 May 2022 05:01 PM PDT

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, merayu Ketua Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyelamatkan nyawa rakyatnya yang tercedera dan terperangkap di bawah loji besi Azovstal, di bandar Mariupol.

Sejarah kelab pendorong kami - Ancelotti

Posted: 04 May 2022 04:54 PM PDT

MADRID: Carlo Ancelotti berkata sejarah kelab membantu Real Madrid kendaliannya menampilkan satu lagi kebangkitan sukar dipercayai dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Guardiola akur kejutan di Madrid

Posted: 04 May 2022 04:38 PM PDT

MADRID: Pengendali Manchester City Pep Guardiola terpaksa akur dengan situasi di luar jangkaan dalam bola sepak apabila Real Madrid bangkit di saat akhir untuk merebut tempat ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Dua subvarian Omicron cetus lonjakan kes COVID-19 di Afrika Selatan

Posted: 04 May 2022 04:54 PM PDT

GENEVA: Dua sub-varian baharu Omicron melonjakkan kes COVID-19 di Afrika Selatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu, menekankan kepentingan ujian saringan untuk memantau mutasi dan penyebaran virus.

PBB kutuk tindakan geng Haiti rekrut kanak-kanak

Posted: 04 May 2022 04:37 PM PDT

PORT-AU-PRINCE: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan geng bersenjata merekrut kanak-kanak ke dalam kumpulan itu.

'Zelensky turut bersalah dalam perang Ukraine'

Posted: 04 May 2022 03:31 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Pendahulu dalam saingan jawatan presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Russia, Vladimir Putin sama-sama memikul tanggungjawab tercetusnya perang di Ukraine.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template